Belilah Novel Aku!!!!

Friday, November 5, 2010

Lagu tema filem (runut bunyi, OST) terbaik Part 1

Kadang-kadang, kejayaan sesebuah filem kadangkala bergantung kepada lagu soundtrack (OST) bagi filem tersebut. Jika lagu tersebut mampu menarik minat pendengar, tidak mustahil ia akan menarik minat pendengar tersebut untuk menonton filem tersebut. Kira macam subliminal advertising lah.

Berikut adalah beberapa lagu OST yang popular.

The Cardigans - Lovefool (Romeo + Juliet, 1996)


Lovefool ialah lagu nyanyian kumpulan The Cardigan, sebuah band yang berasal dari Sweden. Vokalis band ini, Nina Persson yang boleh tahan comel jugak.

Lagu ini menjadi OST untuk filem William Shakespeare's Romeo + Juliet, atau lebih mudah kalau disebut sebagai Romeo + Juliet, lakonan Leonardo DiCaprio dan Claire Danes. Aku pernah tengok filem ini sekali tapi dah lupa jalan cerita filem ini. 

Ada dua versi music video untuk lagu ini. Video di atas adalah versi filem. Video bawah adalah video versi asal untuk lagu ini.



Roxette - It Must Have Been Love (Pretty Woman, 1990)


It Must Have Been Love ialah lagu OST untuk filem Pretty Women, yang dinyanyikan oleh duo yang berasal dari Sweden, Roxette.

Pretty Women adalah filem yang menaikkan nama Julia Roberts di Hollywood dan menjadi salah satu filem ikonh dan legend yang perlu ditonton. Tapi akusendiri pun tak pernah tengok filem ini. Best ke filem ini?


311 - Love Song (50 First Dates, 2004)


Love Song ialah lagu nyanyian kumpulan dari Amerika, 311. Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh The Cure dan dinyanyikan semula oleh 311. Lagu ini merupakan OST untuk filem 50 First Dates.

Bagi aku, 50 First Dates adalah satu filem romantic comedy yang sangat freaking awesome. Lagipun, aku memang peminat Adam Sandler. Tapi filem ini memang kelakar, romantik dan sedih.

Video di bawah adalah lagu versi asal nyanyian The Cure.



Coolio - Gangsta's Paradise (Dangerous Minds, 1995)




Gangsta's Paradise ialah lagu OST untuk filem Dangerous Mind, yang dinyanyikan oleh Coolio featuring L.V. Musik dalam lagu ini ialah sample dari lagu Pastime Paradise, lagu nyanyian Stevie Wonder.

Dangerous Mind ni aku pernah tengok tapi dah lupa. Cerita tahun 1995, dah lama sangat. Masa ni Michelle Pfeiffer tengah hot lagi. Nampak gaya, banyak juga filem aku nak kena download balik.


Ronan Keating – When You Say Nothing At All (Nothing Hill, 1999)


When You Say Nothing At All ialah lagu OST untuk filem Nothing Hill, yang dinyanyikan oleh Ronan Keating. Lagu ini dimuatkan dalam album OST Nothing Hill dan album solo pertama Ronan Keating, Ronan.

Aku tak pernah tengok filem Nothing Hill. Tapi lagu ni menjadi salah satu lagu ballad yang evergreen sampai sekarang. Datin Rosmah Mansor dah menyanyikan lagu Ronan Keating, If Tomorrow Never Comes, bila pulak nak menyanyikan lagu ni?


All Saints - Pure Shores (The Beach, 2000)


Pure Shores ialah lagu nyanyian girls band dari UK, All Saints. Lagu ini merupakan OST untuk filem The Beach, lakonan Leonardo DiCaprio.

Aku tak lah minat sangat dengan All Saints tapi aku rasa lagu ni memang sesuai dengan filem The Beach. Dan, lagu ini mengingatkan aku pada satu peristiwa. Ya, peristiwa itu. Hehehehe...


Chad Kroeger Feat. Josey Scott - Hero (Spider-Man, 2002)


Hero ialah lagu nyanyian gabungan dari dua band rock, Nickelback dan Saliva, Chad Kroeger dan Josey Scott. Lagu ini merupakan OST untuk filem Spider-Man.

