Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, January 20, 2011

Skuad Bola Sepak 1Asean memang boleh bikin aku ketawa dan facepalm

Semalam, aku terbaca di Metro yang Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, mencadangkan semua negara Asean membida untuk menjadi tuan rumah secara bersama Piala Dunia 2026 dan 2030. 

Shabery Cheek juga ada mencadangkan untuk membuat perancangan untuk mewujudkan satu pasukan yang menghimpunkan pemain terbaik dari rantau Asia Tenggara untuk menjadi pasukan yang mewakili negara Asean dalam pertandingan piala dunia itu nanti. Shabery Cheek akan membawa cadangan itu ke FIFA bagi merealisasikan hasrat negara Malaysia serantau yang dah tak sabar-sabar mahu jadi tuan rumah Piala Dunia.

Selepas baca berita tersebut, aku terus ketawa dan facepalm secara bergilir-gilir selama 5 minit. Seriously, Skuad 1Asean?

Persoalannya. Kalaulah Skuad 1Asean ni lawan dekat Bukit Jalil, ada ke orang Malaysia nak tengok macam Malaysia lawan Indonesia masa AFF Suzuki Cup tu? 

Penonton pergi ke Bukit Jalil sebab mahu melihat Skuad Malaysia main. Mahu melihat Safee Sali, Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain Malaysia yang main. Mereka pergi ke stadium kerana pride sebagai rakyat Malaysia. Kerana nak tengok pemain Malaysia angkat Piala Suzuki tu. Kalau Skuad 1Asean, adakah semangat penonton sama macam melihat aksi pemain Malaysia?

Peminat mahu menyanyikan lagu Negaraku bersama pemain Malaysia. Kalau skuad 1Asean, nak nyanyi lagu apa pulak?

Speaking of national anthem, aku terfikir jugak. Kalau betullah Skuad 1Asean ni diwujudkan, bendera apa yang akan digunakan nanti? Macam mana pula dengan national anthem? Nanti pemain kena nyanyi lagu khas yang dibuat untuk Skuad 1Asean ke? Kena bawak bendera khas yang dicipta untuk Skuad 1Asean ke? Peminat yang datang akan rasa semangat berkobar-kobar bila menyanyikan lagu Negaraku. Mahukan peminat menyanyikan lagu 1Asean?

Pemilihan pemain menjadi satu lagi faktor. Setiap skuad boleh menyenaraikan 23 pemain untuk pertandingan Piala Dunia. Kalau Skuad 1Asean diwujudkan, maka pemilihan akan pemain akan dibuat berdasarkan pemain terhebat dari semua 10 negara Asean.

Tak semua negara Asean mempunyai pemain bola sepak yang hebat. Kita bagi contoh kononnya tiada seorang pun pemain Filipina yang terpilih dalam Skuad 1Asean. Adakah orang Filipana akan menyokong Skuad 1Asean? Adakah peminat Filipina akan datang ke stadium (jika salah satu stadium di Filipina dipilih untuk menjadi tuan rumah) untuk menyokong Skuad 1Asean?

Dan adakah peminat Malaysia akan berpusu-pusu ke Bukit Jalil jika Skuad 1Asean hanya mempunyai dua orang pemain Malaysia, Safee Sali dan Khairul Fahmi? Apa pula perasaan peminat Malaysia bila mendapati pemain Malaysia hanya memanaskan bangku simpanan dan tidak berpeluang untuk turun bermain?

Dan yang paling penting sekali, lokasi perlawanan. Kebiasaannya perlawanan pertama, akhir dan perlawanan tumpuan yang membabitkan pasukan hebat (Sepanyol, Belanda, Brazil) dan pasukan hanya popular pada nama (England) pasti menjadi pilihan setiap negara Asean untuk dianjurkan di negara masing-masing. Mesti ada negara yang hanya mendapat perlawanan yang kurang bermutu (contoh: Honduras lawan Algeria) dan sudah pasti stadium tidak sepenuh negara lain yang dapat mengajurkan perlawanan pasukan hebat dan popular.

Adakah Malaysia mempunyai stadium yang cukup bermutu tinggi untuk menganjurkan Piala Dunia? Kita ada 2 stadium yang mempunyai kapasiti yang besar dan mencapai standard Piala Dunia. Tapi itu cuma kapasiti penonton. Bagaimana pula dengan keadaan padang dan rumput? Tempat duduk? Bilik persalinan dan persekitaran stadium?

Russia membelanjakan RM 12 billion dan Qatar pula RM 188 billion untuk menganjurkan Piala Dunia? Adakah berbaloi membelanjakan duit untuk menganjurkan Piala Dunia yang diwakili oleh skuad yang tidak mempunyai wajah rakyat Malaysia?

Dan yang paling penting sekali, nama pasukan tersebut. Skuad 1Asean? Sounds familiar. Bunyi macam 1Malaysia. 

Tak kan nak politik kan bola sepak pulak? Sukan adalah hiburan rakyat marhaen. Sila jangan politikkan sukan kegemaran kami!

