Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, November 3, 2010

Amerika ada, Malaysia pun ada! Part 2

Di Amerika, ada Marie Digby.


Marie Digby menyanyikan semula lagu Umbrella dengan baik. Satu cover yang menarik. Marie Digby berasal dari New York. Marie Digby mula menyanyikan semula lagu-lagu popular dengan gaya yang tersendiri. Aku sebenarnya meluat dengan lagu Umbrella tapi Marie Digby berjaya cover lagu ini dengan baik.

Pada tahun 2004, beliau mula merakamkan lagu-lagu nyanyiannya dan meng-upload ke dalam Youtube. Dalam sekelip mata, dia mendapat perhatian dunia dan disambar menjadi artis rakaman.

==========

Di Malaysia, kita ada pengganti hampir dengan Marie Digby. Memperkenalkan, Justin Bieber versi Malaysia, Haziq version 1.0

(Amaran: Jangan ludah skrin komputer/laptop anda selepas menonton video di bawah)


Rasanya aku boleh nobatkan video Haziq Version 1.0 ini sebagai video paling teruk yang aku tengok dalam Youtube untuk tahun 2010. Lebih teruk dari Cikgu Syida. Hahahahaha!

Mesti ada yang berkata aku berat sebelah, bagi komen yang buruk pada lelaki dan memuji-muji perempuan.

Atau yang akan kata aku ini jenis typical malay, kutuk bangsa sendiri dan puji bangsa lain.

Sebenarnya, apa yang Marie Digby dan Haziq Version 1.0 buat adalah benda yang sama. Ambil gitar, nyanyikan lagu orang, rakam dan upload dalam Youtube. Ya! Perbuatan mereka sama. Mungkin kedua-duanya berniat untuk mendapatkan perhatian dari syarikat rakaman.

Tapi ada satu benda yang membezakan antara mereka berdua, originality. Dalam bahasa kebangsaan, keaslian.

Marie Digby menyanyikan semula lagu R&B, Umbrella nyanyian Rihanna, dengan gaya sendiri, tak meniru gaya nyanyian Rihanna dan tak meniru slang Nigga (Negro) Rihanna.

Haziq Version 1.0 pula menyanyi (dan bercakap) dengan slang Nigga (Come on, dude. Justin Bieber is Caucasian, not a Nigga. Ke Tiru slang Ludacris?). Cara nyanyian memang macam Justin Bieber. Dan yang paling pelik sekali, apa hal pulak siap tampal bendera Kanada dekat belakang tu? Tahulah kau nak jadi Justin Bieber wannabe, tapi tak payahlah sampai nak tampal bendera Kanada.

Haziq Version 1.0? Lagilah nampak kau nak tiru nama album Justin Bieber, My World 2.0.

Kalau betul-betul si Haziq Version 1.0 nak jadi artis, pastikan ada originality dalam nyanyian. Bukan menyanyi ikut orang lain punya style. Kalau dalam pertandingan nyanyian bermutu rendah macam Akademi Fantasia pun tak mahu pesertanya menyanyi meniru gaya orang.

Nasihat buat Haziq Version 1.0 dan lain-lain yang sudah pasang niat untuk merakam video ke dalam Youtube, pastikan nyanyian anda berkualiti dan mempunyai originality. Jangan kasi malu Malaysia.

Dan yang paling penting sekali, jangan cover lagu Justin Bieber. Memang sah kena kutuk dan akan mengakibatkan niat untuk menjadi artis akan berkubur. Dan mungkin kamu akan aib selama 7 keturunan.

Tapi apa-apa pun, Amerika ada Marie Digby, Malaysia ada Haziq Version 1.0! Mungkin Haziq Version 1.0 boleh berduet dengan Cikgu Syida selepas ni. Hahahaha!

P/S: Dengar cerita Haziq 1.0 ni adik Caprice. Betul ke? Kalau betul, memang kena la. Hahahahaha!

5 comments:

Shahrul Shaharuddin said...

Gud try mamat nie.. ahahh LOL~

aremierulez/Amirul said...

not really a good try. hahahaha

J. Abdullah said...

wtf

Anonymous said...

belajar banyak

hanzo said...

ntah ape2 jew budak nie..
mcm sengal jew..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...