Lagu ini dibuat dalam dua versi, satu seperti video di atas dan satu lagi versi orkestra. Tapi lagu dalam album OST untuk Spider-Man 2 rasanya lebih kick-ass.


Sixpence None The Richer - Kiss Me (She's All That, 1999)


Kiss Me ialah lagu nyanyian Sixpence None The Richer. Lagu ini merupakan OST untuk teen movie yang aku rasa semua budak sebaya aku mesti pernah tengok, She's All That. Masa tahun cerita ini ditayangkan, filem-filem bergenre teen movie memang tengah popular.

Lagu ini sebenarnya sudah di-release pada tahun 1998. Setahun kemudian, lagu ini diambil untuk dijadikan lagu OST She's All That. Lagu ini juga dimuatkan dalam album OST untuk TV Series terkenal dari Amerika yang mempopularkan Katie Holmes, Dawson's Creek.

Lagu ini menjadi antara sing-along-song pada tahun tersebut. Video di atas adalah musik video khas untuk filem She's All That. Aku tak jumpa video versi asal dalam Youtube.


Aerosmith - I Don't Want To Miss A Thing (Armageddon, 1998)


Tipulah kalau kamu kata kamu tak pernah dengar lagu ini.

I Don't Want To Miss A Thing ialah lagu nyanyian kumpulan glam rock Amerika yang sudah lebih 40 tahun bertahan dalam industri, Aerosmith. Lagu ini merupakan OST untuk filem Armageddon.

Lagu ini menjadi popular dan filem Armageddon juga mendapat kutipan yang memberangsangkan. Lagu ini menjadi satu-satunya lagu Aerosmith yang berjaya mendapat No.1 dalam Carta Billboard selama 4 minggu. Lagu ini juga berjaya memperkenalkan diri Aerosmith kepada anak muda dan newfags yang tak pernah mendengar muzik Aerosmith sebelum ini.

Lagu ini ditulis oleh Diana Warren. Menurut Warren, lagu ini sebenarnya ditulis untuk Celine Dion. Thank god, lagu ini akhirnya dinyanyikan oleh Aerosmith. Kalau tak, mesti jadi macam lagu My Heart Will Go On.

==========

Ok, cukup 9 lagu buat masa ini. Aku sambung dengan lagu-lagu lain dalam entri akan datang. Dalam 9 lagu di atas, mana satu kegemaran kamu? Apa lagu OST kegemaran kamu yang belum aku senaraikan?

12 comments:

Hujan Malam said...

paling suka lagu Aerosmith n Ronan Keating..=)

aremierulez/Amirul said...

Hujan Malam:
dah agak dah ziana mesti pilih tu punya. kiss me tak minat pulak?

alien said...

suka lagu linkin park kat citer transfrmer, what i`ve done

aremierulez/Amirul said...

ok.. nanti aku letak dalam part 2

Hujan Malam said...

hahaha,cmne leh tau?hehe..xmnat sgt sbb penyanyi pmpuan..hehehe

aremierulez/Amirul said...

ziana:
racist terhadap wanita betul ni. hahaha

Firol said...

lagu p.ramlee pun impak baik

aremierulez/Amirul said...

Firol:
lagu ost filem malaysia aku akan compile dalam part yang akan datang. tapi susah nak cari video lagu melayu dlm youtube

J. Abdullah said...

the cardigans and 311111111111111

memori siot. lagu lama ni.

R&J tu jalan citer sama lah macam R&J biasa. gua dah lama tak layan movie tu. tapi dulu menangis lah jugak.

semua lagu lu senaraikan ni gua pernah minat suatu ketika dulu. kira dah tua jugaklah gua ni kan? kahkah!

aremierulez/Amirul said...

the cardigans tu aku still simpan lagu tu dalam handphone. siap buat ringtone lagi. heehe

kalau kau rasa kau dah tua, aku pun sama. hehehe

Bulussan said...

simon cowell ada ckp lagu Aerosmith tu antara lagu terhebat sepanjang zmn! ya memg betul!

Sixpence None The Richer, Ronan Keating, Roxette, itu suma sgtlah superb!

Switchfoot - Meant To Live juga best tuk movie Spiderman 2.

Amirul (aremierulez) said...

Switchfoot - Meant To Live tu aku nak letak dalam part 3. Kalau semua lagu yang best aku dah letak dalam part 1, nanti entri part 3 akan jadi hambar. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...