Belilah Novel Aku!!!!

Monday, February 21, 2011

Janganlah Berlagak Sangat Sebab Kau Nak Pergi Konsert Maher Zain


Rasanya umum sudah tahu yang Konsert Maher Zain bakal diadakan pada 25 dan 26 Februari ini di Stadium Malawati Shah Alam. Ini merupakan kali kedua Maher Zain membuat konsert selepas konsert pertamanya pada Oktober 2010.

Harga tiket Konsert Maher Zain kali ini bukan murah-murah anak. Senarai harga tiket konsert kali ini ialah RM 53, RM 103, RM 203, RM 253 dan RM 297. Mahal? Mestilah mahal. Nama pun artis antarabangsa. Artis Malaysia yang buat konsert di Istana Budaya pun mahal juga harga tiketnya.

Jadi, sudah pasti ramai peminat Maher Zain yang sudah pun mendapatkan tiket tersebut. Lagi-lagi yang terlepas konsert pertama beliau tahun lepas.

Kemudian, aku pun ternampak kemunculan status-status di Facebook dan tweet di Twitter yang mengatakan, "Aku dah beli Tiket Konsert Maher Zain!!!" Ada jugak yang bercerita dekat blog yang beliau sudah menempah tiket tersebut secara online. Aku yakin mereka sudah pasti mendapatkan tiket tersebut memandangkan tarikh konsert sudah semakin hampir.

Tapi lama kelamaan, aku nampak ada sesuatu yang kurang enak. Orang-orang yang sudah pun membeli tiket Maher Zain seperti mendabik dada. Seolah-olah merendahkan kawan-kawan yang tak dapat atau tak membeli tiket Maher Zain.

Tiket Maher Zain bukannya murah-murah anak. Paling murah pun RM 53 tapi sudah semestinya tiket paling murah biasanya tiket yang paling cepat habis dan tempat duduk yang paling sikit disediakan.

Tak semua orang mampu nak membeli tiket sampai RM 297. Kalau kau mampu beli, Alhamdulillah. Tapi tak perlulah kau nak down kan orang lain. Tak semua orang mampu nak mengeluarkan jumlah duit sebanyak itu untuk menonton konsert.

Bab mengutuk kawan yang tak pergi konsert satu hal. Ada pula yang lebih extreme. Ada yang siap mengutuk orang yang tak pergi ke Konsert Maher Zain tidak mendapat hidayah. Ayat-ayat sindiran seperti, "Kalau ajak pergi Jom Heboh, laju aje. Kalau ajak pergi ke majlis ilmu, payah betul," banyak berkumandang.

Sebenarnya, aku kurang gemar dengan perkataan "majlis ilmu" tersebut.

Ok. Konsert Maher Zain bukan satu majlis ilmu. Konsert Maher Zain adalah sebuah konsert. Namanya pun konsert, macam mana pula boleh jadi majlis ilmu. Konsert Maher Zain ialah sebuah konsert, sama seperti Konsert Jom Heboh dan Konsert Deftones.

"Tapi, lagu-lagu Maher Zain tu lagu nasyid. Lagu santapan rohani. Tak sama dengan lagu-lagu dekat Konsert Jom Heboh!"

Ok. Aku akui lagu Maher Zain memang berbeza dengan lagu-lagu di Konsert Jom Heboh. Tapi ia tetap sebuah konsert.

Konsert berfungsi sebagai hiburan. Konsert adalah alat untuk menghiburkan manusia. Memanglah Konsert Maher Zain berbeza. Tapi ia masih sebuah konsert yang berbentuk hiburan.

Konsert Jom Heboh adalah konsert hiburan secara duniawi. Manakala Konsert Maher Zain pula adalah hiburan secara Islam.

Islam tak melarang umatnya untuk berhibur asalkan jangan melalaikan. Dalam Islam ada guideline untuk berhibur. Jadi, sebab itulah aku kata Konsert Maher Zain ialah sebuah hiburan. Hiburan yang mengikut cara Islam lah.

