Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, March 31, 2011

FAM, Jadual Perlawanan Padat dan Mengaut Keuntungan


Rasanya semua peminat bola sepak English Premier League (EPL) rata-rata sudah mengetahui yang Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia bakal berentap dengan 3 pasukan handalan dari EPL dalam siri perlawanan persahabatan Julai nanti.

Tiga pasukan yang dimaksudkan ialah Liverpool FC, Chelsea FC dan Arsenal FC.

Sebagai peminat Liverpool FC, kedatangan Liverpool untuk kali pertama ke Malaysia memang ditunggu-tunggu oleh aku semenjak sekalian lamanya.

Kenapa Liverpool tidak dibenarkan ke Malaysia sebelum ini? Kerana penaja utama Liverpool sebelum ini ialah sebuah jenama arak dari Denmark, Carlsberg. Macamlah dekat Malaysia selama ini tak menjual arak jenama Carlsberg. Kilang punyalah besar dekat Shah Alam, dari rumah abang aku boleh nampak dengan terang dan jelas.

Ok. Kembali ke cerita tentang bola sepak.

Semalam, jadual perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia dan 3 pasukan EPL telah dikeluarkan di fan page Info Sukan Malaysia. Tarikh perlawanan persahabatan ini boleh dikatakan sudah tetap kecuali diubah atas kehendak pasukan EPL tersebut:

10 Julai 2011
Malaysia vs Chelsea

12 Julai 2011
Malaysia vs Liverpool

14 Julai 2011
Malaysia vs Arsenal

Kalau dilihat dari jadual di atas, kita dapat lihat yang Pasukan Malaysia bakal berentap dengan 3 gergasi EPL dalam tempoh 5 hari. Malaysia hanya mempunya waktu rehat selang sehari sahaja.

Persoalannya, adakah relevan memngadakan 3 perlawanan persahabatan dalam tempoh 5 hari? Ada kemungkinan pemain akan kepenatan dan ini akan mendorong kepada kecederaan pemain.

"Kau ni menggelabah la, Mirul. Malaysia kan ramai pemain bola. Agaknya, Malaysia panggil 30 player untuk siri friendly game ni kot. Tak pun panggil 50 orang ke."

Tujuan perlawanan persahabatan dibuat oleh sesebuah persatuan bola sepak ialah untuk memastikan pemain mempunyai kesefahaman antara satu sama lain dan juga menambahkan pengalaman.

Jadi, apakah pemain mampu menimba pengalam jika 50 orang player itu di rotate untuk 3 perlawanan persahabatan tersebut?

Dan ini pasukan yang mewakili negara. Bukan semua pemain mempunyai kebolehan dan kredibiliti untuk menjadi pemain yang mampu mewakili negara. Apa guna panggil ramai-ramai kalau semuanya tak boleh main.

"Kau ni menggelabah lebih la. Setakat 3 game dalam 5 hari. Hari-hari lain kan diorang boleh rehat."

Ok. Mungkin jadual di atas tidak menggambarkan apa yang cuba aku maksudkan. Mari kita lihat jadual penuh pasukan Malaysia sepanjang bulan Jun dan Julai.

Pasukan Olimpik Malaysia telah diundi menentang Pasukan Olimpik Lubnan dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012. Mereka akan bertemu Lubanan pada 19 dan 23 Jun.

Sementara itu, pasukan kebangsaan Malaysia pula telah diundi untuk menentang pasukan Taiwan pada 29 Jun dan 3 Julai untuk Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2014.

Jika Pasukan Malaysia menang, Malaysia bakal menentang dengan pasukan jiran, Singapura, untuk Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai.

Jadi, jadual perlawanan Malaysia akan menjadi begini:

19 Jun 2011
Lubnan vs Malaysia

23 Jun 2011
Malaysia vs Lubnan

29 Jun 2011
Malaysia VS Taiwan

3 Julai 2011
Taiwan VS Malaysia

10 Julai 2011
Malaysia vs Chelsea

12 Julai 2011
Malaysia vs Liverpool

14 Julai 2011
Malaysia vs Arsenal

(Jika menang ke atas Taiwan)
23 Julai 2011
Singapura vs Malaysia 

28 Julai 2011
Malaysia vs Singapura

Bagaimana? Padat bukan jadual Pasukan Malaysia. Bak kata Nami TTGB, "Bangla punya overtime pun tak teruk macam ni la."

Tidak sampai seminggu Pasukan Olimpik Malaysia berentap dengan Lubnan (23 Jun), mereka perlu berentap dengan Taiwan pula 29 Jun dan 3 Julai. Seminggu kemudian, mereka perlu mengharungi 3 perlawanan persahabatan menentang 3 gergasi EPL pada 10, 12 dan 14 Julai.

Dan jika Malaysia mempunyai rezeki, Malaysia akan menentang Singapura pula pada 23 dan 28 Julai. Kenapa begitu padat jadual untuk Pasukan Malaysia?

"Mengalabah kau ni, Mirul. Pasukan Olimpik tu pasukan bawah 23 tahun. Pasukan kebangsaan Malaysia pulak, pemain senior. Yang kau masukkan jadul pasukan olimpik sekali, nak buat apa?"

Perlu diingat yang ada pemain dalam Pasukan Olimpik Malaysia juga bermain dalam Pasukan Senior Malaysia.

Pemain yang bermain untuk kedua-dua pasukan Olimpik dan senior ialah Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Faizal Muhammad, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Faizal Abu Bakar, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani dan pemain yang menjadi tonggak utama kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki, penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Perlu diingat juga, mereka perlu menempuh baki perlawanan dalam Liga Super Malaysia dan kemudian akan disambung pula dengan Piala Malaysia.

Mampukan pemain tersebut mengharungi semua perlawanan di atas? Mampukan mereka bertahan ataupun akhirnya mereka akan tercedera kerana kepenatan?

Jadi aku terfikir, apa relevannya Malaysia memanggil 3 pasukan EPL untuk mengadakan perlawanan persahabatan di sini? Kenapa tidak panggil satu pasukan sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini?

Misalnya, panggil Liverpool sahaja memandangkan Arsenal sudah datang ke Malaysia beberapa kali dan Chelsea pula baru datang ke Malaysia pada tahun 2008. Kenapa perlu panggil 3 pasukan dan padatkan jadual Pasukan Malaysia yang boleh mereka keletihan?

Adakah FAM cuba mengaut keuntungan dari peminat bola sepak Malaysia? Rasanya, FAM pasti sedar yang semenjak memenangi Piala Suzuki, peminat Malaysia sudah semakin bertambah dan stadium mulai dipenuhi dengan penonton setiap kali perlawanan yang melibatkan Pasukan Kebangsaan Malaysia. Dicampur pula dengan peminat 3 pasukan EPL nanti.

Tapi mampukah stadium penuh untuk ketiga-tiga perlawanan pesahabatan nanti? Perlu diingat, semasa perlawanan persahabatan menentang Man Utd tahun lepas, bukan semua peminat Man Utd yang datang menonton. Ada juga peminat Liverpool, Chelsea dan Arsenal yang datang memenuhi stadium.

Mampukah stadium penuh untuk ketiga-tiga perlawanan nanti? Harga tiket bukannya murah-murah anak. Kita tunggu dan lihat sahajalah.

Apa-apa pun, aku agak sedih dan kasihan kepada pemain negara kita yang bakal disumbat dengan jadual padat menjelang Jun dan Julai nanti. Diharap mereka berjaya mengharungi semua perlawanan dengan selamat, iaitu tidak tercedera.

Dan diharap pemain tidak terlalu penat dan mampu beraksi dengan sepenuh semangat. Dah harap Malaysia mampu pergi jauh dalam Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 nanti.

Memang sukar untuk Malaysia layak ke Piala Dunia 2014 dengan pemain yang ada. Tapi sekurang-kurangnya, biarlah Malaysia tumpas kepada pasukan Jepun atau Korea dalam pusingan kelayakan nanti dan bukan kalah kepada Singapura. Malulah juara Asean boleh kalah dengan Singapura nanti kan? Biarlah pasukan Malaysia pergi jauh sikit kali ini.

Kepada FAM, aku agak sedih bila memikirkan yang FAM lebih mengutamakan keuntungan dalam menjalankan organisasi tersebut. Sudah sampai masa semua ahli jawatankuasa FAM terutamanya Tuan Presiden FAM meletakkan jawatan dan berikan jawatan tersebut kepada orang yang lebih arif untuk mengendalikan FAM. Jangan seksa pemain semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.

Bagaimanapun,InsyaAllah aku akan ke perlawanan persahabatan Malaysia menentang Liverpool nanti. Bukan senang mahu tunggu Liverpool turun ke Malaysia.

Tapi jauh disudut hati aku, aku akan merasa sedih melihat pemain Malaysia dipergunakan untuk mengaut keuntungan oelh FAM.

Apa-apa pun, diharap Pasukan Kebangsaan Malaysia terus maju jaya dan mara sejauh mungkin dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 nanti.

Malaysia boleh!

Tuesday, March 29, 2011

Manusia dan Air Minuman

Sebelum mebaca entri di bawah, sila tonton video di bawah:



Selepas menonton video di atas, baru kita tahu bahawa membeli air mineral (air minuman) yang dipaketkan di dalam botol boleh mengancam alam sekitar tanpa kita sedari.

Plastik adalah bahan yang tidak boleh dihapuskan, hanya boleh dikitar semula dan plastik mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.

Sekarang pun sudah banyak shopping complex di Malaysia yang sudah mendapat kesedaran untuk menjalankan kempen Hari Tanpa Beg Plastik, dimana tiada beg plastik disediakan pada setiap hari Sabtu.

Carefour Batu Pahat lagi hebat. Hari Tanpa Beg Plastik dijalankan selama 2 hari, Jumaat dan Sabtu. Batu Pahat bandar paling 'hijau' di Malaysia? Lulz!

Berbalik kepada isi kandungan video di atas, video ini menggalakkan kita memberhentikan pembelian air minuman dalam botol dan menggalakkan kita meminum tap water (air paip) sebagai langkah untuk mengurangkan penggunaan plastik dan menghentikan penindasan syarikat kapitalis yang cuba mengambil kesempatan daripada pengguna.

Tapi itu di Amerika (atau negara-negara Eropah lain) yang mempunyai kualiti tap water yang baik. Tap water di sana boleh diminum terus tanpa perlu dimasak. Bagaimana dengan kualiti tap water di Malaysia?

Tap water di Malaysia tidak sebersih seperti di Amerika atau di negara-negara Eropah yang lain. Kita perlu memasak air tersebut sebelum kita boleh minum dengan selamat. Tapi, adakah air tersebut sudah cukup bersih dan selamat untuk diminum?

