Belilah Novel Aku!!!!

Monday, February 28, 2011

Kepercayaan kepada Internet dan E-mel

Antara malaikat, Hitler dan e-mel berantai

Malaikat

Zaman sekarang ini, boleh dikatakan semua orang mesti mempunyai e-mel. Orang yang tidak mempunyai e-mel bagaikan orang yang mempunyai komputer tetapi tidak tahu bagaimana cara mahu mendownload lagu di internet. Ok, ini bukan satu perumpamaan yang terbaik. Lain kali aku cuba cari perumpamaan yang lain.

Ada orang yang mempunyai lebih dari satu e-mel. Aku sendiri ada 4 -emel. Ada yang aku gunakan untuk urusan rasmi. Ada yang aku gunakan untuk laman sosial atau blogging.

Dari e-mel, kita akan dapat pelbagai benda dan berita yang kita tak boleh dapat melalui surat khabar atau mana-mana sumber dari mass media. Antara contohnya ialah Revolusi Tunisia. Sebelum keluar di surat khabar, ia sudah tersebar melalui e-emel. Kalau kamu perasaan, berita tentang Revolusi Tunisia hanya timbul di dada akhbar selepas revolusi tersebut selesai. Revolusi Mesir lain cerita.

Tapi tak semua benda atau berita yang datang dari e-mel boleh kita percaya secara bulat-bulat. Tak semua benda datang dari sumber yang sahih. Contohnya seperti e-mel foward. E-mel foward ialah e-mel yang kita akan foward (hantar) kepada kenalan apabila kita mendapat e-mel yang kelakar, menunjukkan perkara yang luar biasa ataupun bersifat keagamaan (biasanya pengguna e-mel yang beragama Islam).

Lebih kurang 3-4 tahun lepas, pernah tersebar e-mel video tentang malaikat turun ke Kaabah. Video ini kemudiannya tersebar kembali sekitar pertengahan tahun lepas.


E-mel video ini disebarkan secara meluas oleh semua orang yang menerima e-mel ini. Biasalah, kalau e-mel yang berkenaan agama, akan lajulah ia tersebar. Sebenarnya baguslah menyebarkan e-mel yang ada kaitan dengan agama. Dapat pahala. Tapi kadang-kadang, kita perlu baca dan kaji dulu sumber e-mel dan isi kandungan e-mel tersebut.

Aku kurang percaya dengan video ini. Mesti semua orang pernah baca bagaimana keadaan Nabi Muhammad S.A.W. setiap kali kedatangan Malaikat. Rasullullah akan berpeluh, menggigil dan ada yang sampai demam apabila Malaikat turun menyampaikan wahyu kepadanya. 

Itu Rasullullah tu. Tak kan kita manusia biasa boleh tengok malaikat dengan tenang tanpa merasa apa-apa perasaan atau gangguan? Dan yang paling penting, layakkah kita melihat malaikat dengan mata kasar kita?

Lagipun, malaikat adalah benda ghaib. Tak kanlah benda-benda ghaib kita boleh rakam dengan senang dan boleh dipertontonkan dalam Youtube ke serata dunia.

"Tapi Mirul, ada juga di kalangan para sahabat Nabi S.A.W. pernah melihat malaikat seperti ketika Perang Badar. Wali-Wali Allah pun seringkali bertemu dengan malaikat.."

Yes! Namanya pun Wali, mestilah darjat mereka lebih tinggi dari kita yang biasa-biasa. Jadi sudah semestinya mereka menjadi insan terpilih untuk melihat malaikat. 

Begitu juga dengan para sahabat Rasullullah S.A.W. Para sahabat adalah orang terpilih yang menjadi orang kanan dan penting dalam perjuangan Islam. Mereka berjuang dan sanggup berjihad bersama Rasullullah S.A.W. Mestilah mereka mendapat kelebihan dari Allah S.W.T.

Kita ini cuma orang biasa. Berjihad dengan Rasullullah pun tak pernah. Agaknya kalau suruh berjihad pun, belum tentu ada yang rela hati. Dan Youtube adalah untuk tontonan umum. Bukan setakat umat Islam, orang agama lain pun boleh tengok juga. Jadi, di mana logiknya video ini?

Oh ya. Dah ada pun video counter untuk menyangkal video di atas tadi:



Hitler

Tahun lepas kita digegarkan dengan berita Adolf Hitler dan tentera Islamnya. Bermula dari e-mel, kemudian masuk ke dalam blog dan kemudian disebarkan pula melalui Facebook. Artikel tentang Hitler tersebar luas bila kebanyakan warga Facebook "Mohon share..." pada wall masing-masing. Sesiapa yang dah tak ingat tentang artikel Hitler boleh baca refresh memori kamu di sini

Selepas membaca artikel ini, kebanyakan orang (baca: Melayu) mula menyanjung Hitler sebagai wira. Ramai yang menulis entri di blog menyanjung Hitler. Letak gambar Hitler dekat blog masing-masing. Ada pula timbul teori kononya Hitler beragama Islam. LOL!

Aku malas nak bercerita panjang. Cukuplah aku katakan satu benda sahaja. Tak semestinya Hitler bunuh Yahudi, benarkan askar Islam sembahyang dan gunakan ayat-ayat Al-Quran dalam ucapan dia, kita kena puji melambung pada dia. 

Hitler adalah seorang diktator dan hanya orang tak betul sahaja yang akan menyokong diktator. Tahu tak kenapa terjadinya Revolusi di Tunisia dan Mesir? Kerana negara mereka diperintah oleh diktator. Begitu juga dengan negara Arab dan Afrika Utara yang lain.

Kalau betul Hitler sayang kepada orang Islam, kenapa dia tidak menghalang sekutunya, Benito Mussolini, yang membunuh orang Islam di Utara Benua Afrika?

Hitler seorang diktator dan diktator akan melakukan apa sahaja untuk mencapai hajatnya. Sebelum Hitler menjalankan Holocaust, ada juga orang Yahudi dalam kumpulan askar Hitler. Manalah tahu, kalau panjang umurnya, mungkin orang Islam yang menjadi mangsa seterusnya. 

Membenarkan askar Islam sembahyang dan menggunakan ayat Al-Quran hanyalah mind game untuk mendapatkan sokongan askar Islam, tak lebih dari itu.


E-mel berantai

E-mel berantai adalah yang ini paling cilakak sekali. Benda ini yang selalu aku dapat. Antara e-mel berantai yang popular ialah:

Sila foward kan e-mel ini kepada rakan-rakan anda. Jika di foward-kan kepada:

100 orang ke atas: Anda akan menjumpai cinta sejati anda tidak lama lagi.
26-100 orang: Anda akan mendapat kebahagiaan sepanjang tahun ini.
11-25 orang: Anda akan bahagia selama seminggu.
0-10 orang: anda tidak akan merasai kebahagian dalam kehidupan dan ditimpa nasib malang.

LOL! Semenjak bila nasib manusia ditentukan oleh e-mel? Ini memang buat aku gelak besar. Lagi kelakar kalau ada e-mel berantai yang bersifat Islamik. Yang paling buat aku facepalm, syarat dekat bawah e-mel berantai siap tulis,

Jika anda fowardkan kepada 100 rakan anda, anda akan mendapat menambahkan tahap keimanan anda dan dilimpahkan rezeki ke atas kamu.

Setahu aku, kalau kita nak menambahkan keimanan, kena selalu amalkan solat sunat, puasa sunat, memperbanyakan membaca Al-Quran, berzikir, berdoa selepas sembahyang dan pelbagai amalan lagi. Senang betul zaman sekarang ini. Fowardkan e-mel sudah boleh tambahkan keimanan dan mendapat rezeki.

==========

Tak semua yang kita baca dalam e-mel dan internet kita boleh percaya 100%. Aku pun tak ajak kamu semua untuk percaya 100% apa yang aku tulis. Aku sendiri pun ada kekurangan. Lagipun, biasanya e-mel foward ini kita tak tahu orang yang mula-mula menyebarkan e-mel tersebut. Kita tidak tahu siapa penulis asla artikel atau e-mel tersebut.

Selepas baca setiap benda di internet, pastikan kamu buat kajian sedikit. Jangan percaya bulat-bulat terus. Hidup ini adalah satu pembelajaran dan pembelajaran tidak terbatas di dalam sekolah dan universiti sahaja. Hari-hari kita akan belajar satu benda yang baru.

Jadi, jangan berhenti belajar. Teruskan membaca dan belajar seumur hidup kamu!

Friday, February 25, 2011

Berfikiran positif

Berfikiran Positif 1

Semasa aku belajar di Segamat - sekitar tahun 2008 - aku sedang berbual dengan kawan aku yang mempunyai nickname ABC.

"Mulai hari ni, aku nak jadi manusia yang berfikiran positif. Aku dah tak nak fikir benda negatif lagi." Tegas ABC bersungguh-sungguh.

"Bagus la tu." Aku bersetuju dengan statement beliau.

ABC memang selalu berfikiran negatif bila memandang sesuatu situasi. Jadi untuk menjadi seorang yang lebih positif adalah satu anjakan paradigma buat beliau.

ABC menyambung lagi ayatnya:

"Lepas ni kalau aku nampak laki dengan perempuan muda naik motor, masuk dalam kebun getah, aku tak kan berfikiran negatif. Aku tak kan fikir yang diorang nak main dalam kebun getah tu. Akan akan berfikiran positif. Aku akan fikir yang diorang tu baru kahwin dan nak cari pengalaman baru. Diorang dah boring main atas katil, so diorang try nak cari angin baru, main dalam kebun getah pulak."

Ok. Terlalu positif pun payah juga.


Berfikiran Positif 2

Seorang kawan meluahkan perasaan tentang hal-hal percintaan kepada aku. Dia seorang yang berfikiran positif ketika bercinta. Positif yang macam mana? Sila baca di bawah.


"Aku selalu berfikiran positif bila bercinta."


"Maksud kau?"


"Setiap kali bercinta, aku akan fikirkan yang awek aku ni lah yang bakal jadi bakal isteri aku.."


"Oh.. Nice jugak tu.."


"Tapi disebabkan fikiran positif aku ni lah, awek aku selalu mintak clash. Lagi-lagi first awek aku."


"Hah? Kenapa pulak?"


"Dia macam tak boleh terima dengan fikiran positif aku. Dia tak boleh terima yang aku kata aku berfikiran positif yang dia bakal jadi isteri aku."


"Hhhhmm... First awek kau tu, kau couple masa umur berapa tahun?"


"13 tahun.. Masa tu kita form 1."


"Babi apa kau ni? Baru form 1 dah cerita hal kawin? Kau tu dah la lelaki!"