Tapi tak bererti pergi ke Konsert Maher Zain itu sama seperti pergi ke majlis ilmu. Majlis ilmu adalah berbeza. Majlis ilmu ialah dimana ada seorang ahli agama 9atau lebih) memberikan ceramah atau pembentangan tentang sesuatu topik dalam Islam. Ceramah yang diberikan mempunyai info dan diterangkan secara jelas. Bila ada para hadirin yang tidak jelas, mereka boleh bertanya kepada para penceramah tersebut.

Kalau kau betul nak pergi ke majlis ilmu, tak payahlah kau keluarkan RM 297. Pergi saja ceramah-ceramah di surau atau masjid yang berdekatan. Mustahillah surau atau masjid di sekitar tempat tinggal kamu tidak membuat ceramah. Selepas Sembahyang Maghrib mesti ada ceramah.

Atau kalau kau tak berkesempatan nak pergi ke surau atau masjid, dekat TV pun ada. Setiap hari Khamis malam Jumaat, TV1 ada menyiarkan Forum Perdana Islam. Ini baru majlis ilmu. Atau sesiapa yang ada Astro, boleh buka Astro Oasis. Kalam Ilmu dan Bahtera Perubahan adalah beberapa rancangan berformat majlis ilmu yang boleh ditonton di saluran tersebut.

Konsert adalah konsert. Konsert tidak bertukar menjadi majlis ilmu. Konsert Maher Zain memang bersifat hiburan Islamik tapi tidak cukup untuk menggelarkan ia sebagai majlis ilmu.

Lagipun, aku yakin bukan semuanya yang pergi ke Konsert Maher Zain untuk hadir ke "majlis ilmu". Ada yang datang ke konsert tersebut sebab:

"Aku nak tengok Maher Zain secara live."
"Aku pergi konsert ni sebab nak tengok Maher Zain yang handsome tu. Muka dia cute la."
"Aku pergi sebab nak dengar lagu dia je. Suara dia mendayu-dayu."
"Aku tak pernah pergi konsert. Nak pergi, mak ayah aku marah. Pergi konsert Maher Zain ni baru la parents aku lepas kan."

Aku yakin mesti ada yang pergi ke konsert menggunakan alasan di atas. Jangan nak menipu dan jangan jadi hipokrit.

Kalau kamu anggap konsert nasyid adalah sejenis majlis ilmu, kenapa kamu tak pergi sahaja konsert Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-Team, Miwarna dan lain-lain kumpulan nasyid di Malaysia. Kenapa nak menunggu Konsert Maher Zain baru kamu nak gelarkan sebagai majlis ilmu dan baru mahu pergi?

Aku bukan nak salahkan Maher Zain. Apa yang Maher Zain hidangkan adalah betul. Maher Zain menyediakan sejenis hiburan secara Islamik. Aku puji dengan daya usaha Maher Zain. Aku bukanlah peminat lagu-lagu nasyid, tapi aku akui lagu Maher Zain memang sedap untuk didengari. Maher Zain tak salah apa pun.

Cuma aku agak annoying dengan peminat-peminat Maher Zain yang over reacted. Yang nak down-kan kawan yang tak mampu beli tiket yang mahal. Yang nak down-kan kawan sebab kononnya tidak turut serta ke "majlis ilmu".

Kesimpulannya:

  • Konsert adalah konsert. Konsert tidak bertukar menjadi majlis ilmu. 
  • Konsert Maher Zain memang bersifat hiburan Islamik tapi tidak cukup untuk menggelarkan ia sebagai majlis ilmu.
  • Tak salah kamu nak ke Konsert Maher Zain, tapi jangan kamu suka-suka nak down-kan kawan kau sebab tak mampu beli tiket Maher Zain yang mahal.
  • Jangan jadi hipokrit kalau kau pergi ke Konsert Maher Zain sebab nak tengok ke-handsome-an mukanya tapi kononnya mengaku kau macam pergi "majlis agama."
  • Konsert bukanlah venue untuk manusia jadi lebih baik dari aspek pemahaman agama. Kalau nak menambahkan ilmu di dada, pergi ke surau atau masjid.

