Belilah Novel Aku!!!!

Monday, October 11, 2010

Pelakon kerjanya ialah berlakon

Tiba-tiba ingatan aku melayang dan teringat satu peristiwa yang terjadi 2-3 minggu sebelum bulan Ramadhan tiba. Semasa itu aku sedang melepak-lepak minum petang bersama kawan-kawan aku di sebuah warong. Kata orang Johor, mengeteh.

Terdapat sebuah TV di warong tersebut yang sedang menayangkan satu drama Melayu yang aku tak tahu tajuknya. Yang pasti, heroin drama tersebut ialah Ayu Raudhah. Ayu Raudhah memegang watak-watak perempuan yang solehah sebab dia pakai tudung dalam drama tersebut.

Tiba-tiba aku terdengar satu suara dari meja sebelah yang mengulas pasal Ayu Raudhah.

"Kalau aku jadi menteri, aku dah gam Ayu Raudhah ni. Dia ni berlakon je pakai tudung. Kalau kat luar, dia ni seksi habis. Dia ni memalukan orang Islam dengan perempuan bertudung."

Aku ingat lagi kes yang sama pernah jadi pada Tiz Zaqyah. Tiz Zaqyah memegang watak Nur Amina dalam drama Nur Kasih, wanita solehah bertudung dan baik hati. Ramailah yang memuji Nur Amina sebagai seorang perempuan Melayu terakhir dan menjadi pilihan mak cik-mak cik jadi bakal menantu.

♪♫ Nur Kasih.... Nur Kasih..♫♪
(Sila nyanyi ikut style Yassin)
Apabila gambar Tiz Zaqyah sedang bersosial, semua mula mengeji Tiz Zaqyah. Mereka mengatakan yang Tiz Zaqyah seorang hipokrit kerana memegang watak wanita bertudung.

Bakat terpendam Tiz Zaqyah... Menayangkan cleavage
Persoalannya, Tiz Zaqyah dan Ayu Raudhah adalah pelakon. Pelakon kerjanya ialah berlakon. Melakonkan watak yang telah diberikan dan mereka dibayar untuk mereka lakonkan. Watak yang dilakonkan belum tentu menunjukkan keperibadian mereka yang sebenar.

Kalau mereka melakonkan watak perempuan solehah bertudung, belum tentu mereka mempunyai perilaku yang sama di luar set lakonan (aku bukan menuduh Ayu Raudhah dan Tiz Zaqyah ni jahat. Sebagai contoh sahaja. Ini adalah hanya merujuk kepada perbuatan mereka yang tidak bertudung di luar sana. Jangan saman saya pulak).

Begitulah juga sebaliknya. Kalau mereka melakonkan watak pelacur, mereka bukannya pelacur diluar set. Jika Sofea Jane berlakon watak perempuan jalang (Perempuan, Isteri dan...), tapi dia bukan perempuan jalang di luar set. Nabila Huda berlakon watak bohsia (Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam), tapi dia bukannya seorang bohsia di luar set.

Jadi, rasanya tak payahlah kamu mempersoalkan pasal kehidupan mereka di luar set dengan dengan watak yang mereka bawakan dalam drama. Mereka adalah pelakon, kerja mereka ialah berlakon. Diri mereka dengan watak yang mereka lakonkan adalah jauh berbeza biasanya.

Dan memang dah jadi kebiasaan, bila ada seorang pelakon perempuan yang melakonkan watak wanita bertudung solehah, mesti ada wartawan hiburan akan menyoal, "Bila rasa-rasanya nak bertudung?" atau "Adakah anda akan mengekalkan imej bertudung diluar set?" (biasanya wartawan Melodi) walaupun kadang-kadang yang menyoal pelakon tu ialah seorang perempuan yang juga tak bertudung. LOL! Pakai tudung dulu, baru suruh orang lain pakai tudung la, cik adik.

Ada juga sesetengah peminat yang menggesa pelakon-pelakon ini terus mengekalkan imej bertudung dalam drama. Biasanya, dalam ruanga surat khabar bahagian hiburan banyak keluar benda ni. Secara jujurnya, kalau mereka pakai tudung, agak-agak boleh tak mereka dapat tawaran berlakon lagi?

"Tapi Mirul, sekarang ni dah ada drama Melayu yang bergenre keislaman. Contohnya macam Epilog Syurga Cinta. Kan heroin cerita tu pakai tudung?"

