Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, March 13, 2011

Twitter Hashtag #2: #perlibahasa

Aku malas nak terangkan apa itu hashtags Twitter. Untuk penerangan lanjut, sila rujuk entri di sini.

Perlibahasa adalah peribahasa edisi sarcasm, parody dan jenis makan dalam. Ambil peribahasa yang dah sedia ada dan ubahkan ikut isu semasa atau apa saja benda yang kau rasa nak perli.

Permainan hashtags perlibahasa ini dah lama dibuat, masa pertengahan bulan Februari kalau tak salah aku. Tapi hari ini aku baru nak post sebab aku terlupa. Aku sebenarnya malas nak post benda alah ni tap isebab banyak sangat dalam draft aku, baik aku post saja. Dari menyemak banyak-banyak dalam draft box tu.

Di bawah adalah perlibahasa yang aku tulis.

#perlibahasa Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai jongkang jongkit. Pergi belajar Shuffle. Tarian budak-budak mesti cepat tangkap punya

#perlibahasa Air dicincang tak kan putus. Air yang tak dibayar bil nya, nescaya putuslah jua bekalan air

#perlibahasa Bagaikan anjing dengan kucing.... Bagaikan Najib dengan Nuar Berahim

#perlibahasa Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi berumah di Labis pun kena banjir jugak, yo!

#perlibahasa Bagai murai dicabut ekor, sama bagaikan Azwan Ali mendapat Microphone

#perlibahasa Telunjuk lurus, kelingking berkait.. Jari Hantu pulak tegak ke atas

#perlibahasa Biar mati anak jangan mati adat. Bodoh apa nak bagi anak mati ni?

#perlibahasa Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke roti canai banjir

#perlibahasa Orang berbudi, kita berbahasa.. Orang bagi kaki, kita rasa sakitnya

#perlibahasa Harimau mati meninggalkan belang... Gary Moore mati meninggalkan Still Got the Blues (For You)

#perlibahasa Bagi peha ayam, nak Zinger Burger pulak

#perlibahasa Ringan tulang,berat perut.. Itu tandanya kau dah kena start diet

#perlibahasa Berani kerana benar, takut kerana tak de telur...

#perlibahasa Kerana marahkan manusia, nama babi & anjing jugak yang terlibat

Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah jugak aku tengok tupai dapat pingat emas Olimpik. Ape cer? #perlibahasa

#perlibahasa Alang-alang mandi, biar madi wajib... "Sahaja aku mandi..."

#perlibahasa Sediakan payung sebelum hujan. Sediakan payung juga untuk budak-budak gothic dan emo

#perlibahasa  Kalau kail panjang sejengkal... Pergi la beli kat kedai. Kau dah gila nak memancing dengan kail panjang sejengkal tu?

#perlibahasa  Hasrat hati nak memeluk gunung, apa kau gila nak peluk gunung kenapa?

#perlibahasa Dah dapat Prosperity Burger bertuah, Big Mac tidak berguna lagi

#perlibahasa Di mana bumi dipijak, disitulah kerajaan dan ahli politik pijak kau

Untuk membaca senarai penuh #perlibahasa, kamu boleh search di Twitter. Aku sudah terdelete link tersebut.

Sekian. Dari twitter @aremierulez

2 comments:

guess_guest said...

sengal gila satu satu perlibahasa nih. hahaha. antara twitter dgn facebook mana satu ko prefer? aku macam nk mula berjinak jinak dengan twitter nih. macam fun je.

Amirul (aremierulez) said...

Facebook dengan Twitter ni ada bezanya.

facebook ni social network. Twitter micro blog.

Senang cerita, kalau kau nak privacy, tak mau kongsi2 gambar sangat dan kau memang nak berborak dengan orang, pakai Twitter la.

Facebook kau kena letak gambar, kena tag lagi. macam2 lagi la.

Lagi satu, kalau kau main Twitter, ada sesetengah artis akan layan kau. Facebook payah beb. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...