Aku tak tahu bagaimana keadaan dan kualiti tap water di tempat kamu tinggal, tapi tap water di tempat aku tinggal (Batu Pahat, Johor) tidak mempunyai kualiti air yang baik.

Walaupun tap water tersebut sudah dimasak, tapi air tersebut belum tentu betul-betul bersih. Pernah dulu aku masak air dan aku tuang dan simpan di dalam botol. Tiba-tiba aku ternampak ada keladak berkumpul di bahagian bawah botol tersebut.

Benda ini berulang beberapa kali. Ini bermakna, tap water yang sudah dimasak belum tentu terjamin tahap kebersihannya. Belum tentu air yang dimasak itu selamat untuk diminum.

Jadi, apa cara terbaik untuk mendapatkan air bersih selain daripada membeli drinking water? Terpaksalah kita memasang penapis air, yang kadangkala overrated, seperti Bio-Aura, Dr. Jabbar dan lain-lain.

Dekat rumah aku, ayah aku memasang penapis air Imtiyaaz kerana tidak berapa mampu nak membeli penapis Bio Aura yang mahal. Sebenarnya tak nak membazir beli penapis air yang mahal yang hanya menjalankan fungsi yang sama dengan penapis air yang murah. Why pay more when you cah get it less?

Aku takut juga kalau minum air yang tidak bersih. Malah, ada yang mengatakan meminum air yang bersih boleh mendatangkan penyakit yang bahaya. Kanser sebagai contohnya. banyak artikel sudah terbit di akhbar tentang perkara ini.

"Eleh, kerek lah family kau ni, Mirul. Family aku relax je tak payah pakai penapis ni. Kitorang minum air paip je. Tak pernah kena kanser pun?"

Syukurlah kau tak pernah kena apa-apa penyakit dari tap water itu. Tapi berbeza nasib dengan keluarga aku.

Mak aku menghidap kanser. Tidak dapat dipastikan samada tap water yang kotor menjadi punca, tapi serba sedikit rasa trauma dan sikap berhati-hati timbul dalam hati semua ahli keluarga aku terhadap tap water yang tidak bersih. Jadi, sebab itu family aku mengambil langkah untuk memasang penapis air.

Rasanya, tap water kotor bukan sahaja menjadi masalah di tempat aku. Rasanya, di Selangor dan beberapa negeri lain juga sama. Ternyata tap water di Malaysia kurang selamat untuk diminum tanpa dimasak terlebih dahulu.

Jadi, apa kesimpulan yang kita dapat di sini?

Kita terpaksa membayar untuk mendapatkan bekalan air yang bersih. Tidak kiralah samada membayar untuk memasang penapis air atau pun membeli mineral water. Air adalah sebahagian dari benda asas, selain tanah dan udara, yang manusia sepatutnya boleh nikmati secara percuma.Tetapi kita perlu membayar untuk mendapatkannya.

Memang tak mustahil, mungkin satu hari nanti udara juga bakal menjadi bahan perniagaan. Tanah? Sudah lama dijual belikan. Dari zaman Hamurabbi lagi, tanah sudah mula diperdagangkan apabila wujudnya golongan si pemilik tanah dan bukan pemilik tanah.

Rakyat marhaen yang berhempas-pulas memburuh dan mendapat gaji yang tak seberapa sedangkan harga barang semakin naik setiap hari terpaksa dibebankan pula dengan dipaksa membayar untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan selamat untuk keluarga kita.

Persoalannya, siapa yang perlu bertanggungjawab menyediakan bekalan air yang bersih di Malaysia ini?

Monday, March 28, 2011

Movie Marathon: Sucker Punch & World Invasion: Battle Los Angeles

Pada hari Khamis yang lepas, aku pergi menonton wayang. Aku melakukan sessi movie marathon.

"Movie marathon tu apa, Mirul?"

Movie marathon adalah sessi dimana aku akan menonton lebih dari satu filem dalam tempoh sehari. Tapi biasanya, aku akan menonton 2 filem berturut-turut. Aku belum pernah melakukan movie marathon lebih dari 2 filem setakat ini

Tapi kali ini agak unik sedikit, kerana aku melakukan secara seorang diri. Yes! Aku menonton wayang marathon secara seorang diri kali ini.

Aku pernah pergi menonton wayang secara seorang diri sebelum ini, tetapi tak pernah pula aku melakukan movie marathon seorang diri.

Kenapa aku tengok wayang seorang diri?

1. Aku seorang lelaki single sekarang. Amoi terakhir yang aku tackle skearang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Tak kan aku mahu tunggu dia balik pula? 
2. Aku tak tahu mana kawan-kawan aku menghilangkan diri. Bukan main susah lagi aku nak ajak tengok wayang. Biasa laju saja kalau aku ajak (kecuali kalau aku ajak tengok filem Melayu). 

Kesimpulan yang mudah, aku tengok wayang bersendirian. Lebih mudah. And yes, I'm forever alone.

Ini bukan kali pertama aku menonton secara forever alone. Kali pertama aku buat ialah tahun lepas, ketika aku menonton filem Kick-Ass. Filem yang hebat, tak sia-sia menonton seorang diri.

Ok. Untuk entri kali ini, aku mahu mengulas dua buah filem yang aku tonton secara forever alone movie marathon, Sucker Punch dan Battle of Los Angeles.


Sucker Punch







Melihat dari 2 trailer di atas, aku terfikir, cerita ini tentang apa sebenarnya? Ada babak melawan samurai, ada babak melawan naga. Adakah ini satu cerita fantasi? Ataupun cerita tentang pengambaraan epic? Sebenarnya jalan cerita ini sangat mudah. Kisah mengenai sekumpulan gadis yang mahu melepaskan diri dari Pusat Sakit Mental.

Aku suka dengan pembukaan filem ini. Filem berlatar belakangkan tahun 1955 ini dibuka dengan kisah bagaimana watak utama filem ini, Baby Doll (lakonan Emily Browning), dimasukkan ke Pusat Sakit Mental.

Scene tersebut dibuat secara ringkas diiringi dengan lagu Sweet Dreams (Are Made of This) - nyanyian asal dari Eurythmics - tetapi dinyanyikan semula oleh Emily Browning dengan versinya yang tersendiri.

Pengembaraan bermula apabila Baby Doll berjumpa dengan Sweet Pea (lakonan Abbie Cornish), Rocket (Jena Malone), Amber (Jamie Chung) dan Blondie (Vanessa Hudgens) di Pusat Sakit Mental tersebut dan berusaha untuk melepaskan diri.

Oleh kerana Baby Doll tertekan dengan dunia realiti apabila beliau dihantar ke Pusat Sakit Mental, beliau pun berkhayal dan masuk ke satu alam khayalan yang kononnya beliau telah dihantar ke sebuah kelab kabaret dimana mereka perlu belajar menari untuk survive di kelab tersebut.

Baby Doll kemudian mengajak Sweet Pea, Rocket, Amber dan Blondie melarikan diri. Untuk melarikan diri, mereka perlu mengumpul 4 buah item berserta 1 item rahsia.

Apabila mereka menjalankan misi untuk mendapatkan item-item tersebut, sekali lagi Baby Doll masuk ke alam khayalan yang kononnya mereka terpaksa bertempur untuk mendapatkan item-item tersebut. Dalam khayalan, masuk ke satu lagi alam khayalan. Lebih kurang seperti cerita Inception, mimpi masuk ke dalam mimpi yang lain.

Dalam khayalan, kelima-lima gadis tersebut terjebak dengan perlawanan yang melibatkan samurai robot yang menggunakan Gatling Gun, Tentera Jerman semasa Perang Dunia Pertama, bertarung dengan naga, dan robot.

Bagi aku, jalan cerita ini sangat simple. Sekumpulan gadis yang mahu melepaskan diri dari Pusat Sakit Mental. Tetapi pengarah mengubah cara penceritaan dengan menggunakan metafora untuk menambahkan impak dalam filem untuk babak ketika gadis-gadis ini ingin mendapatkan barang yang diperlukan.

Pros Sucker Punch

1. CGI yang sangat mantap. Kehalusan CGI Sucker Punch sama mantap atau lebih mantap daripada CGI cerita Transformers.

2. Scene pertarungan yang menarik. Inilah scene pertarungan yang sepatutnya ada dalam filem-filem yang diadaptasi dari fighting game seperti King of Fighters, Tekken dan Street Fighter.

3. Muzik latar untuk setiap babak sangat menarik dan selari dengan babak tersebut.

4. Jalan cerita ringkas tetapi digarapkan dengan metafora yang menarik. Scene mencuri item ditukar dengan scene pergaduhan memang satu cara yang baik.

5. 5 orang gadis mengenakan pakaian seksi dan terlibat dalam pertarungan. Apa lagi yang lebih menarik apabila menonton perempuan memegang machine-gun? Priceless.


Cons Sucker Punch

1. Sudah semestinya tiada sequal. Kenapa? Kamu kena tonton sendiri. I don't wanna spoil the fun.

2. Carla Gugino is a hot milf. Tapi dalam filem ini, dia tidak menonjol langsung.



Aku bagi 4.5 bintang untuk filem Sucker Punch. Walaupun pengkritik professional memberikan komen negatif terhadap filem ini, tetapi kebanyakan penonton memberikan komen positif untuk filem ini.

Aku tak tahu kenapa tapi filem ini banyak mengiatkan aku kepada filem Kick-Ass.


World Invasion: Battle Los Angeles




Melihat dari trailer di atas, pasti ramai yang berfikir “Ah, another alien movie.” Tapi, ini bukanlah filem alien yang tipikal seperti biasa.

Biasanya dalam babak filem alien yang tipikal, manusia akhirnya berjaya memusnahkan alien menggunakan senjata baru yang mereka cipta seperti laser gun, bom laser atau pun apa-apa senjata baru yang selama ini tidak wujud sebelum ini dan dicipta khas untuk memusnahkan alien tersebut.

Tetapi dalam cerita ini, manusia yang berperang dengan alien menggunakan senjata biasa. Menggunakan senapang, pistol, grenade, bazooka dan senjata ketenteraan yang lain. Sebenarnya filem ini layak digelar sebagai salah satu filem dalam genre war movies.

Filem ini bermula apabila sekumpulan meteor jatuh terhempas ke bumi, dah salah satunya jatuh di pantai di Los Angeles. Semua pasukan tentera diarahkan untuk bersiap sedia apabila mereka mengetahui yang meteor yang jatuh tersebut membawa sekumpulan alien.

