Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, February 23, 2011

Bukan lelaki tak romantik, tapi kadang-kadang perempuan yang jual mahal

Rungutan lazim seorang wanita terhadap teman lelakinya ialah, "Pakwe I tu, dia tak romantik la...."

Setiap wanita mengidamkan seorang lelaki yang romantik menjadi teman hidupnya. Kalau tak romantik banyak pun, romantik sikit pun jadilah. Sekeras-keras perempuan, setomboy-tomboy perempuan, selesbian-lesbian perempuan, pasti mereka masih mahukan teman hidup yang memiliki sifat romantik. Tak perlu romantik 24 jam, yang penting ada sikit sifat romantik.

Memang banyak rungutan teman lelaki kurang romantik. Dan muncul pula teori yang kononnya lelaki Melayu tidak romantik. Aku sendiri tak pasti dari mana datang teori tersebut dan siapa yang membuat teori tersebut. Tapi, inilah juga yang menjadi sebab dramatis Haliza Misbun dan artis suam kuku Jeslina Hashim pernah membuat kenyataan yang lelaki Melayu yang kurang sifat romantik dan mereka memilih lelaki bukan Melayu sebagai teman hidup. 

Setakat ini, Jeslina Hashim sudah berjaya mendapatkan lelaki idamannya. Haliza Misbun masih menjadi andartu terlampau. Tak mengapa. Terus berusaha Haliza Misbun!

Tapi betul ke lelaki memang tak romantik langsung? Kadang-kadang bukannya lelaki tak romantik, tapi perempuan yang jual mahal. Cuba tengok gambar di bawah sebagai contoh:

Gamabar dirembat dari lamebook.com
Kadang-kadang lelaki dah cuba macam-macam trick untuk pikat hati perempuan. Tapi perempuan yang buat endah tak endah. Toby Walters (lelaki gambar di atas) dah mencuba bermacam-macam trick. Dari beli tiket konsert, ajak menari sehinggalah dia cuba jadi romantik dengan menghantar bunga dan coklat semasa hari Valentine, tapi masih di reject oleh Zoey Jones.

Kadang-kadang bukan lelaki tak mencuba, tapi kalau sudah semua usaha lelaki di reject tanpa diberikan peluang, macam mana nak jadi romantik? Macam aku katakan tadi, mungkin perempuan terlampau meletakkan expectation yang besar terhadap definasi romantik sekarang.

Sekarang ini, kebanyakan perempuan di Malaysia menjadi peminat setia drama Korea. Kebanyakan drama Korea bergenre komedi romantik. Bila dah bergenre komedi romantik, mestilah drama-drama tersebut dipenuhi dengan babak romantik samada romantik yang boleh diterima akal ataupun romantik diluar kawalan otak manusia.

Mungkin terpengaruh dari drama Korea dimana si lelaki menghadiahkan 100 kuntum bunga ros kepada si wanita. Mungkin juga terpengaruh dengan babak si lelaki mengajak si wanita membuat candle light dinner di tepi laut. Mungkin juga terpengaruh dengan babak si lelaki berdiri di satu tempat tinggi di tempat awam sambil menjerit, "Lihatlah dunia!!! Aku cintakan dia!!!"

Aku tahu. Setiap wanita mengidamkan babak-babak romantik dalam drama Korea menjadi kenyataan dalam hidup mereka. Tapi gadis -gadis sekalian, itu drama. Drama hanyalah lakonan yang dilakonkan oleh pelakon. 

Jalan cerita dalam drama biasanya akan bermula dengan buruk dan berakhir dengan happy ending. Jalan cerita dalam biasanya bermula dengan sesuatu yang tak diingini dan berakhir dengan perkara yang diimpikan. Itu drama. Realiti adalah berbeza 360 darjah sama sekali. 

Drama adalah bagaikan escapism bagi dunia realiti, merialisasikan apa yang tidak terjadi di dunia nyata. Jadi janganlah kamu (gadis) meletakkan expectation romantis yang tinggi kepada para lelaki. Realiti dan drama adalah berbeza. Aku yakin belum tentu pelakon-pelakon drama Korea atau mana-mana pelakon Hollywood yang sering berlakon filem komedi romantik ada melakukan aksi romantik yang mereka lakonkan di dunia realiti.

