Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, November 27, 2010

Trend filem dan drama Melayu sekarang

"Apa-apa aje lah cerita sekarang ni. Asyik nak buat cerita hantu je." Komen abah selepas menonton trailer filem Ngangkung di TV.

Aku setuju dengan luahan hati abah. Aku pun dah mula rasa bosan bila tengok filem Melayu banyak berpusat kepada genre seram dan cerita hantu.

Aku rasa, genre filem seram mula popular dikalangan penonton wayang filem Melayu bermula dari filem Jangan Pandang Belakang. Jangan Pandang Belakang menerima kritikan positif dari kalangan perngkritik dan penonton. Aku akui, Jangan Pandang Belakang boleh dikatakan ok jika dibandingkan dengan filem seram lain.

Filem arahan Ahmad Idham itu mendapat sambutan baik dan dikatakan filem seram terbaik di Malaysia selepas filem Malaysia suram dengan filem bergenre seram walaupun Prof Razak Mohaideen beberapa kali membuat filem bergenre seram seperti Mistik yang akhirnya menjadi antara produk gagal dalam sejarah perfileman Malaysia. Filem ini berjaya mendapat kutipan RM 6.33 juta, kutipan tertinggi ketika itu sebelum dipintas oleh Adnan Sempit.

Jangan Pandang Belakang mula menjadi katalis buat pengarah lain untuk terus berkarya untuk menghasilkan filem seram. Akibatnya, setiap tahun kita dilambakkan dengan cerita seram yang tak seram dan membosankan. Sudah menjadi trend yang setiap tahun, pasti ada filem genre seram yang membosankan akan ditayangkan di panggung.

Bila pengarah rasa gagal untuk menulis filem bergenre seram kerana takut mendapat kritikan "filem ni tak seram langsung", pengarah merubah skrip menjadi filem genre seram komedi. Cerita hantu yang mana hantunya tak menyeramkan, dan ditambah dengan lawak yang kadang kala mengundang rasa nak tendang pintu wayang selepas menontonnya. 

Setakat ini, aku belum jumpa satu pun filem genre seram komedi Malaysia yang menarik untuk ditonton. Orang kata Jangan Pandang Belakang Congkang best, bagi aku ok sahaja. Sekurang-kurangnya bolehlah aku terima sikit kalau bandingkan dengan filem lain, tapi masih ditahap kurang memuaskan kerana banyak lawak stereotype.

Yang terbaru, Ngangkung. Kadang-kadang aku rasa kasihan pada Shaheizy Sam. Bagi aku, dia antara aktor yang menyerlah lakonannya tapi sayangnya tidak banyak filem di Malaysia yang mampu mencabarnya sampaikan dia terpaksa berlakon filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak. Dia sepatutnya mendapat watak yang lebih mencabar.

Bertitik tolak dari filem-filem genre seram ini, wujud pula slot drama seram di TV3 dan TV2 (adalah sekejap). TV3 obsess mengeluarkan drama seram sehingga mewujudkan slot Seram setiap hari Khamis, malam Jumaat. Kononnya seramlah sangat keluarkan cerita hantu masa malam Jumaat.

Aku bukannya hendak menidakkan kewujudan hantu atau benda-benda mistik, tapi aku rasa pasaran filem dan drama Melayu sudah menerima lambakan cerita bergenre seram yang melampau-lampau. Trend filem dan drama Melayu seram sudah sepatutnya dikurangkan.

Satu lagi trend yang paling kita selalu tonton dalam TV ialah drama bergenre "Orang kaya Melayu, business juta-juta, Kencana Holding, main rebut-rebut tender, gunakan anak masing-masing untuk jatuhkan pesaing, berlaku perubatan harta antara adik-beradik dan sewaktu dengannya."

Biasanya, boleh dikatakan jalan cerita drama bergenre ini lebih kurang sama cuma jalan ceritanya diubah suai sikit. Tapi kadang-kadang rasa macam tak masuk akal pula bila watak-watak dalam drama ini menganggap wang bagaikan kertas kerana mereka dengan selambanya boleh memberi wang mencecah juta-juta kepada kawan mereka dengan selamba.

"Sulaiman, company aku nak bankrupt. Aku berhutang RM 50 juta."


"Tak pe. Esok aku bagi kau duit tu. Kau guna dulu."

Seriously, boleh bagi pinjam macam itu saja?

Bukanlah salah nak buat drama tentang orang-orang kaya, tapi kebanyakan orang Melayu kebanyakan berada dalam lapisan pertengahan. Jadi ada baik kalau buat drama yang menggambarkan cerita tentang orang-orang kebiasaan macam Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Naik Tangga Turun Tangga, Rumah Kedai dan lain-lain.

Satu lagi trend yang paling tipikal dalam drama dan filem ialah drama yang dibuat kononnya hasil dari inspirasi filem. Bermula dengan Impak Maksima. Filem Impak Maksima sudah sedia bosan, dibuat pula dalam versi drama. Makinlah membosankan.

