Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, September 23, 2010

Aku, kawan perempuan dan artis kegemaran

Kali ini aku mahu menyentuh tentang perasaan prejudis perempuan terhadap artis kegemaran kawan/teman lelaki mereka dan beberapa perkara yang berkaitan.

Situasi 1

Ada kawan perempuan aku yang bertanya pada aku:

"Apasal kau letak gambar Hannah Tan tu?"

"Oh. Saja je. Lagipun aku minat dia." Jawab aku.

"Popular sangat ke dia? Aku macam tak pernah dengar pun pasal dia ni?" Kawan aku mula menyoal dengan nada yang lain macam. Aku kategorikan nada suara itu sebagai nada suara "hendak mengutuk".

"Dia lebih kepada modelling dulu. Sekarang ni dia dah jadi penyanyi. Tapi dia terbitkan album kat Jepun. Nyanyi lagu Jepun."

"Eleh, kat Malaysia pun belum cukup popular, nak nyanyi kat Jepun."

"Dah rezeki dia bukan kat sini. Apa boleh buat."

"Eleh, Hannah Tan tu poyo lebih. Konon nyanyi kat Jepun tu dah kira best sangat la kan. Bal, bla bla..."

Maka dia pun terus mengutuk Hannah Tan. Aku malas nak melayan dia terus diam mendengar si wanita itu mengutuk Hannah Tan.

Tak lama selepas itu, aku ternampak Handphone Black Berry kawan aku tersebut. Aku ternampak dia menggunakan gambar Awal Ashaari sebagai wallpaper.

"Apesal kau letak gambar Awal jadi wallpaper?" Tanya aku pula.

"Sebab aku minat dia. Dia cute. Dia pelakon favorite aku sekarang." Jawab kawan aku tu.

"Tapi dia tu tak de la pandai sangat belakon. Kalau jadi pelakon extra, boleh la kot." Bidas aku pula.

"Eh? Tolong la. Awal belakon Ok ape. Dia dah jadi hero kot dalam Syurga Cinta." Kawan aku terus membela.

"Bagus pulak dia berlakon. Aku rasa macam nak ketawa kot tengok dia belakon masa babak menangis tu."

"Hei! Tolong sikit. Bagus kot Awal berlakon." Aku dah dapat rasakan minah ni dah mula panas. Nada suara sudah mula meninggi.

"Biasa je dia berlakon. Banyak lagi pelakon lagi bagus kot."

"Ala, kau dengki sebenarnya kan dengan Awal sebab banyak perempuan minat dia kan? Admit je la, Mirul. Kau dengki sebab dia tu cute, handsome, badan besar... Bla, bla, bla...."

Dan kawan aku terus membebel mempertahankan Awal Ashaari.

Jadi persoalannya, kawan perempuan aku boleh kutuk artis yang aku minat tanpa rasa bersalah dan aku pulak tak boleh kutuk artis kegemaran dia? Pulak siap tuduh aku jealous dengan Awal sebab Awal tu handsome? Hahahahaha!!! Memang lawak.

Kalau macam tu, aku pun boleh tuduh kawan aku jealous dengan Hannah Tan sebab Hannah Tan baru sahaja di undi sebagai No.1 Most Wanted Women In The World yang dijalankan oleh FHM (dapatkan FHM isu September sekarang!). Kalahkan Megan Fox dengan Marissa Miller pulak tu.

Memang kelakar sial perangai kawan aku nan seorang ni. Dan dia bukanlah satu-satunya kawan perempuan aku yang mempunyai perangai seperti ini. Ada 2-3 orang lagi. Kawan-kawan aku yang lain pun ada juga kawan perempuan berperangai seperti ini.

Kenapa perempuan macam prejudis dengan artis kegemaran kawan lelaki atau boyfriend-nya? Dan si lelaki pula tidak dibenarkan mengutuk artis kegemaran si perempuan?

==========

Situasi 2

Kejadian ini terjadi pada bulan Mei yang lepas. Aku sedang lepak-lepak bersama 3 orang kawan perempuan di sebuah warong yang sedang membuka MTV. Sekali keluar iklan MyEG Extra Time. Iklan tersebut menampilkan Fazura dan Marion Counter.

"Fuh. Fazura sama Marion la." Kata aku.

"Hekeleh.. Tengok Fazura pakai seksi dah tergoda."

"Entah. Setakat Fazura dengan Marion tu apa sangat la."

"Entah, kau ni. Apa la."

