Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, January 19, 2011

Cara untuk memenangi Akademi Fantasia 9, Akademi Fantasi edisi terakhir

Kalau kamu baca surat khabar tanpa gagal, mesti kamu sudah tahu yang Akademi Fantasia (AF) tahun ini iaitu AF9 adalah edisi yang terakhir. Selepas ini, tiada lagi rancangan realiti tahap tahi ini ke udara di kaca televisyen. Tiada lagi pergaduhan suami isteri yang berebut remote sebab si suami nak tengok EPL dan si isteri nak tengok AF.

Kenapa aku panggil rancangan realiti ini tahi? Sebab makin lama, rancangan ini makin fake. Makin plastik. Dari peserta sampailah Astro sendiri yang sibuk nak ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mewujudkan undian tak masuk akal seperti AFMASUK, undi untuk memilih lagu yang akan dinyanyikan peserta, undi vokal terbaik, undi persembahan terbaik dan macam-macam undi yang boleh dieksplotasikan melalui SMS supaya kanak-kanak belum mumayiz merengak dekat parents masing-masing mintak top-up supaya boleh turut serta mengundi.

AF yang kononnya mahu melahirkan penghibur serba boleh akhirnya hilang arah tuju dan akhirnya melahirkan artis yang hanya mampu bertahan dalam 2-3 tahun. Astro akhirnya lebih menumpukan untuk mengaut keuntungan dan mengabaikan semua johan AF yang kononnya ingin digilap menjadi penghibur serba boleh.

Cuba tengok semua bekas juara AF. Apa jadi pada mereka? Masih popularkah mereka? Hanya Stacy yang masih menyerlah dan mempunyai lagu dan video klip terbaru (Itu pun sebab Stacy banyak bernaung dengan KRU).

Yang lain? Johan yang lain telah menyepi kerana Astro yang sibuk untuk membuat keuntungan semata-mata. Begitulah nasib malang juara AF yang lepas yang mengharapkan Astro mampu melonjakkan karier mereka, tapi Astro lebih suka mengaut untung dari undian SMS dan menaikkan tarif bill setiap tahun tanpa gagal.

Ok. Cukup. Aku bukan nak cerita tentang kegagalan Astro membentuk penghibur serba boleh seperti yang diimpikan pada mulanya sebelum menjadi syarikat kaut untung semata-mata, tapi aku mahu bercerita tentang cara dan taktik untuk memenangi AF9, iaitu AF edisi terakhir.

Apa pentingnya memenangi AF yang terakhir? Kerana ia akan diingati oleh orang untuk selama-lamanya. Orang biasanya akan ingat benda pertama dan terakhir. Maka, orang akan ingat juara pertama ialah Vince (yang mempunyai 2 kakak yang hot, sexy dan foxy) dan juara AF yang terakhir Gendut Bin Salikin (contohnya lah).

Malah, berkemungkinan juga berkat menjadi juara terakhir, anda akan menjadi popular. Lagipun Astro ada menjanjikan untuk mengadakan banyak kejutan atau dalam bahasa tahi AF, kezutan, dalam edisi terakhir ini. Jadi, mungkin juara AF edisi terakhir akan mendapat populariti tambahan dan mampu mengalahkan populariti Stacy.

Jadi, apa kata kalau kamu mencuba taktik di bawah.


Jangan cepat tunjuk kebolehan anda

Kalau anda memang ada kebolehan menari sehebat Michale Jackson (Justin Bieber is a fake!) dan ada suara semerdu dan mampu mencapai ke tahap oktaf tertinggi seperti Mariah Carey, sila sorokan kebolehan anda semasa minggu pertama dan kedua.

Simpan kebolehan kamu. Kalau boleh berlakon macam orang bodoh untuk 2 minggu pertama. Lepas itu, baru tunjukkan kebolehan sikit demi sedikit. Jadi para penonton akan melabel anda sebagai "pelajar yang paling banyak meningkat semenjak masuk AF". Dengan itu, penonton akan terpedaya dan terus mengundi kamu.

Kalau dari awal kamu dah tunjuk kehebatan dan gagal meningkat, orang akan anggap anda sebagai "pelajar yang tiada peningkatan" ataupun "Dia dah power, kita tak payah undi dia." Kemungkinan anda kehilangan undi adalah amat tinggi. Jadi, sila simpan kebolehan anda dan tunjukkan pada waktu yang sesuai.


Jangan lupa ayat "Saya lakukan ini untuk keluarga saya"

Ayat "Saya lakukan ini untuk keluarga saya" adalah ayat yang penting dalam AF. Setiap kali ditemubual atau kamu cuba mengedik di depan kamera, pastikan kamu sebut ayat azimat tersebut.

