Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, January 5, 2011

Kenapa perempuan suka tangkap gambar dalam toilet?

Beberapa hari yang lepas, kawan aku ada tunjukkan aku satu profile Facebook pada aku. Facebook gadis.

"Amacam? Hot tak minah ni?"

Aku pun tengok satu persatu gambar gadis tersebut. Nasib baik dia tak private-kan gambar dia. Dapatlah aku tengok satu persatu gambar gadis tersebut. Aku akui, gadis tersebut memang hot, sexy dan foxy.

Tapi aku terperasan satu benda, "Weh, apehal banyak sangat gambar minah ni dalam toilet?" Tanya aku.

"Dia ni lahir dalam toilet kot." Jawab kawan aku mudah.

Sebenarnya, memang ramai gadis-gadis yang suka tangkap gambar dalam toilet? Tak percaya, cuba usha profile kawan-kawan perempuan kamu di Facebook, Myspace atau Friendster. Mesti bersepah gambar dalam toilet. Hampir 80% (atau lebih) perempuan ada gambar pose dalam toilet.

Tapi perempuan yang kawan aku tunjukkan di atas tadi, terlampau banyak gambar dalam toilet. Hampir 90% gambar dalam Facebook-nya diambil di toilet.

Jadi, hari ini aku mahu berkongsi hasil kajian sendiri yang aku lakukan selama 30 minit bersama semua orang, kenapa perempuan suka tangkap gambar dalam toilet.


Cermin yang besar

Perempuan, make-up dan cermin adalah 3 elemen yang gagal dipisahkan semenjak azali lagi. Jika dipisahkan, maka pincanglah irama dan lagu.

Niat perempuan masuk ke toilet tidak semestinya ingin 'menunaikan hajat', kadang-kadang gadis-gadis masuk ke dalam toilet sebab nak membetulkan make-up. Selepas betulkan make-up, perempuan terasa diri mereka lawa ataupun "Tak pernah aku make-up se-perfect ini. Tangkap gambarlah." 

Satu lagi sebab, cermin toilet besar. Besar diniding rumah. Dekat rumah, cermin untuk make-up cuma boleh nampak dari muka sampai ke dada sahaja, dekat toilet, boleh nampak sampai ke pinggang. Boleh nampak baju baru yang perempuan tu baru beli. Sebab tu cermin toilet disayangi oleh para perempuan.


Pengcahayaan yang cukup

Kamu pernah ke masuk toilet yang tak cukup lampu? Nak berak pun payah sebab tak nampak dekat mana lubang jamban. Sekali terberak dekat lubang sinki rupanya.

Kalau kamu tengok pada syiling toilet, berapa banyak lampu yang ada. Malah, lampu yang digunakan adalah lampu yang kuat dan mampu menerangi seluruh toilet.

Lebih menarik, ada lampu betul-betul di kawasan depan cermin toilet. Sebab itu pengcahyaan di toilet adalah yang paling baik untuk membuat aksi tangkap gambar dalam toilet.

Bak kata seorang perempuan pada aku, "Lampu toilet tu terang. Ada dekat depan cermin. Baru la nampak boobs I yang besar ni.... I mean, nampak tulisan kat baju I yang besar ni... Hik, hik, hik..."


Mengisi waktu lapang

Perempuan kalau keluar ke shopping complex, mesti keluar dengan balak ataupun kawan. Dan perempuan biasanya pergi toilet secara beramai-ramai, kecuali kalau dia keluar dengan balak lah. "Saya masuk toilet, abang pegang handbag saya ye? Hik, hik, hik.."

Kalau perempuan keluar secara all-girls group, walaupun seorang saja yang berniat nak membuang air kecil, semua ahli kumpulan kena masuk ke toilet bersama.

Sedang yang seorang tu sedang enak 'menunaikan hajat', yang lain-lain pun ambillah peluang untuk bergambar dalam toilet. Tak kan lah nak terpacak saja dalam toilet itu kan? Barulah urban tangkap gambar dalam toilet. 


Lebih privacy

Tak semua perempuan suka mengambil gambar atau dilihat mengambil gambar di depan orang ramai. Ada perempuan yang takut dicop oleh lelaki sebagai perempuan stereotype kerana suka bergambar (kebanyakan perempuan adalah cam-whore ataupun gila kamera sekarang ni. Tapi aku tak kisah kalau perempuan cam-whore, tapi aku kisah kalau lelaki cam-whore).

