Belilah Novel Aku!!!!

Monday, December 6, 2010

"Aku sangap lubang..."


Selepas dialog "nasi lemak 50 sen", Ahmad Idham datang lagi dengan frasa baru, "aku sangap lubang." Kreatif Ahmad Idham ni sebenarnya.

Maka, ramailah yang piss-off, butt hurt, meroyan dan sebagainya bila mendengar frasa "aku sangap lubang", yang disebut oleh Farid Kamil, pelakon yang sama menyebut "nasi lemak 50 sen" bila memandang breast Nora Danish.

Kalau di Batu Pahat, Johor, aku rasa nasi lemak 50 sen adalah jauh lebih besar dari breast Nora Danish. Tapi mungkin di Kuala Lumpur, saiz nasi lemak adalah sebesar breast janda anak satu yang terpaksa meratapi kesedihan apabila Jejai si jantung hati dirampas Fasha Sandha.

Berbalik kepada isu "aku sangap lubang", sudah banyak juga website gossip dan beberapa bloggers yang menghentam penggunaan ayat tersebut. Kononnya lucah lah, tak sopan lah, mempengaruhi budak-budak kecik lah...

Lakonan dalam filem dan drama biasanya menggambarkan kehidupan kita sebagai rakyat marhaen di Malaysia. Segala slang cakap, loghat dan perbuatan ditulis mengikut kehidupan seharian kita. Kalau skrip bercerita tentang orang Kelantan, maka watak yang melakonkannya akan bercakap dalam loghat Kelantan lah. Kalau skrip bercerita tentang orang Perak, maka watak yang melakonkannya akan bercakap dalam loghat Perak lah.

Dalam filem Aku Masih Dara, Farid Kamil memegang watak sebagai anak muda yang tak bermoral, kaki minum dan kaki perempuan. Jadi, dia kenalah bercakap menggunakan slang anak muda. Jadi, ayat "aku sangap lubang" tu, memang ayat biasalah bagi anak muda.

"Tapi ayat tu macam kurang sopanlah, Mirul..."

"Aku sangap lubang" tu kurang sopan ke? Sebenarnya, ayat tu dah cukup sopan dah. Kalau ikut slang anak muda lelaki sekarang, mereka tak gunakan perkataan 'lubang' untuk refer kepada kemaluan perempuan. Ayat yang biasanya digunakan adalah 'pantat'. Yes, pantat! "Aku sangap pantat" adalah ayat sebenar. Jadi, perkataan 'lubang' tu kira jauh lebih sopan dari perkataan 'pantat'.

'Pantat' memang slang biasa yang digunakan oleh anak muda. Jadi skrip mengikut slang percakapan anak mudalah. Tak kan penulis skrip nak tulis ayat bahasa baku atau bahasa skuma macam ni pula - "Aku teringin sangat ingin merasai faraj kamu" atau dalam bahasa saintifik - "Aku ingin sangat membuat persenyawaan dengan vagina kamu."

Bila Yusof Haslam buat drama Gerak Khas guna Bahasa Baku dan ayat skema, korang juga yang complaint "Apa la skema sangat ayat dia. Mana ada orang cakap macam tu!", "Mana ada polis cakap skema sangat macam tu", "Gila ah! Cakap bahasa baku. Ingat ni kelas Bahasa Malaysia ke?" dan macam-macam lagi.

"Tapi, nanti ayat tu mempengaruhi budak-budak sekolah rendah pulak!"

Masa aku sekolah rendah dulu, aku tak pernah dengar jugak perkataan fuck, bastard, son of a bitch, fuck-off, suck it, boobs, pantat, lancau dan bermacam lagi perkataanlah. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, semua benda aku dengar. Aku rasa, semua orang pun macam tu.

