Belilah Novel Aku!!!!

Friday, April 29, 2011

Kenal Di Internet Lain Dengan Kenal Di Alam Realiti

Semenjak kemunculan internet, manusia kini mampu menambahkan jumlah kawan, dan juga jumlah musuh (baca: haters) dengan lebih mudah. 

Malahan, mencari kawan di alam cyber jauh lebih mudah untuk mendapatkan kawan di alam realiti. Bukan setakat kawan, mencari date di alam cyber juga lebih mudah dari mencari date di alam realiti (trust me on this. Aku pernah mencubanya).

Banyak alternatif yang boleh digunakan untuk berkenalan dengan kawan baru di alam cyber. Boleh berkenalan melalui chat room. Dulu, chatting melalui mIRC adalah perkara paling cool sekitar pertengahan 90'an sehingga awal 2000'an. 

Selain dari mIRC, satu lagi portal chatting yang terkenal ialah Yahoo! Chat Room. Sebenarnya, aku lebih banyak menggunakan Yahoo! Chat Room dari mIRC. Yes! Imma legend there. Tapi Yahoo! menutup Yahoo! Chat Room tak lama kemudian. Mungkin kerana mahu memberi laluan kepada Yahoo! Messager untuk berkembang.

Menambah kawan melalui laman sosial adalah satu lagi cara mudah untuk menambahkan kawan secara efektif. Aku tak tahu dengan orang lain, tapi aku memulakan langkah menjerumuskan diri ke alam noda laman sosial dengan menyertai Friendster pada tahun 2003, setahun selepas Friendster dilancarkan.

Semasa aku menjalankan program praktikal di Telekom Malaysia pada tahun 2004, aku diperkenalkan, oleh seorang budak praktikal, dengan Myspace. Aku membuka akaun Myspace pada tahun tesebut, mula aktif bermain Myspace pada tahun 2006 dan mula berhenti membuka laman sosial itu pada tahun 2009. Kenapa aku perlu tunggu 2 tahun untuk mula aktif menggunakan Myspace? Kerana tidak ramai kawan aku menggunakan Myspace sehinggalah tahun 2006.

Kemudian, sampai pula kepada zaman Facebook. Aku mula tahu tentang Facebook dari seorang blogger pada tahun 2007. Aku membuka akaun Facebook pada tahun 2007 dan hanya aktif menggunakan Facebook bermula pada tahun 2009. Kenapa aku perlu tunggu 2 tahun untuk mula aktif menggunakan Facebook? Kerana tidak ramai kawan aku menggunakan Facebook sehinggalah tahun 2009.

Kemudian timbul pula Twitter. Walaupun Twitter lebih kepada micro blog, tetapi kita dapat menambah kenalan melalui Twitter. Aku mula mendaftar sebagai pengguna Twitter pada 2009 tapi hanya mula aktif menggunakan Twitter pada tahun 2011.

Jangan dilupakan pula dengan blog. Aku mula berblogging pada tahun 2007 dan tidak pernah berhenti semenjak itu.

Dengan semua rangkaian tersebut, aku telah berkenalan dengan ramai kenalan. Rizuan Bulusan, Faer, Azrul Angkasawan, Mimizuzuhaha, Tentang Diya, Joey, Fairuz Mokti, Berry Min dan banyak lagi (maaf kalau ada yang kecil hati aku tak tulis nama kamu).

Tapi, tak semestinya bila kita kenal seseorang melalui internet, ia sama seperti kita kenal mereka seperti kita kenal dialam realiti. Kenal seperti kita kenal face-to-face.

Kita tidak tahu macam mana keperibadian seseorang itu yang sebenar. Mungkin betul, kamu boleh nilai aku melalui penulisan aku dalam blog ini. Tapi apa yang aku tulis di blog hanyalah 10% penterjemahan peribadi aku yang sebenar. 90% lagi hanya kamu akan tahu melalui face-to-face.