"Ok. Aku terima la tu salah aku sebab masa tu muda sangat aku dah cerita hal kawin. Habis tu, awek-awek aku yang lain tu macam mana pulak? Yang aku baru clash bulan lepas. Tu dah sebaya kita tu.."


"Ok. Bila kau sebut kat awek kau yang kau memang dah positif yang dia memang bakal isteri kau. Maksud aku, dah berapa lama kau kenal sebelum kau cakap pasal benda tu."


"Dalam 6 bulan lepas berkenalan."


"Babi! Kau jangan berbual hal-hal percintaan dengan aku lagi!"


"Eh? 6 bulan kan dah lama.."


"Dah.. Jangan berbual lagi!"


Berfikiran Positif 3


Ok. Lagu ini tiada kena mengena dengan berfikiran positif. Tujuan aku meletakkan video ini ialah semata-mata untuk memanjangkan entri ini dan juga sudah agak lama aku tidak mendengar lagu ini.

Lagu dari Koffin Kanser yang diterajui Aru atau aku lebih gemar mengelarkannya sebagai Pak Cik Aru. Lagu bertajuk Positive. Enjoy!!!!

P/S: "Perfikiran Positif 1" dipetik dari Lepas Laku, salah satu blog aku yang tidak panjang umur.

Wednesday, February 23, 2011

Bukan lelaki tak romantik, tapi kadang-kadang perempuan yang jual mahal

Rungutan lazim seorang wanita terhadap teman lelakinya ialah, "Pakwe I tu, dia tak romantik la...."

Setiap wanita mengidamkan seorang lelaki yang romantik menjadi teman hidupnya. Kalau tak romantik banyak pun, romantik sikit pun jadilah. Sekeras-keras perempuan, setomboy-tomboy perempuan, selesbian-lesbian perempuan, pasti mereka masih mahukan teman hidup yang memiliki sifat romantik. Tak perlu romantik 24 jam, yang penting ada sikit sifat romantik.

Memang banyak rungutan teman lelaki kurang romantik. Dan muncul pula teori yang kononnya lelaki Melayu tidak romantik. Aku sendiri tak pasti dari mana datang teori tersebut dan siapa yang membuat teori tersebut. Tapi, inilah juga yang menjadi sebab dramatis Haliza Misbun dan artis suam kuku Jeslina Hashim pernah membuat kenyataan yang lelaki Melayu yang kurang sifat romantik dan mereka memilih lelaki bukan Melayu sebagai teman hidup. 

Setakat ini, Jeslina Hashim sudah berjaya mendapatkan lelaki idamannya. Haliza Misbun masih menjadi andartu terlampau. Tak mengapa. Terus berusaha Haliza Misbun!

Tapi betul ke lelaki memang tak romantik langsung? Kadang-kadang bukannya lelaki tak romantik, tapi perempuan yang jual mahal. Cuba tengok gambar di bawah sebagai contoh:

Gamabar dirembat dari lamebook.com
Kadang-kadang lelaki dah cuba macam-macam trick untuk pikat hati perempuan. Tapi perempuan yang buat endah tak endah. Toby Walters (lelaki gambar di atas) dah mencuba bermacam-macam trick. Dari beli tiket konsert, ajak menari sehinggalah dia cuba jadi romantik dengan menghantar bunga dan coklat semasa hari Valentine, tapi masih di reject oleh Zoey Jones.

Kadang-kadang bukan lelaki tak mencuba, tapi kalau sudah semua usaha lelaki di reject tanpa diberikan peluang, macam mana nak jadi romantik? Macam aku katakan tadi, mungkin perempuan terlampau meletakkan expectation yang besar terhadap definasi romantik sekarang.

Sekarang ini, kebanyakan perempuan di Malaysia menjadi peminat setia drama Korea. Kebanyakan drama Korea bergenre komedi romantik. Bila dah bergenre komedi romantik, mestilah drama-drama tersebut dipenuhi dengan babak romantik samada romantik yang boleh diterima akal ataupun romantik diluar kawalan otak manusia.

Mungkin terpengaruh dari drama Korea dimana si lelaki menghadiahkan 100 kuntum bunga ros kepada si wanita. Mungkin juga terpengaruh dengan babak si lelaki mengajak si wanita membuat candle light dinner di tepi laut. Mungkin juga terpengaruh dengan babak si lelaki berdiri di satu tempat tinggi di tempat awam sambil menjerit, "Lihatlah dunia!!! Aku cintakan dia!!!"

Aku tahu. Setiap wanita mengidamkan babak-babak romantik dalam drama Korea menjadi kenyataan dalam hidup mereka. Tapi gadis -gadis sekalian, itu drama. Drama hanyalah lakonan yang dilakonkan oleh pelakon. 

Jalan cerita dalam drama biasanya akan bermula dengan buruk dan berakhir dengan happy ending. Jalan cerita dalam biasanya bermula dengan sesuatu yang tak diingini dan berakhir dengan perkara yang diimpikan. Itu drama. Realiti adalah berbeza 360 darjah sama sekali. 

Drama adalah bagaikan escapism bagi dunia realiti, merialisasikan apa yang tidak terjadi di dunia nyata. Jadi janganlah kamu (gadis) meletakkan expectation romantis yang tinggi kepada para lelaki. Realiti dan drama adalah berbeza. Aku yakin belum tentu pelakon-pelakon drama Korea atau mana-mana pelakon Hollywood yang sering berlakon filem komedi romantik ada melakukan aksi romantik yang mereka lakonkan di dunia realiti.

Kalau si lelaki menghulurkan 3 kuntum Bunga Ros, terimalah dengan hati yang terbuka. Jangan nak muncungkan mulut demand nak 100 kuntum bunga. Sampai ke tua lah kau tak kahwin jawabnya.

"Tapi Amirul, pakwe aku ni memang langsung tak romantik! Jangankan bagi bunga, SMS wish good night pun tak pernah!"

Ok. Kadang-kadang, lelaki bukannya tak romantik. Tapi dia yang tak nak menunjukkan keromantisan dirinya. Kenapa? Ada 3 sebab:

  1. Lelaki takut kalau terdapat perempuan yang tak suka benda-benda romantik. Kalau tertonjolkan ciri romantik berlebih-lebihan, nanti kena reject pula dengan wanita tersebut. So, play safe. Baik jangan tunjukkan sifat romantik.
  2. Takut kena kutuk dengan kawan-kawan beliau. Kawan-kawan lelaki biasalah, kalau nampak ada kawanya want to do romamtic stuff with his awek, mesti ada yang kuat menyakat. Untuk mengelakkan telinga berdesing, lelaki sekali lagi play safe.
  3. Lelaki ada satu kawan baik yang bernama Encik Ego. Ya! Lelaki kadang-kadang ego untuk menunjukkan keromantikannya. Takut di cop Mat Bunga atau Mat Jiwang. Sekali lagi, play safe.

Kalau teman lelaki kamu ada ciri-ciri di atas. Kamu kenalah pandai-pandai mengayat. Untuk masalah No.1, kamu bagilah hint yang kamu nak sesuatu yang romantik. Bila si lelaki sudah dengar yang kamu pun jenis suka benda-benda romantik, barulah dia akan mulakan.

Untuk masalah No. 3, yang tu kamu kena pandai-pandailah ayat dia. Pujuk dia. Ego lelaki tak ke mana. Kecuali kalau kamu dapat lelaki yang hati batu bagaikan Stone Cold Steve Austin. Tapi dengan ayat yang betul, mesti menjadi punya. Di sisi hati setiap lelaki, pasti ada sisi romantiknya. Chewah!

Untuk masalah No. 2, kamu kena turunkan ilmu telinga kebal kepada teman lelaki kamu. Ok. Itu mengarut. Masalah No. 2 ini kamu pandai-pandailah fikir sendiri. Tak kan semua benda aku nak kena ajar.

Ataupun, cuba si wanita pula yang mula lakukan benda-benda romantik ini. Kadang-kadang, ada sesetengah lelaki ingin membuat benda romantik kepada teman wanitanya. Tapi dia tidak tahu cara untuk memulakan. Jadi, apa salahnya si wanita yang mulakan dulu. Mungkin selepas melihat kamu membuat benda romantik, dia akan mempunyai ilham untuk melakukannya pula.

"Kau ni.. Tak kan perempuan yang nak mulakan dulu. Dah macam perigi cari timba la pulak.."

Hello! Ini zaman moden. Zaman millennium. Mana guna lagi istilah perigi cari timba. That was so 60's. Lagipun, apa salahnya kalau perempuan mulakan dulu? Zaman nabi pun, Siti Khadijah yang meminang Nabi Muhammad S.A.W. So, what's the problem?

Lagipun, apa salahnya wanita pula yang jadi romantik. Tak kan kamu nak mengharap si lelaki sahaja yang nak kena tunjukkan sifat romantik. Tak salah kalau perempuan pun lakukan benda yang sama. Kenalah ada give and take. Asyik kamu saja yang nak take tapi tak nak give, tak adillah macam tu.

Kesimpulannya, bagi yang lelaki, janganlah ego tak bertempat. Sekali-sekala, buatlah sesuatu yang romantik. Jangan ingat  muka kau yang jambu boleh kasi kenyang jiwa cinta awek kau tu. Romantik pun perlu jugak.

Bagi perempuan pula, janganlah kamu meletakkan expectation yang tinggi dalam hal-hal romantik. Tak semua lelaki mempunyai tahap romantik yang sama. Kalau kamu asyik nak bandingkan tahap romantik teman lelaki kamu dengan teman lelaki kawan kamu, baik kamu rampas saja teman lelaki kawan kamu tu.

Jangan mengharapkan sesuatu yang besar. Kalau dia bagi 3 kuntum Bunga Ros, ambil sajalah. Jangan nak men-demand tak tentu pasal. Dan terima sajalah takdir yang teman lelaki kamu memang bukan jenis yang romantik. Tak romantik tak semestinya dia tidak bagus. Mungkin dia tak romantik tapi sifat prihatin dan caring nya lebih tinggi dari lelaki lain. Siapa tahu kan?

Jangan memilih nak yang romantik sangat. Nanti jadi macam Haliza Misbun, baru kau tahu!

P/S: adakah wang yang banyak dan kereta mewah adalah The New Romantic?

Monday, February 21, 2011

Janganlah Berlagak Sangat Sebab Kau Nak Pergi Konsert Maher Zain


Rasanya umum sudah tahu yang Konsert Maher Zain bakal diadakan pada 25 dan 26 Februari ini di Stadium Malawati Shah Alam. Ini merupakan kali kedua Maher Zain membuat konsert selepas konsert pertamanya pada Oktober 2010.

