Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, August 18, 2010

Apa yang akan terjadi kalau kita puasa selama setahun?

Selepas saja selesai sessi masak lauk berbuka, aku pun baring sambil melampiaskan rasa malas pada tilam dan bantal.

Jam baru menunjukkan jarum panjang pada angka 12 dan jarum pendek menunjukkan angka 4. Lama lagi nak berbuka.

Dikala aku sedang bermalas-malasan, fikiran aku melayang jauh. Cukup jauh untuk aku mula memikirkan benda-benda yang tidak masuk akal.

Aku mula terfikir, kalau kita difardukan untuk berpuasa selama setahun, apa yang akan terjadi?


Peniaga Bazaar Ramadhan akan menjadi kaya raya

Percaya atau tidak, peniaga Bazaar Ramadhan biasanya mendapat keuntungan berkali ganda berbanding semasa mereka berniaga pada hari biasa, pasar malam ataupun pasar tani.

Dulu, bapak aku ialah seorang peniaga Bazaar Ramadhan yang tegar. Menurut bapak aku, keuntungan berniaga sebulan di Bazaar Ramadhan sama seperti keuntungan 3 bulan berniaga di hari biasa.

Itu baru sebulan berniaga. Cuba bayangkan kalau setahun dapat untung macam tu. Mesti lebih ramai orang berebut nak jadi peniaga Bazaar Ramadhan dari sibuk mengisi borang SPA sebab nak kerja untuk gomen.


Makin ramai yang gastrik secara tiba-tiba

Sebulan berpuasa pun ramai manusia yang tak boleh puasa penuh. Inikan pula bila kena puasa setahun. Berebutlah para manusia buat-buat muka sakit, tangan letak pada perut dan cakap dalam nada lemah depan doktor.

Bila doktor hulur surat pengesahan gastrik, serta merta muka terus sihat berseri-seri. Dapat lesen besar boleh makan, apa nak takut lagi.

Doktor yang selalu jual MC dan surat gastrik bakal kaya sama seperti pak cik-mak cik yang berniaga di Bazaar Ramadhan.


Kewujudan restoran 24 jam akan berkurangan

Oleh disebabkan para penganut Agama Islam tidak boleh makan lagi di siang hari (makan secara terbukalah), maka keuntungan di siang hari sudah berkurangan. Ini boleh menyebabkan mapley banyak yang jatuh bangkrap.

Jangan terkejut pula bila kamu ternampak mamak mapley tiba-tiba turut serta berniaga di Bazaar Ramadhan.


Jumlah kereta jenazah akan bertambah di Malaysia

Seperti yang kita maklum, sesiapa yang ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai bakal diusung di seluruh bandar dengan kereta jenazah.

Jadi, berkemungkinan besar fungsi kereta jenazah bakal berubah kalau kita berpuasa sebulan. Berkemungkinan besar juga kereta jenazah yang mengusung orang tak puasa lebih banyak dari kereta jenazah yang mengusung orang yang meninggal.


Jualan murah Hari Raya sepanjang tahun

Perkara paling sinonim dalam Bulan Ramadhan ialah jualan murah atau biasanya Orang Melayu lebih suka mengelarkannya dengan gelaran Sales di Shopping Complex terkemuka di seluruh Malaysia.

Bila sepanjang tahun sales, mestilah ada yang pergi membeli. Ya lah, benda tengah murahkan? Dan biasanya wanita yang sangat sinonim dengan istilah Sales. Dan apabila para isteri sedang bershopping dengan riang, para suami bakal memandang dompet mereka yang kian menipis.


Kalau dah setahun puasa, bila nak raya?

Entah! Apa la kau ni, Amirul. Kalau dah puasa setahun, bila nak raya? Bila masa nak tayang baju raya? Bila?


Dan yang paling penting sekali....

Kalau dah puasa setahun, bila masa para-para wanita yang uzur dan tak boleh berpuasa nak ganti puasa?

Sudah. Itu saja yang aku dapat fikirkan. Maklumlah, puasa kan?

12 comments:

hannah yunos said...

haha...mmg kurus la aku.cnfirm!!

Shafika Syuhada Rosli said...

lol~ setuju . bila mase nak ganti pose .

aremierulez/Amirul said...

Hannah:
cuba kau puasa setahun. mana la tau menjadi.

shafika:
haha.. tu la pasal

en_me said...

ramai orang akan ke JPN nak buang 'BIN' atau 'BINTI' dalam mykad.. ehehe

Anonymous said...

Puasa je 6 hari...dah kira pahala puasa di sepanjang thun 2.....hehe

Anonymous said...

Puasa je 6 hari...dah kira pahala puasa di sepanjang thun 2.....hehe

Paria Perawan said...

Ahahah.
aku ley full sebulan je
lebih ponteng
kehkehkeh

aremierulez/Amirul said...

en_me:
ha.. betul jugak tu. hahaha...

anon:
puasa 6 tu kena buat dalam bulan Syawal. dah kalau puasa setahun, macam mana nak buat puasa 6 :)

PP:
haha.. rasanya aku pun sama je.

Firol said...

hehehe..hijau biji mata kena setahun

Wan Gerrard said...

Err tiap2 hari la makan murtabak camni =P
terbaik la entry ni^^

aremierulez/Amirul said...

firol:
bukan takat hijau. mau jadi kelabu.

wan:
kau suka murtabak? sama la

Faisal Abdullah said...

haha..best ar post ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...