Semasa aku menulis blog ini, kamu tahu ke emak aku sedang sakit? Kamu tahu ke ayah aku kurang sihat? Kamu tahu ke aku ini sihat atau tidak? Kamu tahu ke aku ini kacak atau tidak? Aku jawab yang terakhir itu. Ya, aku kacak.

Bila orang tidak kenal keperibadian aku, 100% kamu akan ingat aku seorang yang super nerd memandangkan aku sering blog menggunakan bahasa yang skema. Aku tak peduli sangat tentang itu. Aku lebih rela orang panggil aku nerd dari orang panggil aku budak tak siuman sebab tAiP bLoG mAcAm InI.

Dan kadang-kadang, orang tak tahu bila masa aku bergurau, bila masa aku serius, bila masa aku bersarkasis (sarcasm).

Kadang-kadang, aku jarang serius ketika menulis status di Facebook atau ber-tweet di Twitter. Kadang-kadang, aku suka bersarkasis ketika menulis status di Facebook.

Akibatnya, ramailah yang ingat apa yang aku tulis itu bersifat serius dan terus nak komen panjang lebar dekat status aku. Terutama sekali kalau status aku bersifat politik.

Kalau status aku seperti menyokong BN, ramailah penyokong pembangkang yang bagai orang gila nak letak komen dekat status aku. Kononnya, aku ini "Orang yang belum dapat hidayah", "Belum mendapat kesedaran", "Penjilat punggung Najib" dan sebagainya.

Kalau aku tulis status menyokong PR, datang pula penyokong BN yang memberi komen "Kau ni pengkhianat Melayu", "Kau ni patut kena campak dalam laut", "Kau ni patut dilucutkan warganegara" dan lain-lain.

Aku gelak tengok komen seperti ini. Apa yang aku buat selepas itu? Aku delete semua yang bagi komen sedemikian dari friend list aku.

Itu yang leceh bila berkenalan dalam alam cyber. Mereka tidak tahu bila masa aku bergurau dan bila masa aku serius.

Satu lagi dari kalangan budak bawah umur yang add aku di Facebook. Aku malas nak tapis sangat, jadi aku approve sahaja mereka semua. Dan bila aku taip status bersifat sarcasm dan mereka tak faham, terus mereka nak hentam aku pula.

Celaka apa korang ni? Dah lah bawah umur, sunat pun belum kering, bulu kemaluan pun baru ada sehelai dua, pandai-pandai nak nasihat aku. Paling bangang sekali kalau status aku pasal Justin Bieber. Aku ingat komen dari seorang budak lelaki berumur 15 tahun bila aku berstatus pasal justin Bieber, "Kau jangan nak kutuk dia. Dia tu penghibur terhebat buat masa terdekat ni. Mana ada artis yang boleh sold out semua tiket masa buat world tour?"

OK. Aku ketawa 15 minit bila baca komen ini. Kau baru dengar muzik 15 tahun, kau dah pandai buat andaian macam itu? Kau ingat artis lain tak sold out ke tiket masa buat world tour? Apa yang terjadi kepada budak ini? Aku delete dari friend list.

Semenjak peristiwa komen Justin Bieber ini, aku tidak lagi approve budak-budak bawah umur yang friend request aku dekat Facebook. Ini peringatan jika kamu baca blog aku dan berniat nak add aku, kalau tak tahu bersarcasm, jangan add aku. Faham? Kalau kau pandai sarcasm, sila add aku dan letak note, "Abang Amirul yang kacak, saya faham bila abang ber-sarcasm. Lagipun, saya ada kakak yang cun, hot, sexy dan masih single. Mahu ke?"

Dan itu belum lagi bila aku menulis status dalam keadaan serius. Aku tengah tak puas hati, aku tulis status. Terus ada si bangang yang komen secara main-main. Aku tulis status tentang mak aku yang sakit, kau nak main-mainkan pulak. Bangang tahap tak boleh diajar. Terus aku delete jugak.

Sebenarnya banyak lagi yang aku boleh tulis tentang tajuk ini. Kes kena tipu MLM, kes perempuan kena tangkap dan kena rogol ramai-ramai sebab kononnya nak keluar first date dengan kenalan cyber dan lain-lain lagi. Tapi itu semua tipikal, rasanya kam usemua pun sudah tahu.

