Belilah Novel Aku!!!!

Monday, March 14, 2011

Kenapa Kanak-Kanak Tidak Patut Jadi Penyanyi?

Kenal Justin Bieber? Mestilah kamu kenal kan? Pop star yang kononnya digelar "The next Michael Jackson" sebab handal menari. 

Pppfffttt..... Michael Jackson bukan setakat pandai menari, tetapi lagu-lagunya yang mempunyai sifat kemanusian yang tinggi yang berjaya mengangkat beliau menjadi salah satu artis hebat di dunia ini.


Justin Bieber mula merakamkan album pada tahun 2009 apabila bakatnya (berbakat sangatkan beliau?) apabila Usher melihat videonya di Youtube. Semasa Bieber merakam dan me-release-kan album pertamanya, beliau masih belasan tahun. Umur 15 tahun untuk lebih tepat.

Tapi bila Ludacris sanggup menurunkan darjat dan rapping untuk lagu Justin Bieber, ini memang betul-betul mengejutkan aku. Apa? Usher pun ada berduet dengan Bieber? Usher tu lagi low standard. Menyanyi lagu pop dance tapi mengaku penyanyi R&B dan Soul.

Dengan lagu pop yang super lame, Justin Bieber berjaya mengaburi anak gadis pra-matang menjadi peminat fanataiknya. Tak kurang juga dengan perempuan dewasa yang turut mengilai beliau dan dengan tak semena-mena menambahkan jumlah pedophile dari kalangan perempuan dalam sekelip mata.

Dalam sekelip mata, semua gadis terus mengangap Justin Bieber sebagai artis paling hebat dalam dunia. Lagunya, Baby, yang bosan ya amat terus menjadi kegilaan anak gadis. Yang paling buat aku facepalm bila ada juga budak-budak lelaki yang minat Justin Bieber. Ramai pulak tu! Damn!

Kemudian, kononnya datanglah pencabar kepada Justin Bieber. Memperkenalkan, Cody Simpson:


Cody Simpson berasal dari Australia. Aku tak tahu macam mana budak ini boleh jadi penyanyi. Kali ini, Flo Rida pula merendahkan darjat untuk rapping dalam lagu Cody Simpson.

Bagi aku, lagu ini lagi sama lahanat dengan lagu Baby. Dengan lirik "Iyiyi.. Iyiyi.. Iyiyi" berulang kali, lagu ini memang boleh bikin aku rasa nak tendang TV masa first time aku tengok video muzik lagu ini di MTV.

Yang paling tak boleh blah apabila ada seorang budak lelaki berumur 16 tahun tulis pada status Facebook-nya:

"Ini dia, Cody Simpson. Pencabar baru Justin Bieber. Tapi aku rasa lagu dia lebih berkualiti dari Justin Bieber. Dan suaranya juga lebih 'lelaki' dari Justin Bieber"

What? Pppppffftttt....

First of all, "Dan suaranya juga lebih 'lelaki' dari Justin Bieber"? Aku nak saja tanya budak ni, "Kau dah berapa tahun tak korek telinga?". Suara Bieber sama Simpson ni dua-dua macam suara perempuan baru first time datang haid, boleh dia kata suara lebih lelaki? 

Apa aku buat lepas itu? Aku terus delete budak tersebut dari senarai friend list aku. Bukan setakat dia saja, semua budak-budak bawah umur aku delete. I don't have time to deal with all this mindless fucking status from underage kids. Cuma sepupu aku saja yang aku tak delete. Dan semenjak itu, aku tak lagi approve budak-budak bawah umur yang add aku.

Dah habis lelaki, perempuan pulak. Giliran anak Will Smith, Willow Smith.


Benda yang buat aku tertanya-tanya, apa jadah buat lagu tentang rambut? Lagu tentang menghayunkan rambut, melibas rambut pulak tu. Dengan lirik yang meaningless dan annoying. Tak payah aku ulas panjang tentang lagu ini. Memang lagu yang jahanam

Dan tahukan anda, ada lgu yang lebih jahanam dari ketiga-tiga lagu di atas? Memperkenalkan, fresh baked from the oven.... Rebecca Black



Seriously, aku rasa macam nak menjerit "Bodoh!" kuat-kuat lepas dengar lagu ini. Tapi nanti mengejutkan mak ayah aku pula. Lagu ini memang lebih bodoh dari 3 lagu di atas.