Pasukan tentera marin yang diketuai oleh Leftenan William Martinez (lakonan Ramón Rodríguez)  dan juga seorang Staff Sergeant Michael Nantz (Aaron Eckhart) yang sedang menunggu hari beliau bersara, pergi ke Bandar Los Angeles untuk menyelamatkan orang awam yang terperangkap di bandar Los Angeles.

Tetapi, misi mereka tidak semudah itu. Pihak lawan mereka ialah alien yang mempunyai senjata berteknologi tinggi dan mempunyai taktik perang yang sempurna. Satu demi satu askar gugur ketika ingin menyelamatkan diri mereka keluar dari bandar Santa Monica.

Filem ini bukan sahaja dipenuhi dengan babak perang, juga dipenuhi dengan emosi sedih lebih-lebih lagi babak kematian seorang demi seorang askar yang bertugas. Mungkin babak ini agak klise kerana boleh dikatakan semua filem perang mempunyai babak ini, tetapi babak inilah yang menyerikan filem perang.

Babak perang dalam filem ini juga nampak 'real' walaupun mereka hanyalah berperang dengan alien dan bukannya manusia. Babak cemas ketika askar diserang oleh alien secara mengejut semasa awal filem juga agak mencemaskan. Malah, pengarah bijak untuk menyembunyikan identiti dan bentuk alien pada awal cerita berjaya menimbulkan perasaan ingin tahu para penonton.

Michelle Rodriguez yang berlakon dalam filem Avatar sebagai pilot, muncul sebagai seorang tentera udara dalam filem ini. Bezanya, watak Michelle Rodriguez iaitu Tencnical Sergeant Elena Santos, selamat sehingga ke akhir filem ini.

Pros Battle Los Angeles

1. Filem alien yang tidak klise seperti filem alien yang biasa. Lebih ke arah genre filem perang.

2. Babak perang yang menarik dan mencemaskan. Pengarah menggarap babak perperangan seperti peperangan antara manusia.

Cons Battle of Los Angeles

1. Reka bentuk alien yang nampak kurang gah. Kalau reka bentuknya seperti alien filem Predator, mungkin akan nampak alien tersebut lebih ganas.


Aku beri 4 bintang untuk filem ini. Satu filem perang yang baik. Dipenuhi babak yang mencemaskan dan emosi sedih.

Sekian review filem serba malas dari aku.

P/S: Ada yang merungut sebab aku beri 4 bintang untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa dalam review sebelum ini. Perlu diingat, apabila aku membuat review untuk filem Malaysia, aku hanya akan menilai mereka setakat dalam industri filem Malaysia dan tidak membandingkan dengan filem luar negara.

Friday, March 25, 2011

4 Tahun Sudah Berlalu

Kalau kamu semua tengok dibahagian sidebar blog aku, mesti kamu perasan aku ada meletak ayat "Blog ini mula beroperasi semenjak 25 Mac 2007".

Jadi hari ini bertarikh 25 Mac 2011. Ini bermakna sudah 4 tahun aku berblog. kalau ada anak, dah boleh bercakap anak tu.

Aku pernah tulis sejarah minat aku untuk berblog dulu. Sempena sambutan hari kelahiran blog aku, aku akan menceritakan kembali bagaimana ia bermula. Kali ini dengan ayat yang lebih teratur dan cerita yang lebih teliti.

Semangat dan minat aku untuk menulis blog bermula semasa aku lepak dekat Cyber Cafe (CC) pada tahun 2002, selepas aku habis bersekolah dan sedang menunggu keputusan SPM keluar. 

Sepanjang aku belajar di sekolah menengah, aku tak tahu apa-apa pasal internet. Aku amat jarang-jarang berchatting (semasa itu chatting melalui IRC). Penah juga 4-5 kali aku cuba untuk berchatting. Itu pun aku chat dengan bantuan kawan aku sebab aku tak faham bahasa singkatan yang digunakan semasa chatting.

"Dah mkn ker?" Ayat tertera di skrin IRC aku.

"Apsal dia bubuh huruf R kat hujung tu?" Tanya aku.

"Memang stail dia macam tu kalau Chatting" Jawab kawan aku.

Zaman aku dulu, suka letak huruf 'R' pada ujung ayat. Zaman sekarang, huruf 'W' menjadi pilihan (Dah makan kew? Comel yew!)

Aku betul-betul naif di alam maya. Akhirnya selepas SPM, aku lepak CC untuk meningkatkan pengetahuan  aku berkenaan alam siber. Aku selalu lepak CC dekat Summit Batu Pahat. Nama CC tersebut ialah Welly Computer. 

Setiap kali aku lepak dekat situ, aku terperasan ada seorang gadis yang selalu lepak di CC tersebut. Aku terjumpa beberapa kali. Malah, dia suka duduk di komputer di barisan hujung. Aku pula selalu lepak di komputer sebelah gadis tersebut.

Dari situ aku perasan sesuatu. Dia tulis blog. Aku pun sebenarnya tak tahu sangat tentang blog ketika itu. Tapi aku betanya dengan dia. Malu bertanya sesat jalan. Supaya aku tidak sesat dan kembali ke jalan yang benar, aku memberanikan diri untuk bertanya kepada dia:

"Awak tulis ape nih?" Tanya aku membuka perbualan.

"Oh. Ini namanya blog." Jawab gadis tersebut

"Best ke tulis blog?"

"Awak tulis la satu blog. Nanti awak akan rasa, apa yang saya rasa."

"Tapi saya tak tahu pasal blog ni. Saya ni buta IT. Boleh awak ajar saya"

"Boleh aje. Tapi esoklah. Saya dah nak balik ni."

Aku gembira mendengar kata-kata dia. Esok dia nak ajar aku buat blog.

Esok, aku datang berkunjung ke CC seperti biasa. Tapi dia tiada. Mungkin dia sakit, kata hati aku untuk menyedapkan keadaan. 

Esoknya pun dia tidak muncul-muncul. Begitu juga hari-hari berikutnya. Aku pun tak tahu apa jadi dengan dia. Bila kau fikir-fikirkan balik, baru aku teringat. Kebanyakan budak-budak dah menerima tawaran Universiti. Mungkin dia dapat masuk kemana-mana universiti (aku masuk Politeknik bulan 12, lambat 1 semester).

Mungkin juga dia kedekut ilmu. Itu sebabnya dia sengaja janji dengan aku nak mengajar aku buat blog esok walaupun dia tahu dia tidak akan datang ke situ lagi esok. Ok. Tak baik aku bersangka jahat.

Semasa aku belajar di Politeknik Merlimau, ada seorang budak junior aku bagitahu aku yang dia ada blog. Aku pun pujuk dia suruh dia ajar aku buat blog. Tapi kerana kesibukan, aku terlupa untuk membuat blog. Ok, aku tipu. Aku tak sibuk mana pun. Sebenarnya aku tidak mempunyai laptop ketika itu. Itu sebabnya niat aku sekali lagi terpaksa dilupakan.

Akhirnya, di bumi Segamat, aku akhirnya berjaya juga membuat blog hasil dari titik peluh sendiri. Bermula dengan housemate aku ketika aku belajar di Politeknik Merlimau Melaka, Yusra Yusop, yang membuat blog untuk menyatukan kembali kawan-kawan di Politeknik Merlimau.

Kemudian roomate aku ketika aku tinggal di 32 Jementah di Segamat yang bernama gelaran Cendol, membuka niat untuk menulis di dalam blog. Aku pun teringat semula cita-cita aku yang ingin menulis di blog dari dulu lagi. 

Aku pun menyuruh dia buat blog terlebih dahulu, suruh dia jadi test market atau bahan uji kaji samada blog dia akan menjadi bahan ketawa dan cacian budak-budak rumah yang lain atau tidak. Setelah aku lihat dia selamat, aku pun buat blog sendiri.

Bila aku buat blog sekarang, baru aku tahu bukan susah mana pun mahu menguruskan blog. Kalau aku tahu yang mahu berblog sangatlah mudah, mungkin aku sudah mempunyai blog sejak tahun 2002 lagi. Tapi mungkin blog aku tak bertajuk "Warmness On The Soul".

Maka pada 25 Mac 2007, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang blogger.

Untuk 3 bulan pertama, aku tak tahu apa yang aku mahu tulis di blog aku. Mungkin kerana tiada pengalaman menulis dan juga tiada kawan-kawan yang berada dalam kategori 'otai blog' untuk aku meminta nasihat. Kawan blogger yang aku ada pun hanyalah Cendol yang mempunyai blog yang tua 4 hari dari blog aku.

Aku tak pasti apa yang aku perlu tulis (taip) di blog aku. Aku hanya banyak meletakkan video musik dari Youtube atau pun meletakkan lirik lagu. Kalau aku ada menulis pun, hanyalah kisah hidup aku yang bosan dan biasanya hanya sepanjang 2 perenggan yang sangatlah pendek.

Lebih teruk, aku menulis dalam bahasa SMS. Aku banyak menggunakan perkataan short-form (yg, mkn, tgh, dlm) dan juga bahasa pasar yang melampau.

Sehinggalah Cendol menjumpai sebuah blog yang bernama Semusim Di Neraka, milik seorang penulis bebas (aku rasa itulah pekerjaannya), Ahmad Kamal Abu Bakar atau juga dikenali sebagai AKAB atau Abang Neraka.

Dari blog AKAB, aku seperti mendapat shafaat untuk mengubah gaya penulisan. Aku berhenti menggunakan perkataan short-form kerana bila aku baca kembali entri-entri aku yang lepas, ia tidak ubah seperti entri yang ditulis oleh budak berumur 10 tahun dan sangatlah annoying.

Kemudian, terjumpa pula dengan blog Lucius Maximus, yang juga banyak menulis tentang pendapatnya yang banyak bertentangan dengan pendapat manusia biasa. Dia sering mengutarkan pendapatnya dan tidak takut jika dia dikritik.

Tak lama selepas itu, aku berkenalan (melalui ruang siber) dengan kenalan Cendol yang juga masing-masing mempunyai blog. Rizuan Bulusan, Faerrin, Azrul dan Tongah semuanya aktif berblog ketika itu. Mereka juga semuanya blogger yang mempunyai gaya penulisan yang hebat. Dan kemudian aku terjumpa pula blog Mimizuzuhaha, Fairuz Mokti, Tentang Diya dan banyak lagi.

Daripada blog mereka, aku mempelajari gaya penulisan yang baru. Aku mula mengambil ikhtibar tentang gaya penulisan blog yang lebih nampak berilmiah (walaupun isi entri langsung tak berilmiah).

