Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, December 31, 2011

2011 Dalam Kenangan. 2012 Yang Mendatang

Akhirnya, 2011 bakal meninggalkan kita. Rasanya macam baru semalam kita menyambut tahun baru 2011.

OK. Klise sungguh ayat aku ini.

Tapi itulah kenyataannya. Aku rasa macam baru sangat aku sambut tahun baru 2011.

Bagi aku, 2011 adalah satu tahun yang penuh suka dan duka. Tahun 2011 adalah antara tahun yang dipenuhi dengan pelbagai peristiwa dalam hidup aku.

Enam bulan pertama dalam tahun 2011, aku hidup sebagai seorang kutu. Sebagai manusia yang tak punya kerja. Seorang penganggur.

Tapi 6 bulan pertama dalam tahun 2011 adalah antara detik-detik yang akan aku ingati. Hidup aku dalam 6 bulan tersebut, hidup aku dihabiskan dengan menjaga emak aku yang kurang sihat.

Aku tahu, 6 bulan menjaga emak aku memang sangat jauh dengan segala pengorbanan emak aku lakukan ketika membesarkan aku selama lebih 20 tahun ini. Tapi sekurang-kurangnya, dapatlah aku jaga emak aku ketika dia dalam kesukaran.

Hidup aku dalam 6 bulan pertama lebih kepada berulang-alik dari rumah ke hospital. Dari Hospital Besar Batu Pahat hinggalah ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru. Aku amat berterima kasih kepada yang sudi menumpangkan kenderaan menghantar emak aku ke hospital, terutamanya kawan aku, Fauzi, yang sanggup bangun pagi dan bergerak ke Johor Bahru seawal pagi.

Syukur Alhamdulillah, berbebkalkan semngat yang kuat dan sokongan dari abah dan abang aku, emak aku kini sudah sembuh dari penyakitnya.

6 bulan kedua tahun 2011, aku mengalami perubahan hidup sekali lagi. Aku keluar meninggalkan Batu Pahat dan berhijrah ke Shah Alam, menetap dirumah abang ku. Dan aku juga telah mendapat kerja yang tetap. Maka berakhirlah hidup aku sebagai seorang kutu profesional.

Kerja aku nak kata seronok, tak juga. namapun kerja, mana ada kerja yang menyeronokkan bukan? (kecuali jika kau suka main bola sepak dan kau bekerja sebagai pemain bola sepak. Cerita lain). Tapi aku kini bersyukur kerana aku sudah punya pendapatan sendiri dan bolehlah belanja emak & ayah aku makan dan boleh bagi emak dan ayah aku duit raya sekarang.

Jadi, apa harapan aku untuk 2012?

Setelah lama tidak meletak sebarang harapan atau azam setiap kali tahun baru, kali ini aku mempunyai azam. Aku ingin mencuba sesuatu yang selama ini tidak berani aku lakukan.

Hidup ini hanya sekali. Aku rasa rugi kalau kita pendamkan segala harapan kita dengan begitu sahaja. Berjaya atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting, aku kena cuba dulu.

OK. Aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada pembaca blog ini. Smeoga tahun baru ini memberikan harapan baru kepada anda semua.

Maaf kerana menulis pendek kali ini, aku agak tiada mood di hari-hari terakhir 2011. Jangan risau, 2012 aku akan giat berblogging macam biasa

Wednesday, December 28, 2011

Lagu Yang Selalu Aku Dengar #9: Avenged Sevenfold - So Far Away

Segmen 'Lagu yang selalu aku dengar' ini merupakan segmen dimana aku akan memperkenalkan lagu-lagu dari era 80'an, 90'an dan awal era 2000'an (lingkungan tahun 2000 sehingga 2005) kepada generasi baru (Generasi Indie) yang aku rasa tidak pernah mendegar lagu-lagu ini.

Atau mungkin juga aku akan letak lagu-lagu baru, tetapi lagu-lagu ini jarang (atau tidak pernah langsung) diputarkan di radio-radio yang kamu dengar saban hari.

Selain itu, segment ini juga akan memberikan sedikit info tentang lagu yang dipilih seperti erti lirik lagu tersebut, bagaimana lagu tersebut dihasilkan, fakta menarik tentang lagu tersebut dan lain-lain.

===============

Untuk entri kali ini, aku pilih lagu yang sedikit beremosi. Dan aku sengaja memilih lagu ini bertepatan dengan tarikh 28 Disember ini khas untuk memberikan tribute kepada salah seorang pemain drum yang hebat, James Owen Sullivan atau lebih dikenali sebagai nama pentasnya, The Rev.


Avenged Sevenfold - So Far Away

Avenged Sevenfold adalah band heavy metal, metalcore dan hard rock yang berasal dari California, Amerika Syarikat.

Antara line-up terawal band ini ialah M. Shadow (Vokal), Synyster Gates (Lead guitar), Zacky Vengeance (Rhythm guitar), Johnny Christ (Bass) dan The Rev (Drum).

Avenged Sevenfold mula aktif dalam arena muzik pada tahun 1999. Mereka mengeluarkan EP pertama mereka, Warmness On the Soul, pada tahun 2001. Bagi yang tidak tahu, sekarang kamu sudah tahu asal-usul nama blog ini. 

Pada tahun yang sama, mereka mengeluarkan album studio pertama mereka, Sounding The Seventh Trumpet. Mereka kemudian mengeluarkan album kedua mereka, Waking The Fallen (2003), album ketiga, City of Evil - yang juga merupakan album yang mempopularkan mereka seantero dunia (2005) dan album keempat, Avenged Sevenfold (2007).

Pada 28 Disember 2009, pemain drum mereka, The Rev, telah ditemui mati di rumahnya. Beliau berumur 28 tahun ketika itu.

Punca kematiannya The Rev adalah kerana keracunan akibat overdose ubat. The Rev mengambil ubat dengan sukatan berlebihan, dicampur dengan ketagihan beliau dengan alkohol. Beliau dikebumikan di Huntington Beach, hometown The Rev dan semua ahli Avenged Sevenfold.

M. Shadow kemudian membuat kenyataan yang album kelima mereka, Nightmare, akan di dedikasikan khas buat pemain drum mereka. M.Shadow dan rakan-rakan lain menulis beberapa lagu yang untuk tribute kepada  The Rev, dengan So Far Away menjadi salah satu daripada lagu tersebut.

Lagu So Far Away ditulis sepenuhnya oleh Synyster Gates. Ini merupakan pertama kali Synyster Gates menulis lagu sepenuhnya. Lirik lagu ini mengisahkan bagaimana seseorang menghadapi hari-hari mendatang setelah kehilangan kawan rapat atau ahli keluarga yang mereka sayangi.

Lirik lagu ini lebih bersifat personal dari lagu-lagu ciptaan mereka yang lain, selain dipenuhi dengan emosi. Lagu ini telah berjaya menarik perhatian ramai peminat muzik, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah kehilangan ahli keluarga dan kawan rapat.

Video klip lagu ini pula mengisahkan bagaimana mereka bertemu semasa kecil dan sama-sama berlatih sehinggalah mereka besar dan membentuk band Avenged Sevenfold. Di pertengahan video klip tersebut, mereka meletakkan footage yang menunjukan aksi The Rev di atas pentas dan juga ketika menjalani aktiviti bersama ahli kumpulan Avenged Sevenfold yang lain.

Ketika Avenged Sevenfold ingin menyiarkan video klip So Far Away pertama kali di website mereka, website mereka telah crash kerana terlalu ramai peminat mereka yang memasuki website mereka secara serentak.

Mereka mengatur tarikh kedua untuk menyiarkan video klip tersebut namun sekali lagi website mereka crash. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk meletakkan video klip tersebut Youtube.

Kebanyakan peminat Avenged Sevenfold membuat tribute kepada The Rev, dengan menonton video klip So Far Away pada setiap 28 Disember setiap tahun. Sebagai salah seorang peminat Avenged Sevenfold, aku ingin berkongsikan lagu ini bersama semua pembaca, tak kira samada kamu peminat Avenged Sevenfold atau tidak.