First, budak Rebecca Black ni memang tak berbakat. Suara dia pun sengau bunyinya. Dan lebih meneydihkan bila aku baca lirik lagu ini:

"Kickin’ in the front seat
Sittin’ in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?"

Rebecca tak tahu nak duduk tempat duduk depan atau tempat duduk belakang di kereta kawannya. Seriously, benda ini pun boleh jadi lirik lagu?

Yesterday was Thursday, Thursday
Today i-is Friday, Friday
We-we-we so excited
We so excited
We gonna have a ball today
Tomorrow is Saturday
And Sunday comes afterwards
I don’t want this weekend to end

Rangkap yang ini lagi tak boleh aku terima akal. Cerita tentang "Semalam hari Khamis. Hari ini hari Jumaat. Esok hari Sabtu. Lepas tu hari Ahad." Damn it! Lagu apa ni? Lagu untuk kanak-kanak kindergarten menghafal hari ke? 



Bagi aku, inilah akibatnya apabila membenarkan kanak-kanak menjadi penghibur untuk kita.

"Eh, Mirul. Diorang ni semua dah umur belasan tahun. Apa jadah kanak-kanak pulak?"

Bagi aku, manusia yang berumur bawah 18 tahun adalah kanak-kanak. Kenapa? Kerana mereka belum cukup matang untuk menilai. Kalau nak tanda tangan kontrak pun kena ada mak ayah sebagai saksi. Tak boleh tanda tangan seorang diri. 

Kalau nak buat akaun bank pun, kena ada mak atau ayah. Mak ayah kena datang sekolah untuk ambil penyata. Tak boleh ambil lesen kereta. Tak boleh minum arak. Tak boleh kahwin (kecuali dengan perintah mahkamah). Jadi, budak bawah 18 tahun adalah kanak-kanak.

Mereka tak tahu apa-apa. Mereka dilamar oleh producer, nyanyi lagu yang disediakan, dan terus album berada dipasaran. Mereka sendiri tak pasti, "Ini ke jenis lagu yang aku nak nyanyikan sebenarnya?" "Macam mana jenis artis yang aku nak jadi?".

Contohnya Rebecca Black. Rebecca adalah artis hasil dari Ark Music Factory, Los Angles. Ark Music Factory memberikan peluang kepada remaja 13-17 tahun yang kononnya mereka rasa mereka berbakat untuk menjadi artis. 

Bagaimana? Mereka akan cipta lagu dengan lirik sampah (lagu 'asal boleh'), rakam di studio menggunakan Autotuned, buat video klip ala kadar dan BOOM! Kau dah boleh jadi artis.

Ark Music Factory memang banyak menghasilkan budak bawah umur untuk menjadi artis. Silalah Google dan pergi ke laman web rasmi Ark Music Factory. Di situ, lebih banyak video dan lagu standard celaka yang kamu boleh tonton dan dengari.

Jangan ingat Rebecca Black sahaja yang menerima nasib begini. Justin Bieber pun sama. Kau ingat, dia cipta lagu sendiri ke? Kencing pun tak lurus lagi budak tu. Kau ingat Justin Bieber ke yang bina imej dia sendiri. Tidak! Imej penampilan sudah ditentukan oleh syarikat rakaman. Dia juga tidak boleh memilih "jenis artis" yang dia ingat jadi.

Sama juga seperti Cody Simpson dan Willow Smith. Terpaksa menyanyi lagu Iyiyi dan lagu rambut tersebut. Mereka sebenarnya tidak dapat membuat pilihan. Mereka dibawah kawalan syarikat rakaman.