Aku mula menulis tentang apa yang berada diminda aku dan berhenti menulis tentang kisah hidup aku yang membosankan. Aku mula menulis tentang luahan minda aku dan pendapat aku tentang sesuatu isu samada isu tersebut ialah isu semasa atau pun apa-apa isu yang aku rasa boleh diketegahkan.

Aku juga cuba menulis dengan tatabahasa yang betul tapi kadang-kadang terlepas juga ayat pasar. Bukan apa, adakalanya lebih seronok menulis dalam bahasa pasar. Tapi aku tak kisah, janji aku tak menulis dalam bentuk short form lagi.

Aku rasa penulisan aku sudah banyak berubah dan menjadi lebih baik sekarang. Mungkin tidaklah sebaik penulis terkenal seperti Ahadiat Akashah atau A. Samad Said, tapi cukup baiklah dari entri 3 bulan pertama ketika aku mula berblog.

Bermacam entri aku sudah tulis di dalam blog ini. Entri kisah hidup aku, entri cinta-cinta, entri serius, entri kelakar, entri politik, entri sukan, entri tentang gadis-gadis hot, entri tak masuk akal dan juga beberapa entri yang berjaya menaikkan kemarahan pembaca blog aku, terutamanya entri politik dan entri mengutuk Justin Bieber dengan jayanya. Butthurt eh, mate?

Ada juga orang bertanya, "Sampai bila kau nak blogging?". Aku sendiri tak tahu. Biarlah takdir menentukan. Tapi kalau boleh, aku mahu terus menulis selagi daya. Aku juga tak sangka yang aku sebenarnya minat menulis blog. Betul kata orang, kita tak kan tahu minat kita sampai kita mencuba perkara tersebut.

Ada juga yang bertanya, "Sampai bila kau nak tulis dalam blog je? Tak nak cuba menulis dekat tempat lain ke?"

Yang ini buat aku tergelak. Writing on your blog, doesn't mean you are a real writter. Bukan senang nak menjadikan penulisan sebagai bidang pekerjaan. Mungkin adalah lebih baik kalau aku hanya terus menulis blog sahaja. Tapi, siapa tahu mungkin aku boleh menceburi bidang tersebut satu hari nanti kan? Mungkin kalau tidak secara full time, mungkin aku boleh jadikan sebagai karier part time aku kan?

Apa-apa pun, terima kasih kepada anda sekalian kerana sudi melawat dan membaca coretan aku yang tak seberapa ini. Terima kasih kerana menyokong blog aku selama 4 tahun. Semoga aku panjang umur dan terus dapat menaip di blog ini.

Happy birthday, Warmness On The Soul!

Wednesday, March 23, 2011

A Trip To The Moon

Bercerita tentang filem lama.

Bulan Januari yang lepas, aku dan kawan aku, Fauzi, singgah ke sebuah buku di Johor Bahru. Tak salah aku, MPH dekat City Square.

Semasa aku membelek-belek buku di sana, aku terjumpa buku yang bertajuk 1001 Movies You Must See Before You Die. Sudah semestinya kesemua filem yang berada dalam senarai tersebut adalah filem dari luar negara.

Filem pertama yang berada dalam senarai tersebut ialah sebuah filem Perancis yang bertajuk Le Voyage dans la lune atau dalam Bahasa Inggeris, A Trip to the Moon.

A Trip to the Moon ialah sebuah silent movie (filem senyap atau filem bisu?) yang bergenre science fiction, dan sudah pasti sebuah filem hitam-putih. Filem ini dibuat hasil inspirasi 2 novel yang popular ketika itu: From the Earth to the Moon hasil nukilan Jules Verne yang diterbitkan pada 1865, dan The First Men in the Moon hasil karya H. G. Wells yang diterbitkan pada 1901.

Rasanya kamu mesti pernah mendengar nama Jules Verne (walaupun tak pernah membaca karyanya. Aku pun hanya pernah baca beberapa novel hasil karya beliau). Jules Verne adalah antara penulis yang berasal dari Perancis yang popular dengan hasil penulisan science fiction-nya. 

Beberapa naskah tulisan beliau telah diadaptasi menjadi filem beberapa kali seperti A Journey to the Center of the Earth (novel yang diterbitkan pada tahun 1864 dan diadaptasikan menjadi filem untuk beberapa kali. Yang terbaru, pada tahun 2008 dengan tajuk filem yang sama dengan novel), Twenty Thousand Leagues Under the Sea (1870), Around the World in Eighty Days (1873) dan banyak lagi.

Ok. Kembali kepada tajuk asal penulisan aku iaitu mengenai A Trip To The Moon.

Filem ini diterbitkan pada tahun 1902 (ditayangkan pada 1 September 1902) dan diarah oleh Georges Méliès, seorang pengarah Perancis yang terkenal dengan sifatnya yang sangat inovatif dalam pembuatan filem dan pengarah yang terkenal dalam penggunaan special effect. Beliau juga adalah orang yang berjaya mencipta teknik stop trick dalam pembikinan filem.

Durasi filem ini sepanjang 14 minit menggunakan filem jenis lama dan dan 8-11 minit menggunakan filem jenis baru yang digunakan oleh pembikin filem sekarang. Di bawah adalah filem tersebut:



Filem ini menjadi sangat terkenal pada masa itu. Antara scene yang paling diingati dan menjadi ikon sehingga kini ialah scene kapal angkasa yang mendarat di mata Bulan.


Melihat populariti filem tersebut, Georges Méliès cuba memasarkan filem tersebut di Amerika. Tetapi, salah seorang technician film yang berkerja dengan Thomas Edisen telah berjaya membuat salinan tanpa pengetahuan Georges Méliès dan memasarkan filem tersebut diseluruh Amerika.

Walaupun filem tersebut sukses, tetapi Georges Méliès jatuh muflis tidak lama kemudian.

Kumpulan The Smashing Pumpkins menghasilkan video musik lagu mereka yang bertajuk Tonight Tonight yang mempunyai influence yang kuat dari filem A Trip To The Moon.



"Ok, Mirul. Apa jadah kau melabon pasal filem ni panjang lebar ni?"

Sebenarnya, ada 2 benda yang aku fikirkan bila terbaca kisah filem di atas.

Yang pertama, tentang arkib filem-filem lama. Di luar negara, mereka menyimpan semua koleksi filem atau rancangan TV yang disiarkan di TV di arkib perfileman. Mereka boleh mengambil filem-filem lama ini kalau mahu disiarkan semula di TV.

Tapi di Malaysia, kebanyakan filem kita tidak disimpan dengan baik di arkib menyebabkan sesetengah filem sudah hilang dan tidak dapat lagi ditayangkan untuk generasi muda.

Filem P. Ramlee sendiri banyak yang sudah hilang dari simpanan stesen TV. Mungkin benar, masih ada filem P. Ramlee yang ditayangkan di TV tapi hanyalah filem yang sama diulang tayang beberapa kali dalam setahun.  Filem-fielm seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Do Re Mi, Labu Labi (sekedar menyebut beberapa filem) adalah filem yang menjadi kebiasaan ditayangkan di TV.

Sedangkan, P. Ramlee mempunyai banyak lagi filem lain tetapi tidak dapat ditayangkan kerana sudah hilang dan tidak disimpan didalam arkib dengan baik. Filem-filem seperti Aloha, Chinta, Sejoli, Penghidupan, Takdir Illahi, Patah Hati, Anjuran Nasib, Sedarah, Sitora Harimau Jadian dan banyak lagi filem sudah hilang dari arkib negara.

Filem bukan sekadar hiburan tetapi juga suatu sejarah yang boleh menjadi pengajaran dan tatapan untuk generasi baru. Sayang jika filem-filem bersejarah tidak disimpan dan dijaga dengan baik.

Tak payah bercerita tentang filemlah, cuba tanya jika RTM masih ada menyimpan rancangan-rancangan TV terbitan RTM sekitar tahun 60-an atau 70-an. Mungkin tiada lagi. Belum tentu RTM ada menyimpan koleksi lama rancangan Bakat TV atau pun Bintang RTM yang lama dalam arkib mereka. Kalau ada pun, mungkin sudah banyak yang jahanam dan rosak.

Filem bukan setakat perlu disimpan. Ia juga perlu di copy ke dalam filem baru supaya ia terus terpelihara dan tidak rosak dimamah usia. Kalau simpan sahaja sampai filem tersebut mereput, tiada guna juga.

Satu lagi yang aku fikirkan bila melihat filem A Trip To The Moon ialah bagaimana mereka (orang di luar negara) sudah mempunyai visi yang jauh kehadapan berbanding dari kita di Malaysia.

Pada tahun 1902, mereka sudah pula mula membikin filem sedangkan kita masih lagi tunduk dibawah jajahan Britain ketika ini. Malah, jika dilihat dari senarai filem yang dibikin Georges Méliès, beliau sudah pun mula menghasilkan filem ketika tahun 1893.

Dan pada tahun 1902 juga, mereka sudah pun memasang niat dan mempunyai visi untuk pergi ke Bulan sedangkan kita masih lagi hidup di bawah jajahan Britain.

Malah, hasil penulisan Jules Verne sudah bercerita tentang keajiban science fiction di dalam novelnya pada tahun 1863 lagi, manakala H. G. Wells pula sudah menulis tentang time machine dalam novelnya pada tahun 1895.

Ternyata, negara kita jauh ketinggalan dari negara luar yang sudah mencapai status negara maju. Cara mereka berfikir sudah berkembang semenjak abad ke-19 lagi sedangkan kita rakyat Malaysia masih ada yang tersepit di dalam pemikiran kolot dan terlampau mengikut adat, yang kadangkala adat kita bertentangan dengan ajaran agama kita sendiri (adat Melayu yang bertentang dengan ajaran agama Islam).

Bangunan tertinggi, jambatan terpanjang, bendera terbesar, stadium terbesar dan bermacam lagi yang besar, yang tinggi dan yang panjang tidak menjamin status negara maju. Kemajuan sesebuah negara terletak pada rakyatnya.

Negara akan maju jika rakyatnya sendiri menukar gaya pemikiran untuk menjadi maju. Bukalah minda dengan lebih luas dan terimalah benda baru untuk menajamkan minda dan menjadi maju setapak lagi.

Ingat! Negara yang maju bergantung pada rakyatnya, bukan bergantung kepada bangunan yang tinggi.

Sudahkah anda menonton video A Trip To The Moon di atas? Kalau sudah, tahniah. Anda sudah menonton 1 daripada 1001 filem dalam senarai 1001 Movies You Must See Before You Die. Ada 1000 filem lagi yang harus ditonton. Semoga berjaya dan selamat menonton!