Kebaikannya pun ada juga. Ada juga kawan yang aku kenal melalui internet dan akhirnya menjadi kawan baik aku di alam realiti. Ada juga yang sampai jadi kakak angkat aku. Ada juga kawan aku yang sampai berkahwin dengan perempuan yang dia kenal melalui Myspace.

Baik buruk berkenalan di internet terletak di tangan kita sendiri. Pandai-pandailah kamu menilai. Yang penting sekali, kenal di internet tak sama dengan kenal di alam realiti. Pastikan anda pandai menilai kawan anda tersebut.

Dah. Aku dah malas nak taip panjang-panjang. Adios!

Wednesday, April 27, 2011

WOTS TOP TEN LIST: 10 Sebab Kenapa Seronok Menjadi Pelakon

Setiap kali kita buka televisyen, kita akan melihat drama atau filem lakonan para pelakon dari Malaysia dan antarabangsa.

Setiap kali kita membaca akhbar atau majalah, mesti terpacul muka-muka dan cerita tentang para pelakon.

Jika kita pergi melayari internet, kita pasti akan terjumpa dengan website gossip artis yang menampilkan kisah baik dan buruk seseorang pelakon seperti berbikini di Bali, merampas suami orang, minum arak dan lain-lain. 

Sudah tentu kebanyakannya cerita buruk artis. Siapa mahu baca cerita artis buat baik. Lagipun, barulah dapat banyak traffic kan?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga, seronokkah jadi pelakon? Di bawah aku senarai 10 sebab kenapa menjadi pelakon itu perkara yang menyeronokkan.

WOTS TOP TEN LIST: 10 Sebab Kenapa Seronok Menjadi Pelakon

10. Walaupun anda telah melakukan kesilapan besar, lambat laun orang ramai akan melupakannya dan anda boleh berlagak macam tiada apa yang berlaku.

9. Dapat menjimatkan wang jika drama yang dilakonkan mempunyai babak makan malam. Jimat duit makan, weh!

8. Jika anda seorang lelaki dan anda mengenakan make-up, anda pasti akan dikutuk oleh kawan-kawan. Tapi jika anda seorang pelakon, tiada siapa akan kutuk kamu walaupun anda mengenakan make-up yang bukan-bukan.

7. Dapat berlakon menjadi watak seorang doktor, peguam, CEO sebuah syarikat terkenal dan lain-lain jawatan berprofil tinggi walaupun di alam realitinya, keputusan SPM pelakon tersebut gagal dengan jayanya.

6. Jika anda menghidap penyakit kronik dan tiada duit untuk membiayai kos perubatan kerana semua duit yang anda ada dulu telah dibuat joli katak, anda boleh meminta ekhsan dari para peminat anda. Pasti ada yang menderma. Buat apa mahu derma pada orang susah dalam Bersamamu, mereka tidak popular.

5. Kalau terkantoi dengan gambar aksi melampau atau aksi "menarik" dalam video 3gp, anda boleh bagi alasan "Itu bukan saya. Itu pelanduk dia serupa" atau pun "Itu bukan saya. Itu super impose".

4. Kalau ditangkap di disko, boleh bagi alasan seperti, "Saya tak hisap rokok. Saya tolong pegangkan rokok kawan saya je" atau pun "Saya tak minum arak sebab saya tengah demam. Mana boleh minum arak masa saya tengah makan ubat."

3. Dapat berlakon dengan pelakon lelaki yang kacak/perempuan yang hot, cun and sexy. Lebih menyeronokkan apabila ada babak romantis yang mempunyai babak berpeluk. Bukan semua orang dapat peluk Lisa Surihani. Lagi seronok kalau ada babak merogol perempuan. 

2. Bayaran yang mahal untuk menjadi berlakon. Berlakon 4-5 drama dalam setahun sudah boleh dapat gaji lebih tinggi dari pelajar lepasan universiti dan mempunyai ijazah. Seronok bukan?

