Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, November 24, 2010

Perkara tak penting yang selalu aku fikirkan: Ultraman

Aku rasa semua orang kenal Ultraman ni. Baik lelaki ataupun perempuan, mesti tahu pasal Ultraman. Kalau tak minat pun, mesti tahu Ultraman. Mahu tak mahu, tidak boleh tidak, mesti tahu Ultraman.


Ultraman boleh dikira sebagai superhero yang berasal dari Jepun. Mereka orang biasa, tapi boleh berubah menjadi Ultraman yang setinggi bangunan puluhan tingkat. Mugkin ketinggian Ultraman boleh mencecah 100 tingkat (Ye ke?).

Kalau Ultraman wujud di Malaysia, pasti akan wujud video "Dia pilih Ultraman, doh!", menggantikan video "Dia pilih KLCC, doh!"

Ultraman biasanya berwarna merah dan silver, walaupun Ultraman yang baru ada yang berwarna biru. Mata besar warna kuning. Kalau mata warna merah, nanti orang tuduh Ultraman tak cukup tidur pula, ataupun mat ganja. Biasanya ada lampu warna biru pada dada.Kalau Ultraman dah lemah, lampu tersebut bertukar jadi warna merah.

Ultraman ni ada pelbagai macam jenis. Masa zaman aku kecik anak, aku menjadi antara kalangan peminat Ultraman Ace. Yes! Ultraman yang paling bergaya ketika itu. Ultraman Ace ni kira unik sikit sebab dia memerlukan gabungan 2 orang untuk menjadi Ultraman. 

Seorang lelaki bernama Hakuto dan seorang bernama Minami. Masing-masing pakai cincin dan melompat serentak, buat somersault, terus jadi Ultraman. Tapi pada pertengahan cerita, Minami rupanya orang bangsa Bulan dan terpaksa balik ke Bulan. Tinggalah Hakuto seorang diri jadi Ultraman.

Selain daripada Ultraman Ace, aku juga mengenali Ultraman Taro, Ultraman Leo, Ultraman dan Ultra Seven. Sekarang, anak saudara aku, Naufal, pulak mewarisi minat Ultraman dari abang aku. Dari Naufal aku kenal Ultraman Dyna, Ultraman Tiga, Ultraman Gaia, Ultraman Cosmos, Ultraman Nexus, Ultraman Max, Ultraman Agul dan Ultraman Mebius.

Biasanya, watak utama yang jadi Ultraman dalam cerita biasanya bekerja dengan pasukan pertahanan yang ditubuhkan untuk melindungi Jepun dari raksasa. Rasanya kamu mesti perasan kan? Pasukan pertahanan ini biasanya dilengkapi dengan senjata yang moden dan canggih. Pasukan pertahanan ini juga ada kapal terbang yang dilengkapi dengan roket dan laser untuk menembak raksasa. Setiap ahli ada pistol laser dan macam-macam lagi.

Biasanya kumpulan pertahanan dalam cerita Ultraman ada nama yang senang untuk kanak-kanak hendak sebut dan ingat. Kalau Ultraman Taro, nama pasukan pertahanannya ZAT. Kalau Ultraman Tiga - GUTS (Global Unlimited Task Squad), Ultraman Dyna - Super GUTS, Ultraman Cosmos - EYES, Ultraman Mebius - GUYS (Guards for UtilitY Situation) dan macam-mcam lagi.

Dalam setiap pasukan pertahanan ini, mesti ada seorang ahlinya yang agak bodoh-bodoh dan lembab sedikit. Biasanya yang memegang watak bodoh ni, seorang lelaki gemuk. Kasihan pada orang gemuk, selalu jadi stereotype perkara-perkara yang negatif.

Benda ni buat aku terfikir, macam mana orang yang slow tahap IQ-nya boleh menyertai pasukan pertahanan yang kompleks. Kerja pasukan pertahanan bukan kerja-kerja mudah. Kena belajar bawak jet pejuang yang mempunyai kelengkapan senjata yang moden, belajar lawan raksasa dan lain-lain lagi.

Benda ni buat aku terfikir, apa kelulusan untuk apply bekerja dekat pasukan pertahanan tersebut? SPM dah cukup ke? Kalau sejarah fail dalam SPM, boleh apply juga ke sebab mula tahun depan, kalau tak lulus sejarah, SPM terus dianggap fail.

Ataupun adakah cara pengambilan pekerja di pasukan pertahanan ini juga seperti di sesetengah firma di Malaysia, kalau ada kabel senang boleh dapat kerja walaupun saiz badan dan saiz IQ tidak padan dengan pekerjaan sebenar?

Satu lagi perkara tak penting yang selalu aku fikirkan bila menonton Ultraman, tentang kemodenan senjata yang ada dalam cerita tersebut. Masa zaman aku, aku tonton Ultraman Ace sekitar tahun 1992-1994. Tapi sebenarnya, Ultraman Ace telah dirakam dan disiarkan di Jepun pada tahun 1972. Lebih 20 tahun ditayangkan di Jepun, baru keluar di TV Malaysia.

Jadi persoalan yang timbul, bagaimana pasukan pertahanan tersebut mempunyai teknologi yang tinggi untuk mencipta senjata dan kapal terbang moden pada tahun 1970'an?

