Belilah Novel Aku!!!!

Monday, October 25, 2010

Aku dan permainan yang pernah aku miliki: Tamiya Mini 4WD

Dalam entri sebelum ini, aku pernah bercerita pasal mainan aku, M.A.S.K. dan Lego. Tapi kedua-dua mainan tersebut telah pun pupus dari hidup aku. Kali ini, aku nak bercerita tentang mainan yang masih ada dalam simpanan aku, Tamiya Mini 4WD.


Aku rasa sesiapa yang sebaya atau yang hampir sebaya dengan aku mesti pernah main benda Tamiya ni. Tamiya Mini 4WD atau lebih dikenali dengan panggilan Tamiya pernah popular dikalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia sekitar tahun 1994 hingga awal 1999.

Tamiya merupakan sebuah syarikat dari Jepun yang selalu mengeluarkan plastic scaled model radio controlled car, plastic model kits, battery- and solar-powered models, sailboat models, acrylic and enamel model paints dan bermacam benda lagi. Tapi yang paling popular mestilah Mini 4WD.

Tamiya Mini 4WD ialah model kereta berenjin yang diperbuat dari plastik dan tidak dikawal menggunakan remote control, tapi menggunakan bateri. Mini 4WD tiba-tiba menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja Malaysia kerana populariti animasi Jepun yang ketika itu disiarkan pada setiap Hari Isnin pukul 4 petang, Dash! Yonkuro. Semua orang terus terpengaruh dan gila Tamiya, termasuklah aku.

Kalau hidup zaman 90'an tak pernah tengok kartun ni, memang tak bermaknalah hidup korang.

Ada bermacam jenis Mini 4WD ni. Ada jenis Mini Pro 4WD, Super Mini 4WD, Aero Mini 4WD, Mighty Mini 4WD, Mechanical Mini 4WD, Fully Cowled 4WD, Mechanical Mini 4WD dan Mini 4WD Limited edition.

Itu baru jenis kereta. Belum masuk jenis body dan enjin pula. Jenis body pula terdiri daripada Type-1 Chassis, Type-2 Chassis, Type-3 Chassis, Type-4 Chassis, Type-5 Chassis, Zero Chassis, FM (Front Motor) Chassis, Super-1 B Chassis, Super-1 S Chassis, TZ Chassis, Super FM Chassis, Super TZ-X Chassis, Super X Chassis VS Chassis dan MS Chassis. Dulu aku boleh hafal semua jenis body, sekarang aku kena cari research baru boleh ingat.

Aku masih teringat aku selalu menghabiskan masa dengan kawan-kawan aku, Fauzi dan Hatta, dengan bermain Mini 4WD. 

Sekarang aku nak tunjukkan sikit koleksi Mini 4WD aku yang tak seberapa. Mini 4WD aku agak berhabuk dan kekuningan sebab sudah terlampau lama terperuk dalam almari.

Dash 1 Emperor (MS Chassis)



Dash 1 Emperor, Mini 4WD aku yang pertama. Dalam animasi Dash! Yonkuro, kereta ini digunakan oleh watak hero, Yonkuro Hinomaru. Orang macam aku memang layaklah pakai kereta hero kan? Hahaha!

Dalam semua koleksi aku, Emperor merupakam kereta terlaju. Kalau masuk highway, memang boleh kena saman ekor. Aku tak banyak buat modifikasi pada Emperor kecuali mengubah enjin dan menampal beberapa sticker kecil.

Pada mula, aku tukar enjin Emperor kepada enjin Hyper Dash 2, enjin berwarna hitam-merah berharga RM18.00. Masa tu, itu dah dikira mahal. Dengan enjin ini, aku masuk satu pertandingan Mini 4WD di The Summit, Batu Pahat dengan Hatta. Fauzi ada follow sekali. Aku dan Hatta sama-sama tersingkir pada pusingan kelayakan.


Selepas kekecewaan tersebut (kecewalah sangat), aku beli enjin Super Dash! Yonkuro, berharga RM 30.00. Dengan enjin ini, aku masuk 2 kali pertandingan di Summit. Tapi kedua-duanya tewas pada separuh akhir. Aku juga menggunakan tayar span yang lebih ringan untuk menggantikan tayar getah.

Oleh sebab Emperor yang paling laju, aku selalu gunakan Emperor kalau nak berentap dengan kawan-kawan. Akibatnya, Emperor mengalami kecacatan kekal dengan body mula pecah-pecah dan sumbing-sumbing sedikit.

Dash 001 Great Emperor (Zero Chassis)



Dash 001 Great Emperor merupakan kereta Mini 4WD kedua aku. Juga digunakan oleh Yonkuro Hinomaru di dalam komik. Walaupun dalam animasi, Yonkuro menggunakan Super Emperor selepas Emperor musnah, tapi aku tak berminat kerana design Super Emperor tak berapa menarik.

Body jenis Zero Chassis biasanya tiada bumper tepi, jadi aku pasangkan bumper belakang supaya lebih stabil. Aku letakkan enjin Hyper Dash 2 yang diwarisi dari Emperor. Aku juga gunakan tayar span pada Great Emperor.

