Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, December 1, 2010

Penatnya bercinta

"Kau dah berapa lama single?" Tanya seorang kawan kepada aku.

"Dah 3 tahun lebih," jawab aku sambil hirup teh ais.

"Lama gila? Kau frust menonggeng ke? Ke kau tengah tunggu gadis impian kau?" Tanya kawan aku lagi.

Sebenarnya dalam keadaan aku yang belum ada pekerjaan tetap dan keadaan kesihatan mak aku yang tidak mengizinkan, aku malas nak fikir sangat hal-hal perempuan ini.

Kali terakhir aku ada seorang perempuan yang aku gelar teman wanita, girlfriend, awek, marka, cebek dan lain-lain gelaran yang sewaktu dengannya, ialah pada pertengahan tahun 2007. Selepas aku clash dengan awek aku yang ke-4, aku berjanji yang aku mahu single selama 3 tahun.

"Kau frust sangat ke sampai kau nak single sampai 3 tahun?"

Bukan! Sebenarnya aku penat nak bercinta. Bercinta sebenarnya memenatkan. ABC sendiri pernah kata yang dia pun penat nak bercinta.

"Kenapa bercinta tu penat pulak, Mirul?"

Memanglah penat. Mula-mula, nak berkenalan dengan perempuan yang kita suka. Kena fikir macam mana cara nak dapatkan nama dan nombor hand phone perempuan tersebut.

Lepas tu, nak kena ambil hati perempuan tersebut. Kes nak ambil hati ni, bukannya benda mudah. Ambil hati atau beli jiwa yang paling payah sekali. Ya lah, bukan senang nak bagi orang suka dekat kita kan? Kalau nak buat orang menyampah dengan kita, memang senang. Tak percaya tanya ahli-ahli politik dekat Malaysia.

Lagi bertambah susah kalau perempuan yang nak di tackle tu rupanya perempuan rebutan semua jejaka. Lagi susah nak menambat hati dan cuba menepis jejaka-jejaka gersang tu. Dapat pulak lelaki yang cuba menggida teman idaman tu, orang kaya-kaya. Lagi hebat cabarannya.

Nak maintain kan relationship satu lagi hal. Bukannya senang. Lagi-lagi kalau dapat perempuan berhati tisu. Gurau sikit, dia merajuk menangis. Buat dia happy pun menangis. Buat benda romantik pun menangis. 

Itu belum campur ada perempuan lain suka pada si lelaki pulak. Sibuk nak menepis godaan perempuan lain. Tiba-tiba, girlfriend dapat tahu, terus merajuk-cemburu. Nak memujuk girlfriend pulak.

Lagi sakit bila dah bertahun-tahun bercinta, tiba-tiba putus pula. Cuba bayangkan, dah bertahun menyemai rasa cinta, tiba-tiba putus ditengah jalan. Rasa penat akan terasa bila si girlfriend berkata, "Cukuplah sampai di sini sahaja hubungan kita."

Aku tahu perempuan pun mengalami benda yang sama seperti lelaki. Perempuan pun rasa penat bercinta juga kan?

Semenjak hormon gatal nak bercouple wujud dalam diri aku masa umur aku 15 tahun, sampailah kati terakhir aku mempunyai girlfriend masa umur 23 tahun, aku tak pernah putus dengan perempuan. Baik girlfriend mahupun skandal, mesti ada sahaja. Pernah sekali aku kecewa putus dengan skandal tapi tak kecewa putus dengan girlfriend. Hahahahaha!

Sepanjang 8 tahun asyik bergelumang dalam lautan percintaan (Chewah! Ayat macam babi. Jiwang!), aku rasa dah sampai masa untuk aku berehat. Berehat dari berfikir tentang perempuan. Berehat dari bermain dengan kata-kata cinta. Berehat dari benda-benda romantik. Berehat dari segalanya.

Sepanjang 3 tahun rehat, aku rasa lebih tenang. Lagi-lagi masa tu aku tengah duduk di Segamat. Hidup aku banyak dihabiskan didepan laptop membuat assignment (baca: main internet) dan melepak-lepak bersama kawan-kawan. Aku beruntung kerana roommate aku ketika itu, Cendol, pun menjalankan hubungan jarak jauh dengan teman wanitanya - yang kini menjadi tunangannya. Jadi, aku tak lah rasa tekanan sangat sebab room mate aku memang tak keluar dating tiap-tiap malam.

Tapi sepanjang cuti 3 tahun yang aku buat, aku lebih seronok. Aku boleh pergi ke mana sahaja tanpa ada apa-apa yang perlu aku risaukan. Aku boleh keluar dengan mana-mana kawan perempuan tanpa mencemburukan hati girlfriend aku. 

Sepanjang cuti ini jugak, aku menjadi seorang yang sangat berjimat cermat. Duit PTPTN aku masih banyak dalam simpanan. Walaupun aku menamatkan pelajaran pada tahun 2009, masih banyak lagi duit PTPTN dalam simpanan aku. Kredit aku tak pernah putus. Dulu, tiap-tiap 3-4 hari aku perlu pergi ke kedai hand phone untuk top-up. Sekarang? Prepaid Celcom aku masih berbaki RM173.52.