Kalau si lelaki menghulurkan 3 kuntum Bunga Ros, terimalah dengan hati yang terbuka. Jangan nak muncungkan mulut demand nak 100 kuntum bunga. Sampai ke tua lah kau tak kahwin jawabnya.

"Tapi Amirul, pakwe aku ni memang langsung tak romantik! Jangankan bagi bunga, SMS wish good night pun tak pernah!"

Ok. Kadang-kadang, lelaki bukannya tak romantik. Tapi dia yang tak nak menunjukkan keromantisan dirinya. Kenapa? Ada 3 sebab:

  1. Lelaki takut kalau terdapat perempuan yang tak suka benda-benda romantik. Kalau tertonjolkan ciri romantik berlebih-lebihan, nanti kena reject pula dengan wanita tersebut. So, play safe. Baik jangan tunjukkan sifat romantik.
  2. Takut kena kutuk dengan kawan-kawan beliau. Kawan-kawan lelaki biasalah, kalau nampak ada kawanya want to do romamtic stuff with his awek, mesti ada yang kuat menyakat. Untuk mengelakkan telinga berdesing, lelaki sekali lagi play safe.
  3. Lelaki ada satu kawan baik yang bernama Encik Ego. Ya! Lelaki kadang-kadang ego untuk menunjukkan keromantikannya. Takut di cop Mat Bunga atau Mat Jiwang. Sekali lagi, play safe.

Kalau teman lelaki kamu ada ciri-ciri di atas. Kamu kenalah pandai-pandai mengayat. Untuk masalah No.1, kamu bagilah hint yang kamu nak sesuatu yang romantik. Bila si lelaki sudah dengar yang kamu pun jenis suka benda-benda romantik, barulah dia akan mulakan.

Untuk masalah No. 3, yang tu kamu kena pandai-pandailah ayat dia. Pujuk dia. Ego lelaki tak ke mana. Kecuali kalau kamu dapat lelaki yang hati batu bagaikan Stone Cold Steve Austin. Tapi dengan ayat yang betul, mesti menjadi punya. Di sisi hati setiap lelaki, pasti ada sisi romantiknya. Chewah!

Untuk masalah No. 2, kamu kena turunkan ilmu telinga kebal kepada teman lelaki kamu. Ok. Itu mengarut. Masalah No. 2 ini kamu pandai-pandailah fikir sendiri. Tak kan semua benda aku nak kena ajar.

Ataupun, cuba si wanita pula yang mula lakukan benda-benda romantik ini. Kadang-kadang, ada sesetengah lelaki ingin membuat benda romantik kepada teman wanitanya. Tapi dia tidak tahu cara untuk memulakan. Jadi, apa salahnya si wanita yang mulakan dulu. Mungkin selepas melihat kamu membuat benda romantik, dia akan mempunyai ilham untuk melakukannya pula.

"Kau ni.. Tak kan perempuan yang nak mulakan dulu. Dah macam perigi cari timba la pulak.."

Hello! Ini zaman moden. Zaman millennium. Mana guna lagi istilah perigi cari timba. That was so 60's. Lagipun, apa salahnya kalau perempuan mulakan dulu? Zaman nabi pun, Siti Khadijah yang meminang Nabi Muhammad S.A.W. So, what's the problem?

Lagipun, apa salahnya wanita pula yang jadi romantik. Tak kan kamu nak mengharap si lelaki sahaja yang nak kena tunjukkan sifat romantik. Tak salah kalau perempuan pun lakukan benda yang sama. Kenalah ada give and take. Asyik kamu saja yang nak take tapi tak nak give, tak adillah macam tu.

Kesimpulannya, bagi yang lelaki, janganlah ego tak bertempat. Sekali-sekala, buatlah sesuatu yang romantik. Jangan ingat  muka kau yang jambu boleh kasi kenyang jiwa cinta awek kau tu. Romantik pun perlu jugak.

Bagi perempuan pula, janganlah kamu meletakkan expectation yang tinggi dalam hal-hal romantik. Tak semua lelaki mempunyai tahap romantik yang sama. Kalau kamu asyik nak bandingkan tahap romantik teman lelaki kamu dengan teman lelaki kawan kamu, baik kamu rampas saja teman lelaki kawan kamu tu.

