Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, March 2, 2011

Mengenali Jenis-Jenis Teman Wanita Anda

Kalau kamu perasan, dulu aku pernah menulis entri Mengenali Jenis-Jenis Teman Lelaki Anda. Anda boleh baca entri tersebut di sini.

Entri tersebut khas untuk para wanita bagi meneliti teman lelaki mereka. Oleh kerana aku mengamalkan sikap demokrasi terpimpin dalam blog ini, aku dengan perasaan adil dan saksama kali ini akan menulis entri khas untuk lelaki meneliti teman wanita mereka pula.

Yang perempuan pun boleh baca. Tengok ciri mana yang kena dengan kamu.


Jenis Kaki Shopping

Teman wanita jenis ini adalah jenis yang paling ditakuti oleh para lelaki diluar sana, lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai taraf gaji di bawah RM 2,500.

Perempuan jenis ini memang sangat up-to-date denga berita terkini tentang produk import yang akan dipasarkan di Malaysia. Mereka juga mempuyai maklumat terperinci tentang Sales di shopping complex, bila mula dan bila berakhir kempen Sales tersebut.

Kalau berdating, shopping complex akan menjadi pilihan utama. Lelaki yang mempunyai teman wanita jenis Kaki Shopping mestilah rajin berjogging dan bersenam untuk mendapatkan stamina ketika menemankan teman wanita anda bershopping dan tenaga yang cukup untuk mengangkat segala beg shopping teman wanita anda.

Seperti aku katakan, kalau gaji kamu jenis cukup makan, lupakanlah niat untuk mendapatkan teman wanita seperti ini. Kelak kamu terpaksa menggadaikan tanah pusaka selepas berkahwin dengan si dia nanti.



Jenis Perempuan Lasak

Jenis perempuan lasak biasanya perempuan yang aktif bersukan, mempunyai tahap fizikal yang kuat, berhati keras dan mempunyai sedikit kelakuan menyerupai lelaki. Perempuan hot yang sering berjogging di tasik bukan tergolong dalam kategori ini.

Perempuan lasak biasanya aktif bersukan dan sekurang-kurangnya pernah mewakili sekolah dalam acara sukan. Aktifiti panjat gunung, bercamping dan berfutsal adalah aktiviti kegemaran.

Biasanya perempuan lasak mempunyai gaya percakapan dan tingkah laku seperti seorang lelaki. Setakat duduk sambil letak kaki atas meja adalah fenomena biasa bagi mereka.

Tapi, sekeras-keras mereka, mereka masih seorang wanita. Dalam hati mereka masih mempunyai sifat kewanitaan yang mengharap layanan romantik dari seorang lelaki.

Tapi percaya atau tidak, biasanya perempuan lasak akan bercinta dengan lelaki yang pasif ataupun lelaki golongan nerd. Aku sendiri tidak pasti kenapa



Jenis Ratu Air Mata

Perempuan Ratu Air Mata ialah perempuan yang mudah berlinangan air mata. Mereka mudah dipengaruhi emosi dalam apa jua keadaan.

Mereka akan mengangis bila menonton filem atau drama Korea. Mereka akan menangis kalau mendapat result yang baik dalam peperiksaan... ataupun result yang teruk. Mereka akan menitikkan air mata jika teman lelaki membuat benda-benda romantik kepada mereka. Mereka akan menangis bila bertemu dengan orang yang sudah lama tidak mereka jumpa.

Mereka juga boleh menangis jika mendengar lawak yang kelakar (aku pula akan menangis melihat kualiti peserta Raja Lawak yang ada sekarang). Mereka akan menangis apabila mendapat tahu berita Tomok akan mendirikan rumah tangga. Tapi aku tak pasti adakah mereka akan menagis bila menonton Berita RTM Pukul 8 Malam.

