Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, November 30, 2010

Tips percintaan - Ada kereta, ada makwe

Masa aku belajar di UiTM Segamat dulu, setiap pelajar perlu menghadiri satu modul yang dibuat sekali dalam satu semester. Modul tersebut diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Sepanjang pengajian pelajar di bumi Segar Amat, mereka perlu menghadiri 3 kali sessi modul untuk memastikan mereka mendapat segulung diploma dan ijazah apabila menamatkan pengajian.

Aku tak pasti samada UiTM dicawangan lain ada menjalankan sessi modul ini ataupun tidak. Tapi yang pasti, sessi modul memang sangat-sangatlah tidak ditunggu-tunggu oleh para pelajar.

Dalam modul ini ada sessi ceramah, program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK), program mengenal kendiri, program kepimpinan dan lain-lain program. Kiranya macam mini BTN lah. Tapi tidaklah se-annoying macam BTN, dari apa yang kawan-kawan aku ceritalah.

Ok, apa yang aku melalut di 3 perenggan di atas adalah semata-mata bertujuan untuk memanjangkan entri ini. Terima kasihlah kerana sudi membaca 3 perenggan di atas.

Semasa aku dalam modul ini, aku berkenalan dengan Yan dan Hizalia, yang mana mereka akhirnya sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tahun depan. Tahniah! Aku juga berkenalan dengan pelajar lain yang selama ini aku tak pernah nampak seumur hidup aku sepanjang berada di bumi Segamat.

Antaranya ialah seorang budak yang mempunyai nama yang agak unik sehinggakan aku susah nak ingat namanya. Bunyi namanya lebih kurang macam Kalam, Talam, Takir, Fakir, Kafir.. Macam itulah. Kita gelarkan budak ini Kalam lah untuk memudahkan aku bercerita.

Si Kalam seorang budak yang biasa-biasa. Mukanya tidak lah kacak sangat. Ok, tak kacak langsung. Agak selekeh. Malah Kalam ada habit suka membuat pergerakan badan yang agak pelik jika sedang bercakap atau berdiri.

Tapi kalau kamu tengok girlfriend nya, mesti macam tak percaya. Lawa, cute, comel dan semua perkataan yang sewaktu dengannya.

"Gila cun awek Si Kalam tu. Macam mana dia boleh dapat awek macam tu?" Tanya aku.

"Nak tau jawapannya? Tengok je nanti," Kata Hizalia.

Aku pun melihat Si Kalam membawa girlfriend-nya masuk ke dalam kereta. Aku tak berapa ingat kereta apa tapi yang pasti kereta mahal dan jenama import.

"Oh... Sebab dia ada kereta mahal," aku berjaya mendapatkan jawapan dari persoalan aku.

"Tak jugak. Tak payah kereta mahal. Janji ada kereta - tak kiralah mahal ke, murah ke - mesti senang nak dapat awek. Memang dah perasan dah trend ni. Tak percaya tengok la budak-budak ni. Muka pecah rumah pun, tapi kalau ada kereta, mesti dapat awek punya. Memang la tak semua macam tu, tapi kalau ada kereta anytime boleh dapat awek punya," Hizalia bagi penerangan panjang lebar.

Jadi, kepada adik-adik yang sedang belajar di IPTA/IPTS, kalau dah gersang sangat nak ada girlfriend, ikutlah tips yang mudah ini. Mintaklah parents belikan kereta untuk anda. Nescaya, muka yang bagaikan jalan raya berlubang depan Shell Jalan Rahmat Batu Pahat sekalipun, ada pasti akan berjaya mendapatkan girlfriend.

Tapi kalau parents anda tidak berkemampuan, jangan ikut tips ini. Kerana ada harapan anda makan penyepak dan terajang dari parents anda sambil dimaki, "Kau ingat aku kerja chop duit ke?"

Tapi perlu diingat. Tips ini hanya berkesan semasa anda belajar di IPTA/IPTS sahaja. Bila masuk alam kerja, itu cerita lain.

Sekian. Ingat tips percintaan ini - Ada kereta, ada makwe.

Monday, November 29, 2010

Sepintas lalu Sukan Asia ke-16 Guangzhou 2010

Ramalan 9 pingat emas Malaysia menjadi kenyataan. Namun, atlet yang dijangkakan mengutip pingat emas gagal mencapai sasaran, sebaliknya atlet yang tidak diletakkan harapan yang menggalas tugas tersebut.

Emas Pertama: Chai Fong Ying



Chai Fong Ying membuat kejutan setelah meraih pingat emas pertama buat kontijen Malaysia dalam acara Taijiquan dan Taijijian dengan mengumpul 19.36 mata.


Emas Ke-2: Mohd. Azizulhasni Awang



Mohd. Azizulhasni Awang menyumbangkan pingat emas ke-2 buat Malaysia dalam acara kegemarannya, keirin, sekali gus menamatkan penantian 40 tahun pingat emas acara basikal di Sukan Asia, dengan rakan senegara, Josiah Ng melengkapkan keputusan 1-2 buat negara di Velodrom Guangzhou pada hari terakhir acara berbasikal trek.


Emas ke-3: Adrian Ng & Alex Liew



Adrian Ang dan Alex Liew pula menyumbang pingat emas ke-3 negara dalam acara bowling berpasangan. Kedua-duanya mendapat jumlah jatuhan pin paling banyak iaitu 2711, 20 mata lebih banyak daripada pencabar terdekat, pasukan Jepun.


Emas ke-4: Nicol David



Datuk Nicol Ann David mengutip emas pertamanya dalam Sukan Asia ini, dan juga emas ke-4 buat kontijen Malaysia dalam acara squash perseorangan wanita.


Emas ke-5: Mohd Azlan Iskandar



Mohd Azlan Iskandar menyumbangkan pingat emas ke-5 buat kontijen Malaysia dalam acara squash  perseorangan lelaki.

Emas ke-6: Alex Liew



Alex Liew berjaya memenangi pingat emas keduanya dalam Sukan Asia kali ini, juga pingat emas ke-6 buat kontijen negara dalam acara all-event.

Emas ke-7: Ku Jin Keat



Emas ke-7 negara disumbangkan oleh Ku Jin Keat dalam acara Individu Kata, yang selama ini didonimasi oleh atlet Jepun 

Emas ke-8: R. Puvaneswaran


R. Puvaneswaran menyumbangkan pingat emas ke-8 selepas mengungguli acara Kumite bawah 55 kilogram lelaki. Ini merupakan penyertaan terakhir atlet berumur 36 tahun ini, yang akan bersara selepas berakhirnya Sukan Asia.

Emas Ke-9: Pasukan squash wanita Malaysia - Nicol David, Low Wee Wern, Delia Arnold dan Sharon Wee



Pingat emas terakhir negara disumbangkan oleh Pasukan Squash Wanita negara, yang menepati ramalan.

Ada beberapa sukan yang diletakkan sandaran untuk mendapatkan pingat emas tetapi gagal menepati ramalan seperti pasukan bowling wanita dan pasukan badminton.


Datuk Lee Chong Wei gagal mendapatkan pingat emas. Tapi perlu diingat, lawan beliau ialah Lin Dan dan perlawanan kali ini diadakan di China, tempat sendiri buat Lin Dan. Pencapaian Datuk Lee Chong Wei harus dipuji.


Pasukan bola tampar pantai wanita gabungan Beh Shun Ting dan Luk Tek Hua diletakkan sebagai pilihan ke-8 dalam pertandingan dan tidak diletakkan harapan untuk mendapatkan pingat.

Namun, gandingan mereka berdua telah mengejutkan beberapa pasukan yang mempunyai ranking yang lebih baik dari mereka dan mereka layak ke pusingan separuh akhir. Walaupun gagal mendapatkan sebarang pingat, penilaian mereka harus dipuji.





Pasukan terjun negara tidak mengecewakan. Walaupun hanya mampu memungut pingat perak dan gangsa, tapi persembahan mereka yang konsisten harus dipuji. Malaysia tewas ditangan penerjun China, yang semestinya kuasa besar dalam sukan terjun.


Dan yang paling mengejutkan, pasukan hoki negara berjaya membawa pulang pingat  perak selepas tewas 2-0 ditangan pasukan Pakistan.