Dash 3 Shooting Star (MS Chassis)



Dash 3 Shooting Star adalah kereta Mini 4WD yang ke-3. Dalam animasi, model ini digunakan oleh Shinkuro Minami. Pada asalnya aku tak berminat sangat dengan Shooting Star. Tapi bila ramai kawan-kawan yang pakai model ni, terus aku pun sama tepengaruh.

Keistimewaan model ini ialah pada tayarnya yang bergigi, sesuai untuk jalan yang tak sekata. Tapi biasanya aku gantikan tayar Shooting Star dengan tayar getah biasa sebab tayar bergigi memang tak sesuai untuk jalan atas trek.

Broken Gigant (FM Chassis)



Broken Gigant ialah satu-satunya Model FM Chassis yang aku ada. Enjin model ini terletak dibahagian depan kereta. Sebenarnya, model ni kepunyaan Hatta sebelum dia jual pada aku sebab dia kurang berminat dengan model tersebut. Lagipun, masa tu Hatta baru sahaja membeli Tamiya model kereta kebal. 

Aku tambahkan bumper belakang pada model ini memandangkan model ini tiada bumper tepi. Aku pasang bumper besi warna hijau. 

Dash 0 Horizon (Zero Chassis)


Dash 0 Horizon yang aku ada ni bukan keluaran Tamiya, tapi Auldey. Auldey adalah pirate version of Tamiya, keluaran daripada China. Senang cerita, macam jersi bola sepak cap siam lah. Bila keluaran China, mestilah harganya lebih murah. Dan kualitinya juga mestilah kurang daripada keluaran Tamiya.

Sebenarnya, aku jumpa body Horizon bawah meja sekolah agama aku dulu. Kemudian, aku spray dengan warna kelabu dan cantumkan dengan body kereta lain.

Geo Emperor (Type-5 Chassis)


Geo Emperor juga aku beli jenis Auldey sahaja. Tapi, kalau cuba cari Geo Emperor keluaran Tamiya, memang tak jumpa. Yang ada semuanya keluaran Auldey. Kira model yang agak rare jugak lah.

Tapi ini semua cerita zaman dulu. Zaman muda-muda. Zaman Tamiya berakhir pada awal 1999. Mungkin sebab siri animasi Dash! Yonkuro yang tidak lagi disiarkan di TV3. Tahun 1999, semua budak pakat main yo yo. Sekarang budak-budak lebih berminat untuk bershuffle. Sayangnya, aktiviti Mini 4Wd yang boleh meningkatkan daya kreativiti anak-anak muda pupus begitu sahaja.

Sekarang, kalau nak cari Mini 4WD kat kedai pun dah tak jumpa. Aku pernah jumpa sekali saja, di Sunway Pyramid. Dulu harga Mini 4WD dalam RM20.00- RM 25.90. Sekarang, dah cecah RM30.00. Sekali lagi aku datang, dah ghaib. Antara ada orang beli ataupun kedai tersebut dah hantar balik pada distributor.

Damn! I miss the good old day. Kalau kamu ada jumpa kedai yang masih jual Mini 4WD, sila beritahu aku.

Oh ya! Dengar cerita, Mini 4WD masih lagi popular di Indonesia. Benarkah?


30 comments:

mcjust.lol said...

fuhhhhhhhh banyak tuuu

aremierulez/Amirul said...

tak de lah banyak mana. itu pun banyak yang dah hilang

Paria Perawan said...

bpk r!
lame la siot!
perghhh!rindu zaman ni.
bwk g skola race kete kat longkang kecik!

aremierulez/Amirul said...

jom kita mulakan balik trend main tamiya. amacam? hehehe

Bulussan said...

aku pun pakai watak hero punye tamiya. kesian bapak aku, sebab kena ikut kerenah aku mahu main benda tak berpaedah itu. hahahaha

tapi keta ko sumenye macam basic saje. keta wa abis wa modified tahap gaban la wei. hahaha

kalo aku ade jumpa keta tu, aku kasi post pic. hahaha

aremierulez/Amirul said...

aku malas nak modified tahap gaban sangat. nanti macam hilang pulak originality kereta tu. ak usuka main enjin je.

kalau ada, post la pic kereta kau pulak

dakchomey said...

tamiya?? perghhh..tringat zaman kocik2..siap wt pertandingan tu.. siap ade track ke main.. tp xmen pun time tu..tgk je coz pompan kene duk tepi.wakaka

aremierulez/Amirul said...

dakchomey:
kenapa tak joint sekali. dulu cousin perempuan saya selamba je joint sekali

mohammad arif fadzleen said...