1. Jika anda sudah tidak laku berlakon, anda boleh memulakan perniagaan baru seperti menjual gelang magnet. Dengan populariti yang anda ada, pasti ramai yang akan membeli gelang tersebut.

Dan jika sudah terkantoi yang gelang magnet tersebut adalah satu penipuan, anda masih boleh mendapat  undangan untuk menjadi pengacara Maharaja Lawak dan anda tidak perlu meminta maaf kepada orang awam atas kes penipuan tersebut. Buat dek aje lah.

=========

Sampai di sini sahaja WOTS list untuk kali ini. Para pelakon sekalian jangan marah-marah. Ini entri gurau-gurau saja. Gurau pun tak boleh. Tak boleh bergurau, pergi surau, jadi Imam Muda.

Majulah pelakon untuk industri perfileman dan drama negara. Tanpa anda semua, tiadalah filem dan drama di Malaysia.

Monday, April 25, 2011

Twitter Hashtag #4: Mari Belajar #englishmalay Part 2

And again, something from my Twitter. Why? Because I'm too lazy to write a proper entry.

Sesiapa yang tidak faham apa itu Twitter Hashtag, boleh baca di sini.

Bertemu lagi dalam segmen mari belajar #englishmalay. Apa itu #englishmalay?


#englishmalay tidak sama dengan Kamus English-Malay yang akan menterjemahkan perkataan atau ayat  Inggeris ke perkataan Bahasa Malaysia (Contoh: Eat - Makan).

#englishmalay lebih kepada menterjemahkan satu perkataan Inggeris ke maksud dalam Bahasa Malaysia,   yang berkaitan dengan isu semasa atau apa-apa yang sedang menjadi trend ketika ini.

Tak faham? Tak mengapa, baca dulu dibawah, kelak kamu akan faham juga.

Dalam entri part 1, aku terjemahkan satu perkataan kepada satu maksud sahaja. Untuk kali ini, aku terjemahkan satu perkataan kepada beberapa maksud yang boleh disangkut pautkan atau relevan dengan keadaan semasa.

Proses memperterjemahkan perkataan ini dilakukan oleh ak udan kawan aku, Hafiz. Kami berdua berlawan memberikan maksud kepada perkataan tersebut secara bergilir-gilir. Akhirnya, kami berjaya mengumpulkan beberapa terjemahan #englishmalay yang menarik.

Taip banyak-banyak pun tak guna, silakanlah anda semua baca.

==========


Ayat pertama ialah attending class. Jika diterjemahkan mengikut kamus biasa, ia bermaksud menghadirkan diri ke kelas. Tetapi, dengan #englishmalay, perkataan tersebut dapat didefinasikan kepada beberapa maksud yang lebih relevan.

Sila baca dan pilih mana satu maksud terjemahan yang anda suka.

Attend class in the morning

Attend class in the morning - Seseorang yang bangun pagi kerana mahu usha lecturernya yang cun dan seksi

Attend class in the morning - Seseorang yang bangun pagi dengan niat mengusha awek-awek junior ketika on the way ke kelas

Attend class in the morning - Seseorang yang bangun pagi kerana sudah menerima surat amaran merah 3 kali

Attend class in the morning - Seseorang yang bangun pagi kerana mahu tackle classmate yang cun

Attend class in the morning - Seseorang yang bangun pagi kerana awek ajak pergi kelas sama-sama

Attend class in the morning - Seseorang yang bangun pagi kerana final exam walaupun dia tidak pernah pergi kelas sepanjang semester

Attend class in the morning - Seseorang yang bangun pagi kerana kawan-kawan semua sudah grad semester 6 (part 6), dia sorang yang tak grad lagi

Attend class in the morning - Seseorang yang bangun pagi kerana ada classmate bernama Hanis Zalikha

Attend class in the morning - Perbuatan yang tidak perlu dilakukan kerana sudah berjaya menyusun jadual kelas semua sebelah petang

==========

Ayat kedua pula ialah study. MAri lihat definasi study dalam #englishmalay

Study

Study - Tidak berkesan dan hilang mood jika skrin PC atau laptop sudah terpapar website Facebook dan Twitter

Study - Mempunyai maksud yang sama dengan cinta, iaitu cinta jarak dekat lebih baik dari jarak jauh. Begitu juga dengan study dimana study jarak dekat adalah lebih baik dari study jarak jauh. Study jarak jauh lebih mengundang kepada rasa malas nak mampus.