Artis kanak-kanak menjadi alat untuk syarikat rakaman kapitalis mengaut keuntungan semata-mata. Mereka tahu, jika mereka menggunakan artis kanak-kanak, mereka akan berjaya menarik perhatian ramai kanak-kanak untuk membeli CD dan tiket konsert.

Sudah semestinya kanak-kanak ini tak mampu untuk membeli benda-benda tersebut. Mereka akan memujuk mak ayah mereka masing-masing. Bila tak dapat, mereka akan menangis, merajuk atau ugut lari dari rumah. Mahu tak mahu, mak ayah kena beralah dan terpaksa juga membelikan benda-benda tersebut untuk anak-anak mereka.

Nampak? Mereka meletakkan sasaran akhir mereka bukan pada kepada kanak-kanak. Tapi sebenarnya kepada mak ayah yang tak sampai hati menolak permintaan anak mereka terpaksa beralah dan membelikan juga barang-barang tersebut untuk anak-anak mereka.

Syarikat rakaman menggunakan artis kanak-kanak untuk mendapatkan untung. Artis kanak-kanak menjadi boneka kepada syarikat rakaman. Dan para peminat yang terdiri daripada kanak-kanak adalah mangsa keadaan. Apabila populariti artis kanak-kanak menjunam, mereka akan dipinggirkan oleh syarikat rakaman.

Perkara ini sudah pun terjadi kepada Britney Spears. Dia mula menyanyi semasa umur belasan tahun. Britney adalah antara artis fenomena ketika itu (sekitar 1998-2001). Ke mana kau pergi, kau dengar lagu Britney. Kau nampak poster Britney.

Tak lama kemudian, populariti Britney merundum. Britney mula tertekan dan hilang arah. Apa yang syarikat rakamannya buat? Nothing! Britney mula hilang akal sampai berkahwin dengan Kevin Federline dan membotakkan kepalanya. 

Bila popularitinya sudah meningkat balik, barulah syarikat rakaman datang balik pada Britney. 

Benda yang sama terjadi pada Lindsay Lohan. Berapa kali minah ni keluar masuk pusat rehab selepas dia hilang populariti dan terus menjadikan arak dan parti sebagai tempat melepaskan tekanannya. Ingat lagi Miley Cyrus? Dulu bukan main popular. Sekarang mana dia hilang?

Inilah yang dinamakan "Chain of teen idol". Tak lama lagi, semua artis kanak-kanak di atas bakal mengalamai nasib yang sama. Mungkin tak semua bakal menerima tekanan perasaan seperti Britney tetapi mereka pasti akan kehilangan populariti yang mereka kecapi sekarang.

Justin Bieber dan rakan-rakan di atas adalah artis yang lahir kerana fenomena. Seperti yang aku pernah tulis dahulu, artis yang lahir kerana fenomena tidak akan bertahan lama. Ingat lagi Mawi? Mawi adalah artis yang lahir melalui fenomena AF. Sekarang, mana Mawi? Ada orang ambil kisah tentang dia?

Bagi aku, inilah sebab utama kenapa artis yang berumur belasan tahun tidak patut menjadi artis. Mereka menjadi bahan buat syarikat rakaman yang bersifat kapitalis untuk mengaut untung dan kebebasan mereka untuk berkarya telah disekat.

Lagu-lagu artis kanak-kanak ini juga membosankan. Dengan lirik yang 'janji boleh', mereka menjatuhkan gred dan seni muzik. Ini kenyataannya. Cuba bezakan lagu artis pop atau ballad dewasa dengan artis kanak-kanak, mana yang lebih enak di dengari?

Dan yang penting sekali, jangan terkejut kalau muculnya golongan peminat fanatik yang pelik perilakunya kerana terlampau meng-idolize-kan artis kanak-kanak kegemaran mereka. Dan kemudian, mereka mula menjadi manusia yang lemah pelik gaya tindak balasnya seperti menjerit tak tentu hala seperti begini:


Apa? Golongan ini dah wujud ke? Tak perasan pulak aku.

