Belilah Novel Aku!!!!

Friday, March 18, 2011

Kahwin: Antara Lelaki dan Perempuan

Dulu, aku pernah terdengar atau terbaca ayat yang lebih kurang macam di bawah ini:

"Lelaki yang berjaya dalam kariernya perlulah berkahwin. Sebaik mana pun pencapaiannya dalam karier pekerjaannya, tapi jika dia tidak berkahwin, dia bukanlah lelaki berjaya yang sempurna.
Manakala perempuan berjaya pula kebiasaannya tidak akan berkahwin. Untuk berjaya dalam karier pekerjaannya, perempuan tidak akan berkahwin kerana perkahwinan akan mengganggu tumpuannya untuk berjaya."

Aku tidak pasti sejauh mana tepatnya ayat di atas, tapi bila difikirkan balik, memang ada relevannya.

Kejayaan seorang lelaki diukur dari keluarganya. Bagaimana dia menjaga isterinya, bagaimana dia mendidik anak-anaknya. 

Itu sebabnya lelaki digelar sebagai pemimpin. Tak semestinya pemimpin mestilah mempunyai pangkat yang besar seperti Datuk Seri 1Malaysia (you know who) atau pun mereka yang berasal dari keluarga berdarah di-raja.

Apabila berkahwin, secara automatik lelaki akan menjadi pemimpin. Keluarga dan rumah menjadi "negara" manakala isterinya menjadi "penduduk" negaranya. Populasi "negara" si lelaki akan bertambah apabila si isteri melahirkan zuriat. Maka, bertambahlah jumlah "rakyat" dalam "negara" tersebut.

Maka bermulalah pengembaraan si lelaki sebagai "raja", menguruskan "rakyat-rakyatnya". Pelbagai masalah akan timbul. Membesarkan anak bukannya perkara mudah. Lagi-lagi kalau mendapat anak perempuan. Pernah dengar pepatah "Jaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga anak perempuan seorang"? Lebih ramai anak perempuan, semakin sukar cabaran bagi seorang suami.

Dan kalau anak-anak "tak menjadi", sudah pasti nama si ayah yang akan dipetik dahulu.


"Anak siapa yang kena tangkap basah semalam?"
"Ala, anak si Seman tu. Aku memang dah lama perati budak ni. Dia memang liar. Seman tu pun aku tengok, bukannya nak nasihatkan anak dia tu. Bior je anak dia tu keluar dengan lelaki malam-malam buta."


"Anak sape yang mengandung tak berbapak tu?"
"Anak si Rahim tu. Rahim tu bukannya tahu hal anak-anak dia. Pagi-pagi buta dah keluar kerja, tengah malam baru balik. Tu la, pentingkan sangat kerja sampai terabai anak-anak."


"Anak siapa yang minum arak tu?"
"Kau ni buat-buat tanya pulak. Tu kan anak bekas PM kita. Karang aku cerita banyak-banyak, kena ISA pulak. Ye dok?"


Perempuan yang berjaya, biasanya tidak berkahwin. Setakat ini, adalah 2-3 perempuan, yang aku kenal, berjaya dalam karier perkerjaannya sehingga tidak berkahwin. Masing-masing sudah berjaya menjawat jawatan yang penting dalam syarikat. Umur masing-masing sudah mencecah 40'an.

Tapi, ayat ini mungkin kurang tepat ada juga yang mengambil langkah untuk berkahwin lambat. Bila sudah mencecah pertengahan 30'an, baru mereka berkahwin. Dapat satu anak cukuplah, janji mereka mempunyai anak.

Apa? Lambat kahwin dapat gelaran "anak dara tua"? Wujud lagikah istilah tersebut? Melainkan kau masih tinggal pada tahun 90'an.

Memang agak sukar untuk seseorang perempuan untuk berjaya dalam karier nya jika mereka berkahwin. Kemungkinan untuk anak-anak dan suami terabai kerana sibuk dengan pekerjaan. 