Harga tiket Konsert Maher Zain kali ini bukan murah-murah anak. Senarai harga tiket konsert kali ini ialah RM 53, RM 103, RM 203, RM 253 dan RM 297. Mahal? Mestilah mahal. Nama pun artis antarabangsa. Artis Malaysia yang buat konsert di Istana Budaya pun mahal juga harga tiketnya.

Jadi, sudah pasti ramai peminat Maher Zain yang sudah pun mendapatkan tiket tersebut. Lagi-lagi yang terlepas konsert pertama beliau tahun lepas.

Kemudian, aku pun ternampak kemunculan status-status di Facebook dan tweet di Twitter yang mengatakan, "Aku dah beli Tiket Konsert Maher Zain!!!" Ada jugak yang bercerita dekat blog yang beliau sudah menempah tiket tersebut secara online. Aku yakin mereka sudah pasti mendapatkan tiket tersebut memandangkan tarikh konsert sudah semakin hampir.

Tapi lama kelamaan, aku nampak ada sesuatu yang kurang enak. Orang-orang yang sudah pun membeli tiket Maher Zain seperti mendabik dada. Seolah-olah merendahkan kawan-kawan yang tak dapat atau tak membeli tiket Maher Zain.

Tiket Maher Zain bukannya murah-murah anak. Paling murah pun RM 53 tapi sudah semestinya tiket paling murah biasanya tiket yang paling cepat habis dan tempat duduk yang paling sikit disediakan.

Tak semua orang mampu nak membeli tiket sampai RM 297. Kalau kau mampu beli, Alhamdulillah. Tapi tak perlulah kau nak down kan orang lain. Tak semua orang mampu nak mengeluarkan jumlah duit sebanyak itu untuk menonton konsert.

Bab mengutuk kawan yang tak pergi konsert satu hal. Ada pula yang lebih extreme. Ada yang siap mengutuk orang yang tak pergi ke Konsert Maher Zain tidak mendapat hidayah. Ayat-ayat sindiran seperti, "Kalau ajak pergi Jom Heboh, laju aje. Kalau ajak pergi ke majlis ilmu, payah betul," banyak berkumandang.

Sebenarnya, aku kurang gemar dengan perkataan "majlis ilmu" tersebut.

Ok. Konsert Maher Zain bukan satu majlis ilmu. Konsert Maher Zain adalah sebuah konsert. Namanya pun konsert, macam mana pula boleh jadi majlis ilmu. Konsert Maher Zain ialah sebuah konsert, sama seperti Konsert Jom Heboh dan Konsert Deftones.

"Tapi, lagu-lagu Maher Zain tu lagu nasyid. Lagu santapan rohani. Tak sama dengan lagu-lagu dekat Konsert Jom Heboh!"

Ok. Aku akui lagu Maher Zain memang berbeza dengan lagu-lagu di Konsert Jom Heboh. Tapi ia tetap sebuah konsert.

Konsert berfungsi sebagai hiburan. Konsert adalah alat untuk menghiburkan manusia. Memanglah Konsert Maher Zain berbeza. Tapi ia masih sebuah konsert yang berbentuk hiburan.

Konsert Jom Heboh adalah konsert hiburan secara duniawi. Manakala Konsert Maher Zain pula adalah hiburan secara Islam.

Islam tak melarang umatnya untuk berhibur asalkan jangan melalaikan. Dalam Islam ada guideline untuk berhibur. Jadi, sebab itulah aku kata Konsert Maher Zain ialah sebuah hiburan. Hiburan yang mengikut cara Islam lah.

Tapi tak bererti pergi ke Konsert Maher Zain itu sama seperti pergi ke majlis ilmu. Majlis ilmu adalah berbeza. Majlis ilmu ialah dimana ada seorang ahli agama 9atau lebih) memberikan ceramah atau pembentangan tentang sesuatu topik dalam Islam. Ceramah yang diberikan mempunyai info dan diterangkan secara jelas. Bila ada para hadirin yang tidak jelas, mereka boleh bertanya kepada para penceramah tersebut.

Kalau kau betul nak pergi ke majlis ilmu, tak payahlah kau keluarkan RM 297. Pergi saja ceramah-ceramah di surau atau masjid yang berdekatan. Mustahillah surau atau masjid di sekitar tempat tinggal kamu tidak membuat ceramah. Selepas Sembahyang Maghrib mesti ada ceramah.

Atau kalau kau tak berkesempatan nak pergi ke surau atau masjid, dekat TV pun ada. Setiap hari Khamis malam Jumaat, TV1 ada menyiarkan Forum Perdana Islam. Ini baru majlis ilmu. Atau sesiapa yang ada Astro, boleh buka Astro Oasis. Kalam Ilmu dan Bahtera Perubahan adalah beberapa rancangan berformat majlis ilmu yang boleh ditonton di saluran tersebut.

Konsert adalah konsert. Konsert tidak bertukar menjadi majlis ilmu. Konsert Maher Zain memang bersifat hiburan Islamik tapi tidak cukup untuk menggelarkan ia sebagai majlis ilmu.

Lagipun, aku yakin bukan semuanya yang pergi ke Konsert Maher Zain untuk hadir ke "majlis ilmu". Ada yang datang ke konsert tersebut sebab:

"Aku nak tengok Maher Zain secara live."
"Aku pergi konsert ni sebab nak tengok Maher Zain yang handsome tu. Muka dia cute la."
"Aku pergi sebab nak dengar lagu dia je. Suara dia mendayu-dayu."
"Aku tak pernah pergi konsert. Nak pergi, mak ayah aku marah. Pergi konsert Maher Zain ni baru la parents aku lepas kan."

Aku yakin mesti ada yang pergi ke konsert menggunakan alasan di atas. Jangan nak menipu dan jangan jadi hipokrit.

Kalau kamu anggap konsert nasyid adalah sejenis majlis ilmu, kenapa kamu tak pergi sahaja konsert Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-Team, Miwarna dan lain-lain kumpulan nasyid di Malaysia. Kenapa nak menunggu Konsert Maher Zain baru kamu nak gelarkan sebagai majlis ilmu dan baru mahu pergi?

Aku bukan nak salahkan Maher Zain. Apa yang Maher Zain hidangkan adalah betul. Maher Zain menyediakan sejenis hiburan secara Islamik. Aku puji dengan daya usaha Maher Zain. Aku bukanlah peminat lagu-lagu nasyid, tapi aku akui lagu Maher Zain memang sedap untuk didengari. Maher Zain tak salah apa pun.

Cuma aku agak annoying dengan peminat-peminat Maher Zain yang over reacted. Yang nak down-kan kawan yang tak mampu beli tiket yang mahal. Yang nak down-kan kawan sebab kononnya tidak turut serta ke "majlis ilmu".

Kesimpulannya:

  • Konsert adalah konsert. Konsert tidak bertukar menjadi majlis ilmu. 
  • Konsert Maher Zain memang bersifat hiburan Islamik tapi tidak cukup untuk menggelarkan ia sebagai majlis ilmu.
  • Tak salah kamu nak ke Konsert Maher Zain, tapi jangan kamu suka-suka nak down-kan kawan kau sebab tak mampu beli tiket Maher Zain yang mahal.
  • Jangan jadi hipokrit kalau kau pergi ke Konsert Maher Zain sebab nak tengok ke-handsome-an mukanya tapi kononnya mengaku kau macam pergi "majlis agama."
  • Konsert bukanlah venue untuk manusia jadi lebih baik dari aspek pemahaman agama. Kalau nak menambahkan ilmu di dada, pergi ke surau atau masjid.

Kepada yang telah pun mendapatkan tiket Konsert Maher Zain, selamat berhibur. Jaga akhlak dan jangan ada pulak yang menjerit-jerit dan melompat-lompat macam pergi ke Konsert Jom Heboh.

Kepada yang tak dapat pergi sebab harga tiket mahal, kumpul duit. Tahun depan mesti Maher Zain datang lagi.

Kalau rasa susah juga, buka Youtube dan tengok sajalah Maher Zain dari PC anda.

==========

Aku tak tahu kenapa, tapi aku tak boleh nak suggest fan page blog ini pada kawan-kawan kau di Facebook.

Oleh itu, aku akan meneruskan kempen mempromosi di blog ini sahaja.

Kalau sudi, sila joint fan page blog ini di: Blog Warmness On The Soul & Associates.

Atau kamu boleh like di like box di bahagian sidebar blog di sebelah kanan kamu.

Friday, February 18, 2011

Aku, Cendol dan Vegetarian

Vegetarian atau vegan ialah orang yang mengamalkan diet dengan menolak makanan yang berunsurkan daging, telur dan produk tenusu dan semua makanan yang dihasilkan dari daging atau bahagian haiwan. Senang cerita, orang yang menolak konsep haiwan sebagai makanan.

Kawan aku, Azman, atau lebih mesra dengan panggilan Cendol, balik ke Batu Pahat dengan tujuan menghantar borang kahwin di pejabat kadi dan menjadi aku saksi borang kahwinnya.

Kebiasaannya, setiap kali kepulangan Cendol ke Batu Pahat, aku dan dia akan membuat upacara wajib iaitu makan berjemaah di McDonald. Tapi kali ini lain cerita. Kali ini, Cendol balik ke Batu Pahat sebagai seorang vegetarian.

Kenapa dia jadi Vegetarian? Aku pun tak pasti. Katanya dia memang ada niat nak buat perubahan bila masuk bulan Februari. Azam bulan Februari mungkin.

Walaupun Cendol kini seorang vegetarian, itu tak menghalang untuk kami makan berjemaah di McDonald. Aku order 2 set Prosperity Burger. Aku ambil air dan 2 biji Prosperity Burger. Cendol ambil air 2 French Fries dan 1 lagi French Fries percuma yang Cendol dapat bila dia me-redeem-kan kupon percuma.

Aku pun berbual dengan Cendol tentang cabaran menjadi vegetarian. Cendol kata, agak mencabar juga jadi vegetarian. Ya lah, dari kecik dah mencekik daging, tiba-tiba kita berhenti makan daging. Mestilah susah juga nak sesuaikan diri.

Tapi Cendol juga ada berkata yang dia tetap makan daging sekali sekala kerana dia tidak pernah menolak konsep haiwan sebagai makanan.

"Hek eleh Cendol ni. Dah vegetarian, tapi nak makan daging. Vegetarian poser betul la!"

Relax. Jangan marah Cendol. Sebenarnya Cendol seorang semi-vegetarian. Terdapat 3 jenis semi vegetarian iaitu Flexitarians, Pollotarians dan Pescetarians. Cendol boleh dikategorikan dalam Flexitarians iaitu vegetarian yang sekali-sekala makan daging.

Perbualan aku dan Cendol menjurus tentang menu vegetarian. Memang agak sukar nak mencari menu vegetarian di sekitar Malaysia. Sebagai contoh di McDonald sendiri. Tiada menu buat vegetarian.