Bagi adik-adik yang ingin menjadi artis, pastikan anda berbakat, tulis lagu sendiri, tentukan 'jenis artis' yang adik nak jadi dan jangan sesekali memberi ruang untuk syarikat rakaman mengawal adik 100%.

Kalau tidak, akan muncullah artis dengan lagu mengarut seperti di atas dan kumpulan peminat yang fanatik yang menjerit-jerit tak tentu pasal nanti.

25 comments:

mcjust.lol said...

bila mak pak dah terdesak nak kaut untung, suruh anak jadik penyanyi..... haish...

puteri ain said...

tapi budak2 kecik comel bila menyanyi..tambah2 bila ada talent..perghh betul2 akan meletup la diorg..

Azizan said...

kalau tak silap ada jugak lagu melayu yang cerita pasal hari tapi tak ingat tajuk dia...

Safwan Kun said...

ooo..baru aku faham sape Rebecca Black ni..die ni ha trending kat laman Twitter..hahha ^^

Joey said...

remaja cam ni ler. Setiap zaman sama jer.

Bila kita dah sampai tahap mature (dewasa ler kengkunun) kita dah memang tak suka der benda bubblegum (pop of the moment) neh. Tak taula..automatik kot.

Apa ingat zaman2 Beatles dulu mak bapak remaja suka ker (misti dorang prefer Frank Sinatra kan?)

Bila dah abis zaman beatles, zaman Rock Glam plak, so zaman-zaman Remaja Beatles ni pasti meluat dengan rock glam yang overly makeup..kan

Nanti dah sampai 80 an, pun still yang dewasa (zaman rock Glam) x suka Madonnala, Michael Jackson la.

Pastu bila zaman boyband plak, si dewasa (zaman2 early Madonna dan Mariah Carey) tak suka ..macam shial menari line dancing

Sampailah zaman si Justin Bibir neh.

Ko faham x maksud aku?

Aku pun tak tau cam ner nak explain.

Cut story short, ko dah dewasa. Sebab tu ko tak suka pop of the moment.

p/s kalau ko still bleh enjoy lagu justin bibir, maknanya ko takdela mature sangat....hihihihihi

p/s somebody to love ok apa...hahahahaha

Amirul (aremierulez) said...

mcjust.lol:
Yup. Cara nak senang untuk jadi senang. Tu yang jadi kes kebanyakan artis ni pecat mak bapa diorang dari jadi manager diorang bila dah dewasa.

puteri ain:
Tapi Justin bieber bukannya kanak-kanak pun. tak cute, ok. Hahahaha!

Amirul (aremierulez) said...

Azizan:
Hah! ada jugak ke? mesti sampah gak tu. hahaha!!

Safwan Kun:
Yes. Aku perasan kat Twitter gak. Tu yang aku try search dekat Google tu

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Budak-budak macam Bieber dan yang aku tulis dalam entri ni berbeza dengan Beatles and all that Glam Rock band.

Beatles & all glam rock band tulis lagu sendiri. Diorang tak terkongkong dengan syarikat rakaman. diorang dapat bekarya dengan kehendak mereka sendiri.

Dan Michael Jackson pulak, aku memang respect dengan dia. Walaupun dia pop singer dan aku lebih cenderung kepada rock, tapi aku still respect dia sebab dia penyanyi yang ada identiti dan berkarya bukan atas kongkongan dan kehendak starikat rakaman mereka sendiri.

Pop zaman akhir 90'an sampai sekarang berbeza dengan zaman sekarang. Zaman sekarang, semua kena control oleh syarikat rakaman. sampaikan jawapan sama interview pun ada benda yang diorang tak boleh cakap atas desakan syarikat rakaman.

Dan kalau kau perasan, artis kat Korea sekarang pun sama. Semua syarikat rakaman control.

Ini bukan cerita sebab aku dah dewasa, so aku dah tak minat benda lama. Ini cerita pasal ruang untuk artis bekarya.