Kesimpulannya, cadangan Skuad 1Asean adalah antara cadangan paling kelakar pernah keluar dari mulut seorang manusia yang berjawatan menteri. Dan aku rasa, pasti ramai rakyat Malaysia yang tidak akan berpuas hati dan setuju dengan cadangan ini.

Adalah lebih baik jika duit untuk menganjurkan Piala Dunia dibuat untuk pembangunan akar umbi skuad bola sepak Malaysia. Malaysia memang sudah menang Suzuki Cup. Tapi tak bererti kita sudah layak untuk ke Piala Dunia. Kita perlu melangkah sikit demi sedikit. Jangan terus nak ke Piala Dunia. Fokuskan dulu kepada Piala Asia dan Sukan Olimpik. Kalau dah layak, barulah fikir pasal Piala Dunia pula.

Dan hari ini, keluar berita yang FAM tidak berminat untuk menganjurkan Piala Dunia. 

Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa berkata, “Kami (FAM) tidak tahu apa-apa mengenai cadangan membida Piala Dunia dan perkara ini tidak pernah dibincangkan sebelum ini. Saya berpendapat lebih bagus kerajaan jadikan bola sepak sebagai agenda nasional dan mendapatkan kesepakatan negara Asean lain dalam merangka program jangka panjang pembangunan bola sepak dan bukannya memikirkan soal menjadi tuan rumah Piala Dunia."

Yes! Tepat sekali. Jika ingin mewujudkan hubungandengan negara Asean melalui bola sepak, memang boleh. Tapi jadi tuan rumah Piala Dunia... Malaysia masih jauh dari segi prestasi pemain dan ekonomi. Ekonomi Malaysia masih belum cukup kukuh untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia. Lihat sahaja Afrika Selatan. Apa yang terjadi selepas penganjuran Piala Dunia tamat?

Jadi, baik tumpukan pembangunan bola sepak dari berangan nak jadi tuan rumah Piala Dunia. Buat apa jika pasukan yang mewakili Malaysia tidak mempunyai wajah, jiwa dan semangat rakyat Malaysia? 

Lagipun, adalah lebih baik Malaysia layak ke Piala Dunia buat pertama kali melalui pusingan kelayakan dari menjadi tuan rumah. Baru rasa bangga sebab Malaysia berjaya ke Piala Dunia kerana Malaysia memang layak bermain dengan pasukan-pasukan hebat di dunia, bukannya hanya layak sebab kita mampu membazirkan duit rakyat membina stadium yang hebat tapi kemudian tersingkir dipusingan pertama macam di Piala Asia 2007.

9 comments:

kalkulator.murah said...

Kalau bola pun nak dipolitikkan, masak la kita. -________-

Amirul (aremierulez) said...

dekat malaysia, semua benda pun politik sebenarnya

amirulez said...

memang tak patut pun.. rasa nye shabeery chit nie boleh join raja lawak la.. pasal bendera ngan anthem mmg ak stuju ngan ko.. tp pasal blanje besar 2 sbnarnye ade pekdah.. bygkan qatar belanja 200 billion, tp die leh dpt income 2x ganda.. itu sume pulangan. sbb 2 malaysia nak sgt jd tuan rumah, mcm le tour de langkawi, monsoon cup, dll. menang xpernah tp nak juga jd tuan rumah.. aku rasa tahun 2030 nnt uruguay tuan rumah sbb nak kenang balik 1st time piala dunia 100 tahun lepas..

btw, nama ko ngan ak lbih kurg la..

Amirul (aremierulez) said...

tak semestinya jadi taun rumah dapat pulangan balik. sebagai contoh, Greece bankrupt sebab jadi tuan rumah olimpik 2004. afrika selatan pun terjejas lepas jadi tuan rumah world cup 2010 ari tu. sampai tak mampu bayar gaji pekerja kerajaan selepas world cup

tu la pasal. aku ingat aku komen kat blog aku sendiri tadi. hehehe

puteri ain said...

kalau bola dipolitikkan,mmg bosan la..hehe

Amirul (aremierulez) said...

dekat malaysia, budaya mempolitikkan sukan memang popular

helmi haron said...

kalulah skuad 1asean diwujukan aku nak wakil timor leste blh x??

CiPoT CeDoT said...

malaysian dengan politik dah macam isi dengan kuku...semua benda ada sifat ke-politik-an...arrrghhh...memang jahanam...

tapi kalau skuad 1Asean nih dibina..dan ada sorang atau 2 orang permain m'sia terpilih..aku still saport kot..tp kalau xdek langsong..baik aku layan raja lawak..lagi syok..hokhok...

tp betol gak ckp ko..kalau dia buat skuad 1Asean..xkan nak mix kan lagu negara yang terlibat kan..kang jadi lagu justin bieber plak kang..hekhekghek...

Amirul (aremierulez) said...

helmi:
orang timur leste tak main bola.. diorang main guli

Cipot:
lagu justin bieber tu lagi menjahanam kan semangat ada la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...