Study - Boleh merbahayakan nyawa jika dilakukan di negara-negara bergolak seperti Mesir, Tunisia dan Libya

Study - Sesuatu yang dilakukan apabila awek yang paling hot dalam kelas ajak study bersama

Study - Biasanya dilakukan kerana terpaksa dan bukan dengan kerelaan hati

Study - Hanya dilakukan bila kawan-kawan semua pergi dating, internet dan Astro kena potong serta nilai kredit telefon bimbit habis secara serentak kesemuanya

Study - Sesuatu yang sering dilakukan pada saat-saat akhir walaupun ada gap 5 hari antara satu paper dengan paper yang lain semasa final exam

Study - Sesuatu yang perlu dilakukan apabila mendapat markah carrymark 5/40

==========

Ok. Sekian pembelajaran #englishmalay untuk hari ini. Kita sambung dikelas yang akan datang.

Sekian. Terima kasih.

Friday, April 22, 2011

Malaysia & Barang Yang Mahal

No more hateness.

Semalam aku ada terbaca satu artikel di MSN News tentang harga barang di Malaysia yang mahal dan kuasa membeli rakyat Malaysia yang rendah.

Memang tak dinafikan harga barangan di Malaysia agak mahal jika dibandingkan dengan harga di luar negara. Berikut ialah harga broadband di Malaysia dan luar negara yang dikeluarkan oleh berita tersebut.

Harga broadband Kuala Lumpur, Malaysia dengan pakej 5Mbps ialah RM149 (Kalau tak salah, ini harga pakej Maxis).

Harga broadband di London, England pula hanya GBP13.50, dan ini ialah untuk pakej 10Mbps.

Manakala, harga broadband di New York, Amerika pula ialah USD41.95, untuk pakej 7Mbps. Ternyata harga broadband di Malaysia lebih mahal dari sesetengah negara maju.

"Hek eleh. Menggelabah kau ni, Mirul. Itu harga duit antarabangsa. Cuba kau convert kan harga Pound & US Dollar tu kepada RM. Mesti jadi lagi mahal."

Ok. Memang betul. Nilai Great Britain Pound (GBP) lebih besar dari Ringgit Malaysia (RM). GBP 1 bersamaan dengan RM 4.97.

Manakala nilai US Dollar (USD) pula bersamaan USD 1 bersamaan RM 3.01.

(Nilai tukaran wang di atas telah aku bundarkan kepada nilai hampir)

Jika diubah harga broadband di London dan New York kepada nilai RM, maka harga broadband tersebut ialah RM67.10 untuk harga London, manakala RM126.27 untuk harga di New York. 

Eh? Masih murah dari harga di Malaysia lah!

Inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh rakyat Malaysia. Apabila ingin membezakan harga di negara asing, kita pasti ingin mengubah nilai tersebut kepada nilai RM. Sebenarnya, tak perlu bezakan dengan mengubah nilai tersebut kepada RM, tapi bezakan dengan nilai gaji yang diterima.

Sebagai contoh, Osman bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Gaji yang diterima ialah RM 1,800. Osman pun melanggan pakej broadband yang bernilai RM 149.

Dengan itu, baki gaji Osman selepas membayar bil broadband ialah RM 1,800 - RM 149 = RM 1,651.

Randy bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di London. Gaji yang diterima ialah GBP 1,800. Randy pun melanggan pakej broadband yang bernilai GBP 13.50.

Dengan itu, baki gaji Randy selepas membayar bil broadband ialah GBP 1,800 - GBP 13.50 = GBP 1,786.50.