Perempuan seperti ini biasanya mempunyai hati tissue dan jiwa yang sensitif. Lelaki perlu extra sensitif supaya tidak sesekali melakukan perbuatan yang boleh menumpahkan air mata perempuan tersebut. Sekali perempuan jenis ini sudah menangis, memang sukar untuk menghentikan tangisan tersebut. Ibarat hujan yang turun dan menenggelamkan Labis.

Taktik "Buat awek jealous untuk mengukur tahap kasih sayang awek saya" adalah taktik yang perlu dielakkan supaya teman wanita anda tidak menangis 3 hari 3 malam tanpa henti.


Jenis Perempuan Gedik

Gedik dan manja merupakan 2 definasi yang berbeza. Manja biasanya mempunyai sifat yang lebih terpimpin berbanding gedik.

Perempuan gedik biasanya mempunyai sifat manja tahap melampau sehinggakan mereka tidak mampu berdikari dan menimbulkan perasaan annoying di hati orang lain.

Selain itu, perempuan gedik sukakan perhatian dari orang lain atau dalam bahasa penjajahnya, attention whore.

Mereka suka mencairkan hati lelaki - tak kiralah siapa pun lelaki tersebut samada teman lelaki, kawan satu office ataupun pak guard UiTM. Nada lenggok suara yang manja dan sedikit mengada-ngada adalah senjata utama untuk mencairkan hati lelaki.

Selain itu, mereka juga sering rasa mereka Hot. Mereka sangat peka dengan perkembangan fesyen dan sering menggayakan fesyen terkini sehingga kadang kala menjadi fashion victim.

Perempuan gedik jugasentiasa happy-go-lucky dan jarang bersedih.

Kebanyakan lelaki akan memandang sinis kepada perempuan gedik dan selalu berkata, "Gelilah perempuan gedik. Bagi free pun aku tak mau". Walaupun sebenarnya dalam hati berkata, "Wow! Memang hot! Aku pun nak awek macam tu!"

Tapi dari cerita kawan-kawan aku, perempuan gedik adalah perempuan yang paling memahami lelaki, sangat caring kepada suami dan anak-anak dan setia kepada suami selepas kahwin. Kawan-kawan aku bercerita dari pengalaman abang mereka yang masing-masing berkahwin dengan perempuan gedik.

Benarkah? Kalau ada pengalaman, silalah share di ruang komen.


Jenis Perempuan Tudung Labuh

Perempuan tudung labuh biasanya memakai tudung labuh (obiously. Tak kan pakai mini skirt pulak). Mereka biasanya dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Pandai mengaji dan hebat ilmu agama nya.

Memang sangat susah untuk mendengar suara mereka kerana mereka jarang bercakap. Mereka hanya bercakap bila perlu. Kalau berbual dengan kawan perempuan mereka pun, mereka berbual dengan nada yang perlahan.

Muzik pilihan hati mereka ialah muzik Nasyid. Artis kegemaran mereka ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-Team, Mirwarna dan yang paling terbaru, Maher Zain. Tapi jangan terkejut kalau ada di antara mereka juga memuja Justin Bieber. Well, girls will be girls.

Nak menambat hati perempuan mereka bukannya mudah. Kalau setakat baca Doa Qunut pun merangkak, jangan mimpilah. Jangan mengada-ngada bagi lirik lagu Hujan untuk tackle perempuan jenis ini.

Tapi ada orang kata, Mat Rempit punya taste ialah perempuan tudung labuh. Benarkah?


Jenis Valley Girl

Valley Girl adalah jenis perempuan stereotype yang biasanya bercakap dalam Bahasa Inggeris (samada fluent, broken atau campur dengan Bahasa Melayu), bercakap dengan slang orang putih, metarealistik, egosentrik (mementingkan keperluan sendiri tanpa mengendahkan keperluan orang lain), lebih mudah bergaul dengan orang dan senang didekati tapi kadang-kadang ada yang bersifat jinak-jinak merpati.

Valley Girl adalah cara hidup yang berasal dari California dan wujud pada sekitar tahun 80'an dan berakhir pada era awal 90'an. Masih ada sikit sisa-sisa Valley Girl di Amerika. Tapi di Malaysia, fenomena Valley Girl masih popular.