Memang ada drama dan filem bergenre Keislaman, tapi tak banyak drama dan filem yang ada elemen-elemen macam tu. dan yang paling penting, berapa kerat sangat orang yang tengok drama bergenrekan KeIslaman ni? Yang ada Astro tu, berapa kerat sangat yang tengok channel Astro Oasis? Berapa ramai yang tengok drama-drama Astro Oasis?

Aku boleh jamin, tak ramai budak-budak remaja yang tengok drama channel Oasis tu. Aku sendiri pun jarang. Aku cuma pernah tengok drama bersiri Cinta Sempurna, Cinta Tikar Sejadah, Geng Surau dan beberapa cerita lagi. Drama lain aku tak layan. Penawar Shifa pun best jugak tapi tu bukan drama.

Contoh paling mudah, berapa banyak yang tengok Akademi Fantasia, Mentor, One In The Million dan Show Down 2010 kalau nak dibandingkan dengan orang yang tengok Imam Muda atau Akademi Al-Quran? Macam tu jugak penilaian untuk seseorang tengok drama bergenre Keislaman kalau dibandingkan dengan orang yang tengok drama romantik peluk sana-peluk sini. Jangan jadi hipokrit la tak nak mengaku pulak kan?

"Tapi Mirul, bertudung tu wajib untuk semua umat Islam perempuan. Wajib menutup aurat."

Ya. Aku tahu. Menutup aurat adalah wajib untuk semua umat Islam perempuan. Tapi dah kerja mereka yang menyebabkan mereka sukar nak bertudung. Senang cerita, macam pemain bola sepaklah. Pakai seluar pendek, nampak lutut. Lutut tu kan aurat jugak. Itu antara pelakon-pelakon tu dengan tuhan. Kita sebagai manusia tak layak nak menilai mereka.

Senang cerita, kalau kamu semua betul-betul nak tengok artis kegemaran kamu bertudung, selepas sembahyang kamu doa supaya kamu semua terus kekal bertudung (kalau kamu bertudunglah) dan doa supaya artis kegemaran kamu tu dapat hidayah untuk bertudung.

Mungkin dia takkan dapat hidayah serta merta. Mungkin dia dapat hidayah lepas kahwin, atau mungkin lepas dapat anak, atau mungkin selepas dapat anak kedua, atau mungkin selepas kahwin dengan Dato anak tiga. who knows?

Ingat! Tak semua orang dapat hidayah dari untuk bertudung daripada kecik. Ada orang yang hidayahnya datang lambat sikit. Tak semua orang dilahirkan dengan sifat yang sempurna. Jangan cepat sangat nak menilai orang dengan cepat.

Dan kalau kamu bertudung, janganlah kamu pandang hina pada perempuan yang tak bertudung. Macam aku katakan, itu antara pelakon-pelakon tu dengan tuhan. Kita sebagai manusia tak layak nak menilai mereka. Syurga dan neraka adalah milik Allah.

Dan satu lagi. Kalau ada pelakon baru yang kamu tak kenal, pertama kali berlakon dapat watak perempuan bertudung, jangan letakkan harapan yang tinggi sangat yang kononnya pelakon tersebut memang bertudung dalam kehidupan realitinya. nanti harapan kamu punah bila keluar gambar mereka tengah seronok clubbing.

Ingat, pelakon kerjanya ialah berlakon!

6 comments:

Diya said...

diya rasa cerita yang ayu raudah berlakon pakai tudung tu, cerita manjalara kot. cite tu 1st diya kenal AR, dan memang betul2 ingatkan die bertudung. sebab gaya die bertudung, tak nampak 'kekok' lak. huhu

dan yang tiz pulak. bila tengok die berlakon lam cite nur kasih, memang tak nampak pun karektor die di luar set. kira nya diya nampak dua orang yang berbeza lah pada die. nur amina tetap nur amina. tiz zaqyah tetap tiz zaqyah.

=)

aremierulez/Amirul said...

Yup. itu yang saya nak katakan. Watak lakonan memang tak sama langsung dengan watak mereka sebenar. Tapi ada penonton yang terbawak2.

teringat pulak raja Farah pernah kata ada sorang perempuan tua maki dia sebab raja farah berlakon watak perempuan jahat. hehehe

en_me said...

tapi kak engku bercerai bukan lakonan oke.. ehehe

salamm bro

aremierulez/Amirul said...

hehehe.. kesian kak engku. jodoh dia tak lama.

wah.. bercuti kat Australia nampak? hehehe

meor-name-depan-ku said...

Lu rase best x minah tu?

aremierulez/Amirul said...

Meor:
yang mana satu? tiz zaqyah? Ayu Raudah? ke kak engku? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...