Monday, March 21, 2011

Double Standard Di Hati Kita

Tahukah kamu apa itu Double Standard?

Definasi mudah untuk Double Standard ialah penaksiran berbeza bagi satu situasi yang sama. Sebagai contoh, situasi yang sama terjadi kepada dua orang manusia. Tetapi seorang dipandang positif, dan seorang lagi di pandang negatif.

Faham? Tak faham? Bagus. Sebenarnya aku sendiri tak berapa faham dengan definasi yang aku tulis di atas. Tak mengapa. Baca dengan lebih lanjut entri di bawah untuk mendapatkan definasi yang tepat.

Ada dua orang lelaki baru putus cinta. Seorang lelaki mempunyai wajah yang kacak, jambu dan badan yang sasa. Memang selalu menjadi idaman gadis-gadis di sekolah/kolej/tempat kerja.

Seorang lagi lelaki bermuka tidaklah sekacak lelaki yang pertama dan tiada keistimewaan langsung berbanding lelaki yang pertama. 

Tapi apabila putus cinta, serta-merta para-para gadis lain akan memberikan definasi yang berbeza. Pada lelaki yang kacak, mereka akan berkata: "Mesti dia putus sebab awek dia tak tahan balak dia jadi hot stuff kat kolej kita ni."

Tapi buat lelaki yang kurang kacak itu pula: "Memang patut awek tu mintak putus dari dia. Dia tu bukannya handsome pun. Tak layak dia couple dengan perempuan tu."

Begitulah lebih kurangnya contoh double standard.

Double standard boleh terjadi di mana-mana sahaja dan boleh terjadi double standard antara jantina, antara bangsa ataupun antara negara.

Antara jantina yang paling selalu terjadi di UiTM Segamat semasa aku belajar dulu. Pak guard agak double standard. Jika pelajar lelaki yang buat salah, dengan pantas mereka akan dikenakan saman atau terus masuk court. Kalau pelajar perempuan, mudah sahaja mereka mendapat pengampunan.

Aku tak pasti bagaimana keadaan pak guard di UiTM Segamat sekarang samada sudah menjadi telus dalam pekerjaan mereka sekarang ini atau masih sama berperangai bangsat seperti dahulu.

Satu lagi double standard yang paling ketara ialah double standard sesama Melayu. Sebagai seorang Melayu (tapi aku sebenarnya mempunyai darah Mamak), aku selalu ternampak situasi di mana Melayu suka men-double standard-kan bangsa sendiri.

Jika ada seorang yang bukan berbangsa Melayu mendapat kenaikan pangkat atau gaji, mereka yang berbangsa Melayu akan mendiamkan diri. Tetapi jika ada yang berbangsa Melayu berjaya mendapat kenaikan pangkat atau gaji, mulalah ada yang tak senang hati.

Mulalah kerja menyebarkan fitnah dan khabar angin dibuat. Ada yang menuduh, "Dia ni kaki kipas, memang la senang naik." 

Atau pun yang lebih teruk, "Sebenarnya dia ni ada hubungan Gay dengan boss. Tu sebab dia dapat naik pangkat senang. Tak percaya, jom kita buat demonstrasi jalanan, kita paksa dia serahkan DNA pada kita."

Dan yang lebih kuno dan primitif dan syirik, mereka terus berjumpa bomoh. Terus disantaunya si Melayu yang berjaya mendapat kenaikan pangkat tersebut.

Bukanlah aku menyeru kamu menyantau orang yang berbangsa bukan Melayu pula. Santau dan bomoh adalah benda haram, tidak kira samada sasaran kamu itu orang yang beragama Islam atau tidak. Tapi adalah lebih baik kalau kita berusaha sendiri untuk mendapat kenaikan pangkat dari menggunakan cara yang salah.

Satu lagi jenis double standard yang aku jumpa ialah double standard antara drama Melayu dan sinetron. Ada sesetengah golongan yang bukan main lagi mengutuk drama Melayu seperti Gerak Khas, Roda-Roda KL dan lain-lain lagi.

Kononnya mereka mengutuk yang drama Melayu tiada standard. Bosan menonton drama Melayu, jalan cerita klise, lakonan tak mantap dan lain-lain Tapi yang peliknya, mereka sangat taksub dengan dengan sinetron.

Adakah sinetron lebih baik dari drama Melayu? No way, Jose! Aku pernah menonton sinetron untuk membuat penilaian samada benarkah sinetron lebih baik dari drama Melayu.

Apa yang aku lihat, sinetron lebih jauh merepeknya dari drama Melayu. Jalan cerita memang tak masuk akal, ditambah pula dengan babak-babak tak masuk akal seperti kemunculan pari-pari dan lain-lain. Jalan cerita sinetron jauh lebih klise ditambah dengan jalan cerita berulang-ulang sehinggakan episod seinetron boleh mencecah 200 episod atau lebih, tapi ceritanya dari episod 1 sehingga 200 sama sahaja.

Satu-satunya daya penarik sinetron ialah pelakon perempuan yang cantik rupa parasnya, walaupun lakonan mereka tidak seberapa. Aku berani kata yang drama Gerak Khas jauh lebih baik dari cerita sinetron karut barut tersebut.

Ingat lagi kumpulan nasyid Mirwana? Kumpulan nasyid yang pernah dianggotai oleh Faizal Tahir suatu masa dahulu sebelum dia "murtad" dan menyertai One In The Million?


Aku ingat lagi, semasa awal kemunculan Mirwana dengan imej yang lain daripada imej kumpulan nasyid kebiasaan. Mereka tidak mengenakan jubah dan "songkok Raihan" seperti kebiasaan. Mereka mengenakan baju kasual yang biasa kita pakai dan memakai Beret.

Selepas Faizal Tahir meletup selepas menyertai One In The Million, kawan-kawan Mirwana yang lain pun muncul dengan imej baru. Kali ini lebih kepada gaya pakaian santai, tanpa beret.


Aku masih ingat lagi, ramai yang mengkritik dari ciri pemakaian Mirwana dari semasa awal kemunculan mereka, sehingga mereka membuat kemunculan kembali. 

Ada yang mengecop mereka sebagai kumpulan yang tidak Islamik kerana pemakaian mereka yang tidak mengenakan jubah dan songkok Raihan. Ada pula yang mengecop mereka sebagai kumpulan nasyid sekular.

I facepalm on this.

Sekarang mari kita lihat penyanyi nasyid yang terkenal dari Sweden yang sedang meletup-letup, Maher Zain.


Adakah Maher Zain pakai songkok? Tidak! Adakah Maher Zain pakai jubah? Tidak! Apa yang Maher Zain pakai? Beret, sama seperti Mirwana. Jadi, kenapa tiada yang mengkritik beliau tidak cukup Islamik kerana tidak memakai jubah dan songkok Raihan?

"Tapi Mirul, Maher Zain ni orang putih. Pakai jubah ni bukan budaya dia la."

Semenjak bila pula berjubah jadi budaya orang Melayu? Jubah adalah pakaian budaya orang Arab. Jadi kenapa kita pula yang memakai jubah dan menganggap memakai jubah boleh menjadi bertambah Islamik? Semenjak bila pakaian boleh melambangkan tahap keimanan atau keislaman kita? 

Dan, kenapa tiada yang menghentam Maher Zain? Mudah. Kerana kita bersifat double standard. Bagi aku, tak salah pun kalau Mirwana nak pakai beret sama seperti Maher Zain. Ianya hanya pakaian.

Sebenarnya, orang Melayu memang suka men-double standard-kan bangsa sendiri. Jika bangsa lain buat, semuanya okay sahaja. Jika Melayu yang buat, semuanya salah belaka. 

Contoh yang aku berikan di atas hanyalah contoh-contoh yang ringan. Aku pasti kamu dapat mencari situasi double standard yang lebih tinggi bukan?

Kita suka men-double standard-kan bangsa kita sendiri sehinggakan bangsa Melayu sukar untuk maju kehadapan kerana banyak pantang larang dan taboo yang sepatutnya tidak menjadi pantang larang dan halangan kepada kita.

Kita selalu menilai bangsa Melayu dengan double standard sehinggakan kita terasa rendah diri kerana selalu dikiritikan sedangkan apabila ada orang luar buat, mereka mendapat pujian.

Jadi, tak payahlah kau nak sibuk-sibuk nak menyertai kumpulan Perjuang Melayu atau sibuk membuat demo mempertahankan Ketuanan Melayu untuk memajukan orang Melayu kerana kau sendiri membantutkan kemajuan orang Melayu dan membunuh orang Melayu dengan semangat double standard kau itu.

Tak payah tunggu Illuminati atau Freemason datang untuk memusnahkan orang Melayu kerana orang Melayu sendiri sudah pun membunuh bangsa mereka sendiri.

Note:
Bagi yang bukan berbangsa Melayu yang terbaca entri ini, ini bukanlah entri racist (lagi-lagi bahagian naik pangkat di atas). Itu hanyalah contoh. Ini hanyalah entri yang menunjukkan entri double standard antara sesama Melayu. Tidak lebih dari itu. Jangan salah anggap pula.

P/S: kamu ada pengalaman double standard yang terjadi pada diri kamu? Do share on the comment section.

Friday, March 18, 2011

Kahwin: Antara Lelaki dan Perempuan

Dulu, aku pernah terdengar atau terbaca ayat yang lebih kurang macam di bawah ini:

"Lelaki yang berjaya dalam kariernya perlulah berkahwin. Sebaik mana pun pencapaiannya dalam karier pekerjaannya, tapi jika dia tidak berkahwin, dia bukanlah lelaki berjaya yang sempurna.
Manakala perempuan berjaya pula kebiasaannya tidak akan berkahwin. Untuk berjaya dalam karier pekerjaannya, perempuan tidak akan berkahwin kerana perkahwinan akan mengganggu tumpuannya untuk berjaya."

Aku tidak pasti sejauh mana tepatnya ayat di atas, tapi bila difikirkan balik, memang ada relevannya.

Kejayaan seorang lelaki diukur dari keluarganya. Bagaimana dia menjaga isterinya, bagaimana dia mendidik anak-anaknya. 

Itu sebabnya lelaki digelar sebagai pemimpin. Tak semestinya pemimpin mestilah mempunyai pangkat yang besar seperti Datuk Seri 1Malaysia (you know who) atau pun mereka yang berasal dari keluarga berdarah di-raja.

Apabila berkahwin, secara automatik lelaki akan menjadi pemimpin. Keluarga dan rumah menjadi "negara" manakala isterinya menjadi "penduduk" negaranya. Populasi "negara" si lelaki akan bertambah apabila si isteri melahirkan zuriat. Maka, bertambahlah jumlah "rakyat" dalam "negara" tersebut.