Satu lagi sifat Valley Girl, mereka ialah Mall Rat. Mall Rat ialah orang yang suka melepak di shopping complex. Bukan untuk bershopping, tapi hanya window shopping. Melainkan mereka berjaya mendapatkan lelaki kaya, barulah mereka bershopping tak ingat dunia.

Valley Girl juga mempunyai bahasa atau slanga tersendiri. Ayat-ayat atau perkataan yang biasa mereka gunakan ialah As if, Bitchin', Whatever!, Fer shur, Totally, Seriously, Are you serious? dan yang paling popular dan sering digunakan sekarang, OMG! Biasanya mereka akan menyebut perkataan-perkataan tersebut berserta ekspresi muka, lenggok badan dan nada yang tertentu untuk menyampai maksud perkataan tersebut.

Untuk memahami sifat-sifat Valley Girl secara mendalam, aku sarankan kamu menonton filem Valley Girl lakonan Deborah foreman menjadi watak perempuan Valley Girl dan Nicolas Cage menjadi sang heronya. Filem ini diterbitkan pada tahun 1983.

Ataupun anda boleh menonton Clueless, lakonan Alicia Silverstone. Rasanya lakonan Alicia Silverstone sebagai Valley Girl lebih menarik. Filem ini diterbitkan pada tahun 1995. Nak mencari yang original memang tak dapatlah. Jadi silalah download. Tak payahlah berlakon jadi manusia bersifat suci, nak cari DVD original pulak. Dasar kaki download!

Alicia Silverstone sebagai seorang Valley Girl
bernama Cher Horowitz dalam filem Clueless

Lelaki yang mempunyai teman wanita bersifat Valley Girl memang mencabar. Lelaki perlulah bersabar dengan sikap Valley Girl yang memang mengada-ada dan suka mengikut perasaan sendiri tanpa mengendahkan perasaan orang lain. Dan duit yang banyak juga diperlukan untuk menambat hati gadis Valle Girl ini.

Nama lain bagi gelaran Valley Girl ialah Val Gal, D4 (Ireland), R├│zsadomb dan Pasar├ęt (Hungary) dan Freha di Israel.


Jenis Diva

Mungkin ada yang berkata, "Bukan ke Diva ni lebih kurang Valley Girl je?" Salah! Diva biasanya lebih kejam dari Valley Girl (Val Gal).

Satu perbezaan nyata antara Diva dan Val Gal ialah biasanya perempuan Diva lebih sombong dan jenis tak layan orang sangat. Mereka sukar bergaul dengan orang lain berbanding Val Gal yang mudah bergaul.

Perempuan jenis Diva biasanya hanya akan bergaul dengan perempuan yang mempunyai kelas ekonomi yang sama dengan mereka. Mereka biasanya duduk dalam kumpulan. Diva tak kan wujud jika berseorangan. Val Gal boleh wujud dengan seorang individu sahaja.

Dalam sekumpulan Diva, pasti ada seorang ketua. Ketua tersebut bertindak sebagai perencana rancangan dan juga trend setter dalam kumpulan tersebut. Tugas anak buah dalam kumpulan tersebut adalah sentiasa memuji si ketua Diva untuk ego boost beliau.

Perempuan Diva biasanya perempuan yang datang dari keluarga yang berada. Teman lelaki idaman mereka ialah lelaki yang paling kacak dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka.

Perempuan Diva bisanya memandang rendah dan suka membuli perempuan yang lemah -biasanya perempuan dalam golongan nerd dan geek (Val Gal tak membuli orang lain).

Perempuan Diva biasanya merasakan diri mereka yang paling hebat, cantik dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka. Mereka akan rasa tercabar dengan perempuan lain yang lebih hot dari mereka.

Mereka juga tidak akan suka berkawan dengan perempuan yang lebih hot dari mereka. Mereka akan menunjukkan rasa benci mereka secara terang-terangan kepada perempuan yang lebih hot dari mereka itu. Malah mereka akan menyatakan permusuhan mereka secara terang-terangan.