Aku boleh dengar lagu pop zaman dulu macam Michael Jackson atau Cindy Lauper atau Michael Jackson sebab mereka bekarya atas kehendak sendiri. Bukan macam pop star yang kebanyakannya sekarang menjadi alat syarikat rakaman untuk mengaut untung semata-mata

una berry said...

aku suka JB adakah aku pedo?
tapi since JB is reaching his puberty I dont think I'll like his new voice
haha!

tapi aku rasa reality show cm Idola Kecil pe jadah sume tu xpayah la. sakit mata tgk bebudak kecik2 pakai make-up kaler2 n baju seksi sambil cuba menyanyi padahal xsedap pun.huhu~

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
It depends macam mana minat kau dekat JB tu. Hahaha!

Dia dah hit puberty ke? Suara dia dah lain? Hahaha! memang aku tak ambik pot dekat dia.

Idola kecik tu nak pancing orang kuat je. Sebab tu aku kata, budak-budak tak payah fokus benda ni. Baik belajar dulu. Bila dah fail SPM, baru jadi artis. Hahaha!

Joey said...

yer aku tau.cuba undurkan masa, katalah kita ni dah umur 30 atas, masa Beatles tu tengah meletup ala2 Justin Bieber. Aku rasa mesti aku meluat tengok Beatles yang ntah hapa2. Sedangkan aku lebih suka prefer Big Bang Sway Crooner Frank Sinatra.

By time, yang generasi baru mestila anggap dorang2 ni otai muzik. What I mean is that is just a phase for teenager. Semua orang masa teenager memang ada obsessi macam ni. Ok, maybe ada juga layan yang lain dari kebiasaan.

I dont maksudkan dari point kita sebagai generasi baru appreciate music. It just that when something in pop culture emerge (and you know sometime it dumb), we yang dah lepas fasa teenager ni akan rasa lagu remaja sekarang macam ****

Actually, aku melalut ntah apa. LoL

Amirul (aremierulez) said...

Nak kata macam tu, tak jugak. Beatles bukan jadi kegilaan remaja saja. Tengok la jumlah lagu diorang yang berjaya dapat No.1 dalam Bilboard hits. 1st album diorang pun dah ada no.1 hits. Bieber?

Ini yang aku katakan bagi ruang untuk artis berkarya. Bila artis sendiri yang berkarya, mutu sesuatu karya yang akan dihasilkan adalah lebih baik.

Take Christina Aguilera as example. Masa 1st album dia, banyak orang lain yang buat lagu untuk dia. Lepas tu,dia buat lagu sendiri. Beautiful, Fighter, Hurts dan banyak lagi lagu yang di tulis oleh dia (atau inspired by her) dapat no.1 billboard ataupun cecah top 10.

Walaupun aku bukan big fan of christina, tapi aku boleh terima lagu dia. Kalau keluar dekat MTV, aku still boleh dengar. Kalau lagu bieber, memang tak de la.

Nak kata aku tak suka lagu remaja sebab dah lepas fasa remaja, Tak juga. Taylor Swift aku boleh terima. dia buat lagu sendiri dan aku rasa lagu2 dia semuanya best.

aku selalu compare kan pop artis antara yang buat lagu sendiri dengan harap orang buatkan lagu. yang aku letak dalam entri ni, semua harap orang lain buat kan lagu untuk dia. dan semuanya suck ass.

Tapi pop star macam Lily Allen, Duffy, Marie Digby, Sara Bareilles, Michael Bublé, Owl City etc. semua lagu diorang jauh lebih berkualiti.

Bila artis tu ikut telunjuk syarikat rakaman, macam bieber lah jadinya. benda ni bukan setakat jadi dekat luar negara, dalam malaysia sendiri pun banyak jugak

Admin said...

Wah.. Terbaik penulisan anda.. =)

Kami telah mengambil post entry blog anda untuk dishare di Blogger Crew
--> http://bloggercrew.in-malaysia.org/2011/03/kenapa-kanak-kanak-tidak-patut-jadi.html

Amirul (aremierulez) said...

Admin:
Asalkan kau letak link blog aku, aku tak de hal punye :)

Joey said...

yea. betul cakap ko.