Tapi aku ingat lagi satu masa dahulu - tahun 2000 kalau tak salah - McDonald ada mengeluarkan burger khas untuk vegetarian yang bernama Maharani Burger.

Maharani Burger adalah burger special edition yang dikeluarkan oleh McDonald selepas Prosperity Burger dan Samurai Burger.

Rasanya tak perlulah aku ceritakan tentang Prosperity Burger sebab rasanya semua pun tahu tentang burger ini. Aku pun ada tulis tentang burger ini pada entri yang lepas.

Samurai Burger pula ialah burger daging yang dilimpahi dengan sos tepanyaki dan mayonnaise. Tapi tidak seperti Prosperity Burger, Samurai Burger tidak mendapat sambutan yang menarik dari pelanggan di Malaysia. Menu Samurai Burger telah diperkenalkan kembali di McDonald di Singapura atas permintaan pelanggan.

Ok. Maharani Burger diperkenalkan sekitar Jun 2000. Aku tak berapa ingat apa rasanya. Aku cuma pernah makan sekali saja. Aku kurang pasti kenapa Maharani Burger gagal mendapat sambutan dari para pelanggan vegetarian. Mungkin mereka masih memikirkan tentang burger daging lain yang juga dijual di sana.

Aku juga ada Google restoran vegetarian di Malaysia. Tapi kebanyakannya restoran vegetarian yang tidak mempunyai sijil halal. Jadi agak mencabar juga jadi vegetarian di Malaysia ini (bagi orang beragama Islam lah).

"ABC dulu pun pernah jadi vegetarian jugak," Kata Cendol.

ABC adalah satu lagi nama kawan kau. Bukan Air Batu Campur.

"La... Ye ke? Dia tu macam mana pulak boleh jadi vegetarian?" Balas aku.

"Entah terikutkan Mondok agaknya. Tapi ABC tu sampah. Jadi vegetarian 2 hari je."

Aku gelak. Bagi aku, ini barulah maksud vegetarian poser yang sebenar. Orang jadi vegetarian, dia pun nak jadi vegetarian juga. Tapi cuma tahan 2 hari saja. Tapi kau tak berapa terkejut dengan ABC sebab dia memang seorang manusia yang sukar diramal.

Bagi yang menjadi vegetarian, selamat menjadi vegetarian yang sebenar!

Sila lawati dan like fan page blog ini di Facebook: Blog Warmness On The Soul & Associates.

Wednesday, February 16, 2011

Aku, amoi, Leman dan Prosperity Burger

Aku tak pasti samada Prosperity Burger masih dijual lagi di McDonald. Kali terakhir aku makan Prosperity Burger pada Chinese New Year.

Oleh disebabkan kempen Prosperity Burger bakal berakhir tak lama lagi, aku nak berkongsi beberapa kisah aku, kawan dan Prosperity Burger.


Prosperity Burger 1

Ini kisah tahun lepas. 2-3 minggu selepas Chinese New Year. Kali pertama aku keluar bersendiriran selepas menjalani pembedahan pembetulan Hernia.

Hari itu, aku keluar dengan seorang amoi. Pergi makan dekat McDonald, baru nampak kapitalis sikit.

Sementara promosi Prosperity Burger masih giat dijalankan oleh McDonald, aku memang tak kan order burger lain. Bukan selalu burger ini ada dijual. Burger ini hanya wujud masa akhir tahun hingga Chinese New Year saja.

"Actually, Melayu yang suka makan Prosperity Burger ni. Chinese tak lah suka sangat," kata amoi tersebut sejurus kami duduk.

"Eh? Ya ke? Why ah?" Tanya aku balik.

"I pun tak tau. You see, I cuma makan Prosperity Burger sekali or dua kali je sepanjang kempen burger ni. Tengok, ni pun I makan Spicy Chicken McDuluxe je."

Aku tengok ke arah tray amoi itu. Memang betul. Bila aku tengok tray aku, ada 2 biji Beef Prosperity Burger. Ok, aku memang kuat makan. Don't judge me on this.

"Cuba you tengok keliling kita ni. Ada berapa orang je Chinese yang order Prosperity Burger."

Aku pun tengok sekitar McDonald tersebut. Memang betul. Cuma ada satu Chinese couple saja yang makan Prosperity Burger.

"So, Prosperity Burger is made for Chinese New Year. But in the end, Malays who enjoying it," kata aku.

"Yeah. Sepatutnya McDonald kena buat jugak resipe khas untuk hari raya. So, Chinese pulak boleh enjoy the menu," cadang amoi tersebut.

"Special menu for Hari Raya... But what?"

"Well, I sebenarnya suka tau makan ketupat and rendang. So, McDonald buatlah burger rendang ayam ke, burger served with ketupat ke... "

Ok. Serius aku nak ketawa berdekah dengan idea amoi ni. Tapi oleh disebabkan ini first date perjumpaan kali pertama. Aku diamkan saja.

Tapi manalah tahukan, tiba-tiba ada orang McDonald yang baca blog ini dan terus buat resipi tersebut.

Kalau buat, jangan lupa bagi royalti pada aku dan amoi tersebut!


Prosperity Burger 2

Peristiwa kali ini terjadi pada akhir tahun lepas, dalam bulan Disember. Aku pergi ke McDonald bersama Leman (bukan nama sebenar sebab peristiwa ini agak memalukan. Jadi, aku sorok nama beliau).

"Alamak... Dia ni pulak yang jaga kaunter hari ni," Leman memulakan bicara bila ternampak gadis di kaunter McDonald tersebut.

"Kenapa?" Tanya aku ringkas.

"Cute dowh dia tu. Sebenarnya aku minat dia," Leman berterus terang.

Aku pun tengok gadis kaunter McDonald idaman Leman. Ok, memang boleh tahan lawa budaknya.

"Ayat la dia nanti," aku memberi cadangan.

"Gila kau! Aku ni jenis gugup. Aku kalau jumpa pompuan yang aku suka, mesti aku jadi tak keruan."

Aku senyum saja. Malas nak ambil pusing kata-kata Leman, aku hanya tersenyum.

Kami berdua berbaris dalam barisan yang agak panjang. Makin lama, aku dan Leman semakin menghampiri kaunter pesanan.

"Mirul, nanti kau orderkan la eh?" Kata Leman tiba-tiba.

"Eh? Apahal pulak?"


"Kan aku kata, aku gugup kalau jumpa pompuan yang aku suka," terang Leman semula.

"Ala... kau ni. Baik kau order je. Kalau kau takut, sampai bila kau nak dapat cakap dengan dia."

Leman terdiam. Mungkin setuju dengan kata-kata aku atau mungkin sedang mengumpulkan kekuatan dan keazaman untuk bercakap dengan gadis kaunter tersebut.

"Ya bang, makan sini or take away," gadis kaunter McDonald pujaan Leman memeulakan bicara.

"Makan sini," jawab Leman tenang namun ada nada sedikit lain macam.

"Order apa ya?" Tanay gadis tersebut.

"Saya nak Po..po...po..po...propes Burger 1 set."

Dan sekelip mata, aku terus tergelak besar. Gadis kaunter McDonald pujaan Leman turun tersenyum besar lalu menutup mulutnya.

Serius aku ingatkan Leman main-main bila dia kata dia gugup kalau berdepan dengan gadis idamannya. Rupanya memang betul, sampai tergagap.

Leman terdiam. Aku segera take over dan membuat pesanan.

Ketika makan, Leman menyuarakan rasa kesalnya, "Kenapa la susah sangat aku nak bercakap dengan perempuan yang aku suka ni. Kalau macam ni, macam mana aku nak kahwin?"

Apa yang aku mampu katakan hanyalah, "Sabar je la, bro. Ada hikmahnya tu.."

Dan semenjak peristiwa itu, aku sudah tidak nampak gadis kaunter McDonald pujaan Leman di McDonald tersebut. Mungkin sudah dapat pekerjaan lain.

Sabarlah Leman. Bunga bukan sekuntum....

Oh ya.. Aku dan buat fan page dekat Facebook untuk blog aku ini. Bolehlah kamu tengok aku mengarut dekat fan page tersebut nanti. Anda boleh joint fan page di sini: Blog Warmness On The Soul & Associates. Aku ada letak like box dekat sidebar sebelah kanan kamu tu. Boleh klik like dari situ sahaja.

Sekian.

Monday, February 14, 2011

Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Untuk Menjadi Mat Rempit

Kenapa aku tiba-tiba nak menulis pasal Mat Rempit. To be honest, aku tengah tiada idea. 

Hati nak menulis (menaip) tapi otak kering. Jalan termudah ialah mencari sesuatu yang paling cliche atau yang paling mudah untuk aku tulis. Oleh disebabkan ada kawan-kawan aku bercerita tentang Mat Rempit di Twitter, baik aku tulis pasal Mat Rempit saja.

Aku malas nak tulis pasal keburukan Mat Rempit, Mat Rempit selalu buat dosa, Mat Rempit bukan budaya kita,  atau yang selalu kamu baca di akhbar atau tonton dalam rancangan 999 atau 360 di TV3. Kali ini aku nak bercerita tentang ciri-ciri Mat Rempit.

Kadang-kadang kita tak tahu macam mana nak bezakan yang mana satu Mat Rempit, yang mana satu Mat Despatch, yang mana satu Mat McDonald Delivery, yang mana satu Mat Pizza Hut Dilevery, dan yang mana satu Mat Zan Mat Aris.

Hari ini, aku akan bagi tips, macam mana kamu nak membezakan antara Mat Rempit dan bukan Mat Rempit. Kamu juga dapat mengenali yang mana satu Mat Rempit poser dan mana satu Mat Rempit Tegar yang asli.


Mesti mempunyai motor dan tahu selok-belok tentang motor

Kalau nama pun Mat Rempit, kenalah ada motor. Kalau tidak macam mana nak merempit. Kalau ada basikal, itu namanya Mat Fixie. Kalau ada kereta, itu namanya Mat Drift. Kalau ada ais krim, itu namanya Mat Cool.

Dan mestilah tahu selok belok tentang motor. Mesti tahu cara nak bagi bunyi eksoz kuat, cara nak buat motor boleh pergi laju, cara nak tukar spark plug dan cara memakai helmet dengan betul.


Seorang lelaki

Mat Rempit mestilah seorang lelaki kerana aksi Mat Rempit adalah merbahaya dan hanya lelaki yang sesuai untuk melakukan aksi tersebut.

Kalau perempuan, baik jadi Bohsia saja. Menjadi trofi kemenangan para Mat Rempit dan jadi teman tidur untuk satu malam.

Pondan? Pergi lepak Lorong Haji Taib saja lah.


