Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - The Malay Chronicles: Bloodlines


Akhirnya, dapat juga aku menonton filem buatan Malaysia yang dinanti-nantikan dari tahun lepas. Aku agak lambat menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa sedangkan semua orang sudah pun menonton pada hari pembukaan filem tersebut. I'm a slowpoke.

Ada 2 jenis set pemikiran yang pergi menonton filem ini. Yang pertama adalah golongan yang meletakkan harapan yang tinggi pada filem ini dan mengharap filem ini adalah setanding dengan filem Hollywood dan mampu menandingi kehebatan filem epik Hollywood seperti 300 dan Pirates of Caribbean.

Yang kedua, orang yang tak meletakkan harapan tinggi kerana sedar industri filem kita masih jauh terkebelakang berbanding Hollywood dan sedar ini adalah cubaan pertama penggiat seni Malaysia dalam menghasilkan filem berbentuk epik.

Aku dalam golongan kedua, kerana aku berpijak dibumi nyata dan masih sedar kekurangan filem Malaysia. Adalah mustahil pengarah, Yusry Abd Halim, mampu menghasilkan filem yang mampu membantai terus filem Hollywood dalam cubaan yang pertama.

Kebanyakan kawan aku yang pergi menonton adalah dalam golongan pertama, dan kecewa sambil berkata, "Cerita ni tak smooth lagi la. Aksi gaduh kelam-kabut, tak macam cerita Hollywood." Give Yusry a break, guys. Ini percubaan pertama beliau. 

Sebelum aku menonton filem ini, aku ada membaca review dari blogger lain. Ada yang memberikan komen positif dan ada juga yang memberikan komen negatif sehingga menghentam teruk filem ini.

Ini sedikit komen aku tentang filem ini:

Loghat/slang Stephen Rahman Hughes

Loghat percakapan Stephen Rahman Hughes, yang memegang watak Merong Mahawangsa, ada sedikit mengganggu. Bila aku dengar dia bercakap, ada terdengar slang 'Mat Saleh'. Tapi lakonan Stephen Rahman Hughes ok. Babak pergaduhan juga okay. Bentuk fizikal beliau memang melayakan beliau untuk memegang watak tersebut.


Puteri China dan Inang berbual dalam Bahasa Inggeris

Babak Puteri China Meng Li Hua (lakonan Jing Lusi) dan Inangnya, Ying Ying (lakonan Nell Ng) berbual dalam Bahasa Inggeris memang ada sedikit pelik. Sepatutnya mereka bercakap dalam Bahasa China, lainlah dengan babak semasa mereka berdua berbual dengan Putera Rome, Marcus Carprenius (lakonan Gavin Stenhouse).

Tapi, bila difikirkan balik, filem 300, yang berkaitan Sparta di Greece, pun menggunakan 100% bahasa Inggeris dan bukannya Greece. Begitu juga filem Gladiator, cerita yang terjadi di Itali dan 100% skripnya dalam bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Itali.

Jadi mungkin perbualan Bahasa Inggeris antara Puteri China dan Inangnya ini masih boleh dimaafkan.

Tapi babak Puteri China mandi memang buat hati aku berdebar juga. Nasib baik ada kelopak bunga yang melindungi badan Puteri China tersebut.


Effect darah

Kalau sesiapa yang dah menonton filem ini, mesti tahu filem ini dipenuhi dengan babak tumbuk-menumbuk, terajang-menerajang dan tikam-menikam. Babak-babak tersebut sudah pasti melibatkan darah. Darah-darah yang terpercik dari luka askar yang ditikam terlalu nampak menggunakan CGI. Darah yang terpancut adakalanya nampak kurang realistik dan terpercik terlampau jauh dari sepatutnya.


Babak pantulan cahaya matahari membakar lanun

Babak ini nampak kurang realistik. Mungkin kerana saiz cermin yang digunakan adalah terlampau kecil untuk membakar semua lanun Garuda. Ditambah pula dengan api yang juga dibuat menggunakan effect CGI. Mungkin babak ini sepatutnya dibatalkan dan digantikan dengan babak penutup yang lebih baik.


Penutup yang agak tergantung

Penutup filem ini agak tergantung. Tiada babak yang menunjukkan yang si Merong selamat pulang kembali ke negara beliau dan berkahwin dengan Embok (lakonan Ummi Nazeera). Aku rasakan babak Embok yang menantikan kepulangan Merong mungkin boleh memberikan impak yang lebih baik untuk penutup flem ini.


Kostum, solekan, dan props 

Dari segi props, latar belakang dan bangunan yang disediakan, memang memuaskan. Memang terasa bukan seperti menonton filem buatam Malaysia. Rumah-rumah kampung, markas Garuda dan juga pelabuhan di Goa memang nampak realistik.

Dari segi solekan dan kostum juga memuaskan. Cuma aku agak pelik dengan kostum Kesum (lakonan Dato' Rahim Razali):


Agak pelik melihat rambut Kesum yang agak tinggi ke atas. Aku tak tahu kenapa, tapi setiap kali watak Kesum muncul, aku rasa nak ketawa. Nasib baik watak Kesum tidak wujud sampai ke babak terakhir.

Skrip cerita ini yang ditulis oleh Amir Hafizi memang memuaskan. Ini hasil ketiga Amir Hafizi yang aku tonton selepas MySpy dan Magika. Dari segi lakonan para pelakon juga agak baik.

Ada komen tentang perubahan yang penulis skrip lakukan seperti mengubah Garuda yang sepatutnya seekor burung gergasi kepada sekumpulan lanun, manakala kapal yang dinaiki oleh Merong, Jentayu, juga sepatutnya seekor burung.