Maka bermulalah pengembaraan si lelaki sebagai "raja", menguruskan "rakyat-rakyatnya". Pelbagai masalah akan timbul. Membesarkan anak bukannya perkara mudah. Lagi-lagi kalau mendapat anak perempuan. Pernah dengar pepatah "Jaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga anak perempuan seorang"? Lebih ramai anak perempuan, semakin sukar cabaran bagi seorang suami.

Dan kalau anak-anak "tak menjadi", sudah pasti nama si ayah yang akan dipetik dahulu.


"Anak siapa yang kena tangkap basah semalam?"
"Ala, anak si Seman tu. Aku memang dah lama perati budak ni. Dia memang liar. Seman tu pun aku tengok, bukannya nak nasihatkan anak dia tu. Bior je anak dia tu keluar dengan lelaki malam-malam buta."


"Anak sape yang mengandung tak berbapak tu?"
"Anak si Rahim tu. Rahim tu bukannya tahu hal anak-anak dia. Pagi-pagi buta dah keluar kerja, tengah malam baru balik. Tu la, pentingkan sangat kerja sampai terabai anak-anak."


"Anak siapa yang minum arak tu?"
"Kau ni buat-buat tanya pulak. Tu kan anak bekas PM kita. Karang aku cerita banyak-banyak, kena ISA pulak. Ye dok?"


Perempuan yang berjaya, biasanya tidak berkahwin. Setakat ini, adalah 2-3 perempuan, yang aku kenal, berjaya dalam karier perkerjaannya sehingga tidak berkahwin. Masing-masing sudah berjaya menjawat jawatan yang penting dalam syarikat. Umur masing-masing sudah mencecah 40'an.

Tapi, ayat ini mungkin kurang tepat ada juga yang mengambil langkah untuk berkahwin lambat. Bila sudah mencecah pertengahan 30'an, baru mereka berkahwin. Dapat satu anak cukuplah, janji mereka mempunyai anak.

Apa? Lambat kahwin dapat gelaran "anak dara tua"? Wujud lagikah istilah tersebut? Melainkan kau masih tinggal pada tahun 90'an.

Memang agak sukar untuk seseorang perempuan untuk berjaya dalam karier nya jika mereka berkahwin. Kemungkinan untuk anak-anak dan suami terabai kerana sibuk dengan pekerjaan. 

Tetapi tidak bermakna perempuan yang berjaya semuanya tidak berkahwin. Ramai juga perempuan yang berjaya menjawat jawatan tinggi, masih mampu bahagian bersama anak dan suami masing-masing.

Dan ini satu lagi ayat yang aku baca (atau dengar. Damn! Teruknya ingatan aku) minggu lepas.

"Perempuan akan memikirkan tentang masa depan sejuruh mereka akil baligh dan berhenti memikirkan tentangnya apabila sudah berkahwin
Manakala lelaki hanya memikirkan tentang masa depan apabila dia sudah berkahwin."

Rasanya ayat ini lebih relevan dari ayat di atas.

Tak dinafikan, perempuan matang jauh lebih awal dari lelaki. Sesudah perempuan datang haid, mereka akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan kemudian pada mental mereka.

Sesudah akil baligh, mereka mula menjaga kecantikan. Mereka mula memakai alatan kosmetik, mengenakan make-up dan mula menjaga kecantikan muka, sedangkan budak lelaki masih comot dan bermain galah panjang.

Secara jujurnya aku rasakan perempuan lebih memikirkan hal percintaan sebagai satu perkara yang serius sewaktu zaman persekolahan sedangkan lelaki kepada bercinta secara "suka-suka" dan ikutan kawan-kawan.

Perempuan sudah mula memikirkan tentang bakal suami mereka, siapa yang bakal menjadi ayah kepada anak-anak mereka. Dan yang paling penting sekali, mereka sudah memikirkan, bagaimanakan bentuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Malah, ada yang sudah memikirkan tentang malam pertama dengan bakal suami mereka. Ini bukan aku main tulis suka-suka. Aku dah dengar tentang benda ini dari mulut beberapa orang kawan-kawan aku.

Manakala hidup seorang lelaki dipenuhi dengan hidup enjoy dan suka-suki sepanjang bergelar sebagai seorang lelaki bujang. Hidup mesti enjoy, dowh!

Selepas kahwin, baru terfikir pasal tanggungjawab. Fikir pasal makan minum isteri. Fikir pasal pembelanjaan anak dari lepas beranak sampailah masuk universiti. Fikir pasal duit kereta, duit rumah. Dari hidup enjoy, kini lelaki terus menjadi pemimpin keluarga dan berfikir tentang masa depan mereka, isteri dan anak-anak.

Dan ada orang berkata, tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah akan tamat apabila mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Jadi memang betullah yang lelaki hanya akan memikikrkan masa depan apabila berkahwin. Dan ini menimbulkan satu persoalan lagi dalam kepala aku.

Bagaimana lelaki yang berkahwin 4? Di mana bermulanya mereka memikirkan tentang masa depan? Semasa perkahwinan pertama? perkahwinan kedua? Perkahwinan ketiga? perkahwinan keempat?

Ok. Perenggan atas ini aku bergurau saja.

Poligami ini satu lagi tajuk yang menarik, mungkin boleh dijadikan topik untuk entri yang akan datang.

P/S: Adakah pelik seorang lelaki bujang seperti aku menulis tentang hal-ehwal perkahwinan?

Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - The Malay Chronicles: Bloodlines


Akhirnya, dapat juga aku menonton filem buatan Malaysia yang dinanti-nantikan dari tahun lepas. Aku agak lambat menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa sedangkan semua orang sudah pun menonton pada hari pembukaan filem tersebut. I'm a slowpoke.

Ada 2 jenis set pemikiran yang pergi menonton filem ini. Yang pertama adalah golongan yang meletakkan harapan yang tinggi pada filem ini dan mengharap filem ini adalah setanding dengan filem Hollywood dan mampu menandingi kehebatan filem epik Hollywood seperti 300 dan Pirates of Caribbean.

Yang kedua, orang yang tak meletakkan harapan tinggi kerana sedar industri filem kita masih jauh terkebelakang berbanding Hollywood dan sedar ini adalah cubaan pertama penggiat seni Malaysia dalam menghasilkan filem berbentuk epik.

Aku dalam golongan kedua, kerana aku berpijak dibumi nyata dan masih sedar kekurangan filem Malaysia. Adalah mustahil pengarah, Yusry Abd Halim, mampu menghasilkan filem yang mampu membantai terus filem Hollywood dalam cubaan yang pertama.

Kebanyakan kawan aku yang pergi menonton adalah dalam golongan pertama, dan kecewa sambil berkata, "Cerita ni tak smooth lagi la. Aksi gaduh kelam-kabut, tak macam cerita Hollywood." Give Yusry a break, guys. Ini percubaan pertama beliau. 

Sebelum aku menonton filem ini, aku ada membaca review dari blogger lain. Ada yang memberikan komen positif dan ada juga yang memberikan komen negatif sehingga menghentam teruk filem ini.

Ini sedikit komen aku tentang filem ini:

Loghat/slang Stephen Rahman Hughes

Loghat percakapan Stephen Rahman Hughes, yang memegang watak Merong Mahawangsa, ada sedikit mengganggu. Bila aku dengar dia bercakap, ada terdengar slang 'Mat Saleh'. Tapi lakonan Stephen Rahman Hughes ok. Babak pergaduhan juga okay. Bentuk fizikal beliau memang melayakan beliau untuk memegang watak tersebut.


Puteri China dan Inang berbual dalam Bahasa Inggeris

Babak Puteri China Meng Li Hua (lakonan Jing Lusi) dan Inangnya, Ying Ying (lakonan Nell Ng) berbual dalam Bahasa Inggeris memang ada sedikit pelik. Sepatutnya mereka bercakap dalam Bahasa China, lainlah dengan babak semasa mereka berdua berbual dengan Putera Rome, Marcus Carprenius (lakonan Gavin Stenhouse).

Tapi, bila difikirkan balik, filem 300, yang berkaitan Sparta di Greece, pun menggunakan 100% bahasa Inggeris dan bukannya Greece. Begitu juga filem Gladiator, cerita yang terjadi di Itali dan 100% skripnya dalam bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Itali.

Jadi mungkin perbualan Bahasa Inggeris antara Puteri China dan Inangnya ini masih boleh dimaafkan.

Tapi babak Puteri China mandi memang buat hati aku berdebar juga. Nasib baik ada kelopak bunga yang melindungi badan Puteri China tersebut.


Effect darah

Kalau sesiapa yang dah menonton filem ini, mesti tahu filem ini dipenuhi dengan babak tumbuk-menumbuk, terajang-menerajang dan tikam-menikam. Babak-babak tersebut sudah pasti melibatkan darah. Darah-darah yang terpercik dari luka askar yang ditikam terlalu nampak menggunakan CGI. Darah yang terpancut adakalanya nampak kurang realistik dan terpercik terlampau jauh dari sepatutnya.


Babak pantulan cahaya matahari membakar lanun

Babak ini nampak kurang realistik. Mungkin kerana saiz cermin yang digunakan adalah terlampau kecil untuk membakar semua lanun Garuda. Ditambah pula dengan api yang juga dibuat menggunakan effect CGI. Mungkin babak ini sepatutnya dibatalkan dan digantikan dengan babak penutup yang lebih baik.


Penutup yang agak tergantung

Penutup filem ini agak tergantung. Tiada babak yang menunjukkan yang si Merong selamat pulang kembali ke negara beliau dan berkahwin dengan Embok (lakonan Ummi Nazeera). Aku rasakan babak Embok yang menantikan kepulangan Merong mungkin boleh memberikan impak yang lebih baik untuk penutup flem ini.


Kostum, solekan, dan props 

Dari segi props, latar belakang dan bangunan yang disediakan, memang memuaskan. Memang terasa bukan seperti menonton filem buatam Malaysia. Rumah-rumah kampung, markas Garuda dan juga pelabuhan di Goa memang nampak realistik.

Dari segi solekan dan kostum juga memuaskan. Cuma aku agak pelik dengan kostum Kesum (lakonan Dato' Rahim Razali):


Agak pelik melihat rambut Kesum yang agak tinggi ke atas. Aku tak tahu kenapa, tapi setiap kali watak Kesum muncul, aku rasa nak ketawa. Nasib baik watak Kesum tidak wujud sampai ke babak terakhir.