Kepada yang telah pun mendapatkan tiket Konsert Maher Zain, selamat berhibur. Jaga akhlak dan jangan ada pulak yang menjerit-jerit dan melompat-lompat macam pergi ke Konsert Jom Heboh.

Kepada yang tak dapat pergi sebab harga tiket mahal, kumpul duit. Tahun depan mesti Maher Zain datang lagi.

Kalau rasa susah juga, buka Youtube dan tengok sajalah Maher Zain dari PC anda.

==========

Aku tak tahu kenapa, tapi aku tak boleh nak suggest fan page blog ini pada kawan-kawan kau di Facebook.

Oleh itu, aku akan meneruskan kempen mempromosi di blog ini sahaja.

Kalau sudi, sila joint fan page blog ini di: Blog Warmness On The Soul & Associates.

Atau kamu boleh like di like box di bahagian sidebar blog di sebelah kanan kamu.

10 comments:

alien said...

alahai~
aku membayangkan sekiranya maher zain itu bukan penyanyi terkenal sebaliknya pendakwah/penceramah terkenal..
mahukah mereka berebut-rebut datang andai ianya free atau berbangga memiliki tiket andai ianya berbayar..

Amirul (aremierulez) said...

Alien:
Hahaha! Betul jugak kata kau tu. tak terfikir pulak aku.

Agaknya kalau dia hanya sebagai penceramah, ada ke diorang nak pergi ye?

adele said...

salam..
kupasan yg menarik..
btul, konsert adalah konsert, bukan majlis ilmu..
tp melalui konsert spt maher zain, sy rasa tiket rm297 itu bukanlah semata2 utk diberikan kpd maher zain dan pengarah konsert, slebihnya akda juga yg akan disumbangkan kpd badan2 amal..jd, semakin tinggi harga tiket yg dibeli, semakin tinggi lah nilai sedekah kita..tak gitu?

tp mmg ramai yg menghadiri konsert islami sebegini gagal menjaga akhlak mereka krn terlalu fanatik. islam tidak mengharamkan hiburan tetapi berpada-padalah..

sekadar pandangan..maaf atas kekurangan :)

Amirul (aremierulez) said...

Yes. aku ada tulis yang Islam tak mengharamkan hiburan. Tapi entri ni bukannya nak menyalahkan Maher Zain, tapi kepada orang yang menghadiri konsert tu.

Kalau betul tiket tu disalurkan ke badan amal, baguslah.

Tapi kalau dah beli tiket tu, lepas tu siap tayang2 kat member & siap kutuk member2 yang tak beli tiket, yang tu nak kira macam mana pulak ye?

Baba gagal menjaga akhlak tu, kau tak tau lah. Sebab aku tak pergi konsert dia yang first tu. lagipun aku tak kupas pasal penonton yang gagal menjaga akhlak masa konsert tu.

tapi kata kawan aku yang pergi, dia kata ada perempuan yang terjerit2 dan melompat2 masa konsert tu.

betul ke?

Joey said...

aku tak pernah minat maher zain.

Macam kata pemblogger terkenal, obefiend, he just use his religious watak as marketing, almaklumlah, negara kita, apa2 saja yang kunun2 memberi barakah dan hidayah INSAF maka ramailah yang minat.

p/s siapa artis yang disuka dan diminati, itu hak masing2. Tak perlulah kata my favourite singer is better than yours sebab dia bawa mesej KETUHANAN supaya lepas ni aku INSAF.:)

Amirul (aremierulez) said...

joey:
yes. tepat sekali. aku pun ada baca jugak obefiend tulis tu.

eh? kau ni Joey yang mana eh? kau ni joey yang dari Sabah tu ke?

Joey said...

berapa banyak Joey yang tau blog kau?????


:P

Amirul (aremierulez) said...

Joey!!!
Apa link blog kau eh? aku dah terhilang la link blog kau tu

Joey said...

hahahaha.

did i ever tell anyone my link??

p/s you have to go to find it for yourself :P

Amirul (aremierulez) said...

ok.. aku cari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...