Bagi aku, pengubahsuaian yang dilakukan oleh penulis adalah bersesuaian untuk jalan cerita. Pasti babak berlawan dengan burung tidak akan memberikan impak yang sama seperti babak berlawan antara Merong dan Kamawas (lakonan Khir rahman). Lagipun, pengubahsuaian ini juga untuk memastikan audien di luar negara dapat lebih memahami filem ini.

Janganlah melenting sangat kerana skrip banyak berbeza dari cerita yang sebenar. Ini kan cerita hikayat. Cerita dongeng. Bukannya kisah sejarah sebenar seperti Sejarah Kemerdekaan Malaysia atau Perang Dunia ke-2. Apa salahnya diubahsuai sedikit.

Tentang beberapa kesilapan yang terjadi dalam filem ini juga bagi aku adalah perkara biasa. Cuba Google "biggest Hollywood mistakes" ataupun "hollywood movie mistakes", pasti kamu dapat tengok kesalahan filem Hollywood pula. Filem sehebat Star Wars, Pirates of Caribbean dan Lord of The Ring juga ada melakukan kesilapan.

Aku beri 4 bintang untuk filem ini. Filem ini boleh dikatakan terbaik namun masih banyak ruang buat Yusry memperbaiki mutu kerjanya. Namun pujian harus diberikan kepada Yusry atas kretiviti beliau yang berjaya menghasilkan filem diluar dari kebiasaan filem Melayu

Aku harap KRU Studio tidak akan berhenti untuk menghasilkan filem yang lain daripada yang lain. Harapnya KRU Studio boleh menghasilkan filem action packed seperti Die Hard ataupun filem sains fiksyen seperti Independent Day atau Battle of Los Angeles.

15 comments:

Paria Perawan said...

Hmmm pd aku cite ni overall not ok.
Tp ade juga benda yg patut dipuji.
Coz at least ade jugak 1st citer
or muvi kt malaysia yg nmpk nk
berani evolution tak mcm
pengarah lain yg asik kaut
untung based on cite kelaka.
Pd aku xde la aku expect cite
Merong ni sampai ke tahap hollywood but at least ley hampir dengan mutu
cite thailand ok jugak.
Cite thailand byk org akui effect and grafik dia memang cun.
Anyway nice try by KRU! Hope byk lagi improve pasni. KIta banyak sumber untuk jd lebih maju dlm bidang ni.

Amirul (aremierulez) said...

Aku malas nak bandingkan filem ni dengan filem luar. Cukup la kita bandingkan dengan filem Malaysia yang ada. Filem malaysia masih jauh kebelakang dari industri filem luar (temasuk filem Thailand). So, bagi aku filem ni dah cukup berbaloi untuk industri filem malaysia

Diya said...

amie, kalau tak silap diya, merong dah kahwin dengan embok sebelum die pegi perang tu. rasanya la. tapi tak banyak pun kan scene embok dengan merong. lebih pada perang2.

setuju dengan point penutup tergantung tu. diya pun bagi 4 bintang jugak. better kan dari cerita hantu tah pape kat mesia ni

Amirul (aremierulez) said...

Diya:
Oh.. ye ke? tak perasan lak.
Tapi better kalau ada scene si embok tunggu merong balik. sp impak ending tu lebih baik

una berry said...

not bad la for 1st trial
ingat senang ke kan nak wat filem epik budget juta2
hoho
huwaa, bila boleh tgk neh

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Untuk kategori filem Melayu, filem ni memang baik la. Memang la belum boleh lawan filem Hollywood, tapi dah cukup memuaskan la unuk industri filem malaysia

c i [k] j e L i t a said...

aku belum pegi tengok lagi .
tapi akan pegi . not sure bila . huhu

Amirul (aremierulez) said...

Cik Jelita:
Biar lambat asal tengok. Hehehe

puteri ain said...

dari hari tu nak pergi..tapi tak berkesempatan lagi...haishh

Amirul (aremierulez) said...

Puteri Ain:
Weekends ni try la tengok. Tapi weekends ramai orang lak

puteri ain said...

tu lah..mesti ramai..bila lah dapat tengok ni..haishhh

Amirul (aremierulez) said...

relax. try pergi tengok esok. masa tengahari, maybe tak ramai masa tu

Joey said...

aku pun belum tengok lagi. Aku nak tunggu kehangatan reda. Baru bleh tengok wayang dengan selesa.

Lagipun, aku fed up dengan manusia2 yang tengok wayang, tapi buat macam menengok drama Halimah Jongang kat tv di rumah masing-masing...hihihi

Fatin Aliyya said...

aku lagi lah nak tgk celah mananyer weh?huhu.tp ramai jugak yg puji filem ni.natilah ader maser ak tgk lah kot.tp setahu ak kru mmg sngt tinggi komitmen dlm kerjaya dorg pulun.dats good.neva give up.

n ak harap idea2 dorg dpt mengubah n menaikkan taraf industri filem tanah air kita.:)

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Betul jugak. payah nak bersesak-sesak ni. Tapi kalau lambat sangat, tak pasal-apasal kau tengok dalam Astro First je nanti. hehehe

pasal perangai orang tengok wayang ni, memang adat la. hhhmm.. macam boleh buat entri pasal benda ni. Hehehe...

Fatin Aliyya:
Yup. KRU selalu buat filem yang lain dari yang lain. MySpy memang kelakar. sampai memang anugerah filem komedi terbaik.

magika pulak 1st musical movie di malaysia. And now, Merong.

Aku harap KRU dapat la tukar haluan filem malaysia dari cerita hantu, rempit & bohsia saja.

credit goes to script writer to, Amir Hafizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...