Jangan mengharapkan sesuatu yang besar. Kalau dia bagi 3 kuntum Bunga Ros, ambil sajalah. Jangan nak men-demand tak tentu pasal. Dan terima sajalah takdir yang teman lelaki kamu memang bukan jenis yang romantik. Tak romantik tak semestinya dia tidak bagus. Mungkin dia tak romantik tapi sifat prihatin dan caring nya lebih tinggi dari lelaki lain. Siapa tahu kan?

Jangan memilih nak yang romantik sangat. Nanti jadi macam Haliza Misbun, baru kau tahu!

P/S: adakah wang yang banyak dan kereta mewah adalah The New Romantic?

9 comments:

Fatin Aliyya said...

ak x penah experience bdn2 romantik mcm ni tp bdasrkan observation ak thdap situasi kwn2 aku.ada jek yg bhgia dgn couple dorg wolopon x der unsur2 romantik jadah ni.yg pntg slg memahmi, dats enuf.blh jek nk rmantik tp pada2 lah.lgpn kita kn org islam, wat perlah nk ikot trend barat per smua tue

kalo bg aku, romantik tue perlu jgk once ak ada hubby nt (kot).tp ak lbh selesa kalo itu antara ak dgn dia tayah nk show off bagai pe semua.wat semak jek.aku pn naek nymaph tgk org2 romantik gituw in public esp n ak leh bygkn kalo org tgk ak mcm tue.nth paper jek.tp yg pntg ak x nklah jdk mcm haliza misbun tue kn.

una berry said...

romantik okay tapi xmo jiwang meleweh
hoho
well, if that guy cakap baik2, selalu ingat n take care pasal kita enough for memkot.
tapi once in awhile dpt benda yg unexpected pun best juga :D

Fairuz said...

lagi sekali; kau memang DR. LOVE!..

Amirul (aremierulez) said...

Fatin:
Romantik kalau buat depan public, tu bukan romantik. tu show off

una:
Tu la aku kata kena lower expectation. kalau hari2 mau romantik, tak terlayan laki :)

Fairuz:
Yes! kau memang memahami

iNsPirAsi HaTiku said...

nice amirul !

saya tak romantik, tak berawek, saya straight, saya ok. said...

entri real camni memang aku suka. nice one mirul!

tu pasal aku x berapa minat dgn cerita2 korea yg member2 aku layan gila2 nih. awek korea pun bukan taste aku pasal diorg nmpk plastik, x real. tapi tu taste masing2 la kan.

tapi unrealistic, fantasy, fairy tale love ni la yg pompuan2 sekarang nih tergila gila. semua jadi lupa dengan realiti. contohnya time video wedding anak tan sri nasimudin tu keluar. semua berangan nk buat camtu gak. kalau betul mampu, xpe la jugak kan. yang sakit nye? laki jugak.

romantik ok. jiwang lebih2 macam nak tunjuk 1 dunia dia tu kapel, itu memang aku geli tahap nak muntah hijau.

Amirul (aremierulez) said...

saya tak romantik, tak berawek, saya straight, saya ok:

betul jugak kata kau. tapi kau percaya tak satu hari nanti video perkahwinan akan jadi benda wajib untuk setiap pengantin. kira macam pre-shoot weddings la... dulu tak semua buat. sekarang semua orang pun buat

lara said...

kadang2 kan.. bukan perempuan ni demand sgt.. tp sekali sekala.. teringin nk dia ucapkan rindu out of sudden.. kadang2 teringin nak dia kata i love u tanpa kita mulakan dulu.. tp sy tetap terima dia seadanya.. cinta tetap tinggi tak terjangka.. cuma kadang2 hati ni boleh terasa.. satu wish pun cukup la..x mintak hari2.. :)

bukan mintak dia tulis kat wall fb sy macam org lain buat.. tp antara kami berdua secara personal..mmg susah sgt nk romantik.. sebagai kekasih kadang2 sy teringin nak rasa semua tu..dia baik.. dia setia.. dia ambik berat ttg saya..

p/s : seumur hidup sy, sy x pernah dpt bunga..walaupun sekuntum..teddy bear pun x pernah dpt.. :)

Amirul (aremierulez) said...

Lara:
Tak pernah dapat bunga & Teddy bear. Kesian nya. Tak pe, maybe someday you will get it. Just be patient ok? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...