Pasukan hoki tidak diletakkan harapan namun berjaya melakukan kejutan dengan menewaskan pasukan India 4-3 di peringkat separuh akhir. Pasukan hoki melayakkan diri  ke pusingan akhir buat kali pertama. Pencapaian pasukan hoki sepatutnya dijadikan contoh kepada pasukan bola sepak yang sekali lagi.... Malas aku nak cerita.

Kesimpulannya, kontijen Malaysia berjaya mencapai sasaran dan kejayaan mereka sepatutnya dipuji. Tahniah buat semua pemenang pingat emas, perak dan gangsa. Juga semua atlet lain yang beraksi buat negara. Anda semua memang hero negara!

Jumpa lagi di Icheon tahun 2014!!!!

Gadis pemberi pingat yang menarik perhatian

Saturday, November 27, 2010

Trend filem dan drama Melayu sekarang

"Apa-apa aje lah cerita sekarang ni. Asyik nak buat cerita hantu je." Komen abah selepas menonton trailer filem Ngangkung di TV.

Aku setuju dengan luahan hati abah. Aku pun dah mula rasa bosan bila tengok filem Melayu banyak berpusat kepada genre seram dan cerita hantu.

Aku rasa, genre filem seram mula popular dikalangan penonton wayang filem Melayu bermula dari filem Jangan Pandang Belakang. Jangan Pandang Belakang menerima kritikan positif dari kalangan perngkritik dan penonton. Aku akui, Jangan Pandang Belakang boleh dikatakan ok jika dibandingkan dengan filem seram lain.

Filem arahan Ahmad Idham itu mendapat sambutan baik dan dikatakan filem seram terbaik di Malaysia selepas filem Malaysia suram dengan filem bergenre seram walaupun Prof Razak Mohaideen beberapa kali membuat filem bergenre seram seperti Mistik yang akhirnya menjadi antara produk gagal dalam sejarah perfileman Malaysia. Filem ini berjaya mendapat kutipan RM 6.33 juta, kutipan tertinggi ketika itu sebelum dipintas oleh Adnan Sempit.

Jangan Pandang Belakang mula menjadi katalis buat pengarah lain untuk terus berkarya untuk menghasilkan filem seram. Akibatnya, setiap tahun kita dilambakkan dengan cerita seram yang tak seram dan membosankan. Sudah menjadi trend yang setiap tahun, pasti ada filem genre seram yang membosankan akan ditayangkan di panggung.

Bila pengarah rasa gagal untuk menulis filem bergenre seram kerana takut mendapat kritikan "filem ni tak seram langsung", pengarah merubah skrip menjadi filem genre seram komedi. Cerita hantu yang mana hantunya tak menyeramkan, dan ditambah dengan lawak yang kadang kala mengundang rasa nak tendang pintu wayang selepas menontonnya. 

Setakat ini, aku belum jumpa satu pun filem genre seram komedi Malaysia yang menarik untuk ditonton. Orang kata Jangan Pandang Belakang Congkang best, bagi aku ok sahaja. Sekurang-kurangnya bolehlah aku terima sikit kalau bandingkan dengan filem lain, tapi masih ditahap kurang memuaskan kerana banyak lawak stereotype.

Yang terbaru, Ngangkung. Kadang-kadang aku rasa kasihan pada Shaheizy Sam. Bagi aku, dia antara aktor yang menyerlah lakonannya tapi sayangnya tidak banyak filem di Malaysia yang mampu mencabarnya sampaikan dia terpaksa berlakon filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak. Dia sepatutnya mendapat watak yang lebih mencabar.

Bertitik tolak dari filem-filem genre seram ini, wujud pula slot drama seram di TV3 dan TV2 (adalah sekejap). TV3 obsess mengeluarkan drama seram sehingga mewujudkan slot Seram setiap hari Khamis, malam Jumaat. Kononnya seramlah sangat keluarkan cerita hantu masa malam Jumaat.

Aku bukannya hendak menidakkan kewujudan hantu atau benda-benda mistik, tapi aku rasa pasaran filem dan drama Melayu sudah menerima lambakan cerita bergenre seram yang melampau-lampau. Trend filem dan drama Melayu seram sudah sepatutnya dikurangkan.

Satu lagi trend yang paling kita selalu tonton dalam TV ialah drama bergenre "Orang kaya Melayu, business juta-juta, Kencana Holding, main rebut-rebut tender, gunakan anak masing-masing untuk jatuhkan pesaing, berlaku perubatan harta antara adik-beradik dan sewaktu dengannya."

Biasanya, boleh dikatakan jalan cerita drama bergenre ini lebih kurang sama cuma jalan ceritanya diubah suai sikit. Tapi kadang-kadang rasa macam tak masuk akal pula bila watak-watak dalam drama ini menganggap wang bagaikan kertas kerana mereka dengan selambanya boleh memberi wang mencecah juta-juta kepada kawan mereka dengan selamba.

"Sulaiman, company aku nak bankrupt. Aku berhutang RM 50 juta."


"Tak pe. Esok aku bagi kau duit tu. Kau guna dulu."

Seriously, boleh bagi pinjam macam itu saja?

Bukanlah salah nak buat drama tentang orang-orang kaya, tapi kebanyakan orang Melayu kebanyakan berada dalam lapisan pertengahan. Jadi ada baik kalau buat drama yang menggambarkan cerita tentang orang-orang kebiasaan macam Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Naik Tangga Turun Tangga, Rumah Kedai dan lain-lain.

Satu lagi trend yang paling tipikal dalam drama dan filem ialah drama yang dibuat kononnya hasil dari inspirasi filem. Bermula dengan Impak Maksima. Filem Impak Maksima sudah sedia bosan, dibuat pula dalam versi drama. Makinlah membosankan.

Jangan Pandang Belakang juga dijadikan drama, tapi ditayangakan di TV2. Mana ada orang mahu tengok RTM kan?

Kemudian, wujud drama Adamaya, hasil adaptasi dari filem I'm Not Single. Drama ini menjadi kegilaan ramai dan ramai penonton menganggap Adamaya lebih berjaya dari filem I'm Not Single setelah mereka mengubah barisan pelakon dengan menggantikan Farid Kamil dengan Sein dan Awal Ashaari dengan Faizal Yusof.

Timbul pula Epilog Syurga Cinta, adaptasi dari filem Syurga Cinta. Aku tak menonton drama ini tapi kebanyakkan yang menonton memberikan komen negatif terhadap drama tersebut. Syurga Cinta versi filem dipenuhi babak plastik Awal Ashaari manakala versi dramanya pula dipenuhi dengan jalan cerita yang agak membosankan.

Adnan Sempit, filem yang mencatat rekod kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman Malaysia dengan RM 7.66 juta, juga menjadi mangsa trend diatas. Drama bersiri Adnan Sempit yang ditayangkan di Astro Warna juga kurang mendapat sambutan.

Dan terbaru, Jangan Pandang Belakang Congkak juga sudah diadaptasi menjadi drama. Adakah pengarah sudah kehilangan idea untuk membuat drama bersiri dan mengambil mudah dengan menggunakan kembali skrip filem dan diolah sehingga menjadi satu drama yang membosankan.

Aku rasa, ada baiknya kalau pengarah sekarang berhenti membuat filem bergenre seram yang biasanya tak seram dan membosankan. Cuba pengarah jadi lebih kreatif dan menghasilkan filem dari genre lain yang jarang dipertengahkan dalam filem Malaysia.

Aku puji KRU Studio kerana berani menghasilkan filem dan drama yang menggunakan genre yang jarang diterbitkan oleh pengarah lain seperti MySpy (penyiasatan dan komedi), Magika (muzikal) dan Hikayat Merong Mahawangsa (adventure, fantasy).

Tentang drama pula, ada baiknya kalau penerbit drama di Malaysia meniru cara TV Series di Amerika dikeluarkan. Dalam setahun, mereka hanya mengeluarkan 20-25 episod drama dalam satu musim. Jika drama tersebut mendapat rating yang tinggi, sambung drama tersebut untuk musim kedua. Kalau tidak, cancel dan buat drama baru.

