Belilah Novel Aku!!!!

Friday, August 6, 2010

Perihal sekolah hamil, kahwin bawah umur dan pemandu bas kedua

Dalam tempoh seminggu ini, dari Sabtu sehinggalah hari ini, aku ada membaca akhbar tempatan berkenaan beberapa isu semasa yang sedang hangat diperkatakan.

3 kes yang aku baca dan berjaya menarik perhatian aku ialah sekolah hamil, kebenaran kahwin untuk pelajar bawah umur dan pemandu bas kedua.

Kes pertama adalah sekolah hamil. Sekolah yang diperuntukan khas untuk membela pelajar perempuan yang hamil luar nikah. Sekolah ini akan menempatkan dan memberikan perlindungan kepada pelajar yang hamil luar nikah kerana kebanyakan pelajar yang hamil luar nikah akan dihalau dan di pualaukan oleh keluarga dan masyarakat.

Sekolah hamil ini akan dibiaya oleh Kerajaan Melaka, mungkin idea dari Datuk Seri Mohd Ali Rustam sendiri.

Mungkin niat Dato Seri Ali Rustam baik, yalah kesian pada budak-budak yang hamil tu. Sudahlah mengandung, kena halau, kena maki, kena sepak terajang pulak dengan mak dan ayah sendiri. Tapi bagi aku, itu sesuatu yang perlu ditanggung oleh budak itu sendiri. Yang kau pergi beromen buat apa? Kalau ikut Hukum Islam, perempuan yang hamil luar nikah tetap dikenakan hukuman kerana mendekati zina.

Bagi pendapat aku, Sekolah Hamil akan menjadi satu lesen besar kepada budak-budak perempuan untuk tidak rasa bersalah sebab hamil tak berbapak. Kalau dia hamil dan kena halau dari rumah, apa nak takut? Sekolah hamil dah ada. Masuk sekolah hamil, lepas bersalin, boleh keluar. Lepas tu boleh beromen balik? Hamil lagi? Masuk balik sekolah tu. Apa nak kisahkan sangat kan?

Sepatutnya, pak-pak menteri carilah alternatif lain untuk mencegah maksiat. Bukannya mewujudkan satu sekolah yang boleh bagi lesen besar pada budak-budak untuk meneruskan maksiat. Jangan terkejut pula kalau hamil luar nikah akan jadi trend dan satu perkara biasa dalam masyarakat kita nanti.

Seterusnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Bunyinya memang nampak macam satu cadangan yang baik. Tapi bila fikirkan balik, benda ni akan membebankan mak bapak pulak.

Ok. Bayangkan, ada sepasang keluarga yang ada 3 orang anak. Anak yang sulung lelaki berumur 17 tahun tiba-tiba mintak kahwin. Maka, mak bapaknya pun kahwinkahlah anaknya untuk mengelakkan kes hamil luar nikah.

Dengan tak semena-mena, mak bapak budak lelaki tersebut terpaksalah menanggung pembiyaan sekolah menantu perempuannya yang baru berumur 15 tahun tu. Tiba-tiba menantunya mengandung. Sudah. Kenalah tanggung cucunya pulak sebab anak sulungnya dapat sambung belajar dekat Universiti.

Tak pasal-pasal, si mak bapak budak tersebut kena menanggung 3 orang anak, seorang menantu dan seorang cucu. Kalau mak bapak budak lelaki tersebut kaya raya dan ada pangkat Dato' atau Tan Sri pada pangkal nama, mungkin tiada masalah. Kalau yang kerja buruh atau kerani?

Lagipun, mampukah seorang budak lelaki yang berumur berumur 17 tahun yang masih sibuk belajar menari Shuffle, masih terhegeh-hegeh nak tiru gaya rambut Noh Hujan, kencing tak toss dan belum tahu macam mana nak cukur buku jembut, menjaga dan mendidik anaknya dengan baik?

Tak kurang jugak dengan emaknya yang baru berumur 16 tahun yang masih terhegeh-hegeh dengan Justin Bieber dan menjerit macam orang kena rasuk bila tengok video klip Super Junior. Mampukah mereka yang masih setahun jagung ini mendidik anak mereka dengan baik?

"Alamak, bro Mirul.. Relax la. Nanti budak-budak tu dah kahwin, diorang pakailah kondom. Mesti tak mengandungkan? Lu cepat melantun la.."

Ok. Memang betul. tapi perlu diingat yang cadangan untuk membenarkan pelajar berkahwin adalah untuk 'mengelakan pelajar hamil luar nikah'. Bukannya 'menghalang pelajar hamil'. Maksudnya, kalau sudah sah menikah, bolehlah mengandung. Mungkin kita dapat melihat pelajar yang memakai pinafore dengan perut memboyot selepas ini.