Dengarkan lagu ini. Hayati liriknya. Dan tonton video dibawah:




Never feared for anything
Never shamed but never free
A life to heal the broken heart with all that it could
Lived a life so endlessly
Saw beyond what others see
I tried to heal your broken heart with all that I could

Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you’re so far away

Plans of what our futures hold
Foolish lies of growing old
It seems we’re so invincible
The truth is so cold

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind

Where you can stay
You can stay away forever

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you’re so far away

Sleep tight, I'm not afraid
The ones that we love are here with me
Lay away a place for me
Cause as soon as I'm done I'll be on my way
To live eternally

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it’s so hard to stay
When I have so much to say but you're so far away

I love you
You were ready
The pain is strong and urges rise
But I'll see you
When He lets me
Your pain is gone, your hands untied

So far away
And I need you to know
So far away
And I need you to, need you to know



Setiap kali Avenged Sevenfold menyanyikan lagu ini di konsert, M. Shadow akan menyuruh penonton untuk menyalakan pemetik api dan handphone. Selain itu, mereka juga memasang banner yang menunujukkan legasi The Rev sebagai background pentas.




Lagu ini bukan semata-mata untuk memperingati The Rev, tetapi ia juga sesuai sebagai memperingati orang yang tersayang yang telah pergi selamanya.

Yang beragama Islam, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah kepada orang yang telah pergi sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka.

==========

Suka lagu ini? Apa kata kamu download dan masukkan ke dalam iPod atau MP3 player kamu. Enjoy!

Nak link download untuk lagu ini? Cari sendiri? tak kuasa aku nak bagi link dekat sini. lagipun, apa guna Google kan?

Friday, December 23, 2011

Bercuti

Semasa zaman aku bersekolah atau melanjutkan pelaran di Politeknik dan UiTM, pergi bercuti adalah perkara yang dinanti-nantikan.

Tapi bila sudah masuk zaman pekerjaan, pergi bercuti adalah saat yang lebih mengujakan, seperti ingin menyambut Hari Raya Aidilfitri pula.

Jadi, aku ingin bercuti. Lebih bermakna bila cuti kali ini akan mengumpulkan kesemua ahli keluarga aku.

Jadi, tiada update entri dalam beberapa hari ini. Aku betul-betul mahu bercuti.


Wednesday, December 21, 2011

Movie Marathon: Songlap & Mission Impossible: Ghost Protocol

Kali ini, aktiviti movie marathon aku lakukan bersama kawan aku. Filem pilihan aku adalah 2 filem yang baru mula ditayangkan Khamis lepas, Songlap dan Misi Mustahil: Protokol Hantu. Aku tonton kedua filem ini pada hari Isnin yang lepas.


Songlap


Ada beberapa sebab kenapa aku memilih untuk menonton filem ini. Yang pertama, Shaheizy Sam melakonkan watak yang serius.

Selepas berlakon watak lawak dari Adnan Sempit sampailah Bini-Biniku Gangster, akhirnya Shahiezy Sam dapat juga memegang watak serius.

Kedua, pengarah filem ini, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak merupakan pengarah dan penulis skrip untuk Kami: The Series dan Kami: The Movie, yang mana merupakan antara TV Series dan filem kegemaran aku.

Sebelum aku menonton filem ini, aku ada membaca review dari pengkritik filem profesional, sehinggalah blogger amatur.

Ada yang memberikan komen positif, ada yang negatif. Yang negatif kebanyakannya memberikan komen tentang ending filem ini dan juga jalan cerita ini. 

Rata-rata yang memberikan komen tentang jalan cerita adalah golongan yang mengharapkan jalan cerita filem ini ada unsur-unsur humor seperti Adnan Sempit & Bini-Biniku Gangster. Come on la! Sampai bila kita nak tengok Shahizey Sam berlakon watak tipikal macam itu saja?

Filem ini mengisahkan dua adik beradik Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang terlibat dengan sindiket penjualan bayi. Cerita ini disulami dengan kisah tabiat Am yang merupakan tahi judi, Ad yang sering melawat ibunya yang mana ibunya tidak mengetahui yang Am dan Ad adalah anaknya dan lain-lain lagi.

Tema utama filem ini ialah permedagangan orang, satu topik yang mana nampak bosan bila dikupas dalam rancangan 999 tapi jadi menarik bila ia dijadikan skrip filem.


Ok. Sekarang aku akan senaraikan apa yang aku suka tentang filem ini:

1. Lakonan Shahiezy Sam dalam filem ini. Seperti yang aku nyatakan, aku sudah lama menunggu dia membawakan watak yang lebih serius. Walaupun watak ini tidaklah menguji Sam ke tahap maksimum, tapi sudah cukup untuk dia keluar dari kepompong watak komedinya. Watak Am berjaya menyelamatkan Am dari terus hanyut dengan watak komedi.

2. Chemistry antara Shahiezy Sam dan Syafie Naswip adalah sangat baik. Walaupun Am sering memarahi adiknya sepanjang cerita ini, tetapi ada babak yang menunjukkan yang Am sebenarnya sangat sayang pada adik dia. ciri-ciri kekeluargaan menjadi salah satu isi untuk filem ini.

3. Skrip dan story line yang baik. Macam yang aku katakan tadi, filem ini menggunakan tema pemerdagangan orang sebagai tema, sesuatu yang tidak pernah dibuat dalam filem tempatan. Filem ini juga memaparkan sisi gelap Kuala Lumpur. Garapan skrip membuatkan ia nampak realistik. Jalan cerita filem ini banyak bermain dengan minda penonton. Dan skrip filem ini dipenuhi dengan quote yang menarik.

4. Pelakon tambahan/pembantu yang mantap. Biasanya, pelakon tambahan/pembantu dalam sesebuah filem boleh membantu atau memotong stim filem tersebut. Pelakon pembantu yang kaku & nampak sangat berlakon biasanya akan menjejaskan filem. Tetapi dalam filem ini, semua pelakon pembantu memang dari golongan pelakon profesional yang mantap.

5. Lakonan Sara Ali, seorang pelakon baru, tidak menghampakan. Menggunakan pelakon baru dalam filem merupakan satu risiko besar (Contoh: Kilafairy dalam Karak). Namun, Sara Ali tidak mengecewakan. 

Penamat filem ini yang tergantung. Aku tak tahu kenapa ending filem ini tergantung. Adakah Ad & Hawa selamat sampai ke Kuantan? Adakah Am akan mengikuti adiknya? Tapi bila difikirkan, bagus juga ending tergantung. Asyik nak happy ending saja, tipikal sangatlah pulak kan? Biarlah ending filem ini menjadi tanda tanya, dan membiarkan penonton membuat andaian untuk penamat filem ini.

Lawati website rasmi filem ini: Songlap

Songlap aku kategorikan sebagai filem mesti tonton. Ombak Rindu film of the year? No! Songlap for the win.

P/S: Aku sudah menonton Ombak Rindu juga. Yes! I'm guilty!


Mission Impossible: Ghost Protocol


Mission Impossible: Ghost Protocol (atau dalam bahasa kebangsaan Misi Mustahil: Protokol Hantu) merupakan antara filem yang aku tunggu-tunggu. Aku ingatkan filem ini akan ditayangkan pada pertengahan tahun, rupanya hujung tahun. Tapi penantian aku berbaloi.

Mission Impossible: Ghost Protocol (MI4 mulai selepas ini) merupakan kesinambungan dari 3 filem Mission Impossible yang lepas. Tom Cruise masih kekal membawakan watak Ejen IMF, Ethan Hunt.

Walaupun sudah berumur 49 tahun, Tom Cruise nampak lebih muda dari usia sebenarnya. Kata kawan aku, Tom Cruise sudah berjaya memberhentikan proses penuaannya semenjak 10 tahun lepas.

Dan aku sangat respect kepada Tom Cruise kerana beliau melakukan hampir semua aksi stunt dalam filem ini. Tom Cruise melakukan stunt sendiri dalam scene ketika beliau memanjat Burj Khalifa.



Ok. Sekarang aku akan senaraikan apa yang aku suka tentang filem ini:

1. Sepeti apa yang aku nyatakan di atas, kemantapan lakonan Tom Crusie walaupun sudah berumur 49 tahun. Dia berjaya membawakan watak Ethan Hunt dengan baik. Stunt yang dilakukan dengan baik dan dia berjaya menjiwai watak sebagai seorang ejen perisik yang cool, bersifat dingin tetapi mempunyai keupayaan membuat keputusan dalam masa terdesak dengan baik.

2. Filem ini dipenuhi aksi dari permulaan cerita. Bak kata orang putih, action packed movie. Aksi dalam filem ini boleh dikatakan agak fresh. Beberapa aksi yang betul-betul membuatkan penonton seperti merasai kesakitan yang sama seperti apa yang dirasakan oleh Ethan Hunt (terutama kali aksi dia terhantuk kepala 2-3 kali dalam filem ini).