Siapa yang mempunyai baki gaji lebih banyak selepas membayar bil broadband?

Ok. Kita tambah lagi. Kali ini, kita kira tentang pakaian pula. 

Osman merupakan peminat setia Liverpool FC. Sebagai peminat setia, Osman bertekad untuk membeli jersi original Liverpool di butik Adidas. Harga jersi Liverpool yang original di Kuala Lumpur ialah RM 239.

Randy juga merupakan peminat setia Liverpool FC. Sebagai peminat setia, Randy bertekad untuk membeli jersi original Liverpool di butik Adidas. Harga jersi Liverpool yang original di London ialah GBP 42, boleh semak di sini

Harga jersi original Liverpool di London lebih murah dari harga jersi cap siam yang dijual di uptown, yang biasanya bernilai RM 45, paling murah. Tak perlulah aku buat kira-kira baki gaji Osman dan Randy selepas mebeli jersi original tersebut. Kamu pasti boleh lakukan sendiri.

Bagaimana pula dengan harga kereta? Jika Osman ingin membeli kereta Honda Civic, harga kereta tersebut di Kuala Lumpur ialah RM 115,000.

Osman perlu membayar sejumlah duit muka untuk kereta tersebut sebelum membayar ansuran bulanan yang pasti mencecah lebih dari RM 500 setiap bulan. Ansuran perlu dibayar sehingga 8-10 tahun.

Jika Randy ingin membeli kereta Honda Civic, harga kereta tersebut di London ialah GBP 19,000. Lebih murah dari harga VIVA (lebih kurang RM25,000 - RM28,000).

Itu belum kira harga barangan harian lagi. Kawan aku yang pernah pergi melancong ataupun sudah bekerja di London berkata yang harga barang harian di sana juga agak murah berbanding di Malaysia. Patutlah ramai graduan luar negara tidak mahu pulang dan terus kerja di sana.

Mungkin sudah sampai masa untuk kerajaan menaikkan tangga gaji pekerja di Malaysia untuk kemudahan rakyat. Sudah sampai masanya rakyat boleh berbelanja tanpa perlu menghiraukan harga barangan yang mahal.

Jangan ingat kenaikan gaji pekerja akan membebankan kerajaan. Jika gaji pekerja Malaysia di naikkan, rakyat akan lebih berbelanja. Jika rakyat banyak berbelanja, ini juga akan menjana ekonomi negara. Ia juga menggalakkan syarikat pengeluar untuk menghasilkan lebih banyak produk di pasaran. Kerajaan boleh mendapat keuntungan dari cukai yang dikenakan kepada syarikat pengeluar. 

Malahan, jika graf perbelanjaan rakyat Malaysia semakin meningkat, ia juga akan menggalakkan kemasukan produk import ke Malaysia. Kerajaan boleh mendapatkan keuntungan dari duti import.

Menaikkan gaji pekerja Malaysia sebenarnya ialah win-win situation. Aku mungkin bukan pakar ekonomi untuk bercerita tentang ini. Tetapi dengan logik akal, ini ialah cadangan yang perlu pihak kerajaan timbangkan dengan baik.

Daripada membazirkan duit dengan e-mel 1Malaysia, baiklah gunakan wang tersebut dengan lebih bijak. Berikan sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia.

Negara yang maju diukur dari kesenangan rakyatnya. Diukur melalui kuasa membeli rakyat. Diukur dengan tahap pengangguran yang rendah. Diukur dengan jumlah buta huruf yang rendah di kalangan rakyat.

Negara maju bukan diukur semata-mata dengan bangunan tinggi 100 tingkat.

Wednesday, April 20, 2011

Haters and Annoying Blog Part 2

Jika anda belum membaca bahagian pertama entri ini, sila baca dahulu entri tersebut.

Malam selepas aku publish entri bahagian pertama, aku menerima private message di Facebook aku. Penghantarnya bernama Maria.