Skrip cerita ini yang ditulis oleh Amir Hafizi memang memuaskan. Ini hasil ketiga Amir Hafizi yang aku tonton selepas MySpy dan Magika. Dari segi lakonan para pelakon juga agak baik.

Ada komen tentang perubahan yang penulis skrip lakukan seperti mengubah Garuda yang sepatutnya seekor burung gergasi kepada sekumpulan lanun, manakala kapal yang dinaiki oleh Merong, Jentayu, juga sepatutnya seekor burung.

Bagi aku, pengubahsuaian yang dilakukan oleh penulis adalah bersesuaian untuk jalan cerita. Pasti babak berlawan dengan burung tidak akan memberikan impak yang sama seperti babak berlawan antara Merong dan Kamawas (lakonan Khir rahman). Lagipun, pengubahsuaian ini juga untuk memastikan audien di luar negara dapat lebih memahami filem ini.

Janganlah melenting sangat kerana skrip banyak berbeza dari cerita yang sebenar. Ini kan cerita hikayat. Cerita dongeng. Bukannya kisah sejarah sebenar seperti Sejarah Kemerdekaan Malaysia atau Perang Dunia ke-2. Apa salahnya diubahsuai sedikit.

Tentang beberapa kesilapan yang terjadi dalam filem ini juga bagi aku adalah perkara biasa. Cuba Google "biggest Hollywood mistakes" ataupun "hollywood movie mistakes", pasti kamu dapat tengok kesalahan filem Hollywood pula. Filem sehebat Star Wars, Pirates of Caribbean dan Lord of The Ring juga ada melakukan kesilapan.

Aku beri 4 bintang untuk filem ini. Filem ini boleh dikatakan terbaik namun masih banyak ruang buat Yusry memperbaiki mutu kerjanya. Namun pujian harus diberikan kepada Yusry atas kretiviti beliau yang berjaya menghasilkan filem diluar dari kebiasaan filem Melayu

Aku harap KRU Studio tidak akan berhenti untuk menghasilkan filem yang lain daripada yang lain. Harapnya KRU Studio boleh menghasilkan filem action packed seperti Die Hard ataupun filem sains fiksyen seperti Independent Day atau Battle of Los Angeles.

Wednesday, March 16, 2011

Dulu & Sekarang: Aku, Kaset dan Walkman


Semalam, entah kenapa tiba-tiba aku terasa nak buka rak kaset-kaset aku. Memang dah agak lama aku tak tengok kaset-kaset aku. Inilah lebih kurang koleksi kaset aku. Ada dalam 100 lebih juga kaset aku. Sebelah kiri gambar ada satu baris kaset lagi, belakang dari kaset yang kau nampak ni ada lagi beberapa baris kaset dan ada belasan kaset lagi bersepah atas gerobok(almari) baju aku. Itu belum kira mixed tape buatan sendiri.

Ini semua koleksi kaset aku yang aku mula kumpul semenjak 1998 sampailah 2006. Aku tak ingat apa kaset pertama yang aku beli. Tapi tak salah aku, satu album kompilasi (akhir tahun 90'an memang popular dengan kaset kompilasi). Kaset terakhir yang aku beli ialah Minutes To Midnight dari band Linkin Park (2 minggu selepas aku beli album tersebut, aku download album tersebut sebab nak letak MP3 lagu album tersebut dalam iPod aku).

Semenjak 2006, aku tidak lagi beli sebarang kaset. Seperti rakyat Malaysia yang lain, aku lebih gemar mencuri harta intelek dengan mendownload semua lagu selepas itu. 

Antara sebab kenapa aku berhenti beli kaset ialah sebab kaset sudah susah nak dicari dipasaran. Kaset dah bukan musim. Semua jenis lagu yang dijual dalam bentuk fizikal sudah berubah dari kaset ke CD secara 100%. Dan kaset terus hilang dari ingatan rakyat marhaen selepas kemunculan MP3.

Aku malas nak beli CD. Bila beli CD, kena beli discman. Aku malas nak beli discman. Aku dah pernah terangkan kenapa aku malas nak beli discman dalam entri di sini.

Tiba-tiba rasa nak dengar kaset gunakan walkman timbul dalam hati. Kalau ikutkan, sama saja dengan lagu dengan kaset dan walkman dengan dengar lagu dengan MP3 dan iPod. Kesudahannya sama juga, dapat dengar lagu-lagu tersebut. Tapi nikmatnya berbeza.

Macam kau makan nasi berlauk dengan tangan ataupun guna sudu garfu. Kesudahannya sama juga, perut kau akan kenyang juga akhirnya lepas habis makan. Tapi nikmat makan dengan tangan memang rasa berbeza dengan makan dengan sudu garfu.

Ataupun macam kau makan Nasi Lemak yang dihidangkan dalam bungkusan daun pisang dengan Nasi Lemak yang dihidangkan atas pinggan. Kesudahannya sama juga, rasa makan nasi lemak. Tapi nikmat makan Nasi Lemak daun pisang dengan Nasi Lemak atas pinggan memang lain.

Ataupun macam kau beromen atas katil King Size berjenama yang empuk dengan beromen dalam semak atau hutan belukar. Kesudahannya sama saja, kau dapat rasa nikmat beromen. Tapi nikmat romen atas katil King Size dengan nikmat romen dalam semak memang lain.

Ok. Contoh yang aku bagi dah jauh melayang.

Aku rasa niat nak dengar kaset ini timbul selepas kawan aku, Cendol, kata dia nak cari walkman balik. Yes! Cendol sebenarnya macam setan. Tiap kata-kata dia mampu mempengaruhi kita tanpa sedar.

Menurut Cendol, dia bercadang nak cari walkman. Selepas tu, pergi jalan-jalan dekat bandar bawak walkman. Dia nak tengok apa reaksi orang ramai bila tengok dia pakai walkman dan tukar kaset depan orang ramai. 

Mesti rare kan? Mesti orang akan kata, "Apahal mamat ni bawak walkman?". Ataupun, "Mamat ni tinggal dalam gua ke?". Tak pun, "Mamat ni time traveler dari tahun 90'an ke?". Atau yang paling typical Malay, "Mamat ni mesti agen Freemason dan Illuminati ni."

Sebenarnya, kalau nak jadikan walkman sebagai trend, boleh saja. Budak-budak zaman sekarang semuanya jenis ikut trend. 

Bila orang lain dengan My Chemical Romance, dia pun dengar MCR juga. Bila orang dress-up ala-ala Gothic, dia pun sama terhegeh-hegeh depan Time Square, siap dress-up Gothic. Bila orang main kamera DSLR, dia pun sama main kamera DSLR. Bila orang menari Shuffle, dia pun menari Shuffle.

Bila orang dengar band Indie, dia pun dengar band Indie. Bila orang pakai baju "Saya Sayang Mak Saya", dia pun pakai baju "Saya Sayang Mak Nyah." Bila orang main fixie, dia pun main fixie.

Jadi, kalau ada orang mulakan trend dengar walkman balik, nescaya anak-anak muda yang suka mengikut trend ini akan sama sekali sesat dan mengikut rentak trend terkini. 

Berkemungkinan besar jualan walkman boleh melambung balik. Mungkin wujud tabiat menggantungkan walkman di dada, macam budak-budak gantung kamera DSLR di dada sambil jalan-jalan walaupun mereka boleh simpan kamera tersebut dalam beg (Apa jadah jalan-jalan sambil letak kamera dekat dada ni?).

Tapi kemungkinan jugak trend ini akan gagal sama sekali. Kenapa? Mana kau nak jumpa orang jual kaset sekarang? Agak susah nak jumpa kedai jual kaset lagi-lagi dekat bandar besar. Ada kedai-kedai tertentu sahaja yang rare dan masih menjual kaset. Aku sendiri tak pasti samada kedai kaset kegemaran aku, Kedai Ajak, masih menjual kaset memandangkan sudah agak lama aku tak menjejakkan kaki ke kedai itu.

Kalau kaset lama, mungkin ada. Tapi kaset-kaset baru mana nak cari? Jadi kesudahannya, trend ini akan menjadi satu trend yang gagal macam Shuffle. Berapa lama sangat budak-budak ni layan Shuffle kan?

Masa bergerak laju dan kemajuan teknologi semakin lama semakin meluputkan satu persatu benda-benda yang dulunya menjadi benda yang sering kita gunakan. Seterika arang, piring hitam, TV hitam putih.... Semuanya benda purba di zaman mak ayah kita dahulu yang dah semakin pupus. Dan sekarang, tiba giliran walkman, kaset dan discman pula menerima nasib yang sama.

Cuba bayangkan macam mana kita mendengar muzik dalam tempoh 20 tahun akan datang. Agaknya, MP3 pun mungkin sudah tak wujud ketika itu. iPod mungkin sudah jadi sejarah (melainkan sudah di upgrade menjadi iPod Generation 30). 

Apa pun, harap kemajuan itu tak mengikis sifat manusia yang semakin lama semakin kehilangan sifat kemanusiaan kerana terlampau bergantung kepada teknologi moden.

Sekarang ni radio masih ada yang boleh mainkan kaset tak?

Monday, March 14, 2011

Kenapa Kanak-Kanak Tidak Patut Jadi Penyanyi?

Kenal Justin Bieber? Mestilah kamu kenal kan? Pop star yang kononnya digelar "The next Michael Jackson" sebab handal menari. 

Pppfffttt..... Michael Jackson bukan setakat pandai menari, tetapi lagu-lagunya yang mempunyai sifat kemanusian yang tinggi yang berjaya mengangkat beliau menjadi salah satu artis hebat di dunia ini.


Justin Bieber mula merakamkan album pada tahun 2009 apabila bakatnya (berbakat sangatkan beliau?) apabila Usher melihat videonya di Youtube. Semasa Bieber merakam dan me-release-kan album pertamanya, beliau masih belasan tahun. Umur 15 tahun untuk lebih tepat.

Tapi bila Ludacris sanggup menurunkan darjat dan rapping untuk lagu Justin Bieber, ini memang betul-betul mengejutkan aku. Apa? Usher pun ada berduet dengan Bieber? Usher tu lagi low standard. Menyanyi lagu pop dance tapi mengaku penyanyi R&B dan Soul.

Dengan lagu pop yang super lame, Justin Bieber berjaya mengaburi anak gadis pra-matang menjadi peminat fanataiknya. Tak kurang juga dengan perempuan dewasa yang turut mengilai beliau dan dengan tak semena-mena menambahkan jumlah pedophile dari kalangan perempuan dalam sekelip mata.

