Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, October 28, 2010

Amerika ada, Malaysia pun ada!

Di Amerika, kumpulan glam rock terkenal, Aerosmith, menggunakan pelakon perempuan yang sama untuk 3 video klipnya. Pelakon perempuan tersebut ialah Alicia Silverstone. Alicia berlakon dalam 3 video klip Aerosmith - Cryin', Amazing dan Crazy.




Hasil dari kombinasi mereka bersama, Aerosmith bertambah popular. Lagu Cryin' dan Crazy menjadi antara lagu kegemaran peminat mereka. Crazy mendapat anugerah Grammy Award for Best Rock Performance By A Duo Or Group With Vocal pada tahun 1994 manakala Cryin' menjadi video paling banyak di request di MTV semasa tahun 1993 dan memenangi beberapa anugerah di MTV Video Awards.

Populariti Alicia Silverstone juga meningkat selepas berlakon dalam 3 music video Aerosmith. Alicia mendapat gelaran "The Aerosmith chick". Beliau menerima tawaran untuk berlakon dalam beberapa TV Series dan filem seperti Batman and Robin, Blast From The Past, Cool and The Crazy dan banyak lagi.

==========


Di Malaysia, kumpulan rock jiwang leleh terkenal (apda masa dulu lah), Spring, menggunakan pelakon perempuan yang sama untuk 3 video klipnya. Pelakon perempuan tersebut ialah Sofea Jane. Sofea Jane berlakon dalam 2 video klip Spring - Sampai Hati dan Butakah Cinta.


(Maaf. Aku tak jumpa video Butakah Cinta dalam Youtube sebab Sony Music sudah copy right sama itu video. Tapi ak yakin ramai yang pernah tengok video musik tu kan?)

Hasil dari kombinasi mereka bersama, Spring bertambah popular. Lagu Sampai Hati dan Butakah Cinta menjadi antara lagu kegemaran peminat mereka. 

Sampai Hati dan Butakah Cinta berjaya mendapat tempat pertama dalam carta Muzik-Muzik dan Pujaan 10 Nescafe. Kedua-dua lagu tersebut berjaya memasuki pertandingan akhir Muzik-Muzik dan Pujaan 10 Nescafe tanpa gagal memenangi apa-apa anugerah. Video tersebut tidak memenangi sebarang anugerah muzik video terbaik kerana tiada anuerah sedemikian di Malaysia pada masa dahulu.

Populariti Alicia Silverstone juga meningkat selepas berlakon dalam 2 music video Spring. Alicia mendapat gelaran "The Spring chick" (Ok. Yang ni aku cipta sendiri). Beliau menerima tawaran untuk berlakon dalam beberapa filem tetapi filem yang paling diingati ialah Perempuan, Isteri dan ...... Di mana Sofea Jane lebih banyak berkemban dari memakai baju. Terbaik!!!

==========

Sekarang, Alicia Silverstone masih lagi aktif berlakon. Alicia kini lebih terarah bidang teater dan producer bagi beberapa TV Series dan filem. Alicia kini bahagia di sisi suaminya, Christopher Jarecki. 

Sofea Jane pula sudah bersara dari dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga bersama Meor Zain Azman. Sofea Jane kini bergelar Datin selepas suaminya mandapat anugerah Datuk.

Aerosmith pula masih aktif selepas 41 tahun bersama dan telah membuat Cocked, Locked, Ready to Rock Tour. Mereka juga bercadang untuk menjadi kutu Rock sampai mati.

Spring pula famous untuk beberapa tahun selepas itu dengan lagu Pesanan Buat Kekasih dan.... (ada lagi ke lagu Spring yang famous?). Spring kini sudah berpecah. Ameng kini bakal didakwa oleh jandanya kerana membuat ugutan. Tidak ketinggalan, Ameng juga ditangkap kerana sibuk bercandu dan berkawan baik dengan ganja.

Apa-apa pun, Amerika ada "The Aerosmith Chick", Malaysia ada "The Spring Chick". Amerika ada, Malaysia pun ada!

14 comments:

bard bahtiar said...

like lagu crazy!!best...

nurfaiz shaidan said...

Aerosmith - I Don't Wanna Miss A Thing

all time favorite!

aremierulez/Amirul said...

bard:
yeah. crazy memang best. video musicnya pun double best

nurfaiz:
yup. lagu tu the best single of aerosmith, satu2 nya lagu yang capai no 1 dalam billboard

zool said...

apa2 sajalah..

mmyddy said...

tu dinamakan kebetulan bukan tiruan... ;p aku pernah dengar cakap2 pasal dlm dunya ini setiap manusia ada 7 org semuanya yg hampir serupa. ye apa pulak aku merapik ni... hahahaha

aremierulez/Amirul said...

mmyddy:
aku tak cakap spring meniru, cuma nak state kan yang kalau amerika boleh buat, malaysia pun boleh jugak.

aku dah jumpa dengan sorang muka macam aku. tinggal lagi 5 nak cari. hehehe

Paria Perawan said...

aerosmith aku minat i don't wanna miss a thing!
terbaek!

aremierulez/Amirul said...

yang tu lagu legend diorang tu.

sape tak pernah dengat lagu tu, memang pelik la

Bulussan said...

what the fook is this?!!

hahahaha
bodo sey
ntah mane plak datang idea lu mahu taip entri ini macam
tapikan, alicia silverstone HOT ok!
hahahaha

aremierulez/Amirul said...

bulus:
sebab hari tu MTV buat maraton aerosmith punya video. tu yang aku teringat.

dengan kata lain, spring adalah sebaris dgn aerosmith. hahaha

J. Abdullah said...

fakingg. apsal gua main video sampai hati tu sampai habis??

kahkah! tapi gua rasa sofea jane featured dalam video spring bukan dua video je kot. macam lebih je.

haritu gi karok. biasalah lagu rock kapak kena ada. gua tengok banyak je video spring ni featured sofea. tp gua ni tak ingat tajuk lagu. maybe silap.

aremierulez/Amirul said...

itu tandanya kau sebenarnya minat lagu spring tanpa sedar. hahahaha!

aku pun tak pasti ada berapa banyak dia ada dlm video spring. aku ingat ni dua je. yang lain2 lagu spring mana aku ingat sangat. maybe betul cakap kau, ada banyak lagi kot

zool said...

ingat apa la tadi amerika ada malaysia pun ada..

Magrib said...

minat lagu dia.. karok.. mesti nyanyi beb!! anyway.. blog anda sungguh menarik buat saya tertarik.. suka dan follow anda

Ini entry terbaru saya..
Cara cepat tingkatkan traffic
Skuad MALAYSIA berjaya Benam CHELSEA 3 - 0 
Pembaca Fanatik Blog gua mengganas
Aku nak rambut mcm Dr Rozmey
Gempar! ramai bantah aku wat rambut DdR
Mari lah ROGOL saya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...