3. Banyak memorable moment dalam filem ini. Scene menggunakan skrin ketika memasuki Kremlin, scene Kremlin meletup, scene pergaduhan di tempat parking bertingkat yang moden di Mumbai, dan scene memanjat Burj Khalifa. Semua scene ini sangat mendebarkan.

4. Ini juga filem pertama Mission Impossible yang mana Ethan Hunt terpaksa bertindak sendiri tanpa bantuan dari pihak kerajaan mereka. Tiada rancangan, tiada back-up dan tiada pilihan di mana mereka terpaksa melakukan misi ini untuk membersihkan nama mereka.

5. Filem kali ini masih berjaya mengekalkan momentum dari 3 filem sebelum ini, malah yang terbaik dalam  franchise Mission Impossible.

Cuma ada satu yang membuatkan filem kali ini kurang inti pati Misi Impossible nya ialah kekurangan scene penyamaran bertopeng.

Mission Impossible dan penyamaran topeng adalah 2 benda yang sering berkait rapat. Dalam filem kali ini, mereka tidak menggunakan topeng semasa penyamaran ketika cuba masuk ke dalam Kremlin dan topeng mereka rosak ketika cuba membuat topeng di Dubai. Mungkin pengarah cuba membuat kelainan, tetapi kurang seoronok juga apabila elemen penting dalam Mission Impossible ini tiada.

Filem ini memang wajib tonton oleh peminat filem aksi dan juga bukan filem aksi. Siapa tak tengok, dia gila!

Sekian, movie marathon terakhir untuk tahun ini. Kita tunggu tahun depan untuk movie marathon yang akan datang.

Monday, December 19, 2011

Meme: The Rock Driving #1

Untuk penjelasan apa itu meme, sila klik link dibawah:

Untuk maksud Meme, sila klik sini

Untuk maksud Internet Meme sila klik sini

====================

Meme: The Rock Driving #1


P/S: Klik pada gambar untuk tumbesaran

Friday, December 16, 2011

Aku, Tauke Handphone & Amoi Cun

Dekat tempat kerja aku, ada satu kedai hand phone. Bukan kedai, tapi sebenarnya booth hand phone.

Tauke punya booth hand phone tu merupakan seorang lelaki berbangsa Cina berumur dalam lingkungan 30'an. Tapi dia ada seorang pekerja, seorang amoi yang cun.

Amoi ni memang cun. Amoi ni tak seksi pun. Amoi ni tak perlu seksi untuk mendapatkan perhatian orang. Muka dia sudah cukup buat lelaki rasa tak tentu arah.

Tak macam amoi yang ada dekat booth hand phone dekat sebelah. Seksi betul. Tapi muka pecah habis. Mungkin dia berpakaian seksi untuk cover muka dia. Mungkin.

Ok. Berbalik kepada amoi yang cun itu.

Maka, selalulah aku lalu lalang dekat booth tersebut. Tapi memang kerja aku memang selalu kena lalu lalang dekat situ. Jadi tak lah nampak obvious sangat aku usha amoi tersebut.

Selain itu, aku juga selalu beli top-up dekat booth hand phone amoi itu. Dapatlah aku berbual-bual ringan dengan amoi tersebut. Aku memang tak ambil port sangat pasal tauke dia.

Rabu lepas, aku terserempak dengan tauke booth hand phone tersebut. Dia tengah naik wheelchair, atau bahasa Awie dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, Wilca.

"Apa hal tauke? Tiba-tiba sudah naik wheelchair?" Tanya aku.

"Haiya. Gua accident la."

"Bila lu accident, tauke?"

"Sudah lama mmaa.... Sudah 3 bulan gua accident. 2 bulan gua tak boleh bangun. Ini baru sebulan gua gerak guna wheelchair. Tak kan lu tak perasaan gua naik ini wheelchair? Sudah sebulan gua naik benda ini."

Tauke... Tauke...

Aku selalu lalu-lalang dekat booth ni sebab nak usha pekerja kau tu. Bukan nak ambik tahu hal kau.

Tauke.. Tauke... 

Wednesday, December 14, 2011

Lagu Yang Selalu Aku Dengar #8: Dido - White Flag

Bagi yang baru membaca blog ini, segmen 'Lagu yang selalu aku dengar' ini segmen dimana aku akan memperkenalkan lagu-lagu dari era 80'an, 90'an dan awal era 2000'an (lingkungan tahun 2000 sehingga 2005) kepada generasi baru (Generasi Indie) yang aku rasa tidak pernah mendegar lagu-lagu ini.

Atau mungkin juga aku akan letak lagu-lagu baru, tetapi lagu-lagu ini jarang (atau tidak pernah langsung) diputarkan di radio-radio yang kamu dengar saban hari.

Selain itu, segment ini juga akan memberikan sedikit info tentang lagu yang dipilih seperti erti lirik lagu tersebut, bagaimana lagu tersebut dihasilkan, fakta menarik tentang lagu tersebut dan lain-lain.

===============

Jika kamu perasan, aku sudah ubah sikit definasi untuk segmen Lagu yang selalu aku dengar ini. Aku sudah tambahkan lagu 80'an dan lagu baru sehingga sekitar tahun 2005 dalam definasi segmen entri ini.

Sebab musabab aku menambahkan definasi tersebut ialah kerana aku rasa ada banyak lagu-lagu yang sedap didengar dalam era 80'an dan juga sehingga tahun 2005. Dan aku juga akan mengulas lagu baru (tetapi jarang keluar radio mainstream) dalam segmet ini.

Tapi bukan untuk entri hari inilah. Entri kali ini, aku nak mengulas tentang lagu pop.

Ramai yang kata aku berat sebelah, selalu kutuk artis Pop macam Justin Bieber dan Lady Gaga sebab aku pemiant muzik rock dan artis band. Kononnya aku terlampau anti pop. Memandang serong semua artis pop.

Jangan cakap macam itu. Siapa kata aku tak anti artis pop. Ada juga artis pop yang aku gemar, tapi bukan jenis gedik macam Justin Bieber dan semua artis K-Pop tu.

Jadi, hari ini aku akan memperkenalkan kamu dengan salah satu lagu pop yang aku suka dari seorang artis solo dari England, Dido.


Dido - White Flag

Dido, atau nama sebenarnya Florian Cloud de Bounevialle O'Malley Armstron (Hu mak kau! Panjangnya nama!) merupakan penyanyi kelahiran London, England.

Dido mula dikenali apabila serangkap lirik daripada single pertamanya, Thank You, digunakan sebagai chorus dalam lagu popular Eminem, Stan.

Dalam album pertama, No Angel, Dido sudah popular dengan lagu Thank You, Here With Me (Yang menajdi lagu tema untuk TV Series, Roswell) dan Hunter. Lagu White Flag merupakan single pertama dari album kedua beliau, Life For Rent.

Lagu ini berjaya menduduki tangga ke-18 dalam Billboard Chart dan mendapat tempat pertama di carta dalam 7 negara yang berasingan.

Lagu ini ditulis oleh Dido selepas beliau putus tali pertunangan dengan Bob Page. Mereka sudah mejalinkan hubungan selama 7 tahun.

Dido menulis lagu Thank You (dari album pertama) untuk Bob Page, untuk mengucapkan terima kasih kerana mencintainya. Lagu White Flag pula mengenai putusnya hubungan mereka.

White Flag atau dalam bahasa kebangsaan kita bermakna bendera putih, jika dikira dalam istilah peperangan bererti menyerah kalah. Dalam lagu ini, Dido menyatakan "There will be no white flag" yang membawa maksud, dia tak kan menyerah kalah dalam hubungan cinta.

Dengan kata lain, dia tidak mahu menjadi wanita yang dirundung sedih selepas ditinggalkan oleh teman lelaki dan akan berjuang mencari cinta yang baru. Dia sudah pun berkahwin dengan seorang yang bernama Rohan dan sudah dikurniakan dengan seorang cahaya mata.

Malangnya, ada sebuah website Neo-Nazi yang menggunakan lagu ini sebagai lagu tema website tersebut kerana mereka menyatakan yang lagu ini bagaikan melambangkan 'White supremacy' (Nazi anti kepada orang kulit hitam).

Dido mengetahui tentang website tersebut merasa terhina apabila lagunya disalahertikan menjadi alat untuk mempromosikan racial hatred. Dia akhirnya berjaya memaksa website itu ditutup oleh pihak berkuasa.