Berhati kering

Kalau setakat jenis nak buang sampah merata-rata pun rasa takut, hentikanlah niat nak jadi Mat Rempit. Mat Rempit mestilah berhati kering. Kalau boleh, macam langsung tiada perasaan. Tak takut pada sesiapa. Hatta, tidak takut pada tuhan sekalipun.

Polis? Macam langsung tak dipandang. JPJ? You can kiss my ass. Kalau nampak road block, selamba saja buat u-turn dan jalan menentang arus kereta yang bertentangan.

Mati? Apa ada hal. Tak anak jantanlah kalau kau takut mati. Mat Rempit mana takut mati.


Bertelinga tuli dan tahan dimaki

Apa kaitan Mat Rempit dengan telinga?

Kerjaya sebagai Mat Rempit biasanya tidak direstui oleh ibubapa. Sebelum kamu keluar merempit, kamu mesti akan dileteri oleh emak dan dimaki oleh ayah. Oleh itu, ketahanan telinga adalah penting dan jangan sesekali koyak emosi bila dimaki oleh ibubapa anda.

Telinga tuli ini juga perlu ketika polis trafik tahan dan memaki kamu dengan beberapa perkataan maki hamun yang kamu tak pernah dengar keluar dari mulut mak ayah kamu.


Berkebolehan melakukan aksi yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain

Mat Rempit semuanya mestilah tahu melakukan aksi berani mati yang boleh memendekkan umur mereka sendiri.

Aksi-aksi wajib seperti Wheelie (angkat tayar depan), wheekang (brek motor sampai motor terjungkit), Superman (baring atas motor ala-ala superman), scorpion (sama seperti superman tapi kaki diangkat sebelah),  Spiderman (aku tak tahu skill yang ini. Ini kawan aku yang petik nama skill ni) dan lain-lain.

Oleh kerana mereka mampu melakukan aksi berani mati, mereka mempunyai kelebihan untuk membuat kerja sambilan di Sarkas ataupun persembahan TATU Angakatan Tentera Malaysia.

Ataupun, mereka patut dilatih untuk menyertai pasukan gimnastik Malaysia memandangkan mereka boleh melenturkan badan dengan baik dan mempunyai imbangan badan yang baik. Sesuai untuk acara balance beam.


Mempunyai bentuk rambut mullet

Kebanyakan Mat Rempit mempunyai gaya rambut Mullet. Kamu tahu macam mana bentuk rambut Mullet? Rambut ekor panjang di belakang, rambut bahagian atas pendek. Sila Google sendiri.

Rambut gaya Mullet amat penting kerana ia memudahkan Mat Rempit untuk menyarung dan menanggalkan helmet tanpa merosakkan gaya rambut.


Mesti tahu berzina

Dosa besar yang paling popular dan paling digemari yang dilakukan oleh Mat Rempit ialah berzina. Kenapa ia yang paling popular dan digemari?

Mestilah. Dapat 'main' perempuan secara free, lelaki mana yang tak suka. Lagipun, itulah dosa besar yang tidak memberikan effect kepada diri sendiri. Kalau terpancut dalam, yang mengandung Bohsia tersebut, bukannya jadi masalah untuk Mat Rempit tersebut. Walaupun sudah banyak kali berzina, tapi Mat Rempit masih lagi bodoh dan tak tahu menggunakan kondom.

Kalau minum arak bahaya. Macam mana nak bawa motor kalau sudah mabuk? Lagipun, Bohsia yang dapat hasil perlumbaan tadi takkan nak dibiarkan jadi perhiasan saja kot. Jadi zina adalah pilihan yang tepat.


Sering duduk dalam kumpulan

Kamu pernah nampak ke Mat Rempit lepak sorang-sorang. Mereka perlu duduk dalam kumpulan yang ramai. 

Mereka hanya berani apabila duduk secara berkumpulan dan bagaikan lelaki hilang kemaluan apabila duduk berseorangan.

Duduk secar berkumpulan juga menampakkan mereka bagaikan berkuasa, sedangkan duduk berseorangan menunjukkan yang mereka bagaikan seorang loser (Mat Rempit yang tiada geng adalah Mat Rempit produk gagal).


Teknik mengurat perempuan yang cliche

Aktiviti yang biasa dibuat oleh Mat Rempit bila duduk dalam kumpulan ialah mengurat perempuan. Perempuan pilihan yang menjadi mangsa mengurat mereka ialah kebanyakannya perempuan bertudung. Ya lah, perempuan seksi malam nanti boleh dapat. Kalau siang kenalah cari perempuan yang baik-baik sikit.

Mereka menggunakan teknik zaman 90'an untuk mengurat perempuan. Sebagai contoh mereka masih meletakkan harapan dapat menackle perempuan dengan teknik membuat bunyi cencurut, yang berbunyi  cccuuuttt!!! ccuuuttt!!!!

Ataupun mereka sering menggunakan satu lagi ayat cliche seperti, "Hai Kak Long. Sorang je ke?". Mereka sering menggunakan kata ganti nama 'Kak Long' untuk para gadis. Kenapa? Itu kamu kena tanya Mat Rempit sendiri.


Pakai gelang besi

Dah menjadi satu trend yang kebanyakan Mat Rempit kini memakai gelang besi. Kenapa? Mungkin dengan memakai gelang besi, mereka lebih merasa superior dan nampak ganas.

Gelang besi yang mereka pakai biasanya dibeli di uptown, CM ataupun Sungei Wang Plaza dengan harga semurah RM 10.

Tapi kini, muncul pula gelang besi berkualiti tinggi berharga RM 1,000.00 walaupun harga asalnya di luar negara cuma USD 25.00. Itulah dia gelang besi AC Mizal. Tidak mungkin Mat Rempit mampu mmebeli gelang besi AC Mizal kerana biasanya duit minyak motor pun, mereka masih minta dari mak dan ayah mereka.


Berbangsa Melayu

Dan ini adalah kreteria yang paling penting sekali. Mat Rempit mestilah berbangsa Melayu. Pernah ke kamu tengok orang Cina atau India jadi Mat Rempit?

Ah Seng hanya naik motor untuk jual ikan. Muthu pula naik motor untuk menghantar surat khabar. Ahmad saja yang naik motor buat merempit.

Mungkin Mat Rempit sepatutnya dimasukkan ke dalam Ketuanan Melayu dimana kuota untuk Mat Rempit dikhaskan 100% milik Melayu sahaja.

==========

Sampai di sini sahaja nukilan untuk hari ini. Aku harap, entri ini dapat membantu kamu membezakan yang mana Mat Rempit asli, dan yang mana Mat Rempit poser yang hanya merempit untuk impress budak perempuan bawah umur.

Friday, February 11, 2011

Twitter Hashtags #1: #brocodemelayu

Semenjak kebelakangan ini, aku lebih aktif di Twitter.

Sebenarnya, sudah agak lama aku buat akaun Twitter. Tapi aku jarang menggunakannya. Bak kata orang, aku tak memanfaatkan akaun Twitter tersebut.

Sejak tahun 2011, aku mula terasa bosan dengan Facebook. Jadi aku pun mencuba nasib ke Twitter pula. Setelah follow beberapa puluh orang, aku pun mula rasa seronok dengan Twitter. Aku sekarang lebih banyak menaip status di Twitter dan sudah mula jarang taip status di Facebook macam dulu.

Apa yang menarik dengan Twitter ialah bila kita main Hashtags. Hashtas ialah satu cara dimana kita boleh berbual dan berkongsi sesuatu topik dengan orang lain samada orang yang kita follow ataupun tidak. Untuk memulakan satu tajuk hastags, kamu perlulah meletakkan tanda # didepan topik yang ingin dibincangkan.

Contoh, kalau kamu ingin berbual dan berkongsi tentang lagu kegemaran, taip "#lagukegemaran" sebelum menaip Tweet. Sebagai contoh, "#lagukegemaran Lagu Drive - Incubus memang awesome." Jadi orang lain yang tahu dengan hashtag ini boleh membalas dengan "#lagukegemaran aku suka lagu Interstate Love Song - Stone Temple Pilots lagi best".

Kalau tak berapa faham dengan penerangan aku, sila baca di sini.

Sepanjang aku mula aktif berTwitter, ada beberapa tajuk hashtags yang menarik yang aku main. Tapi, semenjak 2-3 hari yang lepas, hashtags yang tiba-tiba popular ialah #brocodemelayu. Topik ini diketengahkan oleh English-Malay. Dalam sekelip mata, satu Malaysia dah mula main #brocodemelayu.

Apa itu Bro Code Melayu?

Bro Code Melayu adalah ilham dari The Bro Code. The Bro Code adalah kod yang selalu digunakan oleh Barney Stinson, salah satu watak dalam How I Met Your Mother. The Bro Code selalu digunakan oleh Barney di dalam TV series tersebut dan menjadi popular dikalangan para peminat TV Series tersebut.

Atas populariti itu, penerbit How I Met Your Mother pun menjilidkan semua Bro Code dan diterbitkan dengan nama The Bro Code. Tak pasti buku tersebut boleh dijumpai di mana-mana kedai buku di Malaysia. Tapi anda boleh download sendiri buku tersebut.



Dalam satu malam, #brocodemelayu telah menjadi ikutan semua penggila Twitter di Malaysia hinggakan Joe Flizzow dan Altimet pun turut main #brocodemelayu.

Berikut ialah sebarai #brocodemelayu yang aku Tweet kan di Twitter.

Oh, ya. Bro Code Melayu bukan bermaksud kod ini hanya untuk orang Melayu, tapi Bro Code dalam Bahasa Melayu.

#brocodemelayu   Jangan sekali-kali kacau bohsia yang sudah di aim oleh bro anda. Nanti bergaduh pula

#brocodemelayu  Jangan sekali-kali menjatuhkan air muka bro anda di depan awek yang dia dah lama dia nak tackle

#brocodemelayu  Jangan sekali-kali tackle emak kepada bro anda walaupun emak bro anda sudah berstatus janda selama 4 tahun

#brocodemelayu  Jika ada perjumpaan lepak-lepak di warong mamak bersama kawan-kawan lelaki sahaja, jangan sesekali bawak awek lagi-lagi yang jenis gedik

#brocodemelayu  Kalau anda baru download cerita Maria Ozawa, sila kongsi dengan rakan-rakan lain. Jangan makan sorang

#brocodemelayu  Jangan sesekali bercerita tentang hal perempuan ketika menonton EPL, La Liga, Bundesliga, Serie A atau pun MSL

#brocodemelayu  Jangan sesekali ajak bro pergi manicure dan pedicure

#brocodemelayu  Jangan sesekali tackle ex-gf bro kamu. Jangan.. Buruk padahnya...