Dalam sekelip mata, semua gadis terus mengangap Justin Bieber sebagai artis paling hebat dalam dunia. Lagunya, Baby, yang bosan ya amat terus menjadi kegilaan anak gadis. Yang paling buat aku facepalm bila ada juga budak-budak lelaki yang minat Justin Bieber. Ramai pulak tu! Damn!

Kemudian, kononnya datanglah pencabar kepada Justin Bieber. Memperkenalkan, Cody Simpson:


Cody Simpson berasal dari Australia. Aku tak tahu macam mana budak ini boleh jadi penyanyi. Kali ini, Flo Rida pula merendahkan darjat untuk rapping dalam lagu Cody Simpson.

Bagi aku, lagu ini lagi sama lahanat dengan lagu Baby. Dengan lirik "Iyiyi.. Iyiyi.. Iyiyi" berulang kali, lagu ini memang boleh bikin aku rasa nak tendang TV masa first time aku tengok video muzik lagu ini di MTV.

Yang paling tak boleh blah apabila ada seorang budak lelaki berumur 16 tahun tulis pada status Facebook-nya:

"Ini dia, Cody Simpson. Pencabar baru Justin Bieber. Tapi aku rasa lagu dia lebih berkualiti dari Justin Bieber. Dan suaranya juga lebih 'lelaki' dari Justin Bieber"

What? Pppppffftttt....

First of all, "Dan suaranya juga lebih 'lelaki' dari Justin Bieber"? Aku nak saja tanya budak ni, "Kau dah berapa tahun tak korek telinga?". Suara Bieber sama Simpson ni dua-dua macam suara perempuan baru first time datang haid, boleh dia kata suara lebih lelaki? 

Apa aku buat lepas itu? Aku terus delete budak tersebut dari senarai friend list aku. Bukan setakat dia saja, semua budak-budak bawah umur aku delete. I don't have time to deal with all this mindless fucking status from underage kids. Cuma sepupu aku saja yang aku tak delete. Dan semenjak itu, aku tak lagi approve budak-budak bawah umur yang add aku.

Dah habis lelaki, perempuan pulak. Giliran anak Will Smith, Willow Smith.


Benda yang buat aku tertanya-tanya, apa jadah buat lagu tentang rambut? Lagu tentang menghayunkan rambut, melibas rambut pulak tu. Dengan lirik yang meaningless dan annoying. Tak payah aku ulas panjang tentang lagu ini. Memang lagu yang jahanam

Dan tahukan anda, ada lgu yang lebih jahanam dari ketiga-tiga lagu di atas? Memperkenalkan, fresh baked from the oven.... Rebecca Black



Seriously, aku rasa macam nak menjerit "Bodoh!" kuat-kuat lepas dengar lagu ini. Tapi nanti mengejutkan mak ayah aku pula. Lagu ini memang lebih bodoh dari 3 lagu di atas.

First, budak Rebecca Black ni memang tak berbakat. Suara dia pun sengau bunyinya. Dan lebih meneydihkan bila aku baca lirik lagu ini:

"Kickin’ in the front seat
Sittin’ in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?"

Rebecca tak tahu nak duduk tempat duduk depan atau tempat duduk belakang di kereta kawannya. Seriously, benda ini pun boleh jadi lirik lagu?

Yesterday was Thursday, Thursday
Today i-is Friday, Friday
We-we-we so excited
We so excited
We gonna have a ball today
Tomorrow is Saturday
And Sunday comes afterwards
I don’t want this weekend to end

Rangkap yang ini lagi tak boleh aku terima akal. Cerita tentang "Semalam hari Khamis. Hari ini hari Jumaat. Esok hari Sabtu. Lepas tu hari Ahad." Damn it! Lagu apa ni? Lagu untuk kanak-kanak kindergarten menghafal hari ke? 



Bagi aku, inilah akibatnya apabila membenarkan kanak-kanak menjadi penghibur untuk kita.

"Eh, Mirul. Diorang ni semua dah umur belasan tahun. Apa jadah kanak-kanak pulak?"

Bagi aku, manusia yang berumur bawah 18 tahun adalah kanak-kanak. Kenapa? Kerana mereka belum cukup matang untuk menilai. Kalau nak tanda tangan kontrak pun kena ada mak ayah sebagai saksi. Tak boleh tanda tangan seorang diri. 

Kalau nak buat akaun bank pun, kena ada mak atau ayah. Mak ayah kena datang sekolah untuk ambil penyata. Tak boleh ambil lesen kereta. Tak boleh minum arak. Tak boleh kahwin (kecuali dengan perintah mahkamah). Jadi, budak bawah 18 tahun adalah kanak-kanak.

Mereka tak tahu apa-apa. Mereka dilamar oleh producer, nyanyi lagu yang disediakan, dan terus album berada dipasaran. Mereka sendiri tak pasti, "Ini ke jenis lagu yang aku nak nyanyikan sebenarnya?" "Macam mana jenis artis yang aku nak jadi?".

Contohnya Rebecca Black. Rebecca adalah artis hasil dari Ark Music Factory, Los Angles. Ark Music Factory memberikan peluang kepada remaja 13-17 tahun yang kononnya mereka rasa mereka berbakat untuk menjadi artis. 

Bagaimana? Mereka akan cipta lagu dengan lirik sampah (lagu 'asal boleh'), rakam di studio menggunakan Autotuned, buat video klip ala kadar dan BOOM! Kau dah boleh jadi artis.

Ark Music Factory memang banyak menghasilkan budak bawah umur untuk menjadi artis. Silalah Google dan pergi ke laman web rasmi Ark Music Factory. Di situ, lebih banyak video dan lagu standard celaka yang kamu boleh tonton dan dengari.

Jangan ingat Rebecca Black sahaja yang menerima nasib begini. Justin Bieber pun sama. Kau ingat, dia cipta lagu sendiri ke? Kencing pun tak lurus lagi budak tu. Kau ingat Justin Bieber ke yang bina imej dia sendiri. Tidak! Imej penampilan sudah ditentukan oleh syarikat rakaman. Dia juga tidak boleh memilih "jenis artis" yang dia ingat jadi.

Sama juga seperti Cody Simpson dan Willow Smith. Terpaksa menyanyi lagu Iyiyi dan lagu rambut tersebut. Mereka sebenarnya tidak dapat membuat pilihan. Mereka dibawah kawalan syarikat rakaman.

Artis kanak-kanak menjadi alat untuk syarikat rakaman kapitalis mengaut keuntungan semata-mata. Mereka tahu, jika mereka menggunakan artis kanak-kanak, mereka akan berjaya menarik perhatian ramai kanak-kanak untuk membeli CD dan tiket konsert.

Sudah semestinya kanak-kanak ini tak mampu untuk membeli benda-benda tersebut. Mereka akan memujuk mak ayah mereka masing-masing. Bila tak dapat, mereka akan menangis, merajuk atau ugut lari dari rumah. Mahu tak mahu, mak ayah kena beralah dan terpaksa juga membelikan benda-benda tersebut untuk anak-anak mereka.

Nampak? Mereka meletakkan sasaran akhir mereka bukan pada kepada kanak-kanak. Tapi sebenarnya kepada mak ayah yang tak sampai hati menolak permintaan anak mereka terpaksa beralah dan membelikan juga barang-barang tersebut untuk anak-anak mereka.

Syarikat rakaman menggunakan artis kanak-kanak untuk mendapatkan untung. Artis kanak-kanak menjadi boneka kepada syarikat rakaman. Dan para peminat yang terdiri daripada kanak-kanak adalah mangsa keadaan. Apabila populariti artis kanak-kanak menjunam, mereka akan dipinggirkan oleh syarikat rakaman.

Perkara ini sudah pun terjadi kepada Britney Spears. Dia mula menyanyi semasa umur belasan tahun. Britney adalah antara artis fenomena ketika itu (sekitar 1998-2001). Ke mana kau pergi, kau dengar lagu Britney. Kau nampak poster Britney.

Tak lama kemudian, populariti Britney merundum. Britney mula tertekan dan hilang arah. Apa yang syarikat rakamannya buat? Nothing! Britney mula hilang akal sampai berkahwin dengan Kevin Federline dan membotakkan kepalanya. 

Bila popularitinya sudah meningkat balik, barulah syarikat rakaman datang balik pada Britney. 

Benda yang sama terjadi pada Lindsay Lohan. Berapa kali minah ni keluar masuk pusat rehab selepas dia hilang populariti dan terus menjadikan arak dan parti sebagai tempat melepaskan tekanannya. Ingat lagi Miley Cyrus? Dulu bukan main popular. Sekarang mana dia hilang?

Inilah yang dinamakan "Chain of teen idol". Tak lama lagi, semua artis kanak-kanak di atas bakal mengalamai nasib yang sama. Mungkin tak semua bakal menerima tekanan perasaan seperti Britney tetapi mereka pasti akan kehilangan populariti yang mereka kecapi sekarang.

Justin Bieber dan rakan-rakan di atas adalah artis yang lahir kerana fenomena. Seperti yang aku pernah tulis dahulu, artis yang lahir kerana fenomena tidak akan bertahan lama. Ingat lagi Mawi? Mawi adalah artis yang lahir melalui fenomena AF. Sekarang, mana Mawi? Ada orang ambil kisah tentang dia?

Bagi aku, inilah sebab utama kenapa artis yang berumur belasan tahun tidak patut menjadi artis. Mereka menjadi bahan buat syarikat rakaman yang bersifat kapitalis untuk mengaut untung dan kebebasan mereka untuk berkarya telah disekat.

Lagu-lagu artis kanak-kanak ini juga membosankan. Dengan lirik yang 'janji boleh', mereka menjatuhkan gred dan seni muzik. Ini kenyataannya. Cuba bezakan lagu artis pop atau ballad dewasa dengan artis kanak-kanak, mana yang lebih enak di dengari?

Dan yang penting sekali, jangan terkejut kalau muculnya golongan peminat fanatik yang pelik perilakunya kerana terlampau meng-idolize-kan artis kanak-kanak kegemaran mereka. Dan kemudian, mereka mula menjadi manusia yang lemah pelik gaya tindak balasnya seperti menjerit tak tentu hala seperti begini:


Apa? Golongan ini dah wujud ke? Tak perasan pulak aku.

Bagi adik-adik yang ingin menjadi artis, pastikan anda berbakat, tulis lagu sendiri, tentukan 'jenis artis' yang adik nak jadi dan jangan sesekali memberi ruang untuk syarikat rakaman mengawal adik 100%.

Kalau tidak, akan muncullah artis dengan lagu mengarut seperti di atas dan kumpulan peminat yang fanatik yang menjerit-jerit tak tentu pasal nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...