Versi lain untuk lagu ini (ada penambahan muzik pada bahagian intro):





I know you think that I shouldn't still love you, 
Or tell you that.
But if I didn't say it, well I'd still have felt it 
where's the sense in that? 

I promise I'm not trying to make your life harder 
Or return to where we were 

I will go down with this ship 
And I won't put my hands up and surrender 
There will be no white flag above my door 
I'm in love and always will be 

I know I left too much mess and 
destruction to come back again 
And I caused nothing but trouble 
I understand if you can't talk to me again 
And if you live by the rules of "it's over" 
then I'm sure that that makes sense 

I will go down with this ship 
And I won't put my hands up and surrender 
There will be no white flag above my door 
I'm in love and always will be 

And when we meet 
Which I'm sure we will 
All that was there
Will be there still 
I'll let it pass 
And hold my tongue 
And you will think 
That I've moved on.... 

I will go down with this ship 
And I won't put my hands up and surrender 
There will be no white flag above my door 
I'm in love and always will be 

I will go down with this ship 
And I won't put my hands up and surrender 
There will be no white flag above my door 
I'm in love and always will be 

I will go down with this ship 
And I won't put my hands up and surrender 
There will be no white flag above my door 
I'm in love and always will be


Lelaki dalam video kli ini ialah David Boreanaz, yang terkenal dengan lakonannya (ketika itu) dalam cerita Angel, dan sekarang dalam Bones


Suka lagu ini? Apa kata kamu download dan masukkan ke dalam iPod atau MP3 player kamu. Enjoy!

Nak link download untuk lagu ini? Cari sendiri? tak kuasa aku nak bagi link dekat sini. lagipun, apa guna Google kan?


Monday, December 12, 2011

Tanggapan Negatif Manusia

Manusia tidak pernah lagi dari berpandangan negatif kepada sesuatu atau seseorang. Bila nampak orang dress-up pelik sikit, confirm akan beranggapan benda yang pelik.

Tak payah tengok benda pelik, kadang-kadang kalau nampak benda yang biasa pun boleh bertanggapan yang pelik.

Semasa di universiti/kolej/politeknik dan mana-mana IPTA/S, kalau selalu sangat nampak dua orang yang  pergi kemana-mana mesti nak berkepit berdua, mesti akan keluar tanggapan yang bukan-bukan tentang pasangan tersebut. Lagi-lagi kalau pasangan tersebut nampak tidak sepadan.

Berikut adalah beberapa tanggapan negatif yang selalu didengar apabila ternampak pasangan-pasangan yang selalu kelihatan bersama:

(Aku menulis bukan setakat pasangan antara lelaki dan perempuan sahaja. Tapi juga aku variasikan sedikit)


1. Lelaki handsome bersama perempuan hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Mesti perempuan tu kaya. Kalau tak, tak kan lah lelaki handsome macam dia tu nak dengan perempuan hodoh tu."

"Mesti perempuan tu dah bomohkan lelaki tu. Tak pun dah kena nasi kangkang. Tak kan lah lelaki tu buta nak perempuan yang hodoh macam tu."


2. Perempuan cantik bersama lelaki hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Lelaki tu confirm lah kaya. Kalau tidak tak kan lah minah yang cun tu boleh nak tergedik dengan dia."

"Poket kembung, perempuan mesti nak berkepit punya lah."


"Perempuan murah. Dasar pandang lelaki berduit aje."


3. Lelaki hodoh bersama lelaki hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Dua-dua jenis tak de awek ni. Forever alone."


4. Perempuan hodoh bersama perempuan hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Lesbian diorang ni. Nak cari balak, tak dapat. Dapat sesama jenis pun jadi lah. Hah, tengok tu! Diorang jalan pegang tangan tu! Hah! Kan betul aku kata dia lesbian."


5. Lelaki hodoh bersama lelaki handsome

Tanggapan negatif manusia:

"Lelaki hodoh tu nak tumpang glamour lelaki tu la. Ya la. Lelaki tu handsome, popular kat kolej. Dapat la kenal dengan perempuan-perempuan hot kalau kawan dengan lelaki handsome ni."


6. Perempuan hodoh bersama perempuan cantik

Tanggapan negatif manusia:

"Kesian perempuan hodoh tu. Mesti dia jadi balaci si perempuan cantik tu. Perempuan cantik tu mesti cari perempuan hodoh nak jadikan balaci dia. Dasar bitch!"


7. Perempuan cantik bersama perempuan cantik

Tanggapan negatif manusia:

"Mesti diorang ni jenis bitch. Dua-dua perasan cantik. Asyik jalan berdua je. Mana diorang nak jalan dengan perempuan yang tak cantik. Benci nyew!!"

Ataupun satu tanggapan yang sedikit berlainan seperti:

"Sebenarnya diorang bermusuhan tu. Perempuan cantik mana boleh berkawan berdua. Diorang mesti nak berebut dapat title perempuan paling hot kat kolej. Kenapa diorang selalu jalan berdua walaupun musuh? Well, pernah dengar pepatah omputih tak yang berbunyi 'Keep your friends close, keep your enemies closer'? Hah, itu lah sebab mereka asyik berdua je.


8. Lelaki handsome bersama lelaki handsome

Tanggapan negatif manusia:

"Confirm gay ni! Confirm gay! Muka dua-dua dah la jambu. Rambut pun dua-dua style Korea."

====================

Moral of the story:

Jangan selalu sangat beranggapan negatif  tanpa soal siasat. Tak semestinya yang muka cantik kena berpasangan dengan muka cantik sahaja.

Dan untuk mengelakkan dari tanggapan negatif orang sekitar, jalanlah sorang-sorang. Confirm orang tak kata apa.

Tapi nanti kena chop kera sumbang ataupun kena pulau oleh masyarakat sekeliling pulak nanti.

Ah! Lantaklah orang nak kata apa. Janji kita rasa bahagia. Ye tak?

Friday, December 9, 2011

Jangan Kacau Pemain Bola Sepak Malaysia

Semenjak Malaysia memenangi Piala AFF tahun lepas, ramai yang mula memberikan perhatian kepada skuad bola sepak Malaysia.

Dulu, berapa kerat sangat yang ambil port dengan liga bola sepak negara kita. Sampai aku pernah tulis entri ini pada tahun 2010, semasa ini Malaysia belum lagi memenangi Piala AFF 2010 dan rakyat Malaysia belum lagi ambil port pasal liga Malaysia dan mengaku diri mereka ultras lagi.

Tapi sekarang berbeza. Semua rakyat Malaysia sudah kenal semua pemain Malaysia. Seakan menjadi satu dosa apabila ada rakyat Malaysia yang tidak mengenali pemain bola sepak Malaysia.

Kemenangan Piala AFF pada tahun 2010 ditambah pula kejayaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta menambahkan lagi minat rakyat terhadap skuad Harimau Malaya ini, sehingga mereka muncul di di rancangan talk show Stadium Angkasa di TV1 dan  Majalah 3 di TV3.

Dalam sekelip mata, pemain Harimau Malaya menjadi tumpuan peminat, dan tidak terelak dari lensa wartawan. Bukan setakat wartawan sukan, tapi juga wartawan hiburan.

Pemain Malaysia sudah menjadi selebrit, sudah jadi artis. Dahulu mereka muncul hanya dalam bahagian belakang akhbar, iaitu bahagian sukan. Kini mereka sudah muncul dalam bahagian B-Pop dan Pancaindera. Mereka juga sudah muncul dalam majalah hiburan seperti Mangga dan URTV. Mungkin menunggu masa untuk muncul di Melodi pula.

Khairul Fahmi Che Mat, atau terkenal dengan nama gelaran Apex, yang menjadi tumpuan selepas kejayaan Malaysia di Piala AFF.


Khairul Fahmi Che Mat

Kemenangan beliau membuatkan hubungan cinta Apex dan kekasihnya ketika itu, Elia, menjadi tumpuan ramai. Blog Elia, Jejari Runcing, mendapat trafik yang tinggi. Elia banyak menceritakan kisah cinta mereka di dalam blog beliau.




Mereka akhirnya bertunang. Tetapi disangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Pertunangan mereka putus selepas media masa menyiarkan gambar Apex jalan berpegangan tangan dengan Dahlia Tek.




Kes putus tunang + kecurangan Apex menjadi berita hangat di akhbar. Terutamanya Metro yang meletakkan berita ini di muka depan akhbar untuk beberapa hari berturut-turut.