#brocodemelayu  Jika ada bro yang minat Justin Biber, sila bawak dia berubat sampai dia lupa siapa Justin Beaver itu

#brocodemelayu  Kalau ada bro ajak tengok WWE wrestling, jangan menolak

#brocodemelayu  Jangan sesekali merendahkan martabat bro kamu yang bermuka pecah rumah. Boleh putus hubungan bro kamu nanti

#brocodemelayu  Jangan sesekali kutuk minat bro kamu kecuali kalau dia minat Justin Biber, Lady Gaga, Newboyz dan lagu-lagu Eddie Hamid

#brocodemelayu  Filem trilogy Harold And Kumar patut ada dalam list "Favorite movie" anda dan bro anda

#brocodemelayu  Jangan sesekali bercerita hal dalam rumah sewa di depan awek masing-masing

#brocodemelayu  Kalau awek bro kamu hodoh, jangan sekali-sekali kata pada dia. Masing-masing ada taste yang berlainan

#brocodemelayu  Kalau ada bro yang nak meluahkan perasaan selepas break-up dengan awek, sila layan dia. Jangan biar dia hanyut keseorangan

#brocodemelayu  Jika anda pernah terlihat alat kelamin bro anda, jangan ceritakan kepada orang lain jika ianya pendek

#brocodemelayu  Jangan sekali-kali ajak bro anda menonton Twilight Saga. Tak semua bro yang berjiwa lembut dan minat dengan shinning vampire

#brocodemelayu  Jika ada bro yang cuba act and talk like a nigga.. Sila nasihatkan dia baik-baik

#brocodemelayu  Jangan sesekali buat lawak Gay di depan awek yang bro kamu baru nak adjust. Boleh bikin gaduh, bai!

#brocodemelayu  Jangan sesekali ajak bro kamu tengok Filem Justin Bieber yg nak keluar wayang tak lama lagi. Boleh kena tumbuk kau nanti

#brocodemelayu  Jangan sesekali kata "Sebenarnya aku ada crush dengan GF kau dulu". Boleh putus persaudaraan bro kamu nanti

#brocodemelayu  Kalau ada bro komen picture dekat Fesbuk kamu, sila balas balik. Kecik hati karang

#brocodemelayu  Sila ajar bro anda bermain Twitter dan Fesbuk. Jangan biarkan bro anda buta IT dan tak reti bersosial secara maya

#brocodemelayu  Jangan sesekali ajak bro anda jamming lagu Scoin, Budak Kaca Mata, Arrow, Screen, Newboyz dan sewaktu dengannya

#brocodemelayu  Jangan sesekali kutuk suara bro anda macam katak ketika berkaraoke. Ingat, karaoke is for fun!

#brocodemelayu  Bro mestilah jangan lokek memberikan jawapan kepada bro yang lain ketika kuiz atau test. Sepakat membawa berkat.

#brocodemelayu  Jangan sesekali bertanya tentang kisah percintaan silam bro kalau ia boleh mengundang air mata

#brocodemelayu  Bro tidak digalakkan memakai baju, seluar, cap atau apa-apa pakaian atau aksesori yang berwarna Pink

#brocodemelayu  Bro tidak sesekali digalakkan ber-cam whore. Itu kerja gadis-gadis sahaja

#brocodemelayu  Bro mestilah tidak sesekali membaca majalah Mangga, URTV, Media Hiburan dan Mastika

#brocodemelayu  Jangan sesekali bercerita tentang kisah romantik percintaan kamu di depan bro yang baru break-up dengan aweknya

#brocodemelayu  Kalau ada bro minat K-Pop kerana hanya semata-mata mahu menikmati sekumpalan gadis berhot pants menari, itu boleh dimaafkan

#brocodemelayu Kalau dapat tiket bola free, sila ajak bro anda dulu. Kalau dia menolak, baru ajak awek pulak

#brocodemelayu Sila kenalkan nama-nama model atau celebrity terkenal yang hot dan seksi kepada bro anda supaya dia tidak rasa tersisih

#brocodemelayu Kalau ada orang yang tak RT dan copy + paste brocodemelayu kononnya dia yang tweet benda tu, dia semestinya bukan seorang bro

#brocodemelayu Kongsi makan Maggi = tidak Gay. Kongsi makan nasi bungkus = tidak gay. Kongsi minat Justin Bieber = capital GAY!!!!

#brocodemelayu Kalau ada bro yg dah lama tak solat mintak tolong ajarkan cara solat, ajarkan dia.Nanti bro tu pergi solat dekat gereja pulak nanti

#brocodemelayu Kalau tengah hisap bong, offer la kat bro-bro lain. Jangan layan stim sorang-sorang je.

#Brocodemelayu Anda dilarang memakai baju pink jika bro lain pakai jersey bola atau t-shirt lambang band metal ketika nak merayap dalam group

#Brocodemelayu "Menci uh bila owg kap itew uat aket aty, ase nak umbuk jew" Ayat seperti ini tidak boleh dipost sebagai status di Fesbuk Bro

#Brocodemelayu Jangan gunakan ayat Valley Girl (As if, Whatever!, Fer shur, Totally!, OMG!) ketika berbual sesama bro

#Brocodemelayu Jangan sekali-kali panggil nickname kampung bro ketika dia sedang jalan ditengah KL dan bergaya seperti orang bandar

#brocodeMelayu Kalau nak ikut perangai Barney Stinson tak mengapa. Kalau ikut perangai Neil Patrick Harris, memang makan pelempang

#brocodeMelayu Jika iPod bro anda mempunyai terlampau banyak lagu Justin Bieber, Lady Gaga dan Newboyz, sila bakar iPod itu

#brocodemelayu Jangan jadikan gambar awek bro kamu yang lain sebagai modal melancap

#brocodemelayu Bro yang memuja Noh Hujan secara berlebihan boleh menimbulkan syak wasangka tentang orieantasi seks nya

#brocodemelayu Jalan dengan awek bolehlah nak pegang-pegang tangan. Jalan dengan bro, jangan timbul perasaan babi nak pegang tangan bro pulak

#brocodemelayu Aktiviti tangkap gambar dalam toilet adalah aktiviti #siscodemelayu . Jangan ngada-ngada nak buat pulak

#brocodemelayu Bro yang layan Pilih Kasih layak dilempang laju-laju sampai dia insaf dengan perbuatan tersebut

#brocodemelayu Bro yang layan sinetron dan telenovela tak layak dipanggil Bro. Tapi beruk

#brocodemelayu Bro tidak sepatutnya tackle perempuan menggunakan taktik bunyi cencurut. That's so 90's. ccuuuttt... cccuuutt...

#brocodemelayu Kalau nampak bro anda komen "You cute la" pada gambar awek cun dekat Fesbuk, jangan kacau. Dia nak ayat awek tu lah tu

#brocodemelayu Elakkan dari tackle adik atau kakak bro kamu. Kemungkinan ikatan persaudaraan bro-hood kamu putus adalah tinggi

Untuk baca kesemua #brocodemelayu, sila tengok di sini. Tapi aku jamin kamu tak terbaca semua Tweet #brocodemelayu. Aku rasa dah cecah belasan ribu tweet tentang #brocodemelayu.

Feel free to follow me in Twitter, @aremierulez.

Ah, yes! I officially addicted to Twitter.

Wednesday, February 9, 2011

Valentine's Day - Hari Meraikan Kasih Sayang atau Hari Perniagaan?


Tarikh 14 Februari 2011 jatuh pada hari Isnin minggu depan. Sama ada yang menyambut ataupun tidak menyambutnya, semua orang tahu yang 14 Februari setiap tahun seluruh dunia menyambut Hari Valentine ataupun dalam bahasa kebangsaan yang lebih tepat, Hari Kekasih.

Apa yang seronoknya Hari Valentine ini? Aku pun tak tahu. Aku tak pernah menyambut Hari Valentine. I don't do Valentine.

Setiap tahun mesti keluar artikel di akhbar atau mana-mana web site yang berorentasikan Islam tentang hukum menyambut Hari Valentine dan cerita disebalik Hari Valentine. Tapi banyak versi tentang cerita di sebalik Hari Valentine. Tapi yang penting, ia melibatkan seorang insan yang bernama Saint Valentine (St. Valentine).

Ada versi yang mengisahkan St.Valentine merupakan seorang pendeta yang menentang pemerintahan Raja Claudius II dan dihukum mati pada 14 Februari 270 Masihi. Ada yang kata St. Valentine sebenarnya seorang matchmaker. Meletakkan nama lelaki dan perempuan di dalam kotak dan dicabut undi untuk menentukan pasangan masing-masing.

Ada versi yang mengatakan yang St. Valentine sebenarnya pejuang agama Kristian yang menggulingkan Islam pada pemerintahan Permaisuri Issabella. Sambutan Hari Valentine adalah menyambut kekalahan empayar Islam tersebut.

Ada juga versi menceritakan tentang yang St. Valentine adalah salah seorang dari adik-beradik yang dikenali sebagai Saint Fructus. Adik-beradik Saint Fructus ialah Valentine dan Engratia yang mewarisi harta peninggalan keluarga mereka dan mendermakan kepada orang yang miskin. Tetapi pengorbanan adik-beradik ini disambut pada 25 Oktober setiap tahun sebagai Saint Fructus Feast Day. Sudah tentu bukan Hari Valentine 14 Februari yang disambut pada zaman sekarang.

Sebenarnya, tiada cerita tepat mengenai asal-usul Hari Valentine. Tidak pasti peristiwa sejarah mana yang menjadi asal perayaan Hari Valentine disambut. Malah, tidak dapat dipastikan siapa St. Valentine sebenar. Seorang paderi dari Rome? Seorang pahlawan? Seorang dewa cinta? Seorang preist dari benua Afrika?

Dalam lipatan sejarah, ada 7 versi kisah menceritakan siapa St. Valentine yang sebenar dan ada 11 Hari Valentine yang disambut pada tarikh yang berlainan dalam setiap tahun dan mempunyai 11 cerita asal-usul kesemua Hari Valentine tersebut. Kamu boleh Google ataupun cari dekat wikipedia tentang semua kisah-kisah tersebut. Aku malas nak cerita panjang lebar.

Tidak dapat dipastikan kisah mana yang betul. Tiada teori sahih atau teori sejarah yang boleh menyokong semua kisah menyebabkan identiti St Valentine dan sebab Hari Valentine disambut menjadi kabur. Sama seperti kisah Hang Tuah yang kita juga agak sangsi dengan kewujudan si Tuah dan 5 bersaudaranya dan sering dipersoalkan.

Tapi sebenarnya, Hari Valentine moden (Hari Valentine zaman sekarang ini yang disambut 14 Februari setiap tahun) sebenarnya diasakan hanya semata-mata kerana perniagaan. It's all about the money!!!