Tetapi tidak bermakna perempuan yang berjaya semuanya tidak berkahwin. Ramai juga perempuan yang berjaya menjawat jawatan tinggi, masih mampu bahagian bersama anak dan suami masing-masing.

Dan ini satu lagi ayat yang aku baca (atau dengar. Damn! Teruknya ingatan aku) minggu lepas.

"Perempuan akan memikirkan tentang masa depan sejuruh mereka akil baligh dan berhenti memikirkan tentangnya apabila sudah berkahwin
Manakala lelaki hanya memikirkan tentang masa depan apabila dia sudah berkahwin."

Rasanya ayat ini lebih relevan dari ayat di atas.

Tak dinafikan, perempuan matang jauh lebih awal dari lelaki. Sesudah perempuan datang haid, mereka akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan kemudian pada mental mereka.

Sesudah akil baligh, mereka mula menjaga kecantikan. Mereka mula memakai alatan kosmetik, mengenakan make-up dan mula menjaga kecantikan muka, sedangkan budak lelaki masih comot dan bermain galah panjang.

Secara jujurnya aku rasakan perempuan lebih memikirkan hal percintaan sebagai satu perkara yang serius sewaktu zaman persekolahan sedangkan lelaki kepada bercinta secara "suka-suka" dan ikutan kawan-kawan.

Perempuan sudah mula memikirkan tentang bakal suami mereka, siapa yang bakal menjadi ayah kepada anak-anak mereka. Dan yang paling penting sekali, mereka sudah memikirkan, bagaimanakan bentuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Malah, ada yang sudah memikirkan tentang malam pertama dengan bakal suami mereka. Ini bukan aku main tulis suka-suka. Aku dah dengar tentang benda ini dari mulut beberapa orang kawan-kawan aku.

Manakala hidup seorang lelaki dipenuhi dengan hidup enjoy dan suka-suki sepanjang bergelar sebagai seorang lelaki bujang. Hidup mesti enjoy, dowh!

Selepas kahwin, baru terfikir pasal tanggungjawab. Fikir pasal makan minum isteri. Fikir pasal pembelanjaan anak dari lepas beranak sampailah masuk universiti. Fikir pasal duit kereta, duit rumah. Dari hidup enjoy, kini lelaki terus menjadi pemimpin keluarga dan berfikir tentang masa depan mereka, isteri dan anak-anak.

Dan ada orang berkata, tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah akan tamat apabila mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Jadi memang betullah yang lelaki hanya akan memikikrkan masa depan apabila berkahwin. Dan ini menimbulkan satu persoalan lagi dalam kepala aku.

Bagaimana lelaki yang berkahwin 4? Di mana bermulanya mereka memikirkan tentang masa depan? Semasa perkahwinan pertama? perkahwinan kedua? Perkahwinan ketiga? perkahwinan keempat?

Ok. Perenggan atas ini aku bergurau saja.

Poligami ini satu lagi tajuk yang menarik, mungkin boleh dijadikan topik untuk entri yang akan datang.

P/S: Adakah pelik seorang lelaki bujang seperti aku menulis tentang hal-ehwal perkahwinan?

7 comments:

puteri ain said...

betul jugak kata2 tu..
memang kebanyakan wanita yang berjaya lambat berkahwin..

hmm i also think untuk capai segalanya before kahwin..

Fatin Aliyya said...

ppergh.ak suka entri kali ni.nampk kau matured bai :).bagus2.betol jugak apa yg kau ckap, perempuan kbnyknya mmg pikir jauh ke depan compared to man.seyesly.yelah sbb perempuan matang dlu, pikir tentg org2 disekelilingi instead of diri sendri.


yup, kdg2 perempuan lbhkan carier x nak kawen takt terjejas, batap perempuan fokus.ak bkn nk bias tapi mengikt statistik yg ak penh bca, mmg mcm itu.

una berry said...