Lagipun kalau dah kahwin, memang dah tak boleh tahan lagi. Lagi-lagi pulak dalam usia yang muda. Baru nampak bini pakai seluar pendek dah fikir nak beromen. Mana sempat nak capai kondom. Lagipun, budak-budak mana tahu pakai kondom. Kalau tahu, mesti tiada kes hamil luar nikah kan?

Dan yang terakhir, kes pemandu kedua untuk bas sekolah. Sila baca dibawah, petikan dari Berita harian:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan diminta menggubal satu polisi yang mewajibkan setiap bas dan van sekolah mempunyai pemandu kedua atau konduktor bagi menjamin keselamatan kanak-kanak khususnya daripada jenayah seksual. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata kehadiran pemandu kedua atau konduktor khususnya daripada kalangan wanita diharap dapat menangani isu seperti rogol kanak-kanak yang semakin meningkat.

Permintaan untuk pemandu kedua ini wujud setelah terjadinya kes budak di rogol oleh pemandu bas. Jadi, adakah mengupah pemandu kedua atau konduktor dapat menghalang kanak-kanak perempuan dari dirogol?

Macam mana kalau pemandu yang kedua itupun bersubahat bersama pemandu pertama? Rupa-rupanya pemandu kedua pun horny dan gila seks. Tak pasal-pasal pelajar perempun tersebut kena gang rape pulak.

"Mirul, kan Datuk Shahrizat tu surah ambik perempuan jadi pemandu kedua. Bukannya lelaki."

Ok. Kita ambil situasi perempuan pula yang jadi pemandu kedua. Maka bergembiralah si pemandu pertama. Kenapa? Mula-mula pukul kasi pengsankan pemandu kedua yang perempuan tu. Rogol pelajar perempuan lepas tu rogol pemandu kedua pulak. Untung pemandu pertama tu, dapat rasa perempuan kecik dengan perempuan besar.

Satu lagi, kalau kena ambil pemandu kedua, dengan kata lain, tambang bas sekolah mestilah akan naik. Tak kan pemandu kedua kerja percuma saja kan? Maka, akan membebankan mak ayah yang menggunakan khidmat bas sekolah untuk menghantar anak mereka. Bayangkan kalau family tersebut ada 3 orang anak dan kesemua anaknya naik bas sekolah? Bukankah akan membebankan mereka?

Ok. Aku tahu aku hanya pandai membebel dalam blog. Mereka semuanya pak menteri dan aku hanyalah rakyat biasa yang tidak tahu bagaimana hendak mentadbir negara. Tapi aku berharap agar pak-pak menteri memberikan cadangan yang lebih baik dan memberikan keuntungan buat rakyat.

Aku hanya seorang rakyat yang mahu memberikan pandangan sahaja.

9 comments:

Anonymous said...

kalw semua idea tuh cm xbesh bg anda..
ape pendapat anda plak..cm ne cara yg paling untuk selesaikn mslh2 ni smua?

aremierulez/Amirul said...

anon:
mudah sahaja, kembali kepad Al-Quran.

Lunaskan hukum Islam. Sebagai negara Islam, adalah lebih baik kita kembali ke naskah Al-Quran yang meliputi kesemua hukum-hakam dalam dunia dan akhirat. Mudah sahaja.

Hujan Malam said...

"Lagipun, budak-budak mana tahu pakai kondom. Kalau tahu, mesti tiada kes hamil luar nikah kan?"

sangat betul!

terima kasih kerana menjawab komen ano tu dengan tepat.

en_me said...

me blogger picisan jakkk.. ahaks

aremierulez/Amirul said...

hujan malam:
thanks

en_me:
merendah diri lah pulak. haha

zaza said...

haaa bab skolah hamil tu mmg zaza sokong sngt2 pndpt u tu...
well, kalo lg dberi muka pd golongn2 ni xmustahil one day akan jd trend hamil luar nikah... spatutnya kena lah buat alternatif yg berbalik kpd agama, ini tidak, hamil luar nikah lg diberi muka...

at one side, mmg la kesian, sbb dh la fmly xterima, msyrakat pun xsuke.. tp ape nk buat, semua tu diorg lah kena tanggung sendiri.. berani buat, berani tanggung lah...

hmm.. pelik2 la cara nak solve prob skg nieh..

aremierulez/Amirul said...

tu la. saya pun tak sangka yang sekolah hamil ni akan diwujudkan.

entah apalah nak jadi dengan Malaysia kalau betul2 skolah hamil ni wujud nanti

Firol said...

cara selesaikan masalah ni senang dan simple je..tapi kita je yang tolak..

Laksanakan hukum Allah... Zina rotan bagi bujang, dah kahwin rejam...

Hukum tu dah tentu Allah buat bukan kita dan dah tentu ada hikmah...

aremierulez/Amirul said...

Tu la.. bukan susah sangat nak selesaikan masalah ni. Tapi dorang yang asik menyusahkan diri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...