Sambutan Hari Valentine moden pula bermula pada abad ke-19, bermula pada era 1840'an. Orang yang bertanggungjawab memulakan Hari Valentine moden ialah Esther Howland.

Esther Howland merupakan seorang graduan yang bekerja untuk ayahnya. Ayah Esther memiliki kedai menjual buku dan alat tulis yang besar di Worcester, Massachusetts, Amerika. Ayah Esther mempunyai rakan  niaga dari England. Rakan niaga ayahnya yang memulakan tradisi menyambut Hari Valentine moden di England, tetapi hanya disambut secara kecil-kecilan disebuah bandar kecil di England. Ia bukannya perayaan berskala besar yang disambut oleh semua rakyat di England.

Dari idea rakan niaga ayahnya, Esther bercadang untuk membawa perayaan Hari Valentine ke Amerika. Esther pun mengimport segala bahan untuk membuat kad ucapan dari rakan niaga ayahnya. Dia kemudian mereka bentuk Kad Valentine.

Dengan bantuan abangnya sebagai salesman, Kad Hari Valentine beliau berjaya dijual dengan meluas dan akhirnya berjaya mewujudkan Hari Valentine di Amerika hasil usaha Esther. Perayaan ini akhirnya tersebar diseluruh dunia sehingaa hari ini yang disambut pada 14 Februari setiap tahun.

Kemudian, manusia sendiri yang meng-improvise-kan Hari Valentine dengan menambahkan jambangan bunga, coklat, candle light dinner dan lain-lain sebagai elemen dalam Hari Valentine.

Jadi, apa yang kita faham dari cerita Esther Howland di atas? Ya. Hari Valentine adalah hari rekaan Esther Howland semata-mata untuk mengaut keuntungan dari umat manusia. Untuk memastikan beliau mendapat untung, dia membawa sambutan Hari Valentine yang disambut secara kecil-kecilan di England dan mengkomersilkan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.

"Habis tu. boleh la kita sambut Hari Valentine moden ni sebab dia tak de kena mengena dengan agama kan, Mirul?"

Yang itu aku tak berani nak jawab. I'm no ulama.  Tapi adalah lebih baik kita tidak menyambut Hari Valentine kerana..

"Kerana apa, Mirul?"

Babi. Jangan menyampuk! Bagi aku taip sampai habis dululah!

"Ok, ok. Sorry. Teruskan menaip."

Ok. Terima kasih. Tapi adalah lebih baik kita tidak menyambut Hari Valentine kerana beberapa sebab.

Dari cerita di atas, sudah terang lagi bersuluh yang Hari Valentine hanyalah hari ciptaan Esther untuk mengaut keuntungan semata-mata. Sudah ternyata Hari Valentine tiada kaitan dengan hari meraikan kasih sayang, hari kekasih atau hari gedik-gedik main cinta. Jadi, kenapa perlu kita sambut hari tersebut?

Hari Valentine adalah satu sambutan yang tipu. Kenapa kamu perlu menyambutnya kalau sudah tahu benda tersebut adalah tipu. Adakah kamu mahu jadi manusia yang tertipu sepanjang hayat kamu?

Sudahlah kita hidup dekat Malaysia asyik ditipu oleh ahli-ahli Politik yang sering menabur janji manis tapi jarang sangat menunaikannya. Sekarang kamu mahu pula hidup dalam satu lagi penipuan? Masih belum puas kena kencing kuning pekat dengan Esther Howland lagi ke?

Selain itu, kamu mesti perasaan yang apa-apa barang atau hadiah yang boleh dikaitkan dengan Hari Valentine akan melambung harganya menjelang Hari Valentine.

Harga kad ucapan akan melambung sekali ganda sedangkan selama ini haram kau pernah kisah tentang kad ucapan. Harga bunga juga akan naik double ataupun triple. Kononnya "Ini bunga baru ambik dari Cameron Highland maa.."

Harga coklat Cadbury yang murah sebelum ini tiba-tiba sudah jadi mahal. Cadbury hanya perlu menukar pembungkusan yang kononnya Valentine Package dan menaikkan harga coklat tersebut 3 kali ganda dari biasa.

Harga untuk candle light dinner di hotel juga meningkat dari hari biasa. Harga double dari harga biasa. Sampaikan kena tempah sebulan awal. Berebut-rebut orang menempah tempat untuk candle light dinner pada Hari Valentine sedangkan kita boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah sehari selepas Hari Valentine.

Kemudian, syarikat barang kemas dan berlian juga mengambil kesempatan. Kononya mengeluarkan cincin, rantai, gelang dan anting-anting khas untuk Hari Valentine. Maka kopaklah poket para-para lelaki dan perempuan juga yang tersenyum riang.

Hari Valentine adalah hari dimana syarikat-syarikat besar atau lebih sedap kita panggil syarikat-syarikat kapitalis mengaut keuntungan besar dari rakyat marhaen. Syarikat kapitalis semakin kaya dan kita rakyat marhaen semakin kekeringan poket.

Aku bukanlah seorang yang idealist sangat dan memegang ideologi anti kapitalis. But hey, why pay more when  you can get less the day after Valentine's Day, right?

Dari kamu membazir bayar barangan tersebut dengan harga yang mahal, baik kamu beli pada hari lain. Baik simpan duit buat kahwin. Sekarang belanja kahwin bukan murah-murah. Sebelum kahwin, ada pre-wedding shoot. Baju masa bersanding sekurang-kurangnya kena ada 2-3 pasang. Dan akan datang, tak mustahil muncul pula video perkahwinan ala-ala artis seperti apa yang dibuat oleh Elyana dan anak perempuan  NAZA  Motor tu.

Dan yang terakhir, apa seronoknya menyambut Hari Valentine secara beramai-ramai? Apa yang menariknya pergi candel light dinner beramai-ramai?

"Johan, malam ni aku ada candle light dinner dengan awek aku. Aku nak bagi coklat dengan cincin ni."


"Ala.. Kau ingat kau sorang je ke? Aku pun ada date dengan awek aku jugak. Candle light dinner jugak. Ni cincin yang aku nak bagi awek aku."

See? Semua orang bakal buat benda yang sama pada Hari Valentine. Kalau semua orang buat benda yang sama, baik kamu sambut anniversary kamu saja. Hari anniversary lebih privacy dari Hari Valentine. It's all just about both of you.

Hanya kamu berdua yang pergi candle light dinner. Hanya kamu berdua yang menikmati detik romantik. Hanya kamu yang terima jambangan bunga dari teman lelaki kamu. Baru kawan-kawan yang lain jealous melihat kamu dapat jambangan bunga dan mereka tidak.

Detik romantik patut hanya dikongsi oleh kamu berdua. Bukannya dengan semua orang. Apa yang romantik dan unik kalau semua orang pun sambut benda yang sama kan?

Jadi, berhenti menyambut Hari Valentine. Selain dari ditipu oleh Esther Howland dan syarikat kapitalis, kamu juga telah membazir wang dan dipaksa membayar sesuatu dengan harga yang lebih mahal sedangkan kamu boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah sehari kemudian.

Hari Valentine bukannya romantik mana pun sebenarnya. Ia hanya satu hari dimana syarikat menjalankan perniagaan mereka dan kita sebagai rakyat marhaen telah ditipu bulat-bulat.

Say no to Valentine's Day dan kamu akan berjaya menyelamatkan poket. Sambut sahaja hari jadi atau hari anniversary dengan pasangan kamu. Hari tersebut lebih romantik sebenarnya.

Kita tak perlukan satu hari khas untuk menjadi romantik. Romantik dan kasih sayang terbit dari hati, bukan kerana kewujudan sesuatu hari yang dipanggil Hari Valentine.

Kredit gambar: Oh Bulan!

Monday, February 7, 2011

Kita sebenarnya tak kenal jiran kita

Semasa aku dalam semester pertama aku ketika belajar di Politeknik Merlimau dulu, jiran di bilik sebelah aku merupakan seorang yang berbangsa Cina dan seorang lagi berbangsa India.

Satu hari, aku pergi Sembahyang Jumaat tanpa memakai songkok kerana sudah terlambat dan aku perlu mengejar bas yang membawa kami ke masjid untuk Sembahyang Jumaat.

Selepas aku pulang, si kawan yang berbangsa Cina bertanya kepada aku.

"Boleh ke kau pergi Sembahyang tak pakai songkok?"

Maka aku pun menerangkan kepada kawan aku yang songkok hanyalah pakaian tradisional orang Melayu dan tidak bererti sembahyang tidak sah tanpa memakainya.

"Oh... ye ke? Saya baru tau la..." Jawab kawan aku.

==========

Tahun lepas, ada seorang kawan aku yang berbangsa Melayu bertanya kepada aku:

"Daren tu kan kristian. Macam mana dia boleh sambut Tahun Baru Cina. Tu kan untuk orang Budha je."

Maka aku pun menerangkan yang perayaan Tahun Baru Cina disambut oleh semua orang yang berbangsa Cina tanpa mengira agama mereka.

==========

Sebenarnya kita tidak mengenali jiran kita. Jiran yang aku maksudkan bukanlah orang yang duduk disebelah rumah kita, tapi orang yang berlainan bangsa daripada kita.

Tak banyak benda yang kita tahu pasal orang yang berlainan bangsa dari kita. Walaupun kita sudah duduk bersama-sama di Malaysia semenjak sebelum Malaysia merdeka lagi, tapi banyak perkara yang kita tidak pasti atau tidak tahu mengenai orang yang berbangsa lain.

Walaupun kita sudah lama begaul antara satu sama lain, kita bagaikan orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Bak kata Nami a.k.a. Teh Tarik Gelas Besar, macam duduk satu rumah sewa tapi tak kenal housemate.

Ini bukan tentang songkok atau Tahun Baru Cina semata-mata, tapi meliputi benda-benda lain.

Aku sendiri akui yang aku juga tak tahu macam-macam benda tentang bangsa lain.

Masa zaman aku sekolah, benda-benda macam ini tidak diajar di sekolah. Kalau ada pun, hanya sikit saja dan aku sendiri tak ingat subjek apa.

Zaman sekarang, ada subjek yang bernama Sivik dan Kewarganegaraan yang diajar disekolah. Aku tak pasti samada subjek ini diajar di sekolah rendah atau sekolah menengah. Tapi aku pernah membaca buku teks subjek ini dari salah seorang sepupu aku yang masih bersekolah.

Dari apa yang aku baca, tak banyak sangat penekanan tentang perkara mengenali bangsa orang lain dalam buku teks subjek tersebut. Sangat sikit. Apa yang aku nampak dan dapat aku simpulkan dari buku teks yang aku baca, subjek tersebut bagai sebuah subjek yang "kau lulus atau tidak, tak kan memberi makna apa-apa".