Seperti juga Val Gal, mereka juga bersifat materealistik. Produk dari Uptown Shah Alam atau kedai Bundle adalah sesuatu yang hina bagi mereka.

Kelab atau persatuan yang mereka akan sertai di sekolah atau kolej ialah cheerleader (Tapi tak semua cheerleader adalah Diva. Jangan marah pula ya adik-adik cheerleader sekalian).

Daripada kamu tackle perempuan Diva, baik kamu tackle perempuan Valley Girl. Val Gal biasanya lebih menyenangkan hati.

Untuk contoh perempuan Diva, sila tonton filem Means Girls lakonan Lindsay Lohan. Lindsay Lohan yang baru berpindah masuk ke sekolah telah di confront oleh sekumpulan 3 orang wanita yang bersifat Diva.




Jenis Perempuan Melayu Terakhir

Ini adalah jenis teman wanita yang dicari oleh semua lelaki Melayu samada lelaki Melayu yang baik budi pekertinya, tinggi amalnya dan tak pernanh tinggal sembahyang - sehinggalah lelaki perangai jahat mengalahkan syaiton nirojim. Biasalah, sejahat-jahat orang mesti dia inginkan pasangan yang baik kan?

Perempuan dalam kategori ini biasanya baik pekertinya, lembut pertuturan, lemah gemalai pergerakan badan, hebat dalam membuat kerja-kerja rumah, pandai memasak dan sentiasa ayu memakai baju kurung. Baju kurung dan selendang adalah pakaian wajib bagi mereka. Beruntung lelaki yang berjaya memikat hati wanita dalam golongan ini.

Tapi, mana mahu jumpa perempuan seperti ini lagi? Ada lagi ke perempuan yang menjadikan baju kurung pakaian harian mereka? Setakat pergi kerja pakai baju kurung, itu tak dikira. Kena pakai baju kurung tersebut dengan hati yang ikhlas. Chewah! Ana Raffali pun pakai baju kurung masa buat show sahaja.

Memang susah nak jumpa perempuan jenis ini. Kalau kamu jumpa, jagalah baik-baik. This type of girl is kind a good catch.


Jenis Bohsia

Jenis bohsia adalah perempuan yan gselalu bertenggek dimotor Mat Rempit. Biasanya mereka akan menjadi trofi kemenangan kepada Mat Rempit. Sudah pasti mempunyai pengalaman seks yang luas. Mereka juga mempunyai koleksi video 3gp lakonan mereka sendiri.

Bohsia biasanya dipandang hina oleh masyarakat. Sama hina dengan Mat Rempit. Bagaimanapun, mereka boleh berasa bangga kerana ada penerbit yang menerbitkan filem menggunakan nama mereka dan mendapat sambutan agak hebat dari para penonton iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

Dengar cerita ada sambungan filem ini tapi aku tak ingat. Mungkin tajuknya Bohsia 2: Baik Pilih Jalan Dari Pilih Lorong Haji Taib.

==========

Itu sahaja pemerhatian aku untuk kali ini. Ada apa-apa kategori yang aku tertinggal? Atau ada apa-apa penambahan yang aku tertinggal? Sila discuss di ruang komen.

6 comments:

Fairuz said...

Jenis perempuan melayu terakhir? Hmm..hampir pupus.

Wei, takde entri mengenali jenis-jenis lelaki yang tidak berteman wanita ke? hahaha

Amirul (aremierulez) said...

haha...
boleh je nak buat.
tapi nanti hati sendiri yang sedih. hahahaha

Fairuz said...

pastikan sama-sama sedih..hahaha...

Amirul (aremierulez) said...

hahaha..
aku akan cuba nanti

Anonymous said...

Aku rasa ader juga perempuan jenis kacukan daripada jenis2 yg ko senaraikan kat entri ni.

Amirul (aremierulez) said...

Jangankan kacukan, yang melayu tulen pun bersepah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...