Pada tahun 1990'an, penerbit Ultraman lebih bijak dengan memperkenalkan latar belakang masa yang lebih baik. Apabila Ultraman Tiga diterbitkan pada tahun 1996, latar belakang cerita tersebut bermula pada tahun 2010 (kalau versi Amerika, 2049). Begitu juga Ultraman Dyna yang diterbitkan pada tahun 1997 berlatarbelakangkan pada tahun 2017. Baru nampak logik sikit dan berjaya membunuh persoalan aku.

Satu lagi persoalan yang aku fikir, kenapa kalau cerita Ultraman ni yang jadi Ultraman mesti lelaki? Cuba buat satu kelainan sikit. Buat Ultraman perempuan pula. Memang watak Ultraman perempuan wujud dalam Ultra Universe, tapi jarang diberikan watak utama.

Cuba sekali penerbit Ultraman bagi peluang kepada Ultraman perempuan untuk dijadikan watak utama. Mungkin boleh menaikkan rating cerita tersebut dikalangan penonton lelaki dewasa. Ya lah, perempuan pakai baju ketat, mestilah boleh menarik perhatian lelaki. Macam bola tampar pantai wanita lah kiranya.

Tapi boleh tahan juga kalau perempuan diberikan watak utama dalam cerita Ultraman. Cuba lihat gambar di bawah:


Ok. Sebenarnya ini bukan gambar Ultraman perempuan, tapi ini sebenarnya cerita porno Jepun. Kreatif juga orang Jepun. Cerita Ultraman pun boleh jadi porno.

Dan satu lagi persoalan yang wajib. Kenapa raksasa cuma turun ke Jepun? Kenapa raksasa tak turun di negara lain? Kenapa tak menyerang Madagascar? Kenapa tak menyerang Israel? Kenapa tak serang White House di Washington? Kenapa tak serang Putrajaya?


Sekurang-kurangnya, kalau raksasa turun di negara lain, dapat jugalah Ultraman melancong ke negara lain. Lagipun, kenapa raksasa suka sangat serang Jepun? Kerajaan Jepun patut buat kajian dengan mendalam sebab musabab kenapa raksasa pandang enteng pada negara lain dan memilih Jepun sebagai negara wajib serang.

Dan perkara tak penting yang terakhir, kenapa Ultraman tak buat kerja part time. Dengan saiz badan yang besar, aku yakin Ultraman mampu membuat kerja part time yang orang lain gagal untuk lakukan.

Sebagai contoh, Ultraman boleh membuat part time membina bangunan tinggi. Dengan saiz badan yang besar, membina bangunan tinggi akan menjadi mudah bagaikan budak umur 4 tahun main Lego untuk membuat bangunan. Ultraman dengan mudah boleh mencantumkan bahan binaan dengan mudah dan boleh membina bangunan tinggi dengan lebih cepat.

Jika Ultraman buat kerja part time ini, nescaya banyak negara yang mampu mengurangkan kos apabila membina bangunan tinggi. Sebagai contoh Malaysia sendiri. Aku yakin kos RM5 Billion untuk membina Menara Warisan Merdeka dapat dikurangkan dengan mengupah Ultraman. Kuranglah sikit kemarahan rakyat Malaysia.

Dan Ultraman pasti boleh mendapat job dengan lebih banyak di Dubai, tempat dimana pak arab berlumba-lumba membina bangunan tertinggi di dunia.

Untuk mengurangkan rasa sia-sia kamu selepas membaca entri ini, sila dengarkan lagu dendangan Fakry.



10 comments:

shaffique said...

nak carik ar filem ultraman pompuan tu. huhu. ;)


My latest entry : Tutorial : How To Troll People

Miss Fireflies said...

part2 ultraman ni aku sensitip nih.hahaha

aremierulez/Amirul said...

shaffique:
Hahahaha! Good luck. Kalau dah jumpa, share sekali

Miss Firefly:
alamak! ultraman perempuan dah datang. hehehe

alien said...

bahaya oo kalau alteromen pempuan
bahaya~

hohoho

aremierulez/Amirul said...

ye ke bahaya?

atau pun menyeronok kan.

hahahahaha

M.D 沙美美 said...

aku kenal otomen max je.
tu pon sebab temankan adik aku tengok tv. =,="

aremierulez/Amirul said...

aku tahu nama2 ultraman tu je. itu pun sebab temankan anak sedara aku main game ultraman kat PS2. hehehe

Azizan said...

kalau perempuan tak di panggil ultraMAN la kena panggil ultraWOMAN.

ariyon176 said...

perhh... kira ko terrel la gak sbb hafal nama2 ultraman nie... Yonz minat gak dulu... skang dah bnyak sangat... malas nk layan.. jln citer sama..gaduh punya gaduh ngan raksaksa pastu Ultraman menang walaupun nyawa2 ikan...hahaha

aremierulez/Amirul said...

Azizan:
ada kemungkinan dia di gelar Ultragirl kalau belum cukup umur

ariyon:
hafal sebab dah selalu sangat main game ultraman kat PS2. hehehe.

tapi betul. ultrama makin nyawa2 ikan, makin kuat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...