Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, September 28, 2010

Cinta realiti tak seindah cinta fantasi

Sebelum aku bermula, sila layan video di bawah ini:


Iklan di atas ialah Iklan Canon di Thailand. Kalau tak salah aku, watak gadis tersebut dilakonkan oleh Paula Taylor, seorang celebrity terkenal di Thailand dan juga merupakan salah seorang peserta The Amazing Race Asia 2.

Dalam iklan ini, si lelaki menggunkan teknik stalking untuk mengurat si wanita tersebut. Ikut perempuan tu ke sana, ke mari. Tangkap gambar diam-diam. walaupun si wanita sudah perasan si lelaki asyik stalking dia, tapi dia tak kisah dan terus membiarkan si lelaki menangkap gambarnya.

Bila sudah cukup stock gambar, si lelaki pun terus membuat satu photo show gallery untuk si wanita dan menjemput si wanita datang. Si wanita terus jatuh hati dengan effort si lelaki yang sibuk meng-stalking dirinya dan terus menerima cintanya.

Mesti ada gadis-gadis yang jatuh cinta dengan iklan tersebut dan berkata, "Aaahhh..   Sssswwweeeeettttnnnnyyyyaaaa...", bila melihat iklan ini.

Dan sudah semestinya budak-budak yang sibuk dengan DSLR sekarang mula berfikir, "Oh, boleh tackle perempuan pakai kamera ni."

Neh!!! Cinta realiti tak semudah cinta fantasi. Dalam cinta fantasi, kalau lelaki dan perempuan dah bergaduh bagai nak gila sekalipun, akhirnya mesti mereka akan bersatu semula. Adat filemlah kan? Tapi dalam dunia realiti, memang tak semudah itu.

Cuba kau terapkan teknik stalking ni untuk kau mengurat perempuan. Kau pergi sorok-sorok, tangkap gambar si perempuan. Sekali si perempuan terperasan kau stalking dia. Ada harapan dia baling kau dengan kasut. Kalau dia tengah pakai high heels, memang terpacak tumit kasut tu tepat pada tengah dahi kau.

Ataupun si perempuan panggil abang atau bapak dia suruh belasah kau. Dengan kau punya DSLR sekali hancur berkecai.

Atau yang lebih buruk lagi, si perempuan panggil polis. Kau kena tangkap, masuk mahkamah. Terus mahkamah bagi kau restraining order, tak boleh dekat dengan perempuan tu dalam jarak 5 KM, tak ke sia-sia tu? Tak pasal-pasal boleh stalking ikut Facebook saja.

Memang mudah dalam cinta fantasi. Nak tackle perempuan senang, nak kahwin dengan senang. Cuba kalau dalam alam realiti. Kau gunalah teknik atau taktik apa sekali pun, memang bukan senang nak mencuri hati para gadis. Kecuali kalau kau tackle minah rempit. Ada motor, main ram sikit depan dia, conform malam tu kau dah boleh tidur dengan dia.

Cinta fantasi membuatkan lelaki-lelaki single macam aku termenung panjang dan berkata dalam hati, "Senang betul kau tackle perempuan. Apsal aku sampai sekarang single lagi?"


Harapnya, malam ini tidur aku akan bermimpikan Paula Taylor. Dapat berfantasikan dia pun cukuplah. Berfantasi yang macam mana? Yang itu kita tak tahu!

6 comments:

Anonymous said...

tapi kenapa lelaki waktu mengorat sweet gila..pas dah dapat jadi biase2 je?

aremierulez/Amirul said...

yang tu aku tak tau sebab aku masa tackle awek tak pernah nak sweet-sweet sangat sebab nanti terjadi macam apa yang kau tulis ni.

aku ngurat biasa-biasa je. so nanti tak de la kena compare sangat bila dah lama bercouple. hehehe..

Puaka Petaka said...

salam arm.....
Betul bai apa yang hang post....
fantasi kita inginkan.
rialiti kita tak dapat agak.

Aku pernah buat mcm movie buat. jadi. tapi, langit tak selau indah. kadang-kadang tu mengerikan.....

aremierulez/Amirul said...

Jimmy!!
Lama kau tak melawat blog aku dan lama juga aku tak melawat blog kau (sebab kau tak update pun. hehehe..)

Tu la. Kalau kita ikut cara dalam filem sekali pun, belum tentu kita akan dapat apa yang kita mahu

J. Abdullah said...

antara video yang buat gua mencarut, macam contoh lu bagi ni lah.

dan lagi satu, video kahwin anak tokey naza tu. itu gua carut kaw kaw.

orang sekarang banyak sangat dapat feed BS macam ni. buat orang dah tolak tepi realistic manners in life.

so, ha. lu pikirlah sendiri. kahkah!

aremierulez/Amirul said...

yup. video kawin anak naza tu memang annoying. Aku tengok ramai perempuan komen: "sweetnya. Nanti kalau dapa kawin macam ni kan best."

memang mampus la. lelaki memang takut nak kawin kalau perempuan semua demand ini macam. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...