Dalam masa 10 saat, aku telah menerima 3 kata-kata berunsur kutukan dari 3 kawan perempuan tersebut. Dalam 15-20 minit kemudian, keluarlah video klip kumpulan Korea. Tak salah aku, kumpulan boy band bernama Super Junior.

"Aaaahhhhhhhh!!! Super Junior!!! Cute-nya!!!!"

"Ye la!!! Tengok nanti dance move dia!!! Aahhhh!!! Seksi!!!"

"Ala, cutenya nama Mat Seman tu!!!!" (Gantikan nama Mat Seman dengan nama salah seorang ahli Super Junior. Tahu pulak aku nama-nama diorang tu).

"Weh, rilek la. Korang ni."

"Ala, Mirul. Diam la. Super Junior tu. Kau apa tau."

Jadi persoalannya, aku cuma kata "Fuh. Fazura sama Marion la", terus kena kutuk. Tapi kawan-kawan aku menjerit macam orang kena rasuk bila tengok Super Junior, boleh pulak? Kalau Ustaz Dato Dr Haron Din ada dekat situ, memang sah dia akan baca doa halau setan sebab ingatkan kawan-kawan aku kena rasuk.

Satu lagi persoalan, apahal Super Junior tu nak kena ada 13 orang? Apa motif satu boy band nak bubuh sampai 13 orang? 

==========

Situasi 3

Sambungan dari situasi nombor 2.

Aku sedang melihat Chloe Moretz. Kamu kenal siapa Chloe Moretz? Moretz ialah pelakon yang berlakon dalam filem Kick-Ass, memegang watak sebagai Mindy Macready/ Hit-Girl. Kick-Ass memang satu filem yang terbaik. Kick-Ass sekarang berada dalam senarai 10 filem terbaik 2010. Ya! Filem Twilight Saga tiada dalam senarai top 20.

Chloe Moretz

Ok, sambung semula pasal Chloe Moretz. Sedang aku melihat gambar dia, aku pun berkata, "Minah ni ada harapan jadi pelakon harapan. Kalau dia dah besar, mesti dia cute."

"Ish, jijik-nya kau ni, Mirul. Dia kecik lagi tu. Pedophile la kau ni." Kutuk kawan aku, seorang perempuan, kepada aku.

Tidak lama kemudian, keluarlah video klip Justin Bieber. Maka para-para gadis ini pun apa lagi...

"Ala.. Cute nya Justin Bieber."

"Tu la. Nanti dah besar, mesti jadi macam Nick Carter."

Jadi persoalannya, bila aku kata Chloe Moretz cute bila besar nanti, aku dituduh Pedophile. Tapi perempuan 3 orang ni selamba je menghambakan diri pada Justin Bieber, tak Pedophile la? Bieber tu bawah umur juga. Kalau dekat Malaysia belum boleh ambil lesen kereta, kalau dekat Amerika belum boleh minum. Bulu konek pun ada sehelai-dua je tu. Hahahahaha!!!

Yang pelik tu, dalam filem Twlight ada juga unsur-unsur Pedophilia. Sebagai contoh, Edward Cullen berusia 107 atau 113 tahun (aku tak tahu umur dia yang sebenar, ini pun Hannah Yunos bagi tahu aku) dan dia bercinta dengan budak sekolah bernama Bella. Jacob Black pun sama juga, dah tua bangka. Yang tu tak pedophile pulak?

Jadi kepada para wanita sekalin, janganlah bersikap prejudis terhadap artis kegemaran kawan/teman lelaki kamu sebab artis kegemaran korang pun bukannya perfect sangat. Dan jangan nak komen atau kutuk-kutuk artis kegemaran kawan lelaki kamu sebab artis kegemaran korang pun boleh tahan annoying juga.

Dan satu benda yang aku mintak kepada kamu semua para wanita, janganlah menjerit tak tentu pasal bila tengok video Justin Bieber, Super Junior atau apa-apa lagu artis kegemaran korang, buat aku terkejut. Ada sekali masa raya, 3 orang sepupu perempuan aku menjerit tengok video boy band Korea masa pukul 1 pagi. Nasib baik sepupu sendiri, kalau tidak memang ada harapan tidur luar.

