Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, October 20, 2010

Menara Warisan Merdeka dan beg tangan untuk awek

Situasi 1
Budget 2011
Minggu lepas

Kerajaan Malaysia membatalkan niat untuk memberikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam tetapi membatalkan hasrat itu kerana ia akan menyebabkan negara meminjam dan menambah hutang sekali gus menyebabkan defisit tinggi Bajet 2011.

“Kalau buat macam ini, negara akan hadapi defisit yang tinggi dalam kos operasi,” kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kepada pemberita selepas melancarkan Program Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) di Padang Taman Klebang Jaya, Chemor, Perak.

Beliau mengulas penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di ibu negara, bahawa kerajaan mahu memberikan bonus sebulan gaji kepada penjawat awam tetapi ini akan mengakibatkan perbelanjaan besar RM3.1 bilion, justeru menggantikannya dengan Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah. Dengan kata lain, "Kerajaan tak de duitlah!"

Tapi yang peliknya, kerajaan anda pulak duit untuk mendirikan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat yang dianggarkan menelan belanja RM5 billion.

Mungkin bagi penyokong tegar UMNO dan BN, mesti akan mengecam aku, "Kau ni mesti anti dengan kerajaan, sebab tu kau tak sokong semua projek cadangan kerajaan."

Aku bukannya nak membidas secara suka-suka, tapi perlukah kita satu lagi bangunan pencakar langit sedangkan kita sudah ada KLCC yang menjadi ikon Kuala Lumpur dan Malaysia?

Adakah berbaloi meruntuhkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang banyak mengukir sejarah dan meninggalkan nostalgia buat rakyat Malaysia?

Kalau kerajaan bagi bonus pada pekerja di Malaysia, mungkin mereka dapat membantu kerajaan sendiri dengan mengundi BN pada pilihan raya akan datang. Membina menara 100 tingkat belum tentu mendapat sokongan pengundi yang kekal.

==========

Situasi 2
Kawan aku
2-3 minggu yang lepas

Sedang aku berjalan dengan seorang kawan aku, Alias (of course bukan nama sebenar), adik Alias menelefon hand phone-nya. Alias berbual dengan adiknya dengan nada marah-marah dan berterusan dengan nada tengking-menengking.

Dari perbualan Alias yang aku curi dengar, aku dapat tangkap yang Alias enggan membelikan top up RM 10 untuk adiknya dengan alasan, "Abang tak de duitlah!"

Selepas menamatkan perbalahan dengan adiknya, Alias terus membawa aku masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual handbag. Kata Alias, dia mahu menghadiahkan aweknya handbag yang berharga RM200++ sempena anniversary percintaan mereka yang cukup setahun. Tapi bila aku teringatkan balik, 3-4 bulan yang lepas, Alias juga menghadiahkan handbag untuk aweknya.

Tapi yang peliknya, Kenapa Alias tidak membelikan top up untuk adiknya walaupun ia hanya menelan RM10 sedangkan handbag untuk aweknya pula bernilai lebih dari RM200?

Mungkin bagi penyokong tegar percintaan romantis, mesti akan mengecam aku, "Kau ni mesti anti dengan kawan sebab kau jealous dengan dia, lagipun kau bukannya ada awek."

Aku bukannya nak membidas secara suka-suka, tapi perlukah Alias membelikan satu lagi handbag sedangkan dia baru sahaja membelikan handbag 3-4 bulan yang lepas?

Adakah berbaloi membelikan satu lagi handbag bernilai RM200++ tapi dalam masa yang sama mewujudkan perbalahan antara adik beradik?

Kalau Alias belikan adiknya Top Up, mungkin adiknya boleh membantu Alias jika Alias ditimpa masalah pada masa akan datang. Awek pulak baru kenal setahun, belum tentu kekal.

==========

Kesimpulan:

1. Jangan sesekali membelakangkan orang yang mungkin satu hari nanti akan menyokong dan membantu kita. Buruk padahnya.

2. Jangan manjakan sangat awek. Ingat! Family first.

3. Apa guna buat satu lagi menara setinggi langit. Cukuplah KLCC jadi ikon Malaysia. jangan robohkan tempat bersejarah maca Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Dan tak payahlah kita terpengaruh nak lawan buat bangunan tertinggi macam negara arab tu. Mereka semua tu negara kaya (tapi aku still consider mereka selalu membazir), tak mendatangkan faedah sangat pun.

Ada kesimpulan lain yang kamu boleh tambah?

7 comments:

bulussan said...

family first!

faerrin said...

testing2

alien said...

eh
dia nak robohkan ke dua mercu sejarah tu?

kat link
http://www.danialrazali.com/oh-menara-warisan/
xde pun
cam sebelah2 je

faerrin said...

oit...cross blog cepat!!!

J. Abdullah said...

kalau gua awek dia, gua terima handbag tu seadanya.

kalau gua bik mama, gua terima menara tu seadanya.

boleh pakai tak kesimpulan ni?

menara said...

http://menarawarisan.blogspot.com, the place where pros and cons flock together!

aremierulez/Amirul said...

alien:
setahu aku, dia nak runtuhkan. dan mungkin akan menyentuh hutan simpan bukit nanas sekali

J. Love:
lagi mengamuk kalau rakyat tau yang menara tu dibuat untuk rosmah. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...