Pendedahan berita ini di akhbar sedikit sebanyak menjadikan satu tekanan buat Apex. Blog hiburan juga sudah memuatkan entri tentang berita ini.

Keadaan semakin bertambah buruk buat Apex apabila gambar beliau dan Shida Harmi pula tersebar di blog hiburan, dan seterusnya keluar di akhbar pula apabila wartawan akhbar mencilok gambar dan berita tersebut kemudian claim mereka dapat berita tersebut dari 'sumber yang boleh dipercayai.'


Amboi.. Cleavage dia...
Ini bukan soal siapa salah dan siapa yang betul. Ini bukan kisah nak tahu Apex yang betul atau Apex yang curang. Persoalannya, kenapa kisah peribadi mereka menjadi bahan perbualan di akhbar? Yang paling pelik, kenapa dimasukkan berita tersebut dalam bahagian hiburan?

Apex adalah pemain bola sepak. Bukannya artis. Kalau artis sekalipun, aku tak rasa menjual kisah peribadi orang di akhbar adalah perbuatan yang betul. Cuba kalau kisah peribadi kita keluar di akhbar. pasti kita juga tidak sukakan?

Tekanan dari media menyebabkan Apex kita sedang berkira-kira untuk mengambil keputusan untuk bersara dari pasukan kebangsaan. Dan kalau dia bersara, aku yakin akhbar akan menyalahkan dia pula kerana bersara awal.

Dan kini, ada satu nama baru sudah menjadi bualan ramai dan media, Nazmi Faiz Mansor.


Kegilaan gadis bawah umur yang
terbaru. Bakal membuat saham K-Pop
jatuh

Semenjak persembahan cemerlang beliau ketika beraksi di Sukan SEA 2011 dan gol cantik menentang Bahrain, nama Nazmi menjadi bualan ramai.

Ramailah gadis-gadis bawah umur mula meletakkan gambar Nazmi di profile picture mereka di Facebook. Ramai yang buat entri pasal Nazmi. ramai adik-adik yang masih bersekolah mula memasang angan-angan mahu menjadi girlfriend Nazmi, kerana Nazmi pun baru 17 tahun.

Hasil kegilaan ini, peminat mula mencari segala hal peribadi Nazmi di internet. Hasilnya, terdedahlah identiti girlfriend Nazmi, Nadia Ismael.

Nadia Ismael, bakal menjadi musuh kepada budak-budak lain
yang berangan nak jadi awek Nazmi Faiz

Bila sudah popular, pastilah akhbar dan blog hiburan tak kan melepaskan peluang untuk mncari berita, atau mencipta berita untuk melariskan akhbar mereka. Akhirnya, keluar berita yang kononnya ada beberapa pemain bola dikaitkan dengan Neelofa. Yang lebih mengejutkan, Nazmi adalah salah seorang daripada pemain bola yang dikaitkan.

Nazmi baru berumur 17 tahun. Masih mentah. Belum matang lagi. Jangan berikan tekanan seperti apa yang diterima oleh Apex. Ada kemungkinan Nazmi akan burn-out dengan gosip-gosip liar dan akan tenggelam entah ke mana.

Diharap pihak media, akhbar & blog hiburan, berhenti melaporkan kes peribadi pemain di akhbar. Pemain Malaysia baru mula hendak bertatih. Bukan macam JohnTerry. Kisah skandal seks keluar surat khabar pun steady lagi main bola.

Pemain Malaysia masih mentah, belum biasa menerima tekanan dari media. Jadi diharap tak payah pressure mereka dengan kisah yang bukan-bukan. Samada mereka nak bercinta dengan artis, bertunang, putus tunang, bersosial atau pergi memancing, itu hal peribadi mereka.

Mereka bukan artis. Tak perlu berikan mereka tekanan dengan gossip liar. Biarkan mereka beraksi di padang. Jangan letak muka mereka dibahagian hiburan. Jangan 'Mangga' dan 'URTV' kan pemain bola sepak Malaysia. Jangan berikan pemain bola sepak Malaysia tekanan yang tidak sepatutnya.

Dan sama juga kepada para peminat. Mohon tak payahlah mahu korek hal peribadi mereka sangat. Biarlah mereka hidup dengan aman dan damai. Dan buat adik-adik yang masih bersekolah, mohan tak payah menggedik konon nak jadi girlfriend Nazmi. Geli aku baca tweet korang dekat Twitter tu.

Biarkan mereka buat kerja mereka, iatu bermain bola mewakili Malaysia. Biarkan hidup peribadi mereka. Tak payah nak kecoh sangat korek rahsia kehidupan mereka. Lantaklah apa mereka nak buat di luar padang, janji mereka berikan yang terbaik ketika menyarung jersi Malaysia.

Sekian. Majulah sukan untuk negara.

Wednesday, December 7, 2011

Lagu Yang Selalu Aku Dengar #7: Puddle Of Mudd - Blurry

Bagi yang baru membaca blog ini, segmen 'Lagu yang selalu aku dengar' ini segmen dimana aku akan memperkenalkan lagu-lagu dari era 80'an, 90'an dan awal era 2000'an (lingkungan tahun 2000 sehingga 2005) kepada generasi baru (Generasi Indie) yang aku rasa tidak pernah mendegar lagu-lagu ini.


Atau mungkin juga aku akan letak lagu-lagu baru, tetapi lagu-lagu ini jarang (atau tidak pernah langsung) diputarkan di radio-radio yang kamu dengar saban hari.

Selain itu, segment ini juga akan memberikan sedikit info tentang lagu yang dipilih seperti erti lirik lagu tersebut, bagaimana lagu tersebut dihasilkan, fakta menarik tentang lagu tersebut dan lain-lain.

==========

Aku asyik bagi lagu slow mendayu-dayu dalam segmen ini. Bukan apa, nanti kalau aku letak lagu metal, nanti ada yang tak dengar pulak.

Jadi kali ini, aku bagi lagu yang rancak sikit. memperkenalkan, Puddle of Mudd.


Puddle Of Mudd - Blurry 

Bagi sesiapa yang agak asing dengan nama Puddle of Mudd, band ini bermula bergerak sebagai satu kumpulan pada pertengahan era 90'an dan berjaya menembusi dinding mainstream pada tahun 2000.

Blurry merupakan single kedua dari album pertama mereka, Come Clean (aku ada kaset ini dan aku rasa ini merupakan album terbaik mereka sehingga kini). Lagu ini di-release-kan pada 4 Disember 2001.

Lagu ini mengisahkan tentang perpecahan dalam keluarga dan cowardice. Lirik lagu ini ditulis sepenuhnya oleh vokalis band ini, Wes Scantlin.

Wes Scantlin menulis lirik lagu ini berdasarkan kisah hidupnya. Scantlin sudah berpisah dengan isterinya tetapi mempunyai seorang anak bernama Jordan. Bekas isterinya sudah berkahwin dengan lelaki lain (kalau tak salah aku).

Lirik Blurry ini mengisahkan bagaimana mereka berpisah dan Scantlin tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama dengan anaknya. 

Scantlin ingin menjadi seorang ayah yang baik dan mahu bersama anaknya dengan lebih kerap, dengan harapan bekas isterinya boleh memberikan ruang buatnya untuk bertemu dengan anaknya dengan lebih kerap.

Bekas isteri Scantlin marah apabila mendengar lagu ini. Tapi tidak lama kemudian, Scantlin menerangkan lagu ini telah membantu dalam mebuka bebrapa isu yang selama ini jarang mereka perkatakan dan akhirnya memperbaiki hubungannya bersama bekas isterinya.

Video muzik lagu ini diarahkan oleh Fred Dust, penyanyi Limp Bizkit.



Everything's so blurry
and everyone's so fake
and everybody's empty
and everything is so messed up
pre-occupied without you
I cannot live at all
My whole world surrounds you
I stumble then I crawl

You could be my someone
you could be my scene
you know that i'll protect you
from all of the obscene
I wonder what you're doing
imagine where you are
there's oceans in between us
but that's not very far

Can you take it all away
can you take it all away
well ya shoved it in my face
this pain you gave to me
Can you take it all away
can you take it all away
well ya shoved it in my face

Everyone is changing
there's noone left that's real
to make up your own ending
and let me know just how you feel
cause I am lost without you
I cannot live at all
my whole world surrounds you
I stumble then I crawl

You could be my someone
you could be my scene
you know that i will save you
from all of the unclean
I wonder what you're doing
I wonder where you are
There's oceans in between us
but that's not very far

[Chorus]

Nobody told me what you thought
nobody told me what to say
everyone showed you where to turn
told you when to runaway
nobody told you where to hide
nobody told you what to say
everyone showed you where to turn
showed you when to runaway

[Chorus]

This pain you gave to me

You take it all
You take it all away...
This pain you gave to me
You take it all away
This pain you gave to me
Take it all away
This pain you gave to me


Suka lagu ini? Apa kata kamu download dan masukkan ke dalam iPod atau MP3 player kamu. Enjoy!

