Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, November 30, 2010

Tips percintaan - Ada kereta, ada makwe

Masa aku belajar di UiTM Segamat dulu, setiap pelajar perlu menghadiri satu modul yang dibuat sekali dalam satu semester. Modul tersebut diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Sepanjang pengajian pelajar di bumi Segar Amat, mereka perlu menghadiri 3 kali sessi modul untuk memastikan mereka mendapat segulung diploma dan ijazah apabila menamatkan pengajian.

Aku tak pasti samada UiTM dicawangan lain ada menjalankan sessi modul ini ataupun tidak. Tapi yang pasti, sessi modul memang sangat-sangatlah tidak ditunggu-tunggu oleh para pelajar.

Dalam modul ini ada sessi ceramah, program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK), program mengenal kendiri, program kepimpinan dan lain-lain program. Kiranya macam mini BTN lah. Tapi tidaklah se-annoying macam BTN, dari apa yang kawan-kawan aku ceritalah.

Ok, apa yang aku melalut di 3 perenggan di atas adalah semata-mata bertujuan untuk memanjangkan entri ini. Terima kasihlah kerana sudi membaca 3 perenggan di atas.

Semasa aku dalam modul ini, aku berkenalan dengan Yan dan Hizalia, yang mana mereka akhirnya sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tahun depan. Tahniah! Aku juga berkenalan dengan pelajar lain yang selama ini aku tak pernah nampak seumur hidup aku sepanjang berada di bumi Segamat.

Antaranya ialah seorang budak yang mempunyai nama yang agak unik sehinggakan aku susah nak ingat namanya. Bunyi namanya lebih kurang macam Kalam, Talam, Takir, Fakir, Kafir.. Macam itulah. Kita gelarkan budak ini Kalam lah untuk memudahkan aku bercerita.

Si Kalam seorang budak yang biasa-biasa. Mukanya tidak lah kacak sangat. Ok, tak kacak langsung. Agak selekeh. Malah Kalam ada habit suka membuat pergerakan badan yang agak pelik jika sedang bercakap atau berdiri.

Tapi kalau kamu tengok girlfriend nya, mesti macam tak percaya. Lawa, cute, comel dan semua perkataan yang sewaktu dengannya.

"Gila cun awek Si Kalam tu. Macam mana dia boleh dapat awek macam tu?" Tanya aku.

"Nak tau jawapannya? Tengok je nanti," Kata Hizalia.

Aku pun melihat Si Kalam membawa girlfriend-nya masuk ke dalam kereta. Aku tak berapa ingat kereta apa tapi yang pasti kereta mahal dan jenama import.

"Oh... Sebab dia ada kereta mahal," aku berjaya mendapatkan jawapan dari persoalan aku.

"Tak jugak. Tak payah kereta mahal. Janji ada kereta - tak kiralah mahal ke, murah ke - mesti senang nak dapat awek. Memang dah perasan dah trend ni. Tak percaya tengok la budak-budak ni. Muka pecah rumah pun, tapi kalau ada kereta, mesti dapat awek punya. Memang la tak semua macam tu, tapi kalau ada kereta anytime boleh dapat awek punya," Hizalia bagi penerangan panjang lebar.

Jadi, kepada adik-adik yang sedang belajar di IPTA/IPTS, kalau dah gersang sangat nak ada girlfriend, ikutlah tips yang mudah ini. Mintaklah parents belikan kereta untuk anda. Nescaya, muka yang bagaikan jalan raya berlubang depan Shell Jalan Rahmat Batu Pahat sekalipun, ada pasti akan berjaya mendapatkan girlfriend.

Tapi kalau parents anda tidak berkemampuan, jangan ikut tips ini. Kerana ada harapan anda makan penyepak dan terajang dari parents anda sambil dimaki, "Kau ingat aku kerja chop duit ke?"

Tapi perlu diingat. Tips ini hanya berkesan semasa anda belajar di IPTA/IPTS sahaja. Bila masuk alam kerja, itu cerita lain.

Sekian. Ingat tips percintaan ini - Ada kereta, ada makwe.

11 comments:

alien said...

awek2 tu suka sbb mudah nak kemana2
cet
amik kesempatan lah tu~

aremierulez/Amirul said...

hahahaha..
ye la tu kot

ShueQry said...

maksudnya, kalo yang pakai motor ataupun skuter, masih tidak berpeluang untuk mendapat awek..

sufian said...

macam ada nama aku jea kat atas tuh??hehe

keta kelisa aku tu bnyak berjasa..huhu

J. Abdullah said...

aku suka lelaki ada kereta jugak. senang aku nak mintak tolong karang.

fairuz said...

kalau orang dah bekerja, dan ada kereta, dan berpeleseran di sekitar IPTA/IPTS, kau agak-agak boleh dapat awek IPTA/IPTS tak? haha..

aremierulez/Amirul said...

Shueqry:
Yes! Kalau ada kereta, saham lebih besar

yan:
yes! nama kau la. sape lagi.

kau dgn tunang kau lain cerita sebab tunang kau pun ada kereta. tunang kau terpikat dgn kau sebab muka kau yang jambu.

ke sebab bontot kau. hehehe

aremierulez/Amirul said...

J.Love:
Aku pun suka kawan aku yg ade kereta. sebab aku tak de transport, kalau pergi kelas, mesti tumpang kereta diorang punye

fairuz:
Yang tu aku tak tau pulak. cuba kau buat, kita tengok macam mana pergi. nanti boleh aku tulis hasil nya dalam blog aku

sufian said...

cis..tak penah dalam hikayat2 melayu dan hikayat merong mahawangsa mencatatkn bahawa wanita terpikat dengan lelaki adalah kerana bontotnya..

kalau aku adalah..keh keh keh..

aremierulez/Amirul said...

kau memang special kes yan. kira kau membuka lembaran baru sejarah la. keh keh keh

rinser said...

Kenapa kao petik shell jalan rahmat? apsal tak petik shell dalam pekan sri medan...

hahahahahah!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...