Kalau kamu semua selalu menonton TV series atau siri sitcom dari Amerika, mesti kamu perasan mereka ada membuat penekanan atau lawak mengenali budaya bangsa lain. Mereka tahu budaya dan perilaku orang kulit hitam, orang Hispanic, orang pendatang dari Jerman, orang Yahudi dan bermacam lagi.

Tapi macam mana mereka boleh tahu pelbagai perkara tentang bangsa lain?

Di setiap sekolah di Amerika (dan juga negara-negara Eropah lain), mereka diwajibkan untuk mengambil subjek Social Study dan ia menjadi salah satu subjek wajib lulus.

Subjek social study adalah subjek yang menunjukan hasil kajian terhadap manusia dan negara dari segi Antropologi, Ekonomi, Linguistik (bahasa), Etimologi, Psikologi, Sosiologi, Pendidikan dan Komunikasi.

Dari sini, mereka boleh mengenali perilaku dan kecenderungan sesuatu bangsa samada yang tinggal bersama mereka dalam satu negara ataupun bangsa-bangsa lain yang tinggal di luar negara mereka.

Di Malaysia, subjek social study- yang terkandung dalam subjek Sivik dan Kewarganegaraan - bukanlah satu subjek yang ditekankan oleh guru mahupun pihak sekolah. ia hanya menjadi salah satu subjek 'mencukupkan quota.

Tahu tak kenapa dekat Malaysia kita selalu rasa insecure dengan bangsa lain? Kenapa kita macam rasa masih tak berapa harmoni dengan bangsa lain? Kenapa kita bersikap racist dengan bangsa lain? Kerana kita tak faham dengan mereka dan mereka tak faham dengan kita.

Perasaan tak faham dan tak ingin faham inilah yang biasanya akan membawa kepada pergeselan antara kaum. Timbul perasaan perkauman dan racist dalam hati kalangan rakyat Malaysia.

Senang cerita, kalau kerajaan negara serius nak membendung sifat perkauman diantara rakyat, tumpukanlah perhatian pada subjek social study. Kalau setakat nak buat kempen 1Malaysia, Lagu 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Batik 1Malaysia... Memang tak ke manalah.

Tapi, macam manalah masalah perkauman dekat Malaysia nak diselasaikan kalau semua ahli politik di Malaysia - tak kira kerajaan atau pembangkang - mereka sendiri suka buat ucapan yang berbau perkauman dan selalu menggunakan ucapan berbau perkauman untung memancing undi.

Parti Melayu nak pancing undi orang Melayu, di buruk-burukkan orang Cina dan India dalam ucapan mereka.

Parti Cina nak pancing undi orang Cina, di buruk-burukan orang Melayu dan India dalam ucapan mereka.

Parti India nak pancing undi orang India, di buruk-burukkan orang Cina dan Melayu dalam ucapan mereka.

Dengan kata lain, tak guna juga ada subjek social study kalau sentimen perkauman menjadi bahan utama untuk menarik perhatian pengundi.

Dengan kata lain, kenalilah jiran anda. Jiran yang aku maksudkan ialah orang yang berbangsa lain. Tak rugi pun kita belajar mengenai mereka.

Bagi yang beragama Islam, mesti kamu pernah dengan Firman Allah S.W.T. yang memberitahu kita yang Allah mencipta pelbagai kaum dan bangsa di dalam dunia supaya kita kenal mengenali antara satu sama lain. Bukannya suruh berperang ataupun bergaduh.

Dan satu lagi. Tolonglah berhenti keluarkan racial speech secara terang-terangan di TV. Serius aku menyampah. Campur lagi dengan berita politik, lagi bertambah menyampah aku nak tengok berita dekat TV sekarang.

Ok. Rasanya entri kali ini macam dah jauh menyimpang dari tajuk asal. Aku nak cerita pasal benda lain, tapi dah melayang ke tempat lain. Ah, lantaklah!

Friday, February 4, 2011

Aku, masjid dan perokok tegar

Setiap hari Jumaat, semua kaum Adam beragama Islam wajib menunaikan ibadah Sembahyang Jumaat di masjid. Hari Jumaat wajib ke masjid menunaikan Sembahyang Jumaat, malam Jumaat pulak.. Ehem!

Ok. Aku sudah terkeluar dari tajuk asal.

Semua kaum lelaki akan pergi ke masjid untuk Sembahyang Jumaat. Manakala lelaki yang biasanya ponteng Sembahyang Jumaat akan menyorok dalam rumah, menyorok dalam stor dekat office atau menyorok di mana-mana tempat yang boleh mengelakkan mereka dikesan oleh orang ramai.

Aktiviti lazim bagi orang yang ponteng Sembahyang Jumaat ialah tidur, makan, berborak hal duniawi dengan kawan yang juga ponteng Sembahyang Jumaat, main game dalam Facebook tapi tutup Facebook  Chat untuk mengelakkan dikesan oleh awek sendiri dan lain-lain. 

Tak pernah aku dengar ada orang yang ponteng Sembahyang Jumaat tapi dia layan TV rancangan "Siaran Langsung Solat Jumaat Dari Masjid Negara".

Ok. Celaka apa ni? Aku nak bercerita tentang perokok tegar di masjid, bukannya kisah orang ponteng Sembahyang Jumaat.

Satu yang aku perasan dengan perokok tegar ialah aktiviti mereka semasa Sembahyang Jumaat. Ada yang merokok di luar masjid ataupun dibahagian masjid yang jauh dari tempat ambil wuduk atau tempat sembahyang. Golongan yang ini aku tak kisah sangat.

Golongan yang aku menyampah ialah golongan yang tak sabar-sabar menghisap rokok sebaik tamat Sembahyang Jumaat.

Sebaik sahaja selesai Sembahyang Jumaat, semua akan berpusu keluar. Tapi dia dengan tenang menyalakan rokok. Masa orang sedang sibuk nak mengambil kasut atau selipar dekat tempat letak selipar/kasut, dia dah menyalakan rokok. 

Tapi yang tu aku tidaklah marah sangat sebab dia sudah menyalakan rokok di luar kawasan masjid. Ada yang lebih musibat daripada itu. Ada yang belum keluar dari masjid lagi, tapi dia dah menyalakan rokok. 

Cuba kamu bayangkan, baru sahaja keluar dari dewan sembahyang, dia dah menyalakan rokok. At least kalau kau dah kebulur sangat nak merokok, tunggulah keluar masjid dulu. Lepas tu, kalau kau dah menyalakan rokok tu, cepat-cepatlah keluar. Ini dia boleh relax saja hisap rokok dekat situ. Dah habis rokok, baru dia keluar dari masjid.

Yang sedih, yang suka merokok dalam masjid ini (dekat masjid tempat akulah) bukannya orang muda. Tapi semuanya orang tua. Jenis umur 2-3 tahun lagi dah nak tergelincir ke dalam kubur.

Kalau orang muda, aku fahamlah juga. Ya lah, masih muda. Masih cetek pemikiran, masih cetek ilmu, belum cukup matang. Ilmu agama belum cukup tebal, anytime boleh ikut ajaran Ayah Pin kalau tak reti jaga diri.

Tapi kebanyakan perokok tegar tahap bebal ini semuanya dah tua. Bukan setakat sebaya umur dengan ayah aku, tapi dah layak untuk aku panggil atok. Kalau nak tegur pun jadi serba salah. Ya lah, orang tua mana terima kalau kena tegur dengan orang muda kan?

Aku bukanlah ada ilmu mendalam dalam agama. Tahu segala Surah, Dalil, Hadis atau hafal ayat Al-Quran. Aku tak tahu ayat Al-Quran yang mengharamkan hisap rokok dalam masjid tapi jelas lagi terang perbuatan atok-atok sekalian memang salah. Tak payah kira dari segi agamalah, ia tetap salah juga dari segi moral dan etika.

Nampaknya pihak masjid patut tambah satu lagi signboard. Selain signboard 'Dilarang menggunakan telefon bimbit di dalam masjid', signboard 'Dilarang merokok' juga dah boleh dipacak.

Wednesday, February 2, 2011

Malaysia ada, Amerika pun ada!

Dulu aku pernah tulis pasal "Amerika ada, Malaysia pun ada!" di entri ini dan entri ini. Kali ini aku nak terbalikkan pula. "Malaysia ada, Amerika pun ada!"

Dalam entri "Amerika ada, Malaysia pun ada!", aku akan menunjukkan benda yang ada di Amerika dan kemudian menunjukkan yang benda yang hampir sama juga ada di Malaysia. Kali ini, kita terbalikkan pula. Apa yang ada di Malaysia, juga berada di Amerika.

Di Malaysia kita ada New Boyz!


Siapa yang tak kenal Newboyz yang dikepalai oleh Tomok ini. Aku masih ingat si Tomok and the geng telah pun menyakitkan telinga aku semenjak aku tingakatan dua lagi. Eh? Ke dari tingkatan tiga eh? Tak mengapa, yang penting memang dah buat aku annoying semenjak berbelas tahun yang lepas.

Dengan membawakan lagu bergenre ala-ala kumpulan Spoon, Scoin, Budak Kaca Mata dan sewaktu dengannya, Newboyz berjaya membuatkan gadis pra matang menangis dan menjerit macam kena sampuk jin bila melihat mereka menyanyi dan para lelaki rasa macam nak lempang awek masing-masing bila melihat awek masing-masing menjerit dah macam orang hilang akal.

Mereka menjadi fenomena. Dan seperti apa yang aku pernah katakan dalam entri terdahulu, aku memang tak berapa gemar artis fenomena. Itu sebabnya aku tidak minat Mawi, Justin Bieber, Lady GaGa dan yang sewaktu dengannya.

Artis fenomena biasanya bukannya bagus sangat. Mereka banyak bergantung dengan populariti dari bakat yang ada. That's a fact!


Di Amerika, kita ada New Boyz!


New Boyz daripada Amerika ialah kumpulan duo Hip-Hop yang berasal dari California. Mereka mula aktif menjadi artis semenjak 2008.

Selain Hip-Hop, mereka juga membawa element Jerkin'. Apa itu Jerkin'? Jerkin' adalah sejenis street dance yang berasal dari dari bahagian West Coast, Amerika dan kini mula diminati di bahagian East Coast.

Macam mana rupa tarian Jerkin'? Aku pun tak tahu. Jangan risau. Tak lama lagi adalah budak-budak dekat Malaysia bakal menari Jerkin'. Macam shuffle dan Tektonik dulu.

Kedua-dua kumpulan ini membawa genre muzik yang berlainan, tetapi membawa nama yang sama. Selain nama kumpulan, mereka juga ada satu persamaan.

Lagu kedua-dua kumpulan ini memang annoying!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...