Tapi aku manusia biasa yang tak sempurna. Sebenarnya, dah banyak kali juga aku langgar perjanjian aku. Walaupun dah berjanji nak bercuti selama 3 tahun, aku ada juga tackle dan keluar dengan awek cute di Kedai Buku Popular. Aku ada juga tackle dan dating dengan amoi hot kedai komik. Tapi semuanya tak berkekalan. Hanya sebagai kawan sahaja akhirnya.

 Sekarang, aku lebih suka bersendiri buat masa ini. Tapi setiap kali keluar, mata tetap melilau mencari awek. Lagipun, perjanjian cuti 3 tahun aku dah berakhir. Tapi itu tak bermakna aku perlu cari teman wanita dengan secepat mungkin.

"Tapi Mirul, umur kau dah 26 tahun. Umur wajib kawin ni. Kawan-kawan kau dah banyak yang kahwin. Kawan kau Gayour yang penyegan dengan perempuan tu pun dah kahwin? Kau bila lagi?"

Aku percaya setiap manusia dilahirkan dan telah ditetapkan jodohnya dengan seseorang. Mungkin belum sampai masa buat aku menemuinya buat masa ini. Tapi mungkin satu hari aku akan berjumpa dengan si dia.

Yes! Ramai kawan aku dah pun berkahwin tapi tak semestinya aku pun perlu ikut mereka. Tak kan semua benda kita nak kena ikut orang. Tak kan orang lain terjun laut, kita pun nak terjun laut jugak kan?

Mereka ada hidup mereka, kita ada hidup sendiri. Jodoh mereka sudah sampai dahulu, biarlah mereka kahwin dulu. Kita yang belum berjodoh, carilah perlahan-lahan. Jodoh pertemuan ditangan tuhan. Mungkin bukan sekarang bertemu jodoh, tapi akan datang.

Jadi, bila sebenarnya waktu aku akan kembali ke dalam arena bercouple-couple ni? Aku sendiri tak pasti. Biarlah masa menentukan. Biarlah aku mengakhiri tahun 2010 sebagai seorang lelaki single dengan aman....... Tapi kalau aku jumpa perempuan yang sesuai esok lusa, aku tak menolak juga. I keep my options open. 

Bila aku akan bercouple-couple? Aku pun tak tahu?

Cilakak! Apahal aku tulis benda-benda jiwang pulak ni?

9 comments:

fairuz said...

kau dah mula semak dengan pertanyaan sedara mara ke pasal bila nak kawen? haha...

tapi kau rehat lama sangat. lagipun aku rasa kau tak ushar betul-betul. tu pasal kau terpaksa meneruskan percutian kau kan? hahaha..

eh, kredit celcom aku adalah lebih kurang 2 kali ganda lagi daripada kau..hehe..

kadang-kadang, aku pikir nak suruh mak aku carikkan je calon. tak payan pening-pening bercinta ni dah..haha

ada mokhtar said...

memang penat pun =(

aremierulez/Amirul said...

fairuz:
bukannya aku tak tengok betul2. tapi kadang2 yang betul2 aku minat semuanya dah berpunya. hahaha..

3 tahun cuti tu, aku ada jugak tackle & date awek. kira mengelat gak tu. hehehe

aku suruh mak aku carikan, tapi mak aku suruh car isendiri da...

ada:
yes! memang penat. penat yang tak boleh dihilangkan

sufian said...

sendiri = jimat dan senang

couple = habes duit..

tp kena relate dgn ekonomi..

simpan = bocoran

belanja = menaikkan ekonomi malaysia..

keh keh keh sekali sekali jiwang ape salahnya

aremierulez/Amirul said...

hahaha.. ada satu lagi teori

Belanja sampai overspend = Kebocoran poket di hujung bulan.

hahaha.. jiwang ada makna..

Diya said...

tergelak-gelak diya baca entri amie ni. macam comel je perjanjian 3 tahun tu. tapi kan, kalau ikut pendapat diya bagi pihak perempuan (eceh), diya takla terasa penat sangat (kot). penat lagi orang laki, sebab die kena salu keluarkan duit haha.

part ni "Gurau sikit, dia merajuk menangis. Buat dia happy pun menangis. Buat benda romantik pun menangis." terasa gile! haha

aremierulez/Amirul said...

Diya:
ye kot. kena keluar duit menyebabkan laki rasa penat (penat cari duit). hehehe..

Part tu sebenanya menangis kegembiraan lah. Diya jenis macam tu ke? hehehe..

dulu pernah dapat awek macam tu. hehe

h A n Y S said...

'Aku percaya setiap manusia dilahirkan dan telah ditetapkan jodohnya dengan seseorang. Mungkin belum sampai masa buat aku menemuinya buat masa ini. Tapi mungkin satu hari aku akan berjumpa dengan si dia.' Suka quote ni!
and mmg penat bercinta! penat bertambah bile hati terluka sbb dia.

Amirul (aremierulez) said...

Thanks.
yes! bab2 hati terluka ni lagi la bikin letih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...