Belilah Novel Aku!!!!

Monday, July 12, 2010

Kenapa World Cup 2010 kurang menarik

World Cup dah habis!!!!

YEAH!!! Team kegemaran aku, Spain, berjaya memenangi World Cup 2010

Setelah 31 hari bersama Piala Dunia, akhirnya kejohanan 4 tahun sekali yang ditunggu oleh kaum lelaki dan dibenci oleh kaum wanita (yang tidak minat bola sepak) kerana sukar untuk keluar bersama teman lelaki tamat.

Namun begitu, aku masih merasakan Piala Dunia edisi 1998, 2002 dan 2006 lebih menarik (1994 tak kira sebab aku dah tak ingat sangat). Kenapa aku berkata demikian? Mari kita selidik apa sebabnya.

Pasukan pilihan main macam taik!!!

Aku tak tahu apa sebabnya tapi kebanyakan pasukan pilihan atau pun pasukan gergasi bermain dengan teruk.

Perancis, pasukan gergasi yang mempunyai ramai peminat diseluruh dunia bermain dengan teruk. Tersingkir di pusingan awal dengan mengutip 1 mata dan menjaringkan 1 gol. Jurulatih susun formasi macam celaka, jurulatih bergaduh dengan pemain, pemain hebat dihantar pulang, pemain protes tak nak turun berlatih, bila dah kalah jurulatih berlagak sombong pula....

Itali, johan bertahan edisi 2006, pulang awal dengan hanya mengutip 2 mata, tanpa sebarang kemenangan dan menduduki tangga terakhir Kumpulan F di belakang Paraguay, Slovakia dan New Zealand.

England, walaupun berjaya melepasi pusingan pertama tetapi hanya layak selaku naib johan pasukan. Hanya mengutip 1 kemenangan dari 3 perlawanan dan hanya menjaringkan 2 gol. England mempamerkan corak permainan yang membosankan. Dan akhirnya dimalukan Jerman 4-1

Banyak permainan yang lembab dan membosankan

Kebanyakan perlawanan pusingan pertama berlangsung dalam keadaan yang lembab dan membosankan.

Perlawanan yang berlansung pada pukul 7:30 malam dan 10:00 malam biasanya berlangsung dalam tempo yang perlahan dan membosankan walaupun melibatkan pasukan gergasi yang penuh dengan pemain bertaraf bintang.

Mungkin cuaca panas di Afrika Panas pada waktu siang mempengaruhi permainan mereka? Dan juga sesetengah stadium yang terletak dikawasan beraltitud tinggi?

Mutu pengadilan yang teruk

Perlukah aku terangkan kenyataan ini? Dari perlawanan pertama sehingga perlawanan akhir, semuanya teruk

Kecederaan menggangu ramai pemain bintang dan tumpuan

Michael Ballack, John Obi Mikel, Jose Bosingwa dan Nani adalah beberapa bintang tumpuan yang cedera dan gagal beraksi di Afrika Selatan, menyebabkan serba sedikit kemeriahan Piala Dunia terjejas.

Malahan Fernando Torres, Didier Drogba, Cesc Fabregas dan Arjen Robben juga mengalami kecederaan walaupun disenaraikan di dalam skuad kebangsaan masing-masing.

Akibatnya, hanya Robben yang berjaya sembuh namun hanya mula beraksi pada pusingan 16. Manakala Torres, Drogba dan Fabregas gagal beraksi dengan baik.

Pemain bintang cemerlang di liga masing-masing tetapi gagal menyerlah di Afrika Selatan

Wayne Rooney merupakan pemain bintang yang menjadi tonggak harapan England tapi gagal bermain dengan baik dalam keempat-empat perlawanan dan gagal menjaringkan walaupun 1 gol. Frank Lampard menjaringkan 22 gol dalam Liga Inggeris tetapi kebuntuan ditengah padang.

Christiano Ronaldo cemerlang bersama Real Madrid tetapi hanya berjaya menjaringkan 1 gol itupun menentang pasukan belasahan Korea Utara.

Lionel Messi menjadi penjaring terbanyak di La Liga (34 gol) tetapi gagal menjaringkan gol di benua Afrika walaupun mendapat peluang terhidang beberapa kali. Nasib yang sama menimpa Diego Milito yang berjaya menjaringkan 22 gol untuk Inter Milan tetapi hanya memanaskan bangku simpanan.

Kaka? 1 kad merah dan 1 kad kuning dan gagal menjaringkan gol bukanlah sesuatu yang mahu diingati oleh pemain kelahiran Brasilia ini.

Jabulani yang ringan melayang-layang

Setiap edisi Piala Dunia, penaja utama, Adidas, akan membuat bola rasmi untuk setiap edisi. Dan setiap kali bola baru dicipta, pasti akan ada kritikan terhadap bola tersebut.

Bola rasmi, Jabulani, dikritik hebat oleh kebanyakan pemain. Ini kerana bola tersebut terlampau ringan dan mudah melayang atau melencong jika dirembat dari jarak jauh. Ia menyukarkan pemain ketika melakukan sepakan percuma.

Nafas komentator yang kuat

Kalau kamu menonton Piala Dunia secara langsung di TV, kamu pasti dengan suara komentator. Dan kalau kamu dengar dengan teliti, kedengaran komentator menarik nafas dan boleh didengari dengan kuat.

Aku tak pasti kenapa nafas komentator kuat kedengaran. Adakah microphone yang dipakai oleh komentator terlalu dekat dengan mulutnya? Ataupun microphone tersebut ultra sensitif sampai nafas komentator pun boleh didengari?

Vuvuzela yang memekak!!!

Perlu aku terangkan apa itu Vuvuzela dan kenapa semua orang (kecuali orang Afrika) membenci bunyi bingit tersebut?

Banyak juga pemain yang memberikan repon negatif kepada Vuvuzela. Messi dan Ronaldao berkata yang bunyi bingit Vuvuzela mengganggu tumpuan mereka. Malahan, ada sesetengah pemain berkata mereka sukar berkomunikasi di atas padang kerana gangguan bunyi tersebut.

Aku harap tiada mat salleh yang membeli Vuvuzela tersebut berani-berani tiup benda alah tersebut semasa liga EPL, La Liga, Serie A, Bundesliga, Champions League dan Europa League dijalankan.

Jumpa 4 tahun lagi di Brazil!!!

3 comments:

Firol said...

setuju dengan komen di atas...

PEMAIN STAR..hanya star di kelab, takde semngat bila untuk negara

paling menyampah VUVUharamjadah tu...Tak seronok.. dari awal sampai akhir bunyi tu...macam dok dalam sarang tebuan.

Jangan kat brazil ada benda yang lagi bingit dah la

sufian said...

ENTRI yang sngat menarik dan details..memang wc taun ni macam lahanat..

aremierulez/Amirul said...

Bro Firol:
jangan kan brazil, takut nanti masa EPL dah apa yang tiup benda alah tu. Memang bengang la kan.

Yan:
Tu la. 2002 & 1998 lagi best. 2006 pun ok jugak. sumpahan afrika?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...