19 comments:

mcjust.lol said...

jenis yang nak betul dia sorang je... orang lain habis semua nak bangkang.

hahaha

aremierulez/Amirul said...

mcjust.lol
hahaha.. maybe la. tapi memang tak boleh blah kalau kau tengok diorang menjerit tengok video klip Justin Bieber. hahahaha

SD said...

mengarut je la......apa yang best erk minat2 artis ni......???????? perempuan yg suka jerit2 tu klu depan aku memang jaga la sebab jenis aku ni main sembur jer.....

aremierulez/Amirul said...

SD:
hahaha.. entah lah. minat artis rileks sudah. aku memang tak berapa paham yang suka main jerit-jerit ni

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

hahahaa.. pempuan pantang dijentik sikit.. mula nk hangin.. kat situasi nih bila dikutuk sikit artis yg dorg minat dorg mula la nk hangin..

aremierulez/Amirul said...

ai sumi chan:
tapi tak semua perempuan macam tu kan? ada juga my friend yang ok je. yang jenis2 macam ni je yang tak boleh blah. hehehe

SD said...

ermmmmm....nak gak tengok aksi2 gadis2 suka jerit2......aku suka puan ala2 gedik tapi yg semulajadi, yg buat2 tu jap lagi kena sembur ngan aku kang....hahahahhahaha

aremierulez/Amirul said...

SD:
gedik semulajadi lain. gedik semulajadi ni, tak la annoying sangat bila tengok.

gedik buat2 yang tak boleh blah tu

Cik Ila said...

dia sebenarnya jeles,sbb tak dpt perhatian..cuba puji die depan2,kompem pasni dia tak kutuk dah artis yg mirul minat tu...

fairuz said...

aku memang tak boleh masuk dengan pompuan macam tu...

ms.pooh said...

nsib bek aku ni bukan jenis yg giler artis..nama artis2 pun sy tak tau..P.Ramlee je sy suka..sy ni giler pemain bola sepak ada la..tp slalu kutuk juga pemain favorite sndri bila dia tendang bola tak masuk gol...ahaha..

aremierulez/Amirul said...

Cik Ila:
Hahaha. Ye kot. Lepas ni jenuh la pulak nak puji diorang.

fairuz:
tu la. kalau dapat awek macam ni, apa kau nak buat? hehehe

ms. pooh:
biase perempuan yang minat pemain bola ni, kurang sikit dari yang minat artis

Firol said...

buat tak tau je....

J. Abdullah said...

gua hanya akan mengamuk kat lu kalau lu question leonardo dicaprio aje. and some badass directors.

btw, apsal kawan perempuan lu punya taste in entertainment ni menyedihkan? gua simpati pada lu beb! kahkahkah!

aremierulez/Amirul said...

J.Abdullah:
Leonardo dicaprio aku pun minat. cerita lakonan dia tak pernah mengecewakan (kecuali Titanic. masa tu dia muda lagi kot)

Bad ass director? quentin tarantino ke maksud kau? itu pun favorite aku la beb. hehehe

J. Abdullah said...

oh. leo tu, dari zaman before titanic gua dah minat. dalam titanic pun gua minat. u gotta admit man. the only drawback dalam titanic tu sebab he looked much, much younger than kate winslet. kalau actress tak se-matured looking kate, they might be one of the best on-screen couple lah.

leo tu memang talented dari dia start acting kecik kecik dulu. check out his earlier movies pre-titanic. you'd know what i mean.

tarantino, scorsese, nolan, even peter jackson. u can't disregard anyone who made LOTR mang!

aremierulez/Amirul said...

satu yang akurespect pasa leo ni, dia tak menggunakan rupa dia yang jambu untuk menarik penonton tengok filem dia, tapi sebab talent dan macam mana dia menghidupkan satu-satu watak tu.

Leo ni bakal legend Hollywood. tapi aku rasa dia la pelakon bermuka jambu yang kurang peminat perempuan sebab perempuan kebanyakannya tak suka cerita tengok cerita lakonan dia. tapi aku rasa, dia memang pandai pilih cerita dan watak yang sesuai dengan dia. memang terbaik la si Leo ni

Shawani said...

alahai.. perempuan.. memalukan kaum perempuan sungguh.. aku pun perempuan and aku admire perempuan2 cantik.. aku x lesbian ek tapi aku suka je tengok perempuan cantik.. aku tak kisah kawan lelaki/boyfriend puji perempuan cantik.. and sebbaik la aku tak suka boyband korea, justin beiber, one direction.. x terliur pun =3

Amirul (aremierulez) said...

Shawani:
Tahniah kerana terjebak dengan gejala K-Pop dan Justin Bieber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...