Kalau drama Melayu di Malaysia meniru gaya TV Series Amerika yang mengeluarkan drama secara bermusim, tak lah penonton Malaysia terasa terseksa bila mahu menunggu drama bosan seperti Sembilu dan Si Capik yang sudah mencapai ratusan episod, tapi tak habis-habis lagi.

Thursday, November 25, 2010

Pengajaran: Jangan main gila dengan orang yang hebat dalam hal ehwal kung-fu

Memperkenalkan, idola baru anak-anak muda, Ricky-Oh. Beliau tidak suka berpeleseran, anti kepada Mat Rempit, tidak mengambil dadah, tidak bercumbuan di tepi jalan dan sama sekali tidak pernah mendesak teman wanitanya untuk memilih KLCC atau dirinya.





Itulah dia Ricky-Oh. Jejaka paling tough, terklasemen di alam nyata dan lelaki yang membuatkan anda berkata "Watdefak!" bila melihat dia bertarung.

Wednesday, November 24, 2010

Perkara tak penting yang selalu aku fikirkan: Ultraman

Aku rasa semua orang kenal Ultraman ni. Baik lelaki ataupun perempuan, mesti tahu pasal Ultraman. Kalau tak minat pun, mesti tahu Ultraman. Mahu tak mahu, tidak boleh tidak, mesti tahu Ultraman.


Ultraman boleh dikira sebagai superhero yang berasal dari Jepun. Mereka orang biasa, tapi boleh berubah menjadi Ultraman yang setinggi bangunan puluhan tingkat. Mugkin ketinggian Ultraman boleh mencecah 100 tingkat (Ye ke?).

Kalau Ultraman wujud di Malaysia, pasti akan wujud video "Dia pilih Ultraman, doh!", menggantikan video "Dia pilih KLCC, doh!"

Ultraman biasanya berwarna merah dan silver, walaupun Ultraman yang baru ada yang berwarna biru. Mata besar warna kuning. Kalau mata warna merah, nanti orang tuduh Ultraman tak cukup tidur pula, ataupun mat ganja. Biasanya ada lampu warna biru pada dada.Kalau Ultraman dah lemah, lampu tersebut bertukar jadi warna merah.

Ultraman ni ada pelbagai macam jenis. Masa zaman aku kecik anak, aku menjadi antara kalangan peminat Ultraman Ace. Yes! Ultraman yang paling bergaya ketika itu. Ultraman Ace ni kira unik sikit sebab dia memerlukan gabungan 2 orang untuk menjadi Ultraman. 

Seorang lelaki bernama Hakuto dan seorang bernama Minami. Masing-masing pakai cincin dan melompat serentak, buat somersault, terus jadi Ultraman. Tapi pada pertengahan cerita, Minami rupanya orang bangsa Bulan dan terpaksa balik ke Bulan. Tinggalah Hakuto seorang diri jadi Ultraman.

Selain daripada Ultraman Ace, aku juga mengenali Ultraman Taro, Ultraman Leo, Ultraman dan Ultra Seven. Sekarang, anak saudara aku, Naufal, pulak mewarisi minat Ultraman dari abang aku. Dari Naufal aku kenal Ultraman Dyna, Ultraman Tiga, Ultraman Gaia, Ultraman Cosmos, Ultraman Nexus, Ultraman Max, Ultraman Agul dan Ultraman Mebius.

Biasanya, watak utama yang jadi Ultraman dalam cerita biasanya bekerja dengan pasukan pertahanan yang ditubuhkan untuk melindungi Jepun dari raksasa. Rasanya kamu mesti perasan kan? Pasukan pertahanan ini biasanya dilengkapi dengan senjata yang moden dan canggih. Pasukan pertahanan ini juga ada kapal terbang yang dilengkapi dengan roket dan laser untuk menembak raksasa. Setiap ahli ada pistol laser dan macam-macam lagi.

Biasanya kumpulan pertahanan dalam cerita Ultraman ada nama yang senang untuk kanak-kanak hendak sebut dan ingat. Kalau Ultraman Taro, nama pasukan pertahanannya ZAT. Kalau Ultraman Tiga - GUTS (Global Unlimited Task Squad), Ultraman Dyna - Super GUTS, Ultraman Cosmos - EYES, Ultraman Mebius - GUYS (Guards for UtilitY Situation) dan macam-mcam lagi.

Dalam setiap pasukan pertahanan ini, mesti ada seorang ahlinya yang agak bodoh-bodoh dan lembab sedikit. Biasanya yang memegang watak bodoh ni, seorang lelaki gemuk. Kasihan pada orang gemuk, selalu jadi stereotype perkara-perkara yang negatif.

Benda ni buat aku terfikir, macam mana orang yang slow tahap IQ-nya boleh menyertai pasukan pertahanan yang kompleks. Kerja pasukan pertahanan bukan kerja-kerja mudah. Kena belajar bawak jet pejuang yang mempunyai kelengkapan senjata yang moden, belajar lawan raksasa dan lain-lain lagi.

Benda ni buat aku terfikir, apa kelulusan untuk apply bekerja dekat pasukan pertahanan tersebut? SPM dah cukup ke? Kalau sejarah fail dalam SPM, boleh apply juga ke sebab mula tahun depan, kalau tak lulus sejarah, SPM terus dianggap fail.

Ataupun adakah cara pengambilan pekerja di pasukan pertahanan ini juga seperti di sesetengah firma di Malaysia, kalau ada kabel senang boleh dapat kerja walaupun saiz badan dan saiz IQ tidak padan dengan pekerjaan sebenar?

Satu lagi perkara tak penting yang selalu aku fikirkan bila menonton Ultraman, tentang kemodenan senjata yang ada dalam cerita tersebut. Masa zaman aku, aku tonton Ultraman Ace sekitar tahun 1992-1994. Tapi sebenarnya, Ultraman Ace telah dirakam dan disiarkan di Jepun pada tahun 1972. Lebih 20 tahun ditayangkan di Jepun, baru keluar di TV Malaysia.

Jadi persoalan yang timbul, bagaimana pasukan pertahanan tersebut mempunyai teknologi yang tinggi untuk mencipta senjata dan kapal terbang moden pada tahun 1970'an?

Pada tahun 1990'an, penerbit Ultraman lebih bijak dengan memperkenalkan latar belakang masa yang lebih baik. Apabila Ultraman Tiga diterbitkan pada tahun 1996, latar belakang cerita tersebut bermula pada tahun 2010 (kalau versi Amerika, 2049). Begitu juga Ultraman Dyna yang diterbitkan pada tahun 1997 berlatarbelakangkan pada tahun 2017. Baru nampak logik sikit dan berjaya membunuh persoalan aku.

Satu lagi persoalan yang aku fikir, kenapa kalau cerita Ultraman ni yang jadi Ultraman mesti lelaki? Cuba buat satu kelainan sikit. Buat Ultraman perempuan pula. Memang watak Ultraman perempuan wujud dalam Ultra Universe, tapi jarang diberikan watak utama.

Cuba sekali penerbit Ultraman bagi peluang kepada Ultraman perempuan untuk dijadikan watak utama. Mungkin boleh menaikkan rating cerita tersebut dikalangan penonton lelaki dewasa. Ya lah, perempuan pakai baju ketat, mestilah boleh menarik perhatian lelaki. Macam bola tampar pantai wanita lah kiranya.

Tapi boleh tahan juga kalau perempuan diberikan watak utama dalam cerita Ultraman. Cuba lihat gambar di bawah:


Ok. Sebenarnya ini bukan gambar Ultraman perempuan, tapi ini sebenarnya cerita porno Jepun. Kreatif juga orang Jepun. Cerita Ultraman pun boleh jadi porno.

Dan satu lagi persoalan yang wajib. Kenapa raksasa cuma turun ke Jepun? Kenapa raksasa tak turun di negara lain? Kenapa tak menyerang Madagascar? Kenapa tak menyerang Israel? Kenapa tak serang White House di Washington? Kenapa tak serang Putrajaya?


Sekurang-kurangnya, kalau raksasa turun di negara lain, dapat jugalah Ultraman melancong ke negara lain. Lagipun, kenapa raksasa suka sangat serang Jepun? Kerajaan Jepun patut buat kajian dengan mendalam sebab musabab kenapa raksasa pandang enteng pada negara lain dan memilih Jepun sebagai negara wajib serang.

