Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, January 13, 2011

mydemcomic dialog contest

Aku tak pernah seumur hidup joint contest yang diadakan oleh blogger. Kenapa? Ada dua sebab:

(1) Aku sedar yang aku bukannya orang yang ada material untuk menang dalam apa-apa contest. Sepanjang hidup aku, aku cuma pernah menang satu pertandingan yang aku masuk. Pertandingan teka silang kata masa aku tingakatan 5 dulu.

(2) Aku malas. Sangat malas. Super lazy.

(3) Aku malas nak cerita sebab ketiga. See? I'm super lazy, you know.

Tapi kali ini, contest ini dianjurkan oleh seorang kawan blogger aku yang bernama Mimizuzuhaha (pastilah bukan nama dalam I/C beliau). Jadi untuk support kawan-kawan, aku bersedia mencemar duli untuk menyertai contest ini.

Contest-nya sangat mudah. Ambil gambar yang disediakan dalam blog beliau dan letak apa-apa dialog samada kelakar, serius, isu semasa, berjiwa politik dan patriotisme dan sebagainya.

Oh, jangan lupa letak header blog beliau di dalam entri contest. Ok, aku mulakan sekarang.


Dan di bawah ialah gambar-gambar yang aku ambil dan letak dialognya. Sila klik pada gambar untuk melihat gambar penuh dan supaya kamu tak rabun atau buta ketika cuba membaca dialog yang kecik itu.

Gambar A

Gambar B

Gambar C
Senang bukan contest ini. Kalau saya yang tak pandai edit gambar pun boleh joint contest ini, pasti kamu yang pakar Photoshop pasti boleh melakukan dengan baik.

Oh. Syarat lain suruh aku tag dua orang. Sorry lah Mimi, Aku bukan tak nak tag, tapi aku sendiri tak pasti kawan-kawan aku baca blog aku. Jadi sia-sia kalau aku tag mereka.

Jadi senang cerita, aku tag sesiapa sahaja yang baca entri ini. Kamu juga boleh mencuba nasib dalam contest dari Cik Mimizuzhaha ini. Syarat dan gambar yang belum ada dialog untuk contest boleh diperolehi dari entri ini.

Tapi kalau kamu tak nak joint juga contest ini, aku tak kisah. Malah aku lebih suka. Kenapa? Kerana peluang aku untuk menang adalah lebih tinggi. Keh keh keh!

Ok. Lain kali baru aku update blog dengan bahan yang lebih berilmiah. Aku sangat sibuk menjaga emak aku di hospital minggu ini.

4 comments:

mimizuzuhaha said...

hahaha kelakar aku baca. amirul tima kaseh byk2 sbb join. kalau ikut aku, semua org join aku nak kasi hadiah tapi tulah kalau gaji aku sebulan 10k selamber aku buat hihi

alien said...

handal berdialog !!

Amirul (aremierulez) said...

Mimi:
Hahahaha.. tak pe... kau pilih je mana2 yang terbaik. Aku masuk ni pun macam ambik pengalaman je

alien:
berdialog kosong, memang aku handal

AzizMostafa said...

@ Pertandingan teka silang kata masa aku tingakatan 5 dulu.
-
Pernah melihat TTSKK = Teka Teki Silang Kata Kelopak?!
-
http://www.typophile.com/node/51401
http://powerwordpuzzles.com/sunbursts/
http://typophile.com/files/Krosslang.pdf
http://typophile.com/files/Key-Whls.pdf
http://typophile.com/files/16-petals.pdf
http://typophile.com/files/K-flower.pdf
-
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
http://typophile.com/node/74436

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...