I think u're starting to think about the future too, which is good by the way.

kadang2 bkn wanita bekerjaya tu bukan xnak kawen, tapi jodoh xsampai2. yela, kadang2 bila dah ralit keje terlupa, sedar x sedar umur dah makin tua. tapi by that time susah nk cari jodoh yg sesuai yela, taraf kehidupan dah tinggi sangat n kebanyakan orang sebaya dah kawen kan.

sebenarnya kesian juga wanita2 macam ni. sunyi weh hidup masa depan.kalau ada anak/cucu sedara boleh la menumpang kasih (tu pun kalau anak/cucu sedara baik), kalau xde, haru~

harap2 aku xmacam tu. anak pun sorang je kot.isk~

Amirul (aremierulez) said...

Puteri Ain:
Bagus lah kalau kau dah ada visi nak berjaya sebelum kahwin. Good luck!

Fatin Aliyya:
Yup. Bukan memang perempuan cepat matang dan lebih fokus pada karier dan masa depan lebih awal berbanding lelaki.

well, boys will be boys :)

Una Berry:
Yup. betul apa yang kau cakap ni. Sebab ralit bekerja, terus tak kawin. Bila nak kawin, susah nak cari lelaki sebaya yang masih single.

Aku risau juga sebab aku ada 2 orang mak cik yang tak kahwin. Nanti dah tua, apa nasib diorang sebab tak de anak kan?

Aku tak tau sangat pasal back ground kau, tapi dari blog kau, aku tau la sikit-sikit info basic tentang kau.

hope kau happy dan berjaya mencapai apa yang kau hajati dalam hidup kau :)

Shaf said...

Salam :)

Kira first time aku baca blog kau. Tengah-tengah blogwalking. Jumpa pulak blog kau.

Menarik post kau. Serious, aku tak tipu :)

Aku nak bagi pendapat, boleh? Kau bagi ke tak, aku nak bagi jugak. Hehee :D

Aku ada borak dengan kawan-kawan aku. Mereka lelaki. Ramai yang bersetuju bahawa bila mereka berumur 23 tahun dan keatas baru mereka serious memikirkan hal-hal kahwin ni. And yes. Mereka mengaku bahawa mereka saja suka-suka nak enjoy je dulu.

Padahal wanita, elok baligh je. Ramai yang dah serious macam aku nak kahwin semua. And semangat nak kahwin ni akan semakin berkurangan bila mereka sudah bekerjaya.

Tapi tak jugak. Berjaya macam mana pun perempuan tu, still rasa macam nak ada teman hidup even rasa tu sikit kan. Lelaki pun sama. Fitrah, kan.

And kejayaan wanita jugak diukur melalui keluarganya. Contoh macam bila suami dia kahwin lain ke apa ke. Secara tak langsung orang akan kata, 'Ye lah. Tengok lah isteri dia macam mana. No wonderlah dia cari lain.' Bab anak pun sama, kan. Alah, semua sama je. Setiap orang main peranan masing-masing.

Oh, apa aku merepek ni? Berani betul aku bagi pendapat pasal kahwin. Apakah?
Haaa. Takpe, kau dah besar nak post pasal ni :P

una berry said...

hoh, terima kasih :D
baca entry ni wat aku risau pasal mak cik aku gak...
dia dah 40+ tapi xkawen,
pastu ari tu kena breast cancer tapi dah ok dah la
tengok dia cam kesian sebab memang harap kasih anak/cucu buah je la
kalau sok2 kitorang dah jauh n ada family sendiri tak tau la pe jadi.

so, mencari pasangan itu penting juga demi masa depan.fuh~

Amirul (aremierulez) said...

Shaf:
Memang la kalau anak tak menjadi, si isteri pun kena tempiasnya. Tapi mesti la si suami kena lebih sebab dalam islam pun, si suami ketua keluarga. si suami kena tanggung dosa anak dan isteri diorang kalau tak menegah diorang.

Pasal kahwin lain, orang tak kan tuduh si isteri yang bukan-bukan. Orang akan kata:
"ala, laki zaman sekarang memang gatal. asyik nak kawin lain je." hAHAHAHAHA

Una:
tu la. lebih baik kalau kawin. bukan apa, at least ada orang tengok-tengok kan kat kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...