Dan perkara tak penting yang terakhir, kenapa Ultraman tak buat kerja part time. Dengan saiz badan yang besar, aku yakin Ultraman mampu membuat kerja part time yang orang lain gagal untuk lakukan.

Sebagai contoh, Ultraman boleh membuat part time membina bangunan tinggi. Dengan saiz badan yang besar, membina bangunan tinggi akan menjadi mudah bagaikan budak umur 4 tahun main Lego untuk membuat bangunan. Ultraman dengan mudah boleh mencantumkan bahan binaan dengan mudah dan boleh membina bangunan tinggi dengan lebih cepat.

Jika Ultraman buat kerja part time ini, nescaya banyak negara yang mampu mengurangkan kos apabila membina bangunan tinggi. Sebagai contoh Malaysia sendiri. Aku yakin kos RM5 Billion untuk membina Menara Warisan Merdeka dapat dikurangkan dengan mengupah Ultraman. Kuranglah sikit kemarahan rakyat Malaysia.

Dan Ultraman pasti boleh mendapat job dengan lebih banyak di Dubai, tempat dimana pak arab berlumba-lumba membina bangunan tertinggi di dunia.

Untuk mengurangkan rasa sia-sia kamu selepas membaca entri ini, sila dengarkan lagu dendangan Fakry.



Monday, November 22, 2010

ABC, Cendol dan 2 Alam

Buat sesiapa yang baru baca blog ini, ABC dan Cendol yang aku maksudkan bukanlah minuman yang dihasilkan dengan mencampurkan ais dengan beberapa manisan lain, tapi sebenarnya ialah nama nickname kawan-kawan aku. Mereka adalah antara ahli 32 Jementah.

ABC dan Cendol

Kisah di bawah diceritakan oleh Cendol pada aku. Tapi dialog diubahsuai sikit oleh aku.

Situasi: Sebelum 2 Alam ditayangkan

"Aku ingat nak tengok la cerita 2 Alam ni kat wayang," kata ABC.

"Eh? Kenapa pulak kau nak tengok cerita tu?" Tanya Cendol.

"Aku nak tengok cerita tu. Bila habis je, aku nak jerit/cakap kuat-kuat macam ni: Oi! Tak sedap pun cerita ni? Kata boleh dapat 20 juta. Cerita macam sial! Menghabiskan duit je buat cerita macam ni."

Situasi: Bila 2 Alam mula ditayangkan

"Weh, kau dah tengok 2 Alam ke belum? Kata nak tengok sangat hari tu," tanya Cendol.

"Malas la. Baik aku baca Bible dari tengok cerita tu." Jawab ABC dengan tenang.


2 Alam dan Dr Rozmey

Aku rasa, 2 Alam adalah antara filem kontroversi yang pernah diterbitkan di Malaysia. Kontroversi bukan kerana jalan ceritanya, tapi kerana penerbitnya yang membuat promosi dan mengembar-gemburkan kononnya cerita 2 Alam ialah filem paling hebat tahap dewa yang mampu melangit.

Pada mulanya, DR Rozmey membuat penyataan yang kononnya cerita 2 Alam adalah lain dari yang lain, penonton yang menontonnya akan menggigil ketakutan dan mampu mengaut kutipan sebanyak RM 20 juta. Tinggi betul sasaran DR Rozmey ni. Setahu aku, kutipan filem Malaysia yang paling tinggi cuma sekitar RM 7 Juta sahaja. RM 20 boleh dikatakan target yang agak tinggi.

Filem 2 Alam sepatutnya ditayangkan pada pertengahan tahun. Entah apa yang jadi, tiba-tiba tayangan 2 Alam terpaksa ditangguhkan. DR Rozmey kata, Finas sengaja tangguhkan tayangan 2 Alam. Finas kata Dr Rozmey tak faham Skim Wajib Tayang.

Akhirnya, 2 Alam telah mendapat tarikh untuk ditayangkan iaitu 18 November 2010. Kali ini, Dr Rozmey berkata yang jumlah kutipan 2 Alam mampu mencecah RM 40 juta pula.

kemudian, ditambah pula dengan promosi filem 2 Alam yang lain dari yang lain tapi agak annoying. Contohnya seperti video tarikh tayangan 2 Alam yang ala-ala tarikh pengumumam Hari Raya.



Kemudian, boleh dikatakan hampir setiap hari, iklan 2 Alam terpapmpang megah di dalam akhbar Kosmo selama 60 hari berturut-turut (kalau tak salah aku). Nasib baik aku tak beli Kosmo.

Dan yang paling buat aku tergelak, ialah poster filem 2 Alam yang baru. Poster lama dikatakan meniru salah satu filem seram di Hollywood. Poster terbaru pula:


Ok. Aku tahu kau producer filem 2 Alam. Tapi, apa relevannya kau letak muka kau sebesar-besarnya pada poster? David Teoh dan Datuk Yusof Haslam pun producer juga, pernahkah mereka meletakkan muka mereka pada poster filem terbitan mereka? (kecuali kalau filem tersebut melibatkan lakonan mereka berdua)

Oleh kerana suka sangat mengeluarkan fakta yang konon-kononnya filem 2 Alam best sangat sampai boleh buat orang menggigil bila menontonnya dan target RM 40 juta yang boleh dikatakan tidak masuk akal dan cara promosi yang membuatkan bangsa 1Malaysia rasa meluat, maka ramai orang awam mula membenci beliau.

Everybody hate his guts. Maka muncullah beberapa fan page di Facebook untuk mereka melepaskan rasa menyampah mereka pada Dr Rozmey. Antara fan page yang popular ialah Kami tak suka Dr. Rozmey yang angkuh dan Kami Tidak Menonton Filem 2 Alam utk Menyumbang 20 Juta Kepada dr Rozmey.

Bagi aku, apa yang Dr Rozmey buat untuk mempromosikan filem dia adalah cara psikologi. Mungkin dengan berkata, "Filem saya best sampai kamu menggigil bila tengok" atau "filem saya best dan saya yakin boleh dapat RM 40 juta," ia mampu menarik perhatian para penonton untuk pergi ke wayang.

Tapi teknik psikologi juga boleh mengundang rasa tidak senang pada orang lain. Teknik psikologi ini juga boleh menyebabkan orang mengandaikan kita sombong dan angkuh. Sebab itulah fan page Dr Rozmey angkuh wujud di Facebook.

Rasanya peminat bola sepak pasti mengenali Jose Mourinho. Mourinho ialah antara pengurus bola sepak terkenal dan terbaik. Dia juga sering dilabel sebagai pengurus yang sombong kerana menggunakan teknik psikologi tersebut. Tapi hati Mourinho keras. Beliau tak peduli apa kata orang lain, janji pasukannya menang.

Mungkin ini juga sifat yang dimiliki oleh Dr Rozmey. Bagi aku, Dr. Rozmey adalah seorang yang berani kerana mencuba suatu pendekatan yang baru. Tapi kadang-kadang kelihatan terlampau berani. Kalau ya pun nak buat pendekatan promosi secara psikologi, tak perlulah letak muka sendiri pada poster filem.

Ada beberapa wartawan sudah pun membuat review filem 2 Alam ini. Kata mereka, filem ini biasa sahaja, tak ubah seperti sebuah drama televisyen. Malah ada wartawan yang berkata, ada drama TV yang jauh lebih baik dari 2 Alam.

Nasihat buat Dr. Rozmey, tak payahlah buat teknik psikologi yang melampau-lampau macam ni lagi. Tak perlu letak muka kamu di poster. Tak perlu buat tarikh pengumuman seperti sambutan Hari Raya.

Dan yang paling penting, jangan buat filem seram. Secara terus terang aku katakan, filem seram Malaysia langsung tak seram dan biasanya filem bergenre ini ialah antara filem tahap sampah di Malaysia (lagi-lagi kalau diarahkan oleh Ahmad Idham). Jalan cerita klise, effect langsung tak menyeramkan. Seriously, aku tak kan tengok filem Malaysia bergenre seram di panggung wayang sebab aku dah tahu mesti membosankan.