Nak link download untuk lagu ini? Cari sendiri? tak kuasa aku nak bagi link dekat sini. lagipun, apa guna Google kan?

Monday, December 5, 2011

Aku, Din dan McDonald

Aku ada seorang kawan. Cukuplah aku refer dia sebagai Din dalam entri ini. Dia muda setahun dari aku. Aku kenal dia masa aku bersekolah agama di Sekolah Agama Penggaram.

Din tinggal tak jauh dari rumah aku. Aku selalu juga datang lepas rumah dia. Mak ayah Din kerja, jadi lepas balik dari sekolah dan menunggu sebelum pergi ke sekolah agama (sekolah agama mula pukul 3:30 petang) aku selalu lepak rumah Din.

Rumah Din ada komputer. Itu sebab aku suka lepak rumah dia. Pergi rumah dia, layan game dekat komputer dia. Masa zaman dulu, komputer boleh dikatakan barang yang agak rare. Orang yang betul-betul berduit saja yang ada komputer dekat rumah.

Sekarang, boleh dikatakan setiap rumah ada 2-3 biji komputer dan laptop. Belum campur yang ada iPad sekali.

OK. Cukup sampai di sini cerita pasal komputer Din sebab bukan komputer dia yang aku ingin fokuskan.

Din suka makan McDonald. Ah! Siapa tak suka makan makanan yang tak menyihatkan tu kan? Setiap kali kalau aku makan McDonald dengan Din, dia akan order saiz besar.

Satu hari, dia tanya aku, "Kenapa kau order saiz medium (regular) je. Order la large, baru dapat burger besar."

Aku tergelak. Aku pun terangkan pada dia, "Kalau saiz large, burgernya sama je. Yang besar cuma saiz air dengan french fries je."

Din tak puas hati dengan penerangan aku. Mati-mati dia kata burger dia lagi besar. Bila dapat burger masing-masing, aku bezakan burger aku dengan dia. Sama besar. Dia masih mempertahankan teori dia. Dia kata daging burger dia lagi mampatlah, lagi teballah... Macam-macam lagi alasan.

Aku malas nak bertekak dengan dia. Jadi aku biarkan sahaja dia menang dalam perdebatan tersebut.

Tak lama kemudian, Din pindah ke Kluang. Semenjak itu, aku pun dah lama tak berjumpa dengan Din.

Selepas beberapa belas tahun kemudian, aku terjumpa Din balik..... Dalam Facebook.

Din sekarang tinggal di area Lembah Klang. Senang nak jumpa. Satu hari, Din datang ke tempat aku bekerja. Oleh kerana dia datang masa dekat lunch hour, kami pun terus cari tempat makan.

Din bagi cadangan nak makan dekat McDonald. Aku layankan saja.

Bila sampai giliran kami, aku order set Spicy Chicken McDeluxe, regular size. Aku tak ingat Din punya order, tapi dia order large size.

Selepas kami duduk di meja, Din menanyakan satu soalan yang aku tak sangka dia akan soal pada aku:

"Kenapa tak order large? Kan dapat burger besar sikit nanti."

Astaga! Apa bangang Din ni? Aku ingat umur dah cecah 26 tahun, dia dah tahu beza medium dengan large size ni. Rupanya belum lagi.

Semoga kau mengetahui jawapan yang sebenar satu hari nanti. Amin!

Friday, December 2, 2011

Review Buku: Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia


Ini bukan kali pertama aku menulis review buku nukilan Lucius Maximus. kalau kamu semua ingat, akhir tahun lepas aku ada menulis review buku Lucius Maximus yang pertama, Cerita Piala Dunia.

Kamu tak kenal siapa Lucius Maximus? Memang sia-sialah kamu berblogging kalau tidak kenal penulis blogger yang hebat ini. Bak kata Pipiyapong, Lucius Maximus bagaikan Mokhtar Dahari jika ia dikira dalam bidang penulisan ini. Tetapi hakikatnya, penulis agak berat telur bila betul-betul turun ke padang (menurut yang mengenali beliau lah).

Buku ini merupakan satu lagi terbitan DuBook Press. Pengasas DuBook Press ialah Pipiyapong dan Luca DK. Cuma baru-baru ini, Pipiyapong ada menyatakan pengunduran beliau dari Dubook Press melalui Twitter beliau.

Tidak dapat dipastikan adakah pengunduran beliau adalah sesuatu yang benar atau gimik semata kerana mungkin Pipiyapong cuba mendapatkan perhatian kerana cemburu dengan Khairul Fahmi Che Mat yang asyik muncul dengan gossip baru dengan perempuan berbeza di dalam blog hiburan.


Ada apa dengan Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia?

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia (CMTKPD) merupakan buku yang mengisahkan kisah perjalanan Skuad Bola Sepak Malaysia yang berhempas-pulas cuba melayakkan diri ke Piala Dunia walaupun acap kali gagal.

Penulis akan mengulas setiap kempen kelayakan Piala Dunia yang disertai oleh Skuad Bola Sepak Malaysia, bermula dengan kempen kelayakan Piala Dunia 1970.

Seperti biasa, Lucius Maximus mengolah setiap kempen kelayakan dengan ayat trademark beliau. Siapa yang sudah biasa dengan gaya penulisan Lucius Maximus pasti tahu bagaimana ayat-ayat tersebut.

Setiap pusingan kelayakan dikupas dengan baik. Bermula dengan persediaan dan latihan pasukan kebangsaan, ulasan setiap babak penting dalam perlawanan dan kesan selepas kegagalan setiap kali kempen kelayakan tamat.

Penulis mengulas bagaimana persediaan skuad bola sepak bermula. Bermula bagaimana pemain dikumpulkan dan di mana padang latihan mereka dan masalah yang terjadi di kem latihan.

Kemudian penulis mengulas tentang setiap peralwanan dalam kempen kelayakan tersebut. Cara pengulasan penulis sedikit sebanyak menerbitkan bayang di dalam kepala aku, cuba menggambarkan peristiwa tersebut di dalam otak.

Aku agak kagum dengan penulis. Aku tertanya-tanya dari mana sumber yang si penulis dapat untuk menulis buku ini? Setiap ayat yang ditulis bagaikan pengalaman benar penulis yang menonton semua perlawanan dengan mata kepalanya sendiri. Ke memang betul dia tengok semuanya?

Apa yang aku rasa agak kagum ialah apabila beliau mampu memetik setiap quote yang diucapkan oleh pemain dan jurulatih. Ini membuatkan aku tertanya, mana dia dapat semua arkib dari berita untuk menulis semua quote ini?


Bahasa/Penulisan

Lucius Maximus menggunakan Bahasa Malaysia sebagai kata penghantar di dalam buku ini. Bahasa Malaysia yang digunakan adalah Bahasa Malaysia formal, tapi juga turut dicampurkan sedikit dengan bahasa pasar. Tapi kebanyakan menggunakan bahasa yang agak formal.

Memang sudah menjadi trademark Lucius Maximus untuk menggunakan bahasa yang formal dalam penulisan dengan mencampur sedikit bahasa pasar.

Lucius Maximus terkenal dengan gelaran 'Raja Fakta'. Jadi, menulis dalam bahasa yang agak formal amat sesuai dalam menyampaikan fakta-fakta serius tersebut.

Dan rasanya pembaca blog Lucius Maximus pasti sudah sedia maklum cara penulisan ayat beliau. Aku kagum dengan penulisan beliau. Kadang-kadang aku tak rasa yang aku sedang menulis karya seorang penulis blog kerana penulisan Lucius Maximus seakan penulis profesional.


Penerbitan

Buku ini diterbitkan dengan kemas. Segalanya tersusun kemas dan indah mata memandang. Rasanya tiada kesilapan ejaan di dalam buku ini (kesalahan ejaan adalah benda lazim dalam penerbitan buku-buku indie) dan susunan yang kemas (perenggan, align text).

