Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, December 29, 2010

Alasan lazim kenapa lelaki masih single

Milestone: Entri ke-400 dalam blog ini

Pejam-celik, pejam-celik, dah 400 entri aku menulis (baca: menaip) dalam blog ini. Dah hampir 4 tahun aku berblog, baru hari ini cecah 400 entri. Kira boleh dikategorikan sebagai blogger pemalas juga aku ni.

==========

Kadang-kadang, ramai perempuan tertanya-tanya, "Lelaki tu handsome. Badan sasa, duit pun banyak. Tapi kenapa single je ek?"

Kadang-kadang ada sesetengah lelaki mempunyai alasan tersendiri. Jom kita lihat apa antara alasan yang popular.

Mencari "The One"

Dalam cerita How I Met Your Mother, watak utama dalam cerita ini - Ted Mosby - masih single walaupun umur sudah mencecah 30'an kerana masih tercari-cari perempuan yang dianggap "The One".

"The One" membawa maksud perempuan pilihan yang memenuhi ciri-ciri pilihan. Nak mencari wanita yang ada ciri-ciri "The One" bukan mudah dan mungkin bakal memakan masa. Itu sebabnya mereka masih single.


Membina karier dan cari duit banyak-banyak



Semenjak kemunculan video ini, ramai lelaki yang mula berfikiran untuk memantapkan karier sebelum berani nak meminang anak dara orang.

"Buat apa nak dipandang dengan perempuan mata duitan tu? Cari perempuan lain la.."

Memang lah kita boleh cakap macam tu, tapi kita perlu ingat jugak dengan keadaan ekonomi negara. Harga minyak tiap-tiap tahun naik. Bila harga minyak naik, harga barangan harian pun naik juga. Tak lama lagi, kerajaan bakal mengurangkan subsidi kerajaan pada beberapa harga barangan harian.

Nak tak nak, kenalah mantapkan karier dulu. Dapat gaji besar sikit, barulah seronok nak kahwin. Ini duduk bujang pun asyik miss suap, macam mana nak tanggung bini dengan anak nanti?

Duit sekarang dah jadi satu benda yang perlu dicari dengan banyak sekarang. Ramai dah terjerumus menjadi hamba duit sebab kos sara hidup Malaysia yang semakin meningkat. Itu pasal sekarang ramai orang main MLM.

"Ala... Duit tak banyak pun tak penting, yang penting kasih sayang."

Itu dialog drama Melayu zaman dulu, bai. Zaman sekarang ni, nak tak nak perlu ada duit yang banyak. Boleh ke survive dengan gaji RM 1,200, tinggal dekat KL dan menanggung anak 2 orang?

Jadi, itu sebabnya ada sesetengah lelaki memantapkan karier dulu sebelum berumah tangga dan sengaja hidup secara single. Kalau dah ada awek, takut objektif tak tercapai pulak. Tengah sedap kumpul duit, tiba-tiba hormon gatal memuncak. Terus kahwin.


Muka tak macam pelakon Korea/Hindustan/Sinetron

Semenjak kebanjiran filem hindustan, drama korea dan sinetron dari seberang yang banyak menampilkan pelakon yang bermuka jambu atau lelaki yang suka buat fesyen rambut tutup mata sebelah, taste perempuan di Malaya pun berubah dan berangan-angan untuk mendapatkan pakwe yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

Maka, perempuan Malaysia pun mencari lelaki Bangla yang menyerupai pelakon Hindustan dan lelaki Indonesia yang menyerupai pelakon Sinetron yang akhirnya menyebabkan mereka dilarikan ke Lombok. Hanya lelaki Malaysia golongan emo sahaja yang menjadi pilihan perempuan kerana mereka selalu membuat fesyen rambut tutup mata sebelah.


Ramai sangat perempuan cun, hot, sexy dan foxy

Masa zaman aku membesar, budak perempuan yang dalam lingkungan umur aku tak banyak yang pandai bergaya macam budak zaman sekarang. Masa zaman aku, kalau cun pun, memang setakat cun saja lah.

Zaman sekarang, budak perempuan dah pandai dress-up walaupun baru umur 10 tahun. Bila masuk sekolah menengah, dress-up dah macam perempuan dewasa. Yang muka tak cun tapi pandai dress-up pun boleh jadi cun. Yang cun campur lagi dengan dress-up gempak, lagilah double cun.

Itu belum campur dengan awek-awek mixed. Zaman aku sekolah dulu, nak cari awek mixed memang payah. Sekarang ni bersepah awek mixed. Ramai Melayu yang dah kahwin campur. Kahwin dengan bangsa lain bukan jadi benda yang pelik atau taboo zaman sekarang ni.

Biasanya, anak hasil perkahwinan mixed akan menghasilkan anak perempuan yan bermuka comel. Mixed Melayu-Inggeris dah ada. mixed Melayu-Cina dah ramai. Mixed Melayu-Italian pun cun. Mixed Melayu UMNO-Melayu PAS pun ada jugak.

Bila dah ramai awek cun campur dress-up yang gempak, maka julinglah mata lelaki. Sebab tu ramai yang single lagi sebab masih sibuk buat penapisan untuk memilih makwe yang terbaik. Kalau minyak masak murni pun buat proses penapisan 2 peringkat, tak kan pilih awek tak boleh buat proses penapisan jugak kan?