Jadi, kalau Dr Rozmey teringin hendak buat filem lagi, buatlah filem bergenre lain pula. Cari pengarah dan penulis skrip yang baik dan pilih pelakon yang lebih baik. lakonan Aaron Aziz memang boleh tahan tapi rasanya ramai lagi pelakon lain yang layak boleh dijadikan hero.

Sebelum kamu menekan 'X' dihujung kanan skrin PC/Laptop/iPad kamu, apa kata kamu layan dulu video di bawah. Anggaplah Hitler sebagai Dr Rozmey.



Saturday, November 20, 2010

Setahun yang lepas, aku sedang terlantar di dalam bilik bedah

Hari ini 20 November 2010. Setahun yang lepas pada tarikh hari ini, aku sedang terlantar di atas meja pembedahan. Membiarkan doktor membenamkan pisau bedah ke atas perut aku. Membelah perut aku sehingga darah keluar mengalir tanpa henti.

Pak cik dalam gambar tu meninggal malam selepas aku tangkap gambar ni. Seram jugak tengok orang nazak masa nak meninggal ni.

Ok. Gambar atas memanglah bukan gambar dalam bilik bedah. Ingat macam cerita Grey's Anatomy & Scrubs, boleh rakam dalam bilik bedah.

Tapi, dua orang doktor yang bedah aku memang macam cerita Grey's Anatomy, bedah aku sambil buat lawak. Kata nurse, doktor buat lawak untuk hilangkan stress dan pressure masa tengah operation.

Syukur pembedahan pembetulan Hernia aku selamat dijalankan. Kalau ikut kata doktor, aku tak dibenarkan angkat benda berat sangat dalam tempoh 6 bulan. Doktor juga kata aku tak boleh bersenam terlampau agresif dalam tempoh setahun, dan akhirnya menyebabkan perut aku dah mula membuncit. Sekarang, waktu pantang dah habis. Misi menurunkan perut boleh aku lancarkan sekarang.

Oh. Lupa pulak aku pada mereka ni.


Dua nurse pelatih yang banyak melayan kerenah aku. Aku dah lupa nama nurse pelatih ni. Tapi seorang dari Kelantan dan seorang lagi dari Perak. Dua-dua pun cute dan manis.


Terima kasih juga buat Anisah atau Nisa atau Chici yang banyak menolong aku pada hari aku masuk wad.

Setahun sudah berlalu. Dan hari ini, aku sudah sihat seperti biasa. Perut saja ada sedikit luar biasa. Nampaknya, kena workout lebih sikit lepas ini.

Dan aku berharap aku tak kan kembali ke meja pembedahan lagi untuk masa hadapan.

Friday, November 19, 2010

Aku, abah dan samping di Pagi Hari Raya Haji

Macam aku katakan dalam entri yang lepas, aku memang slow poke. Dah masuk Hari Raya Haji ke-3 (ada ke Hari Raya Haji ke-3?), baru aku nak buat entri tentang Hari Raya Haji.

Pagi Hari Raya Aidiladha, aku bangun awal. Pergi bilik air, Mandi Sunat Aidiladha. Sejuk. Normal lah air sejuk pagi-pagi buta. Kalau air panas macam Api Neraka, memang pelik lah.

Selesai mandi, aku mengenekan Baju Melayu. Baju Melayu yang sama masa Hari Raya Aidilfitri. Baju warna kuning.

Sampai masa aku kena pakai samping. Aku perlukan pertolongan untuk pakai samping. Aku cari abang aku. Tiada. Mungkin tengah lepak dekat ruang depan rumah dengan Pak Andak.

Aku pergi ke bilik mama dan abah aku. Mama tengah terbaring di atas katil. Minggu lepas, mama baru menjalani rawatan kimoterapi. Kesan keletihan masih ada pada mama.

Abah aku baru lepas pakai Baju Melayu. Belum pakai samping jugak macam aku.

"Abah, tolong Am pakai samping ni?" Ayat pertama aku lontarkan pada Abah aku pada pagi Raya Haji ialah ayat meminta tolong.

Abah tersenyum sinis sambil membalas, "Tu la. Kalau dah kawin kan senang. Ada orang nak tolong pakaikan samping."

Selepas aku selesai pakai samping, giliran Abah meminta tolong pada aku pula.

"Am, tolong abah pakaikan samping pulak."

Aku tersenyum sambil membalas, "Aik? Dah kawin pun, mintak orang lain pakaikan samping jugak?"

Mama aku ketawa. Abah aku tersenyum.

"Terkena jugak pagi-pagi Raya ni ye?", kata Abah.

Wednesday, November 17, 2010

Cinta, KLCC dan Menara Warisan Merdeka

Video ini dah tersebar semenjak minggu lepas lagi. Semua orang dah tulis dalam blog masing-masing tentang video ni. Aku baru nak tulis hari ini. Aku memang slow poke.


Dari video tadi, kita dapat rumuskan beberapa perkara.

1. Ini bukan kali pertama KLCC dikaitkan dengan cinta. Kalau kamu pernah tengok filem Apa Kata Hati lakonan Raja Farah dan Farid Kamil. Ayat Farid Kamil dalam cerita tersebut lebih kurang macam ni:

"Itu KLCC, tanda cinta kita. Satu awak, satu saya. Sama lawa, sama cantik."

Jadi, tak hairan kalau couple ini menggunakan KLCC sebagai signifikan cinta mereka. KLCC sebenarnya adalah tanda cinta dan romantik.

2. Video ini terhasil kerana keghairahan kita membina bangunan tinggi pencakar langit. Dengan kata lain, pembinaan KLCC telah menyebabkan berleluasanya gejala sosial di Malaysia. 5 tahun akan datang, akan mucul pula video "Dia pilih Menara Warisan Merdeka, doh!!!"

3. Kalaulah Youtube dan internet sudah berleluasa dari tahun 1984, tak mustahil akan ada video "Dia pilih Dayabumi, doh!!!"

4. Aku tak tahu kenapa lelaki tersebut memberi pilihan kepada aweknya, pilih dia atau KLCC. Kenapa dia pilih KLCC sebagai bandingan dengan diri dia? Adakah dia rasa dia setanding dengan KLCC? Siapa dia nak dibandingkan dengan KLCC? Adakah dia mempunyai harga diri setandingan harga kos pembinaan KLCC? Adakah KLCC sebenarnya nama nickname lelaki yang mahu merampas perempuan tersebut dari beliau?

Atau pun sebenarnya...... Adakah dia mempunyai kemaluan berkembar yang mampu menandingi menara berkembar KLCC?

5. Jika rasa nak beromen dengan pasangan kamu, sila beromen di KL sahaja. Benda-benda macam ni memang benda kebiasaan di KL. Jangan berani beromen dengan pasangan anda di Batu Pahat. Ada peluang kena hempuk. Kalau dekat Parit Raja, aku tak pasti. Itu kena tanya Si Tanggang Parit Raja, Cendol.

6 .Sila rujuk perkara yang pertama. Kalau filem Apa Kata Hati merujuk kepada KLCC kerana KLCC merupakan bangunan tertinggi di Malaysia dan dunia ketika itu, 5 tahun akan datang, filem terpaksa merujuk kepada Menara Warisan Merdeka pula.

Ada kemungkinan ayat cinta dalam filem akan jadi begini:

"Itu Menara Warisan Merdeka, tanda cinta kita. 50 tingkat pertama tu, awak. 50 tingkat kedua tu, saya. Sama lawa, sama cantik. kita anggap je orang yang menghalang cinta kita bagaikan rakyat Malaysia yang marah dan joint 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower fan page dalam Facebook tu.'"

7. Ada orang kata, insiden ini adalah insiden kawan makan kawan. Kawan yang merakam secara senyap-senyap telah meng-upload video ini ke Youtube dengan niat nak memalukan kawan dan perempuan tersebut.

Tapi aku tak rasa, kalau mereka tak segan beromen tepi jalan, kenapa dia nak malau kalau video tersebut tersebar di Youtube kan? Agaknya, laki yang bernama Hans tu yang menyuruh kawan-kawannya upload video tersebut dalam Youtube dengan niat membangga diri.