Sebab itu, cara untuk cover perbuatan itu adalah dengan menangkap gambar dalam toilet. Tiada siapa yang nampak kecuali perempuan dalam toilet dan mak cik cleaner.


Mudah mendapat mood dan feel

Ada sesetengah perempuan yang kalau nak bergambar, dia kena mabik mood dulu. Dia kena ambik 1-2 minit untuk mendapatkan mood.

Toilet bagaikan satu dimensi lain bagi perempuan. Dengan keadaan yang penuh dengan pengcahayaan, banyak cermin dan suasana yang tenang - dan mungkin ada sedikit bunyi suara tengah meneran ketika 'menunaikan hajat' - toilet memang tempat paling sesuai untuk mendapatkan mood.

Tapi kalau dapat toilet yang busuk, jangankan mood saja yang hilang, kemungkinan untuk hilang selera selepas itu juga agak tinggi.


Untuk membuat aksi yang tak sesuai dibuat di luar toilet

Dalam toilet, cuma ada perempuan. Perempuan biasanya jarang bercerita apa yang dia nampak semasa dia berada di dalam toilet. Bak kata pepatah perempuan yang aku tolong ciptakan, "What happen in toilet, stays in toilet."

Dengan tiada mata sumbang yang memandang, maka para perempuan tanpa segan-silu boleh membuat pose seperti di bawah:

Gambar dicilok dari Aku Tak Peduli

Cuba kau bayangkan kalau perempuan buat macam ini atas kaunter KFC. Tak pun, pose dekat kerusi panjang McDonald sambil pijak kepala patung Ronald McDonald. Tak manis di mata bakal bapak mertua.


Sekian kajian tangkap muat aku ini. Kalau ada yang terkurang, sila tambah di ruang komen.

15 comments:

alien said...

ganas gambar tu beb~
drg gamba semo muke sunyum kan ?
itu menunjukkan muka lega selepas melepas ..
kan selepas melepas kan kita bole buat muke riang ria
kui3

mimizuzuhaha said...

aku penah amik gambar lam toilet jugak haha cahaya cukup, lampu kuning pergh

Amirul (aremierulez) said...

alien:
agaknye la... sebab tu semuanya happy kot.. keh keh keh

mimi:
hahaha.. of coz la. kau kan perempuan

Liyana Lunia. said...

terasa tapi betul lah, saya malu nak camwhore dpn org sebenanya :( maluuuu muka tak lawa, pipi tersorong2 tp dlm camera atau gambar memang lawa sgt HAHAHA

Amirul (aremierulez) said...

Liyana Lunia
agaknya tangkap gambar dalam toilet boleh bagi lawa sikit kot? hehehehe

►AdamXis◄ said...

dahsyat tol gurl tuu...

[maizura mohd nazri] said...

oppssss.... terase i you! ahhaa. saye suke tangkap gmba at dlm toilet. and pantang nampak cermin besar! huhu. seyes ly.! ta tipu. :D

Amirul (aremierulez) said...

Adamxis:
yes! itu namanya urban.

by the way adamxis, kau follower yg ke-100 blog aku. tapi tak de hadiah.

Maizura:
macam yang aku tulis, memang tak pelik kalau perempuan suka cam-whore.

kalau laki yang suka cam-whore, mesti ada something wrong

Hujan Malam said...

tak pernah terfikir plak nak amik gmbr dlm toilet..ari tu nmpk gak bdk2 br lepas SPM amik gmbr dpn cermin toilet..hehe

Amirul (aremierulez) said...

hujan malam:
anda tergolong dalam 20% yang tak suka tangkap gambar dalam toilet

kenapa tak joint budak2 tu tangkap gambar? mesti cikgu ziana merasa muda lepas tangkap gambar dgn budak2 spm

Hujan Malam said...

title cikgu hanya digunakan di sekolah..keluar sekolah saya masih seperti remaja yang lain..hehehe

SobriMansor said...

ish...ish...ish...lagho...lagho...

Amirul (aremierulez) said...

hujan malam:
remaja? anda dah nak jadi bini orang dah.. tak de remaja nye. hehehe

sobri
ish..ish..ish

Diya said...

hehe cermin yg besar tu betul lah. dan satu port lagi. ambik gambar dalam bilik persalinan baju kat shopping mall. cermin best gak tu =p

Amirul (aremierulez) said...

Diya:
ha.. changing room tu biase nya kadang2 pompuan pakai baju, lepas tu tangkap gambar.. lepas tu tak beli pun baju tu.. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...