Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, September 30, 2010

Mari bercerita tentang cinta. Ewah, ewah!!!

Tajuk memang macam gampang!

Sebenarnya, hati membuak-buak nak menaip. Tapi minda kekeringan idea. Terima kasih kepada si pengomen anonymous, aku terus dapat idea.


Berikut adalah komen dari seorang pembaca daripada entri aku yang lepas. Aku andaikan dia seorang perempuan kerana komennya bertanyakan sesuatu tentang lelaki. Tapi mungkin juga seorang gay (aku buka Gay Radar, tapi tak berbunyi).

Jadi persoalannya, 'Kenapa lelaki waktu mengurat sweet sangat. Tapi selepas dapat jadi biasa-biasa?'

Bagi aku, benda seperti ini ialah satu fikrah biasa bagi setiap manusia tidak kira apa sekali jantinanya. Memang fikrah manusia yang akan beria-ia bila belum mendapatkan benda yang di idamkan dan mula buat acuh tak acuh kalau dia sudah mendapatkannya.

Dalam hal yang diperkatakan oleh si anonymous, aku rasa kedua-dua pihak, perempuan dan lelaki, bersalah dalam hal ini.

“Mirul, kenapa kau salahkan perempuan sekali? Kan ke yang mengurat tu lelaki?”

Memang betul, memang lelaki yang mengurat perempuan. Tapi perempuan yang menjadi katalis perbuatan si lelaki.

Si lelaki pergi mengurat si perempuan. Tetapi si perempuan sengaja jual mahal. Kenapa jual mahal? Sebab kononnya nak tengok effort si lelaki untuk menguratnya. Dalam tidak sedar, si perempuan sengaja jual mahal kerana ingin melihat si lelaki membuat benda-benda lain untuk mengurat beliau (benda-benda yang dibuat dalam filem sebagai contohnya).

Si perempuan tak mahu melayan si lelaki sebab mengharap si lelaki boleh jadi romantik seperti watak hero dalam drama atau filem cinta. Mereka mengharap si lelaki sanggup buat perkara-perkara gila atau diluar jangkaan (surprise me) seperti yang selalu watak-watak utama filem romantik buat kepada heroin-nya.

Satu lagi sebab kenapa ia salah si perempuan ialah kadangkala si perempuan suka membandingkan lelaki yang baru mahu menguratnya itu dengan bekas teman lelakinya.

“Eleh, ex-boyfie aku dulu tackle aku dengan ticket MTV World Stage. So, lelaki baru ni kalau nak tackle aku kena bagi benda yang sama jugak. Baru aku boleh terima jadi boyfriend.”

“Balak aku yang dulu, masa nak tackle aku, hari-hari dia bagi aku sekuntum Bunga Ros selama 2 bulan, baru aku terima. So, balak baru ni pun kena la buat benda yang sama.”

Si perempuan kena sedar yang tahap kemampuan (duit dalam poket) lelaki yang baru nak mengurat kamu belum tentu sama dengan bekas boyfriend kamu yang dulu. Berkemungkinan juga method untuk setiap lelaki mengurat perempuan juga mungkin berlainan. Kamu tak boleh mengharap setiap lelaki akan mengurat kamu dengan method yang sama.

Si lelaki pun sama jugak. Kalau dah tahu diri anda kurang romantik (dan kurang duit) tak perlulah buat benda-benda yang diluar jangkauan anda. Kononnya nak tiru gaya dalam filem atau gaya yang kawan kamu pernah buat,. Kamu bagi Bunga Ros tiap-tiap hari sampailah si perempuan menerima kamu.

Bila dah declare couple, kamu tak boleh nak keep up nak bagi Bunga Ros sebab poket sudah kosong. Bila kamu kamu dah tak mampu bagi lagi Bunga Ros tiap-tiap hari, perempuan kau dah mula bingit dan telinga kau yang akhirnya hangit.

Bukannya aku suruh kamu jangan jadi seorang lelaki yang tak romantik, cuma tak payahlah kau nak jadi super romantik ataupun menjadi romantik diluar kemampuan kamu. Be yourself! Buat apa nak tiru gaya romantik filem atau kawan-kawan kamu. Jadilah diri kamu yang sejati. Biarlah si perempuan mencintai kamu dengan diri kamu yang seadanya. 

Tak payah nak berlakon diri kamu lelaki yang super romantik walaupun kamu sebenarnya romantik biasa-biasa sahaja. Lagipun, kalau terlampau romantik, nanti takut perempuan kau pulak yang lemas, nanti kau yang cemas.

Kesimpulannya, si perempuan janganlah mengharapkan sesuatu yang besar, di luar jangkaan atau sesuatu yang diluar jangkauan si lelaki. Si lelaki pula tak payah nak tiru benda-benda romantik dalam filem, drma atau novel. Bull shit je semuanya tu.

Sekian, nasihat percintaan daripada aku, seorang lelaki yang sudah single selama 3 tahun. Hahhahaha!

11 comments:

J. Abdullah said...

gua perasan selama ni la kan, the best way untuk lelaki ngorat gua kalau dia banyak duit.

so your argument is irrelevant. kahkahkahkah!

aremierulez/Amirul said...

sebab tu lelaki sekarang banyak yang malas nak kahwin (conthnya macam Nami) dan perempuan banyak kawin lelaki yang berpangkat Dato dan dah ada anak 3. Hahahahahaha!

Diya said...

memang kenkadang akan TER banding kan jugak yang lama dengan yg baru. huhu, dah la banding hampir sume benda. walaupun taknak buat gitu, tapi mindset macam terbanding kan jugak

aremierulez/Amirul said...

ha.. tang tu kena ubah la. tapi memang tak boleh elak kot.

tapi ada member kata, kalau kita asyik nak compare, itu maksudnya kita masih sayangkan ex kita. betul ke tu?

Diya said...

err kalau dalam kes diya, "sayang" tu takde lah kot. tapi teringat2 tu ade la sekali sekala huhu

aremierulez/Amirul said...

Oh. tak semua macam tu. yang kata macam tu pun, member saya yang kata. maybe dia yang rasa macam tu kot

J. Abdullah said...

gua dan nami share the same 'ideology' towards marriage.

kahkah!

aremierulez/Amirul said...

Kira Nami women version la kau ni? hehehe. Tapi kadang2, ada betulnya jugaka apa yang si Nami tulis tu. Lagi2 bab mak cik2 yang duk sibuk tanya "kau bila nak kahwin?" Pffftttt!!!

Puaka Petaka said...

sempoi gak topik kau ni mighol.... mcm pernah dengar ja cerita ni.....
tapi, aku nak tambah sikit, perempuan ni jugak sebenarnya mahukan perhatian yang lebih.....

aremierulez/Amirul said...

Jimmy:
ya, betul jugak apa yang kau kata. maybe mereka akan rasa 'lebih berharga' atau 'saham aku naiklah kawan2', kalau ada lelaki yang beromantis dengan mereka

mimizuzuhaha said...

cinta memang macam2 peel..sabar je la haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...