Saya Gay

Antara sebab lelaki single ialah kerana mereka Gay. Ramai orang ingat si lelaki ni single, tapi sebenarnya dia ada pasangan. Cuma pasangannya sama jantina, itu sebab orang tak perasan.

Ada juga Gay yang masih single kerana dua sebab (1) Tak berani nak mengaku dia Gay di depan public, sebab tu para Gay lain tak tahu dia Gay (2) Masyarakat Gay sangat sikit di Malaysia (Ye ke? Citation needed), jadi sukar nak cari pasangan yang memenuhi citarasa.



Tapi semenjak video ini tersebar, rasanya dah tak jadi satu masalah nak mencari pasangan Gay yang sesuai. Janganlah satu hari nanti ada kawan aku pulak keluarkan video dalam Youtube mengaku dia Gay. Cukup-cukuplah kawan gay yang aku ada sekarang ni.


"Dia pilih KLCC, doh!"



Ramai perempuan suka pilih KLCC daripada lelaki. Habis tu lelaki nak bercouple dengan siapa? Nak bercouple dengan Dayabumi? Couple dengan Menara Warisan Merdeka?


Dan alasan yang paling akhir sekali.....


Jepun ada, Amerika ada, Russia ada, Korea ada, Jerman ada... Jangan dilupakan dengan Melayu Boleh, video berformat 3gp.

Sekian.

P/S: Cilakak. Baru aku perasan ayat kat gambar tu salah. Porn la.. bukan pron.

P/S lagi: Baru aku tau yang 'Pr0n' adalah bahasa internet untuk 'porn'. (rujuk leetspeak). Credit to Azrul Angkasawan

12 comments:

alien said...

Tahniah!!
entri ke 400

macam2 alasan laki ni
sok lusa ko buat alasan pempuan plak
hehehe

Amirul (aremierulez) said...

hahaha..
thanks.

alasan pompuan agak complicated tapi nanti aku try buat

Diya said...

bab gay tu rasanya PALING tepat. sebelum ni, diya tak 'nampak' pun golongan2 tu di kalangan orang melayu. bila terserempak dengan blog diorang, baru lah tersentak. sumpah ramaiiii!

Amirul (aremierulez) said...

hahaha.. tu la pasal. mereka bersembunyi dikalangan orang ramai

una berry said...

funny writing
double thumbs up!


too bad kan kalau laki gay?
one less straight guy more single women
silap2 pompuan pun jadi lesbian jugak
haha

Amirul (aremierulez) said...

tu la... akhirnya menambahkan lesbian dan andartu.

kalau teringin nak berlaki jugak, kenalah bermadu jawabnye.. isk, isk, isk...

azrul angkasawan said...

Nota: 'Pr0n' adalah bahasa internet untuk 'porn'. (rujuk leetspeak) Sama kategori dengan n00b, O RLY, dan lain-lain.

Anyway, komen sebenar. Aku sokong bab membina karier tu.
Aku kerja sebagai senior officer sebuah bank, dan seorang junior officer tempat aku baru kahwin. Dia baru kerja setahun lebih (maka jelaslah gaji masih cukup makan), wife dia baru grad, dan tak nak kerja. Sekarang hari-hari complain tak cukup duit bayar sewa rumah, beli makanan, etc. Persoalannya, kenapa begitu ramai yang ambil ringan soal kahwin? Perancangan tu penting, tanggungjawab lagi, haih.

Amirul (aremierulez) said...

oh... ok. gua memang slowpoke dengan bahasa internet ni...

yes! kawan aku pun sama. baru setahun kerja, terus kahwin, skrg hari2 mengadu tak cukup duit. maybe budak2 skrg ghairah nak kahwin pasal pikir nak main dgn bini je kot. hehehehe...

memang lah perkahwinan boleh menghalang maksiat tapi kalau membesarkan anak dgn tak cukup keperluan pun, tak elok jugak. anak tu anugerah. kena jaga dengan sebaik mungkin...

fairuz said...

single lebih bebas.

ramai yang rasa macam tu. kahwin perlukan komitmen yang tinggi.

dan ramai lelaki yang takut dengan komitmen tanpa kewangan yang stabil dan steady.

kebanyakan pompuan sekarang lebih mencari lelaki yang stabil dan banyak duit. tengok saja pada marion rose counter...hehe..

kadang-kadang, aku rasa kalau pikir hal kawen ni, memang boleh gugur rambut. banyak sangat yang perlu dipikirkan..

Amirul (aremierulez) said...

kewangan yang stabil memang diperlukan

tak de wang, awek pun hilang

Fatin Aliyya said...

nak kawen, kena consider all factors ni.takot nati menyesal kemudian hari.sesetengah perempuan nk pau jek det laki, tapi x semua, sesetengah pilih lelaki yg kaya n berduit bukan sbb mata duitan ke apa ker tp demi jaminan masa depan.

Amirul (aremierulez) said...

fatin:
Tu yang aku tulis lelaki kena mantapkan ekonomi bukan pasal nak tarik perempuan mata duitan, tapi sebab keadaan ekonomi Malaysia yang makin meruncing.

Kalau hidup single pun, bab pekerjaan memang kena titik berat kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...