Walaupun aku mempunyai 2 orang kawan bernama Maria dalam friend list aku, tapi ini Maria yang lain. Si penghantar merupakan salah seorang blogger yang menganjing blog aku, yang aku ceritakan dalam entri bahagian pertama.



Klik pada gambar untuk resolasi lebih besar

Dia menghantar message untuk mewakili kawan-kawannya untuk meminta maaf.

Tapi walaupun dia sudah meminta maaf, aku tetap akan publishkan bahagian kedua entri ini. Kenapa? Kerana aku sudah penat-penat taip dan draft kannya. Rugilah kalau tak publish. Lagipun, dia kata tak kisah asalkan aku tak letak link blog mereka. Deal!

Sebab kedua, aku adalah diktator pada blog aku. Jadi, suka hati akulah apa yang aku ingin publish kan di sini.

Lagipun aku pernah berkata aku ni seorang pendendam, jadi dendam haruslah dibalas. Hutang entri perlu dibayar dengan entri. Kah kah kah!

Dalam bahagian pertama entri ini, aku ada menyenaraikan ciri-ciri annoying dalam blog aku dari kaca mata mereka semua. Sekarang, waktu aku pula menerangkan ciri-ciri annoying dalam blog mereka dari kaca mata aku.

(Minta maaf kalau senarai ciri-ciri annoying yang aku senaraikan terkena pada blog kamu yang tak terlibat dalam kes ini. Relax lah. Blog aku pun annoying juga kan? Kira sama-sama annoying lah!)

Bahasa si cacat internet
"I ok jew. U jgn risau2 eh?"
"I taw dah pasal benda tu."
"Tomel nyew!!!"
"Aq tak kisah pun."

Apa benda jew, jew ni? Mati-mati aku ingat aku tengah baca blog orang Yahudi. Asyik perkataan jew saja yang bersepah dalam blog.

Satu lagi 'aq'. Apa benda 'aq' ni? Tak boleh tulis penuh-penuh perkataan 'aku' ke?


Tak tahu mana mahu letak huruf besar dan kecil
"aQew Nk UsHa BloG DiOrG dOwh. MeH lA BaGi liNK bLOg DioRG TeW"

Sebenarnya, ini adalah gabungan antara bahasa cacat internet dengan manusia yang tak tahu mana mahu letak huruf besar dan kecil.

Adik-adik, mari abang ajar. Huruf besar hanya diletak selepas tanda noktah ataupun huruf pertama bagi kata nama khas.

(Kredit kepada not_so_silent_reader kerana tulis ayat ini di bahagian komen entri yang lepas. Aku memang tak tahu nak buat ayat guna huruf besar-kecil ni).


Blog Harian Metro
Pergi ke website Harian Metro. Terjumpa berita yang mempunyai tajuk yang boleh menaikkan traffic, contoh: Gadis mempunyai 3 tetek.

Copy keseluruhan berita, paste pada blog tanpa edit ataupun berikan pandangan tambahan tentang berita tersebut.

Kalau macam ini, baik aku pergi baca Metro saja. Buat apa aku nak baca blog kau.


Blog Camwhore yang dipenuhi dengan gambar aksi muncung itik
Tangkap gambar sendiri banyak-banyak. Pastikan buat aksi muncung ala-ala itik dan beliakkan mata besar-besar supaya nampak konon comel. Post semua gambar. Tunggu lelaki gersang memberikan komen, "You ni nampak tomel la."

Kalau kau mahu post gambar tanpa menaip entri, baik kau main Tumblr saja.

Perempuan camwhore, aku agak boleh terima. Tapi kalau lelaki yang camwhore? Pegh!


Diari kehidupan romantik pasangan kekasih
Ini biasanya khusus buat pasangan kekasih yang kedua-duanya mempunyai blog.

Setiap kali mereka keluar date, mereka akan tangkap gambar dan post semua gambar sepanjang date tersebut dalam blog.