"Tengok, doh! Perempuan tu sampai merayu dekat aku, doh! Sampai sanggup comolot aku tepi jalan, doh! Rasa macam kat New York, doh! Orang yang lalu pun macam buat tak nampak, doh! Aku rasa macam aku ni hero, doh! Apsal aku cakap nak ada perkataa doh kat ayat aku, doh!"

Tuesday, November 16, 2010

Perkara tak penting yang selalu aku fikirkan: Raya Haji

Sudah agak lama aku gagal mengupdate blog aku secara serius (serius habis). Aku sibuk dari minggu lepas, sehinggalah minggu ini.

Esok, Hari Raya Aidiladha akan disambut oleh semua umat Islam. Aku baru saja lepas selesai masak Rendang Ayam. Tiap-tiap tahun, Raya Aidiladha atau Raya Haji memang aku sambut di rumah saja. Saudara-mara dari KL pun akan datang beraya di sini.

Bercakap tentang Raya Haji, aku selalu fikir beberapa benda yang kurang penting tentang Raya Haji ni.

Yang pertama, kenapa jarang sekali (ke memang tak de) aku tengok iklan Hari Raya Haji keluar di TV atau radio. Kalau Raya Aidilfitri, semua syarikat berebut-rebut nak keluarkan iklan raya dekat TV. Selepas Petronas memulakan trend iklan sedih yang mempunyai makna mendalam (kebanyakannya arahan Arwah Yasmin Ahmad), syarikat lain tak mahu ketinggalan. Sekarang, semua iklan raya ada ciri-ciri sedih dan mesej "Ingat emak-bapak di kampung".

Tapi Raya Haji, macam langsung tiada satu pun iklan dekat TV yang ada berkaitan dengan Raya Haji. Macam dianak tirikan pula. Tapi mungkin agak susah kalau nak buat iklan Raya Haji. Antara elemen Raya Haji di Malaysia ialah lembu atau kerbau yang sedia untuk dikorbankan.

Kalau nak buat iklan Raya Haji, mesti kena masukkan lembu atau kerbau dalam iklan tersebut. Bukan senang nak menyuruh lembu dan kerbau berlakon. Cuba bayangkan macam mana pengarah nak mengarah lembu dan kerbau tersebut.

"Encik Kerbau, saya belum kata action lagi. Jangan la bergerak dulu sebelum saya kata action."

"Encik Lembu, ni lakonan babak sembelih je. Bukan nak sembelih betul-betul. Yang Encik Lembu sondol camera man tu sampai koma 3 hari kenapa?"

Tak hairanlah kenapa lembu dan kerbau tak pernah menang Anugerah Pelakon Terbaik.

Satu lagi yang aku perkara tak penting yang selalu aku fikirkan tentang Raya Haji ialah lagu Raya Haji. Kalau Raya Aidilfitri, berlambak lagu yang ada. Dari lagu evergreen zaman dahulu, lagu baru sehinggalah artis sekrang yang rip-off nyanyikan balik lagu raya lama yang kononnya diberikan nafas baru tapi bunyi macam lagu yang boleh buat kita putus nafas bila kita dengar.

Kenapa lagu Raya Haji tak ada orang yang hendak buat? Raya Haji bukan kecik anak punya perayaan. Penuh dengan pengertian tu.  Cuba bayangkan kalau ada lagu Raya Haji:

Selamat Aidil Adha
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Kita sembelih itu lembu sampai mati

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan ditempat sembelih tahun ini
Lembu kerbau semuanya habis mati

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak Pak Imam, daging lembu sepotong
Kalau tidak memag habis kaki pak iman saya potong

Ok. cukup bull shit aku tulis untuk hari ini. Siapa kata pemikiran kita yang mengarut tak boleh ditulis dalam blog? Hahahaha!

Itu perkara tak penting yang selalu aku fikirkan: Raya Haji. Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua Umat Islam di Malaysia.

Friday, November 12, 2010

Jangan main gila sama Beruang Panda!

Aku tengah busy sikit. Belum ada masa nak update panjang-panjang. Jadi, apa kata kamu layan video comel di bawah:


Kesimpulan dari iklan Panda di atas:

1. Kalau ada kawan ajak kamu makan cheese dengan roti, jangan menolak. [Iklan 1]

2. Jangan bekerja di pejabat yang sewenang-wenangnya membenarkan Beruang Panda keluar masuk dengan selamba. [Iklan 1]

3. Jangan check-in dalam hospital yang ada Beruang Panda kerana ia akan merbahyakan kesihatan dan mungkin boleh membunuh kamu. [Iklan 2]

4. Sila makan dan habiskan makanan hospital kalau tak mahu TV pecah. [Iklan 2]

5. Sila cari hospital yang mempunyai ramai nurse pelatih yang cun, baru cepat sihat dan tidak diganggu oleh Beruang Panda. [Iklan 2]

6. Sila order pizza anda dengan cheese untuk mengelakkan tukang masak pizza di restoran kegemaran anda mati dibunuh Panda. [Iklan 3]

7. Jika anda order pizza yang tidak diletakkan cheese, anda mungkin akan mendapat pesanan anda lebih lambat kerana tukang masak pizza terpaksa membuat semula pizaa anda kerana pizza tersebut sudah dirosakkan oleh Beruang Panda. [Iklan 3]

8. Jangan pergi ke super market yang membenarkan Beruang Panda masuk dengan selamba. Ia akan menyebabkan trolli shopping kamu jatuh bersepah. [Iklan 4]

9. Nasihat buat para ayah, jangan sesekali bawa anak lelaki kamu yang belum sunat pergi shopping bersama kamu. Kalau anak lelaki tak tanya pasal cheese pada ayahnya, mesti Beruang Panda tak kan muncul kan? [Iklan 4]

10. Sila ambil cheese dengan kadar banyak untuk mengelakkan gangguan Berunag Panda. [Iklan 5]

11. Dan yang penting sekali, Beruang Panda ialah binatang yang comel dan sangat merbahaya. Kalau kamu pergi ke zoo, jangan sesekali sebut perkataan cheese di depan mereka.

P/S: Tiap kali Panda tu muncul, aku mesti ketawa tengok muka Panda tu. Comel dan ganas! That's an attitude!

Wednesday, November 10, 2010

Aku dan perkara-perkara lain

Aku, MP3 dan iPod

Dulu, aku pakai mp3 jenama Sony. Aku dah lupa model apa tapi bentuk MP3 aku tu macam ini.

Memory storage untuk MP3 Sony ini tak besar mana. 512 MB saja tak salah aku. Jadi aku tak boleh letak semua lagu aku. Dalam laptop aku, jumlah saiz lagu aku lebih kurang 21 GB. Aku kena pilih lagu yang terbaik dan selalu terpaksa tukar playlist tiap kali aku download lagu baru.

Aku bukan jenis peminat lagu radio friendly. Setakat Usher, Justin Bieber, Lady Gaga, Fallout Bay atau mana-mana artis yang selalu music video-nya keluar di MTV.

Kebanyakan lagu yang aku minat ialah lagu-lagu band rock, metal, underground atau pun lagu-lagu lama yang sudah pasti susah nak dengar dalam radio.

Tapi aku ada simpan juga lagu-lagu yang aku tak suka. Kadang-kadang, ada kawan atau sepupu aku yang mintak tolong aku download kan lagu-lagu yang aku tak suka ni. 

Biasanya, selepas download lagu-lagu permintaan mereka, aku tak delete lagu-lagu tu tapi aku simpan. Aku simpan buat koleksi. Bak kata Baox, salah seorang ahli 32 Jementah, "Simpan je lagu-lagu tu, mana la tau nanti lagu tu jadi sesuatu yang berharga."

Tapi mungkin betul juga. Sekarang, bukan senang nak cari lagu-lagu tahun 60'an dan 70'an. Sebabtu dalam laptop aku ada lagu Siti Nurhaliza dan Ramlah Ram walaupun aku tak minat lagu mereka. Tapi macam mana pun, aku tak kan simpan lagu Justin Bieber.

Bebralik kepada cerita MP3. Kalau ada kawan aku capai MP3 aku (terutamanya kawan perempuan) dan cuba-cuba nak dengar MP3 aku, mesti mereka akan bagi soalan ini bila mereka lihat playslit aku, "Apasal lagu-lagu kau ni banyak aku tak pernah dengar?" "Tak de lagu Siti Nurhaliza ke?"