"Saya masuk AF bukan nak main-main. Saya masuk AF sebab nak ubah hidup keluarga saya. Saya lakukan ini untuk keluarga saya."

Bila benda-benda yang berkaitan family, pasti dapat menarik perhatian pengundi untuk mengundi anda kecuali penonton yang lahir dari kalangan yang selalu ditindas dan didera oleh parents semasa kecil.


Eksploitasi kesusahan dan kesengsaraan keluarga anda

Jika anda dibesarkan dalam keluarga yang susah, tinggal di rumah kayu yang lantainya banyak lubang, atap tak de, menjadikan siput babi sebagai lauk-pauk, tak cukup makan walaupun ayah hisap rokok Dunhill, pergi sekolah terpaksa berjalan kaki sejauh 30 KM, ayah kerja penoreh getah atau kerja angkat guni beras berat-berat, ayah sakit tak boleh kerja dan mak terpaksa menyara keluarga, terpaksa minta pinjaman PTPTN untuk sambung belajar.. Maka anda ada kelebihan di sini.

Ceritakan segala kesusahan keluarga anda dan segala ranjau liku kehidupan anda bila berdepan dengan kamera. Sila menangis teresak-esak ketika menceritakan kisah hidup ini untuk menambahkan effect dalam penceritaan.

Kisah sedih keluarga anda biasanya mampu menjadi katalis dalam mepengaruhi penonton untuk mengundi anda. Rakyat Malaysia terkenal dengan rasa simpati dan suka menolong orang yang susah, sudah pasti anda akan berjaya memancing undi SMS dengan jayanya.

Penonton pasti akan melupakan suara kamu yang seiras dengan itik tersedak ataupun dance step kamu yang serupa kayu bila mendengar cerita sedih keluarga anda. Kemungkinan besar untuk kamu dan keluarga kamu keluar dalam rancangan Bersamamu TV3 adalah tinggi jika kamu ditakdirkan terkeluar awal dari pertandingan. Family sad story for the win, yo!


Tunjukkan rasa hormat pada guru dan tenaga pengajar AF

Setiap kali sebelum kelas vokal ataupun kelas nyanyian ataupun kelas apa-apa merapek dalam AF, pastikan anda salam cium tangan pada setiap guru yang mengajar. Nak lagi rare, cium kaki tenaga pengajar tersebut.

Sikap hormat kepada orang tua adalah antara eleman yang mampu mendapatkan markah tertinggi dari penilaian penonton. Aksi anda cium tangan tenaga pengajar akan melekat di minda para penonton.

Walaupun kamu selalu meninggikan suara dan selalu menendang dan menerajang parents kamu di rumah, cubalah menjadi insan yang hipokrit di depan kamera untuk memancing undian dari para penonton. Bukannya lama, 10 minggu saja.


Jadikan air mata sebagai sahabat baik

Taktik ini hanya boleh digunakan untuk peserta lelaki. Kalau perempuan selalu sangat menangis, dia akan dicop sebagai "perempuan gedik", "perempuan ngada-ngada", "perempuan pilih KLCC" dan lain-lain gelaran.

Kalau peserta lelaki menggunakan air mata, maka penonton AF (kebanyakannya perempuan) mesti rasa touching. Kenapa? Kerana perempuan menganggap lelaki yang berani menitiskan air mata adalah lelaki yang berjiwa sensitif dan memang menjadi idaman semua perempuan untuk memiliki lelaki yang berjiwa sensitif.

Mungkin kamu akan dikutuk oleh kawan-kawan lelaki anda yang lain selepas tamat pertandingan tetapi perlu diingat, setitik air mata kamu yang mengalir bakal membawa pulangan 5,000 undi SMS dari para peminat. Jadi, jangan malu segan untuk menangis di depan kamera. Persetankan kawan-kawan kamu. Nanti dah jadi artis, beli kawan-kawan yang baru.

Untuk menambahkan kesan yang lebih menarik, cuba menangis sambil sebut nama ibu anda. Pasti penonton perempuan akan touching 2 kali ganda dan bakal curang kepada balak masing-masing kerana lebih sudi membazirkan top-up untuk mengundi anda dari ber-SMS ataupun bergayut dan melakukan phone sex dengan balak masing-masing.


Berperawakan alim dan kuat agama (ataupun berpura-pura berperawakan sedemikian)

Satu lagi cara untuk menang ialah pura-pura alim. Pastikan kamu menunjukkan sikap alim di depan kamera supaya semua penonton nampak dan mengundi kamu.