But give the boy some time. Bukan semua orang sebertuah Taylor Swift boleh tulis lagu (kinda tired juga dengar Lagu Taylor Swift pasal boyfriend) terus exec music syarikat besar terima.

I mean, mula2 memangla kena ikut. Dah lama2 nanti, baru dapat buat sendiri.

For example, Christina Aguilera dulu pun manufactured kan? Takde pun mula2 dulu dia terus tulis lagu. And she's only 19 at that time. By given her time, now she pun dah bleh buat lagu sendiri.

Bibir baru 16, 17? Masih ada masa to developed, unless dia ada sakit kanser kronik yang dia hanya bertahan selama 3 bulan, I guess biarlah kanak2 ada idola dorang. At least lirik Bibir bersih :).

P/s At least kalau I ada anak2 remaja, mungkin lebih baik dia dengar Bibir dari Akon. :P

Amirul (aremierulez) said...

Ok2. Give Bieber time. Bagi masa untuk dia jadi tak popular. Hehhee.

Akon tu lain cerita. Akon dan konco-konconya tu dalam kategori Hip-Hopers yang suka menunjuk-nunjuk dalam video klip diorang. Rasanya aku macam dah tulis pasal benda ni dulu.. kan?

una berry said...

weh, Bieber is better than that Rebecca Black
like seriously
at least lyric JB bermaknalah jugak wlpn pasal chenta xsudah
yg si Rebecca ni pe jadah citer pasal confuse nak duduk seat depan ke belakang pastu nyanyi Friday 3x macam fried egg? suara dia sgtlah hampeh

n I agree with Joey :D

Amirul (aremierulez) said...

Una:
Yup! Lagu Jessica ni lagi sampah.
Tapi aku bukan nak compare diorang berdua.
Just aku tulis pasal diorang jadi alat kepada syarikat rakaman diorang tu

Anje :) said...

Dorangg ada cubaan untuk membangun juga kenn ? Dah dorangg minat bidang seni . So go on :) Lantak akal fikiran waras dorangg lah . Mak bapak dorangg nak kaut keuntungan ? Ehh , cuba pandang keluarga smith tuu . Cepat ! Pergi jumpa Mr.Google . Kaya kenn ? Cukup kenn ? So ? Apa nak cakap lagi . Haih --' Masyarakat .

Amirul (aremierulez) said...

Anje:
Tak semua diorang datang dari keluarga yang kaya macam Smith Family kenn?

mamee said...

gelabah ayam je kau ni. biar laa pun dorang nak buat lagu ape pun. at least laa tak kimak cm lagu minah tudung tu. kau pun cakap mcm bdk-bdk je. adoii. be matured sikit okay bila nak bagi pendapat tu. ehh aku lupe ni kan blog kau. errr. whateverr

mcjust.lol said...

pergh kawan2 aku suka entry kau ni bile aku share kat fb.. haha! ;D

Amirul (aremierulez) said...

mamee:
I bet you are one of Bieber's fan who butthurt, right?

Minah tudung? Who? Yuna? I'm not a fan of Yuna but Yuna's song is far better than Bieber.

bagi pendapat yang matured? Apa yang aku tulis ni dah cukup matired. Kalau tak matured aku dah tulis macam ni:

"Justin Bieber gay!!!"
"Cody Simpsons is Bieber wannabe & he's also gay!"

Yang tu baru tak matured.

And one more thing, kau komen pun letak link Google, tak pakai ID blogger kau, kau kata aku tak matured? At least berani la sikit tunjuk muka kan?

mcjustlol:
Hahaha! ye ke? tapi mesti ramai gak yang butthurt kan? contohnya macam si mamee kat atas ni.

balqeesa said...

pergh ! menyirap je dengar lagu rebecca tuh , ape ?

"friday 3x..."

xde ayat laen ker , at least CS dgn JB tu bley bla lah lgi ...
lgi 1 , lgu whip my hair tu , pehh , HAMPEH . da x de idea ke nk wat lirik lagu ? heish -,-"

Amirul (aremierulez) said...

Balqeesa:
Rebecca Black is an epic fail of the decade.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...