Ataupun soalan yang lebih dashyat, "Tak de lagu N'Sync ke?"

Sedangkan banyak lagu favorite aku pun aku tak dapat nak letak dalam MP3 aku, inikan pulak aku nak letak lagu yang aku tak suka kan?

Pada tahun 2007, aku akhirnya berjaya memenuhi hajat untuk membeli iPod. Aku beli iPod classic 80GB. Oleh disebabkan saiz memory storage iPod aku yang besar, aku sumbatkan semua lagu tanpa perlu aku memilih. Lagu-lagu aku yang aku tak suka pun aku sumbat sekali. 

Dengan kata lain, lagu Siti Nurhaliza pun ada dalam iPod aku. Aku malas nak delete lagu-lagu tu. Lagipun, masih banyak ruang kosong dalam iPod aku. Kalau dah penuh, baru aku delete mana-mana lagu yang aku tak dengar.

Dan bila aku dah pakai iPod, ada kawan aku mencuba iPod aku. Selepas membelek senarai lagu dalam iPod aku, kawan aku pun bertanya kepada aku, "Lagu Siti Nurhaliza pun kau simpan dalam iPod kau? Apalah kau ni."

Yes! Rasa macam nak terajang kepala kawan aku. Masa aku tak letak lagu Siti Nurhaliza, kau tanya. Bila dah ada dalam iPod aku, kau condemn aku pula, Kau memang nak mati.


Aku, blog dan Hannah Tan

Ramai yang selalu bertanya pada ku, "Kenapa kau guna gambar Hannah Tan kat header blog kau tu?"

Aku tak tahu kenapa ramai orang tanya soalan ini padahal ramai juga blogger perempuan yang guna gambar artis korea yang jambu jadi header blog mereka. Kenapa tak tanya mereka?

Tapi ramai juga para lelaki yang terperangkap dengan header blog aku. Ada yang ingat aku ini perempuan. Ada juga para lelaki yang tak kenal Hannah Tan ingatkan aku seorang perempuan dan aku gunakan gambar aku sendiri untuk dijadikan header blog.

Yes! Ramai juga lelaki di Malaysia yang tak kenal Hannah Tan. Walaupun Hannah Tan kini mempunyai 30,233 orang peminat di fan page beliau di Facebook (ketika entri ini ditulis), tapi masih ramai lelaki yang masih tak kenal Hannah Tan.

Tapi memang aku tak hairan sangat. Hannah Tan seorang yang berbangsa Cina, mungkin dia hanya terkenal dikalangan peminatnya yang berbangsa Cina di Malaysia. Sama macam Nabil Raja Lawak lah. Orang Melayu mungkin kenal dia, tapi orang yang berbangsa Cina mungkin tidak mengenali dia.

Ramai lelaki yang masuk blog aku sebab ingat aku ialah seorang amoi. Ada beberapa kali aku mendapat komen, "La... Mati-mati aku ingatkan kau ni amoi. Hehehe..," masa mula-mula aku letak gambar Hannah Tan sebagai header blog. 

Dengan kata lain, gambar Hannah Tan menjadi cara promosi secara subliminal buat para lelaki singgah ke blog aku. Ramai lelaki dan para wanita lesbian datang ke sini kerana header tersebut.

Jadi, jangan pelik kalau header blog aku akan terus menggunakan gambar Hannah Tan dan amoi-amoi cute yang lain selepas ini.


Aku dan AFC

Dalam rakaian Astro, ada satu saluran yang menyiarkan rancangan masakan. Nama saluran tersebut ialah Asian Food Channel atau AFC, saluran 703.

Mak kau antara peminat setia AFC. Kalau tiada cerita menarik, mak kau mesti menonton AFC. Tapi mak aku memang hebat dalam hal ehwal masakan.

Kemudian, kawan sepupu aku, Wawan, datang ke rumah aku. Dia juga ssuka menonton AFC. Oh, Wawan ialah seorang perempuan. Tak hairan kalau dia minat AFC.

Tak lama selepas itu, aku dapat tahu seorang kawan aku -seorang lelaki- juga kini menjadi peminat setia AFC.

"Apasal kau suka tengok AFC sekarang ni?"  Tanya aku.

"Kau try la tengok sekali. Mesti kau dapat tau apa sebabnya."

Semalam, aku pun menonton AFC. Ada beberapa rancangan yang mana chef-nya adalah seorang perempuan yang cantik. Ada juga rancangan yang menggunakan pengacara perempuan yang hot.

Bijak betul cara AFC tarik penonton lelaki dengan mengabungkan dua benda yang paling diminati oleh kaum lelaki - makanan sedap dengan perempuan hot.

Monday, November 8, 2010

Aku, kedai gunting rambut dan The Summit

(Aku sambung entri Lagu tema filem (runut bunyi, OST) terbaik Part 1 minggu depan. Sekarang aku sedang sibuk menelaah. Sempat buat update yang simple saja)

Kedai Gunting Rambut 1

Hari ini aku bercita-cita nak potong rambut. Mula-mula aku bercadang nak pakai jersey Liverpool, atas kemenangan Liverpool 2-0 ke atas Chelsea. Tapi memandangkan aku cuma nak pergi gunting rambut dan kemudian cuma ke The Summit, baik aku pakai t-shirt biasa saja.

Aku pergi ke kedai gunting kegemaran aku, kedai gunting Ezath. Aku jarang gunting rambut dekat kedai lain. Lagipun kedai gunting tersebut agak cool. Yang jadi tukang gunting adalah golongan anak muda, jadi tajuk perbualan mesti berkaitan dengan anak muda.

Lagipun, kedai gunting tersebut ada air-cond yang sangat sejuk dan ada Astro.

Sebaik aku sampai, TV dalam kedai gunting tengah menyiarkan siaran ulangan antara Liverpool dan Chelsea. Salah seorang dari pelanggan dalam kedai tersebut terus mengungkit, "Sial la. Kalah pulak Chelsea. Aku ingatkan boleh makan Liverpool semalam."

Seorang lagi pun bersuara, "Tu la. Kalah teruk aku betting semalam."

Sayang juga aku tak pakai jersey Liverpool. Kalau tidak boleh aku letakkan garam pada luka yang sedia ada di hati budak dua orang tu.

Atau ada kemungkinan juga aku kena belasah ramai-ramai dalam kedai tu.


Kedai Gunting Rambut 2

"Aku kalau Astro ni, aku tengok dua channel je. 712 (MTV) sama 705 (Hitz.TV)," kata pelanggan yang rambutnya sedang dipotong oleh tukang gunting.

"Aku jarang tengok channel lain kat Astro. Channel lain macam tak de cerita," kata dia lagi.

"Kalau macam tu, baik kau potong je Astro. Layan Youtube," kata aku..... Tapi dalam hati saja lah.

Kemudian, tajuk perbualan mula masuk hal-hal Facebook dan gadis-gadis.

"Kita tak boleh ikut je kata awek kita. Kita kena tegas sikit. Tunjuk kan sifat lelaki. Aku tak pernah bagi muka kat awek aku. Baru nampak sifat kelakian," kata mamat tu lagi. Si tukang gunting cuma mengangguk.

Tiba-tiba, video klip Justin Bieber ditayangkan di Hitz.TV.

"Dik, besarkan sikit. Lagu best tu," mamat tersebut memberi arahan kepada adiknya yang terus mencapai remote control Astro, menguatkan volume TV.

Sia-sia bercerita pasal hal kelakian kalau minat Justin Bieber. Tak gitu?


The Summit 1

Selepas aku selesai gunting rambut, aku terus bergerak pergi ke The Summit (dulu dikenali dengan nama Summit Parade), dengan harapan PS2 aku yang rosak sudah diperbaiki. Tapi rupanya belum siap lagi.

Aku terus berjalan-jalan tanpa hala tuju selepas aku membeli CD Football Manager 2011. Sampai ke satu kedai, aku nampak 2 orang gadis - seorang gadis melayu, seorang lagi amoi - sedang sibuk melihat satu barang dari luar kedai dan berbincang.

"You agak, mana satu yang lawa? Mana satu yang I patut beli?"

"I pun tak tau. Semua nampak macam nice je."