DuBook Press juga merupakan salah satu penerbit buku indie, tetapi tahap penerbitannya agak baik berbanding penerbit buku indie yang lain. DuBook Press bolehlah dijadikan sebagai benchmark buat penerbit buku indie yang lain.


Adakah ia berbaloi untuk dimiliki?

Sudah pasti! Bagi aku, buku ini boleh dikategorikan sebagai buku yang boleh dibaca berulang-ulang kali. Buku ini baik untuk dijadikan bahan rujukan untuk generasi akan datang, samada generasi akan datang dapat menyaksikan Malaysia layak bermain di Piala Dunia ataupun tidak.

Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan buat anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya, sekumpulan penyokong bola sepak Malaysia yang sering hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

Jangan kamu sokong Harimau Malaya hanya kerana mereka menang Piala AFF dan Pingat Emas Sukan SEA tanpa mengetahui sejarah pasukan bola sepak Malaysia. Tak guna menjadi Ultras kalau tak tahu latar belakang pasukan yang kamu beria sokong tu.

Dan buku ini juga perlu dibaca oleh anak muda yang berkiblatkan bola sepak Inggeris. Ya lah. Kau sokong Liverpool & Manchester, siap hafal semua sejarah kelab kesayangan kamu. Hafal nama pemain lama, hafal berapa piala sudah menang, hafal tahun kemenangan piala tersebut... Jadi sudah sampai masa kamu mengetahui hal-hal sejarah Pasukan Bola Sepak Malaysia pula.

Buku ini juga boleh dijadikan hadiah buat ayah-ayah kita, yang hidup di zaman era kegemilangan bola sepak Malaysia. Mungkin buku ini boleh menghidupkan semula memori mereka.



Lain-lain

Buku ini terbit tepat pada masanya, ketika Malaysia bergembira selepas berjaya mengekalkan pingat emas di Sukan SEA dan gagal melayakan ke Sukan Olimpik beberapa hari kemudian. 

Buku ini mungkin boleh memberikan pengajaran dan idea kepada FAM kenapa usaha Malaysia untuk pergi lebih jauh dalam sukan bola sepak Malaysia sering terbantut.

Buku yang aku dapat ini merupakan buku cetekan kedua. Cover untuk cetekan pertama adalah seperti di bawah:


Selain itu, buku ini juga diterbitkan di dalam 2 versi (menurut penulis sendiri). Versi pertama ialah versi indie, yang mana seperti aku beli ini (melalui pos). Versi yang kedua adalah versi mainstream, atau nama lainnya versi 'jual di kedai buku'.

Ya! Buku ini bakal dijual dikedai buku tidak lama lagi. Penulis berkata ada sedikit kelainan antara versi indie dan versi mainstream. Rasanya, siapa yang sudah membaca buku veris indie pasti tahu apa maksud si penulis.

==========

Sekian review serba ringkas dari aku. Buku seterusnya... Aku pun tidak tahu. Mungkin aku patut habiskan buku-buku yang selama ini aku beli tapi belum berkesempatan untuk baca.

Wednesday, November 30, 2011

Aku dan Amoi: Kadangkala Hidup Kita Juga Boleh Jadi Seperti Filem

Pada sesiapa yang sudah membaca blog ini semenjak awal-awal dulu, pasti ada yang pernah tebaca entri berangkai sebanyak 3 episod yang bertajuk "Aku dan Amoi" yang aku tulis sekitar akhir tahun 2009 dan awal 2010.

Pada asalnya, aku ingat meletakkan tajuk "Aku dan Mei: Suatu Ketika Dahulu". Tapi akhirnya kau meringkasnya kepada "Aku dan Amoi" sahaja kerana tajuk asal tersebut sudah macam tajuk drama sejarah yang disiarkan di RTM pula.

Pada sesiapa yang baru membaca blog aku, kamu boleh baca entri-entri tersebut dibawah ini. kalau sesiapa yang sudah baca tapi mahu refresh kembali, juga boleh baca. Klik pada link di bawah untuk baca:




Sudah baca? Bagus. Mari kita teruskan.

Kejadian yang aku tulis ini berlaku 11 tahun yang lepas. Ya! Sebelas tahun! Sduah berlalu lama kisah ini. Aku tuliskan kisah ini hanya kerana aku rasa ingin meluahkan ia di dalam blog.

Dan aku memang kecewa dengan sikap beberapa blogger kaki plagiat. Mereka plagiat cerita aku ini. Mereka copy paste entri aku dan kononnya mereka menyamar yang kisah ini kisah mereka. Babi! Dasar blogger kaki plagiat. 

Bila aku tegur, mereka kata "Eh? Kebetulan kot kisah kita sama." Babi! Kalau sama pun, tak kan 100% sama. Nampak sangat menipunya. Setelah lama aku pressure, akhirnya mereka delete entri tersebut dan hantar private mesagge di Facebook dengan ayat, "Sorry, bro!"

Abah kau "Sorry"!!!!

Ini adalah salah satu sebab kenapa aku benci kaki plagiat. Kau nak plagiat entri aku yang aku tulis pasal bola sepak, wrestling, muzik, filem atau lain-lain... Aku tak kisah sangat (tapi sila minta kebenaran dulu!). Tapi bila kau plagiat entri yang berdasarkan kisah hidup aku, itu sudah cross the line.

OK. Dah jauh melencong.

Dan selepas lebih kurang 2 tahun aku menulis entri tersebut, tiba-tiba ada pula Encik Anonymous memberikan komen seperti di bawah:


Ya! Aku yakin kamu semua tak nampak. Jadi, sila klik pada gambar untuk tumbesaran

Bila aku baca balik komen anonymous ni, aku rasa cemburu dengan dia. Tak sangka dia dapat berjumpa kembali dengan amoi kesayangan dia.

"apa yang pnting,usaha,jgn putus asa. (MUNGKIN MEI SEDANG MENUNGGU KAU,DAN MENANTI KAU,APA PUN KESUDAHANNYA,KAU PERLU MENGETAHUINYA..fighting!!!"

Ayat terakhir dalam komen itu memberikan sedikit semangat kepada aku. Tetapi bila aku fikirkan, ia sudah sebelas tahun berlalu. Sebelas tahun berbeza dengan 4 tahun iaitu tempoh si anonymous itu mencari amoinya kembali.

Sebelas tahun terlalu lama. Mei pun sudah menempuh zaman persekolahan, zaman universiti dan zaman pekerjaan dalam tempoh sebelas tahun itu. Ingat lagikah dia kepada aku? Mungkin aku sahaja yang mengejar bayang-bayangnya sedangkan dia sudah melupakan aku.

Dan pada usia sekarang, iaitu 27 tahun, aku dapat rasakan yang Mei pasti sudah berkahwin. Jadi kalau aku jumpa dia pun, mungkin sudah tidak berguna lagi.

Tak mengapalah. Mungkin sudah ketentuan tuhan bahawa tiada jodoh antara aku dan Mei.

Cuma, bila aku baca komen anonymous ini, penamat kisah cinta beliau ada lebih kurang seperti sebuah filem. dan ini bukan kali pertama aku mendengar kisah cinta happy ending dalam dunia realiti.

Ya! Mungkin kisah hidup kita juga boleh menjadi seperti sebuah filem, yang penamatnya happy ending apabila hero dan heroinnya akhirnya bersatu.

Cuma penamat seperti sebuah filem itu bukan dalam hidup aku.....

P/S: Selamat berbahagia buat Encik Anonymous dan amoi beliau (Suelian Lee/Siti Suhaily)

Monday, November 28, 2011

Lagu Yang Selalu Aku Dengar #6: R.E.M. - Everybody Hurts

Dah lama aku tak menulis segmen ini dalam blog aku.

Aku tak tahu kenapa, tapi semenjak kebelakangan ini, lagu ini ini sering berlegar di dalam kepala aku.


Bagi yang baru membaca blog ini, segmen 'Lagu yang selalu aku dengar' ini segmen dimana aku akan memperkenalkan lagu-lagu dari era 80'an, 90'an dan awal era 2000'an (lingkungan tahun 2000 sehingga 2005) kepada generasi baru (Generasi Indie) yang aku rasa tidak pernah mendegar lagu-lagu ini.

Atau mungkin juga aku akan letak lagu-lagu baru, tetapi lagu-lagu ini jarang (atau tidak pernah langsung) diputarkan di radio-radio yang kamu dengar saban hari.

Selain itu, segment ini juga akan memberikan sedikit info tentang lagu yang dipilih seperti erti lirik lagu tersebut, bagaimana lagu tersebut dihasilkan, fakta menarik tentang lagu tersebut dan lain-lain.