Manusia akan belajar mendengar dan melihat benda yang baik dan buruk di depan mata mereka sepanjang hidup. Biasanya apa yang dia lihat adalah lebih hebat dan teruk dari apa yang keluar dalam drama atau filem. Bagi aku, pengaruh drama atau filem tak sehebat dari pengaruh rakan sebaya ataupun pengaruh abang dan akak. Aku rasa, kebanyakan orang belajar mencarut bila mendengar abang-abang atau mak bapak mereka mencarut.

Jadi, aku tak rasa ayat "nasi lemak 50 sen" dan "aku sangap lubang" tu ayat mencarut, lucah dan boleh mempengaruhi budak-budak. Benda tu biasa saja. Bagi aku, skrip dalam cerita ini bersifat jujur.

Aku bukanlah nak back-up filem Ahmad Idham. Aku pun tak berapa gemar sangat dengan hasil kerja dia. Filem dia agak stereotype dan boleh agak apa ending cerita tersebut (kecuali 1-2 filem). Cuma nak menyatakan pendapat aku saja. Ya lah, kalau orang boleh rage pasal ayat tu, aku pun boleh juga kan.

Kalau berminat, bolehlah tengok filem Aku Masih Dara tu di pawagam berhampiran. Rasanya mesti banyak scene perempuan seksi. Boleh cuci mata. Kah kah kah! Tapi orang kata cerita tu banyak pengajaran. Tapi yang pasti, yang lelaki tengok cerita ni sebab nak tengok Liyana Samsudin dengan Raja Farah dress up seksi dan yang perempuan nak tengok Farid Kamil dengan Ashraf Muslim.

Banyak juga ayat mencarut dalam entri ni.

13 comments:

Gadisses said...

xde yg sempurna mna2 dialog dlm filem..skema x boleh, ikut realiti hidup x boleh... hai mcm2! tp aku x sabar nak sangap lubang wayang utk tgok citer nie (komen guwa ada lucah ka??)xda kan..hehehe

Amirul (aremierulez) said...

tu la pasal... lepas ni buat guna bahasa kamus la senang cerita.

tak cukup piawaian untuk dianggap lucah. hehehe

Paria Perawan said...

ntah pape la.
mcm la bangsa kita ni mulia sangat.
gua bukan ckp kat dorang je tp
gua tujukan kat gua sekali.
Gune ayat tu pun tak boleh.
Kalau camtu haramkan lah
AF dan sehati berdansa!
ade unsur2 modal lancap kot!
ahahahahahahahah
gune ayat cam dlm filem ni baru slumber!

Amirul (aremierulez) said...

haha..
tu la pasal. setakat skrip ni, aku tak rasa benda ni big deal sgt. kalau nak haram, banyak lagi bende yang boleh nak diharamkan.

Hujan Malam said...

sy tau ayat2 lucah lepas kenal cendol..huhu..

Amirul (aremierulez) said...

Hujan malam, sila bersyukur kamu belum berjumpa ABC sebab kalau jumpa dia, lebih dari ayat lucah kamu akan pelajari.

hehehe

alien said...

hari tu aku layan ngangkung dan nampak poster filem ni
walawwwwww !!
bahaya sungguh poster neh..
tapi kat bawah tu ada gamba pelakon ustaz, camne neh

poster pun da cm 18sx
hehehe

Amirul (aremierulez) said...

ashraf muslim jadi ustaz muda dalam cerita ni.

poster tu memang boleh jual. poster tu je dah buat orang nak tengok cerita tu

alien said...

takpe a
aku carik lanun je
kekeke

na tunggu cerita gaduh2 melayu
lupe tajuk die
haritu ada tgk trailernye

Amirul (aremierulez) said...

gaduh2? Yang ada special effect tu? Haq tajuknya

alien said...

bukan...
tag pilem ni
"Lu langsi, Lu mati"

hohoho

fairuz said...

filem Aku Masih Teruna takde ke? haha...

citer macam ni memang malas sket aku nak gi tengok wayang. tunggu donlod je..

Amirul (aremierulez) said...

Alien:
oh.. tajuk filem tu Kongsi

Fairuz:
bab2 teruna ni, orang tak teruja nak tengok. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...