Jangan Pandang Belakang juga dijadikan drama, tapi ditayangakan di TV2. Mana ada orang mahu tengok RTM kan?

Kemudian, wujud drama Adamaya, hasil adaptasi dari filem I'm Not Single. Drama ini menjadi kegilaan ramai dan ramai penonton menganggap Adamaya lebih berjaya dari filem I'm Not Single setelah mereka mengubah barisan pelakon dengan menggantikan Farid Kamil dengan Sein dan Awal Ashaari dengan Faizal Yusof.

Timbul pula Epilog Syurga Cinta, adaptasi dari filem Syurga Cinta. Aku tak menonton drama ini tapi kebanyakkan yang menonton memberikan komen negatif terhadap drama tersebut. Syurga Cinta versi filem dipenuhi babak plastik Awal Ashaari manakala versi dramanya pula dipenuhi dengan jalan cerita yang agak membosankan.

Adnan Sempit, filem yang mencatat rekod kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman Malaysia dengan RM 7.66 juta, juga menjadi mangsa trend diatas. Drama bersiri Adnan Sempit yang ditayangkan di Astro Warna juga kurang mendapat sambutan.

Dan terbaru, Jangan Pandang Belakang Congkak juga sudah diadaptasi menjadi drama. Adakah pengarah sudah kehilangan idea untuk membuat drama bersiri dan mengambil mudah dengan menggunakan kembali skrip filem dan diolah sehingga menjadi satu drama yang membosankan.

Aku rasa, ada baiknya kalau pengarah sekarang berhenti membuat filem bergenre seram yang biasanya tak seram dan membosankan. Cuba pengarah jadi lebih kreatif dan menghasilkan filem dari genre lain yang jarang dipertengahkan dalam filem Malaysia.

Aku puji KRU Studio kerana berani menghasilkan filem dan drama yang menggunakan genre yang jarang diterbitkan oleh pengarah lain seperti MySpy (penyiasatan dan komedi), Magika (muzikal) dan Hikayat Merong Mahawangsa (adventure, fantasy).

Tentang drama pula, ada baiknya kalau penerbit drama di Malaysia meniru cara TV Series di Amerika dikeluarkan. Dalam setahun, mereka hanya mengeluarkan 20-25 episod drama dalam satu musim. Jika drama tersebut mendapat rating yang tinggi, sambung drama tersebut untuk musim kedua. Kalau tidak, cancel dan buat drama baru.

Kalau drama Melayu di Malaysia meniru gaya TV Series Amerika yang mengeluarkan drama secara bermusim, tak lah penonton Malaysia terasa terseksa bila mahu menunggu drama bosan seperti Sembilu dan Si Capik yang sudah mencapai ratusan episod, tapi tak habis-habis lagi.

9 comments:

amar haziq said...

filem melayu yang aku suka..

SEPI..

=>

http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

alien said...

hehehe
tunggu je lah~

xpun kita2 buat pilem sndiri
tapi jgn jadi cam Dr dah le

aremierulez/Amirul said...

amar:
yes! sepi memang terbaik

alien:
hahaha.. kita buat filem 3 alam pulak

youtuber said...

balik2 crite hantu, balik2 bisnes. bosan ak.

cube la diorg nih buat crite series2 yg best. bkn la kate nk suruh tiru ke ape kn. original sendiri punye la. ade jek series melayu yg best. kt 8tv la slalunye. mcm blogger boy, ghost, gol n gincu series. best tp xde la plak smbg smpi byk season. tp klau tgk series tu pun dh kurg "melayu" nmpknye dlm tu. haha.

serius ak mmg x tgk drama2 ntah mnde ntah tu. baek layan youtube. haha.

aremierulez/Amirul said...

youtuber:
yes. 8Tv biasa buat drama yang menarik. aku suka drama2 8TV

cerita melayu kaya2 dan hantu tu, nampak melayu sgt ke?

Fairuz said...

Ader lagi satu citer kat TV3 tuh.. tajuk dier "seribu kali cinta".. Aku rase citer tuh mcm citer "50 First Date"..

aremierulez/Amirul said...

Oh. ye ke?
aku tak tengok cerita tu. dah abis cerita melayu, tiru cerita hollywood lak

fairuz said...

kalau dah tepu sangat layan cerita download US series, baru la aku terbaring tengok TV (drama melayu)..

tapi kadang² layan citer klasik arahan yusof haslam pun chara gak..boleh buat kita duk tergelak dengar dialognya..

giler nerd abes..

aku rasa, kebanyakan produser kene jadi kreatif macam KRU, baru filem malaysia ni boleh maju. takde stereotaip.

aremierulez/Amirul said...

tu la. skrip cerita yusof haslam memang skema habis. bahasa baku kaw-kaw punye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...