R.E.M. - Everybody Hurts

Secara jujurnya, R.E.M. bukanlah band kegemaran aku. Bukan juga aku membenci band yang berasal dari Georgia, Amerika ini, cuma band ini tidak termasuk dalam senarai top 5 band yang aku minat. Kalau dalam top 10, mungkin R.E.M. akan terselit dalam senarai itu.

Namun, banyak juga lagu-lagu dari band ini yang menjadi kegemaran aku. Antara sebab aku menyukai lagu-lagu band ini ialah kerana lagu-lagu mereka mempunyai lirik yang berseni dan maksud mendalam.

R.E.M. membawakan genre alternatif rock. Band ini ditubuhkan pada tahun 1980. Aku rasa, sesiapa yang lahir dalam lingkungan tahun 1990'an pasti amat asing dengan band ini. yang sebaya dengan aku pun, ramai juga yang tak pernah dengar nama band ini.

Lagu ini dipetik dari album kelapan band ini, Automatic For People. Lagu ini merupakan single keempat yang diambil dari album ini.

Lirik untuk lagu ini ditulis oleh pemain drum mereka, Bill Berry. Berry kemudiannya keluar dari band tersebut pada tahun 1997 dan menjadi seorang petani.

Lagu Everybody Hurts ini di-release-kan pada 15 April 1993. Lagu ini berjaya memanjatke tangga ke-29 dalam Carta Billboard.

Lagu ini sebenarnya adalah lagu "anti bunuh diri". Lirik lagu ini menegah orang dari membunuh diri. Bill Berry cuba menyampaikan mesej lagu ini kepada mereka yang merasakan mereka tiada kehendak untuk meneruskan hidup dan memilih mati sebagai jalan penyelesaian.

Lagu ini digunakan dalam kempen Anti-Suicide yang diadakan di Amerika. Kebanyakan remaja Amerika memilih untuk membunuh diri apabila berasa kecewa. Lagu ini digunakan di dalam kempen ini kerana ia mempunyai lirik yang jelas dan melodi lagu ini yang mudah diterima oleh pendengar.


When your day is long and the night 
The night is yours alone
When you're sure you've had enough of this life, well hang on
Don't let yourself go 
Everybody cries and everybody hurts sometimes

Sometimes everything is wrong 
Now it's time to sing along
When your day is night alone (hold on, hold on)
If you feel like letting go (hold on)
When you think you've had too much of this life, well hang on

Everybody hurts 
Take comfort in your friends.
Everybody hurts
Don't throw your hand. Oh, no
Don't throw your hand
If you feel like you're alone, no, no, no, you are not alone

If you're on your own in this life 
The days and nights are long
When you think you've had too much of this life to hang on

Well, everybody hurts sometimes
Everybody cries
And everybody hurts sometimes
And everybody hurts sometimes
So, hold on, hold on
Hold on, hold on 
Hold on, hold on 
(Hold on, hold on)

Everybody hurts 
You are not alone

Suka lagu ini? Apa kata kamu download dan masukkan ke dalam iPod atau MP3 player kamu. Lagu ini sangat catchy dan pasti kamu akan sukakannya. Enjoy!

nak link download untuk lagu ini? Cari sendiri? tak kuasa aku nak bagi link dekat sini. lagipun, apa guna Google kan?

P/S: Semasa menunggu perlawanan antara Liverpool vs Man City semalam, aku mendegar berita yang salah seorang pemain legenda EPL dan juga sekarang memegang jawatan sebagai pengurus Skuad Bola Sepak kebangsaan Wales, Gary Speed, telah mati membunuh diri dengan menggantung diri.

Dan sekali lagi lagu ini berkumandang di dalam kepala aku.

Friday, November 25, 2011

Sepintas Lalu Sukan SEA Jakarta & Palembang 2011



Sebenarnya, aku agak mati akal untuk menulis entri ini. Berbeza dengan acara temasya sukan sebelum ini, aku menjadi penonton setia setiap hari. Tapi tidak untuk Sukan SEA 2011.

Dulu, aku masih belajar atau sedang menganggur. Jadi, 24 jam aku boleh menghadap TV dan update dengan perubahan pingat dan semua keputusan. Boleh dikatakan kebanyakan pingat emas yang Malaysia menang aku dapat lihat secara langsung.

Tapi tidak untuk Sukan SEA 2011.

Aku sudah mula bekerja. Aku tidak lagi dapat melangut di depan TV 24 jam. Aku hanya mampu menonton highlight pada setiap malam. Hanya sukan bola sepak yang aku dapat tengok secara seiaran langsung.

Jadi, inilah Sorotan Sukan SEA 2011 secara ala kadar.

Malaysia berjaya mengutip 59 pingat emas, 50 pingat perak dan 81 pingat gangsa. Jauh tertinggal dengan juara keseluruhan yang juga tuan rumah, Indonesia yang mengutip 182 pingat emas, 151 pingat perak dan 143 pingat gangsa. Ah, biasalah! kalau jadi tuan rumah, mesti jadi juara punyalah!

Bagaimanapun, ia satu pencapai yang baik kerana Majlis Sukan Negara (MSN) hanya mengsasarkan 40 pingat emas sahaja. Atlet Malaysia berjaya mengutip jauh melebihi sasaran.

Itupun, ada beberapa atlet yang tidak mencapai pingat emas seperti yang telah disasarkan oleh MSN, atlet dari sukan Taekwando terutamanya.

Mujur ada beberapa atlet yang tidak disasarkan untuk mendapat pingat emas berjaya membuat kejutan. Fatihah Mustafa antara yang menjadi antara atlet cemerlang dalam sukan basikal.

Atlet terjun menunjukkan kehebatan mereka. Rata-rata atlet terjun Malaysia sudah bertaraf antarabangsa. Tiada masalah untuk Yeoh Ken Nee, Bryan Nickson, Leong Mun Yee, Pandalela Rinong, Cheong Jun Hoong, Ng Yan Yee, dan Traisy Vivien untuk membolot 7 dari 8 pingat emas untuk acara terjun.




Begitu juga dengan acara renang berirama. Perenang Malaysia berjaya membolot semua 5 pingat emas yang dipertandingkan untuk sukan ini. Katrina Ann Abdul Hadi dan Png Hui Chuen terlibat dalam kesemua 5 pingat emas tersebut, sekaligus mereka berdua dinobat sebagai atlet terbaik kejohanan untuk Sukan SEA 2011 ini.



Badminton tidak menunjukkan prestasi yang baik. Tapi perlu diingat, Malaysia hanya menghantar atlet pelapis untuk kejohanan kali ini. Tiada kelibat Datuk Lee Chong wei dalam Sukan SEA 2011 kali ini.

Bola sepak? Perlukan aku bercerita tentang kehebatan pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mengekalkan pingat emas? Rasanya tak perlu kerana semua orang pun sudah sedia maklum. Lagipun, aku sudah tulis entri khas untuk kejayaan mereka dalam entri yang lepas.



Dalam keringan meraikan atlet yang berjaya, masih ada juga sekumpulan atlet yang berjaya menggondol pingat emas, tetapi tidak menerima layanan yang baik. Mereka ialah kuartet 4x400 meter.


Kuartet yang dianggotai oleh Subramaniam Kannathasan, Paneerselvam Yuvaaraj, Schzuan Rosely dan Muhamad Yunus Lasaleh tidak menerima layanan yang sepatutnya.

Pada mulanya, mereka tidak dihantar ke Indonesia. Mereka kemudiannya dihantar pada minit akhir. Dan tidak sangka kuartet ini berjaya mencipta kejutan merangkul emas. Tapi malangnya, kuartet ini tidak dapat naik ke podium untuk menerima pingat emas yang mereka menangi kerana mereka telah dijadualkan pulang sebaik sahaja memenangi pertandingan tersebut.

Nampaknya, budaya persatuan tidak melayan atlet dengan sepatutnya terjadi lagi. Ini bukan kali pertama. Dulu, aku ada berpeluang berbual (ada secara face to face, ada secara chatting sahaja) dengan beberapa atlet Malaysia (kini bekas atlet). Mereka yang datang daru sukan yang berlainan, banyak merungut dengan layanan yang emreka terima dari orang atasan persatuan sukan tersebut.

OK. Ini sahaja ulasan aku kali ini. Semoga atlet Malaysia mampu mengulangi kejayaan ini pada Sukan SEA 2013 di Myanmar pula.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...