Pastikan anda pandai mengambil peluang untuk menunjukkan sikap alim ulama tersebut. Bila masa nak makan dan semua sedang duduk di meja makan, cepat-cepat angkat tangan baca doa makan. Orang bukan tahupun kalau hukum tajuwid kamu bersepah sebab yang menonton AF kebanyakannya budak-budak yang belum mumayiz.

Pastikan ayat seperti "InsyaAllah", "Alhamdulillah" dan "MasyaAllah" tak lekang dari mulut. Baru nampak macam alim dan kuat agama. Pastikan anda bersedia untuk menyebut ayat-ayat tersebut bila ada sesuatu benda tidak terduga sepeti rakan peserta anda jatuh ketika menari, anda gagal mencapai key yang betul ketika menyanyi, tiba-tiba ada artis datang membuat kezutan semasa sessi latihan atau ternampak pusat peserta perempuan semasa sessi latihan tarian.

Semasa sessi pengenalan, pastikan anda menyanyi lagu nasyid supaya menampakkan aura alim dan kuat agama tersebut. Setiap kali pengetua kamu suruh kamu menyanyi, nyanyikan lagu nasyid ataupun lagu-lagu kasidah. 

Kalau ditanya siapa artis pujaan kamu, pastikan kamu sebut nama segala kumpulan nasyid di Malaysia. Jangan sekali sekala sebut nama Lady GaGa kerana Lady GaGa sudah dicop sebagai ejen Illuminati oleh orang-orang yang sudah khatam menonton The Arrivals. Nak lagi up, sebut nama Maher Zain kerana nama Maher Zain tengah menaik sekarang.

Jangan lupa juga selitkan cerita seperti "Saya pergi ke kelas agama sebab nenek saya nak tengok saya jadi imam, bilal, tok siak, penjaga tabung khairat kematian" atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Cerita "nak jadi imam tapi tak kesampaian" akan menaikkan peratusan undian ke tahap maksimum.

Bila sampai kelas tarian, buat segan-segan bila anda kena menari dengan peserta perempuan. Buat-buat segan bila kena pegang tangan peserta perempuan. Nanti budak-budak belum mumayiz yang menonton akan kata, "Abang ni memang alim ulama la. Dia segan-segan nak menari dengan perempun. Jom undi dia."

Sifat pura-pura segan nak menari dengan peserta perempuan hanya perlu dilakukan pada minggu pertama sahaja. Pada minggu kedua, kalau kamu peluk peserta perempuan sekalipun, peminat tak kisah kerana dalam minda mereka sudah tertanam bayangan kamu sebagai seorang yang alim ulama dan segan-segan kucing semasa minggu pertama. Masa tu anda bagaikan mendapat restu dari peminat untuk menari dengan peserta perempuan lain tanpa rasa bersalah.

Sifat alim ulama akan berjaya memancing undi wanita bertudung yang menjerit dan terlonjak-lonjak semasa menonton konsert Maher Zain dan juga mak cik-mak cik yang tinggal di Felda Taib Andak.

Itulah serba sedikit tips yang aku ingin kongsikan. Aku harap sesiapa sesiapa yang mencuba taktik ini akan berjaya menjuarai AF9. Kalau dah berjaya, jangan lupa selitkan nama aku dalam thanks list kamu nanti.

Sebelum kamu berangan nak menang AF9, pastikan kamu lepas dahulu ujibakat. Kalau baru bukak mulut, juri dah angkat kad merah., jangan mimpilah nak jadi juara. Masuk sajalah pertandingan lain. Dengar cerita RTM ada buat satu lagi pertandingan realiti yang mahahebat. Apa namanya.... Ha! Pilih Kasih! Masuk yang tu lah kalau tak lepas AF, ya?

4 comments:

una berry said...

LOL

nway Pilih Kasih nak cari pelakon
n TV1 ada wat program realiti baru nak bg can kat pemenang2 segala program bintang kat rtm lebih glemer.

Amirul (aremierulez) said...

hahaha.. I know Pilih Kasih untuk cari pelakon. Saja je mention kat entri ni sebagai parody.

Pilih kasih is boring. menyampah tengok Rosyam Nor over reacted dalam rancangan ni.

Program baru kat rtm? program ape tu?

CiPoT CeDoT said...

wahahahhaa...terbbbeeekkk ar nasihat nih...hekhekhek...anda lucu !!!..akhaz...

Amirul (aremierulez) said...

terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...