Bro...
klu nak main.. still ade lg tempat
kat tamiya underground, one utama
ktowg pkai tamiya official rule
bole google
TU ade jual sume bnd yg racer perlukn...

so mai laa turun join
stiap bulan ade tournament
stiap bulan layout baru

kbykn nye pkai ms pro chassis
tp ade je yg pkai fm sfm
vs superx superxx

mohammad arif fadzleen said...

owww yea...
lupa...
bnd ni bkn xade faedah ek
sume bnd yg berlaku kat dunia ni ade faedah
trpulang pd kita nk cri ape faedah nye

tamiya official rule
akn mngaja kowg ape itu
friction, center of gravity,
torque and speed, grip...
mostly about mechanical....
bnd ni sgt complex klu kowg amek taw mndalam...
n yes.. motor da di standardize kn
so no more self coiled motor

aremierulez/Amirul said...

arif fadzleen:
aiseh. motor dah standardize. so, dah tak boleh tukar enjin lagi ke?

kat one utama? kat mana ye? model kereta yang lain ada jual lagi tak?

arep leen said...

kete byk lg model...
tp yg dash yonkuro sume da pkai chassis baru...
da xpkai type1-type3
sbb org xske

tp yg still in original form
yg dr cte Bakusho Kyoudai Let's & Go
plng latest yg bakal klua
namenye thunder shot mkii eva unit 0
http://arep-leen.blogspot.com/ utk gmb

klu nk order kat sini
http://dengekiya.com/hobby/p/4942330040973/#

^^

bkn xle tuka enjin
tp enjin tertentu je bole pkai....

kat sni tamiya mini 4wd official rules
http://www.tamiya.com/english/mini4wd/regulation.htm

one utama kat damansara, kl....
ni website dowg
http://www.tamiya.com.my/

aremierulez/Amirul said...

thanks bro..
sekarang kereta banyak model fully cowled ke?

arep leen said...

fully cowled ade mighty ade
super ade
tp yg dash yonkuro 1-5 yg asl ade gak
tp dowg jual dlm buck laaa
kre kne beli sume 5 dash1-dash5

kat OU dowg ske pkai MS-pro,
VS, superx ngn superxx
VS susah pkai.. sbb sgt xbalance
dowg xkesah psl body cover
slalu nye dowg pilih yg aerodynamic
mcm avante mkii, thunder shot mkii
dowg beli yg polycarbonated body(plastic lembik mcm r/c punya)
pst color sendiri
mcm gmpang lawa....

ni forum utk dptkn info psl setup² mini4wd....
http://sgmini4wd.com/
oww ye
14nov ade race kat OU...
ade syrt² nye

bole tgk kat sni utk rules nye
http://forum.lowyat.net/topic/1462949/+1880
(scroll bwh skit ek....)

J. Abdullah said...

gua dulu hanya pandai main longkang, panjat paip air besar kaler putih tu dan jalan across river, main sungai, tangkap belalang then patahkan kaki belakang dia yang dia nak guna nak lompat lompat tu, main getah, ramrempos, etc.

ayu la tu kan?

aremierulez/Amirul said...

ha! memang ayu kau ni. nasib baik kau tak de dlm lingkungan hidup aku. kalau tak aku dah tackle kau dah. hahahaha!

weh! ramrempos tu ape eh?

Anonymous said...

saya mencari kereta ni lama dah......awak ade tak info pasal kedai yang jual kereta ni sekarang????ke awak ade jual????jika ada sila emel saya
:stylehakiem@gmail.com

Amirul (aremierulez) said...

Anonymous:
Aku tak jual lah bro. Tapi kalau kau nak cari Tamiya ni, boleh cari dekat One Utama atau pun Dataran Pahlawan kat Melaka

Anonymous said...

go to facebook..type Tamiya Underground, like or add then, post about mini 4wd..someone will give you a link to a secret group/closed group for Tamiya Mini 4wd racer/market(Malaysia). All infos are in there. Enjoy and keep racing TM4WD!

engineer kalai said...

ade lagi bro... sekarang nie baru keluar edisi 2012 sempena ulang tahun... premium super II chasis... kat tamiya PJ ada... kat penang pun banyak... gua baru angkat emperor super II chasis utk collection... chasis ni guna plastik ABS yg lebih tahan lasak..

Anonymous said...

engineer kalai :

Kat Penang kat mana boleh dapat ?

epul said...

dekat 1 utama .. ada kedai tamiya..

epul said...

dekat utama .. ada kedai tamiya. siap litar main kete.. . jika ada sesiapa hendak join. pm aku

Anonymous said...

dekat utama...

khairi said...

aku punye bukan tamiya tapi auldey
kalau tahu macam mana nak lajukan kerete ni tolong ajar

Yusri Mohamad Kassim said...

Sekarang dah mula balik musim tamiya nie. Sekitar kl senang nak dapat. Model2 yg rare pun lh ada gak. Uptown ada jual gak tp mahal sket la baik beli kt fb page tamiya lagi murah2

bajumurah.com said...

Iya di indonesia masih musim, mari kita main di indonesia :)

bajumurah.com said...

Iye di indonesia masih musim tamiya, jom main ke indonesia kawan" :)

Anonymous said...

kat malaysia ade lagi la org main tamiya ni....aku pon main gak skrang ni .... best oh

Anonymous said...

tahun 2014 nie ramai yang minat tamiya lebih lebih lagi aku.Aku suke
emperor (ms chassis)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...