Aku jalan secara perlahan-lahan dan cuba melihat apa barang yang gadis-gadis tersebut sibuk bincangkan. Aku ternampak pakaian tersebut dengan sign board disebelah pakaian tersebut "Sexy Bikini."

"Apa kata kalau awak berdua cuba dulu, kasi saya tengok mana satu yang sesuai untuk awak berdua," kata aku.. Dan sekali lagi ianya cuma terluah dalam hati aku.


The Summit 2

Aku rasa, semua orang Batu Pahat tahu yang The Summit sekarang dah hilang kredibiliti sebagai shopping complex paling happening di Batu Pahat. Semenjak kemunculan BP Mall dan Square One, The Summit kini bagaikan Selayang Mall dan Metro Kajang.

Sekarang, The Summit penuh dengan salon. Jadi hari ini, untuk membuang masa, aku nak kira berapa banyak jumlah salon yang ada dalam The Summit.

Hasil survey aku, The Summit mempunyai 17 salon, 2 beauty centre dan 2 manicure centre. Dan semuanya ada dalam satu tingkat yang sama.

Patutlah dah The Summit dah hilang pengunjung. Tambah pulak wayang dah lenyap. Itu sebab aku pun jarang nak jejak kaki ke The Summit. Lagi-lagi bila kebanyakan amoi skirt pendek pun dah banyak yang melepak ke  BP Mall.


The Summit 3

"Dah 2 kali kau keluar masuk dalam Popular tu?" Tegur seorang pak guard The Summit, yang dulunya merupakan pelanggan tetap di warong bapak aku bila nampak aku dua kali keluar masuk dari kedai buku Popular.

"Itu je hiburan yang tinggal kat Summit ni, bang", jawab aku dengan tenang.

Friday, November 5, 2010

Lagu tema filem (runut bunyi, OST) terbaik Part 1

Kadang-kadang, kejayaan sesebuah filem kadangkala bergantung kepada lagu soundtrack (OST) bagi filem tersebut. Jika lagu tersebut mampu menarik minat pendengar, tidak mustahil ia akan menarik minat pendengar tersebut untuk menonton filem tersebut. Kira macam subliminal advertising lah.

Berikut adalah beberapa lagu OST yang popular.

The Cardigans - Lovefool (Romeo + Juliet, 1996)


Lovefool ialah lagu nyanyian kumpulan The Cardigan, sebuah band yang berasal dari Sweden. Vokalis band ini, Nina Persson yang boleh tahan comel jugak.

Lagu ini menjadi OST untuk filem William Shakespeare's Romeo + Juliet, atau lebih mudah kalau disebut sebagai Romeo + Juliet, lakonan Leonardo DiCaprio dan Claire Danes. Aku pernah tengok filem ini sekali tapi dah lupa jalan cerita filem ini. 

Ada dua versi music video untuk lagu ini. Video di atas adalah versi filem. Video bawah adalah video versi asal untuk lagu ini.



Roxette - It Must Have Been Love (Pretty Woman, 1990)


It Must Have Been Love ialah lagu OST untuk filem Pretty Women, yang dinyanyikan oleh duo yang berasal dari Sweden, Roxette.

Pretty Women adalah filem yang menaikkan nama Julia Roberts di Hollywood dan menjadi salah satu filem ikonh dan legend yang perlu ditonton. Tapi akusendiri pun tak pernah tengok filem ini. Best ke filem ini?


311 - Love Song (50 First Dates, 2004)


Love Song ialah lagu nyanyian kumpulan dari Amerika, 311. Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh The Cure dan dinyanyikan semula oleh 311. Lagu ini merupakan OST untuk filem 50 First Dates.

Bagi aku, 50 First Dates adalah satu filem romantic comedy yang sangat freaking awesome. Lagipun, aku memang peminat Adam Sandler. Tapi filem ini memang kelakar, romantik dan sedih.

Video di bawah adalah lagu versi asal nyanyian The Cure.



Coolio - Gangsta's Paradise (Dangerous Minds, 1995)




Gangsta's Paradise ialah lagu OST untuk filem Dangerous Mind, yang dinyanyikan oleh Coolio featuring L.V. Musik dalam lagu ini ialah sample dari lagu Pastime Paradise, lagu nyanyian Stevie Wonder.

Dangerous Mind ni aku pernah tengok tapi dah lupa. Cerita tahun 1995, dah lama sangat. Masa ni Michelle Pfeiffer tengah hot lagi. Nampak gaya, banyak juga filem aku nak kena download balik.


Ronan Keating – When You Say Nothing At All (Nothing Hill, 1999)


When You Say Nothing At All ialah lagu OST untuk filem Nothing Hill, yang dinyanyikan oleh Ronan Keating. Lagu ini dimuatkan dalam album OST Nothing Hill dan album solo pertama Ronan Keating, Ronan.

Aku tak pernah tengok filem Nothing Hill. Tapi lagu ni menjadi salah satu lagu ballad yang evergreen sampai sekarang. Datin Rosmah Mansor dah menyanyikan lagu Ronan Keating, If Tomorrow Never Comes, bila pulak nak menyanyikan lagu ni?


All Saints - Pure Shores (The Beach, 2000)


Pure Shores ialah lagu nyanyian girls band dari UK, All Saints. Lagu ini merupakan OST untuk filem The Beach, lakonan Leonardo DiCaprio.

Aku tak lah minat sangat dengan All Saints tapi aku rasa lagu ni memang sesuai dengan filem The Beach. Dan, lagu ini mengingatkan aku pada satu peristiwa. Ya, peristiwa itu. Hehehehe...


Chad Kroeger Feat. Josey Scott - Hero (Spider-Man, 2002)


Hero ialah lagu nyanyian gabungan dari dua band rock, Nickelback dan Saliva, Chad Kroeger dan Josey Scott. Lagu ini merupakan OST untuk filem Spider-Man.

Lagu ini dibuat dalam dua versi, satu seperti video di atas dan satu lagi versi orkestra. Tapi lagu dalam album OST untuk Spider-Man 2 rasanya lebih kick-ass.


Sixpence None The Richer - Kiss Me (She's All That, 1999)


Kiss Me ialah lagu nyanyian Sixpence None The Richer. Lagu ini merupakan OST untuk teen movie yang aku rasa semua budak sebaya aku mesti pernah tengok, She's All That. Masa tahun cerita ini ditayangkan, filem-filem bergenre teen movie memang tengah popular.

Lagu ini sebenarnya sudah di-release pada tahun 1998. Setahun kemudian, lagu ini diambil untuk dijadikan lagu OST She's All That. Lagu ini juga dimuatkan dalam album OST untuk TV Series terkenal dari Amerika yang mempopularkan Katie Holmes, Dawson's Creek.

Lagu ini menjadi antara sing-along-song pada tahun tersebut. Video di atas adalah musik video khas untuk filem She's All That. Aku tak jumpa video versi asal dalam Youtube.


Aerosmith - I Don't Want To Miss A Thing (Armageddon, 1998)


Tipulah kalau kamu kata kamu tak pernah dengar lagu ini.

I Don't Want To Miss A Thing ialah lagu nyanyian kumpulan glam rock Amerika yang sudah lebih 40 tahun bertahan dalam industri, Aerosmith. Lagu ini merupakan OST untuk filem Armageddon.

Lagu ini menjadi popular dan filem Armageddon juga mendapat kutipan yang memberangsangkan. Lagu ini menjadi satu-satunya lagu Aerosmith yang berjaya mendapat No.1 dalam Carta Billboard selama 4 minggu. Lagu ini juga berjaya memperkenalkan diri Aerosmith kepada anak muda dan newfags yang tak pernah mendengar muzik Aerosmith sebelum ini.

Lagu ini ditulis oleh Diana Warren. Menurut Warren, lagu ini sebenarnya ditulis untuk Celine Dion. Thank god, lagu ini akhirnya dinyanyikan oleh Aerosmith. Kalau tak, mesti jadi macam lagu My Heart Will Go On.

==========

Ok, cukup 9 lagu buat masa ini. Aku sambung dengan lagu-lagu lain dalam entri akan datang. Dalam 9 lagu di atas, mana satu kegemaran kamu? Apa lagu OST kegemaran kamu yang belum aku senaraikan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...