Kemudian, mereka akan tulis pengalaman mereka berdating dari awal pagi sampailah masing-masing balik rumah. Dari buka biji mata, mandi, berus gigi, pilih nak pakai bra & boxer yang mana, pergi dating, tengok wayang, tulis segala benda yang mereka makan di McDonald, pergi toilet dan tangkap gambar dalam toilet dan sebagainya.

Kemudian, masing-masing akan memuji pasangan masing-masing.

"Dia seorang perempuan yang memiliki ciri-ciri kewanitaan yang lemah lembut. Kalau dia kentut pun, bau kentutnya tetap wangi macam perfume Salvatore Ferragamo."


"My boyfie sangat gentleman. Setiap kali I nak turun kereta, dia akan bukak kan pintu untuk I. Bukan setakat tu saja. Setiap kali I nak kencing, dia akan bukakkan zip seluar I. Romantik nyew!!!!"

Dan yang paling menarik sekali, bila mereka bergaduh. Terus keluar entri macam ini:

"I dah agak dia ni perempuan tak boleh percaya. Depan I punyalah baik. Rupanya ada jantan lain. Bitch! Menyesal aku tackle kau dulu."


"Kau lah jantan paling sundal pernah aku jumpa seumur hidup. Konon kata pergi surau masa maghrib, rupanya kau tackle anak imam kat surau. Menci nyew!!!"

Tiba-tiba, dalam 2-3 hari kemudian, keluar balik entri memuji pasangan masing-masing, Kenapa? Itu tandanya mereka sudah berbaik semula.

Adik-adik terkejut ke abang boleh tahu pasal entri ini? Ya, abang dah stalk blog adik-adik sekalian sehingga ke akar umbi, sampai terjumpa entri ini. Lain kali kalau sudah berbaik, delete lah entri ini dulu ya? Apa ingat adik-adik saja pandai stalk?

Silalah privacy-kan sikit kisah cinta adik-adik. Tak perlulah 24 jam asyik hendak bercerita tentang kisah cinta kamu. Sila privacy-kan kisah kamu. Tahu tak orang lain menyampah kalau kau asyik nak bercerita tentang kekasih kamu. Orang lain pun ada kekasih juga.


Copy and paste
Sebenarnya, sebab utama aku post entri bahagian kedua ialah kerana adik-adik sekalian copy paste entri aku sesuka hati.

Kamu copy keseluruhan entri aku dan paste pada blog kamu dan terus mengutuk entri aku. Aku tak kisah kau nak kutuk entri aku. Cuma aku marah sebab kamu copy paste entri tanpa meletakkan link blog aku.

Ini adalah peraturan asas blogging. Tak kira kau copy paste entri itu untuk sokongan entri kamu ataupun ingin mengutuk, meletakan link adalah wajib. Kalau kamu ada iklan Nuffnang dan aku report kepada Nuffnang yang kamu copy paste entri aku tanpa meletakkan kredit kepada aku, automatik duit Nuffnang kamu akan dibatalkan.

Jangan sesekali lupa meletakkan link selepas copy paste sesuatu entri. Asyik adik-adik saja yang dapat traffic. Abang pun nak traffic juga.

Blog abang cuma dapat 100 pageview dalam sehari. Cuma ada 6-7 komen untuk tiap-tiap entri. Followers pun cuma 161. Orang yang like dekat fan page blog abang pun cuma 45 orang. Abang pun nak popular macam adik jugak. Menci nyew!!!
==========

Ok. Cukuplah sampai di sini sahaja. Walaupun ada banyak lagi sebenarnya yang aku boleh senaraikan ciri-ciri annoying adik-adik sekalian, tapi rasanya cukuplah sampai di sini.

Sekarang kita sudah seri. We're even.

Kalau selepas ini aku kutuk Justin Bieber atau mana-mana artis kesayangan adik-adik sekalian, tak payahlah nak merentan sangat sampai nak kondem semua entri aku. Apa susah, kutuk sahajalah artis kegemaran aku. Aku bagi sikit senarai artis kegemaran aku:

Avenged Sevenfold, Bullet For My Valentine, Butterfingers, Aerosmith, Green Day, Linkin Park, Foo Fighters, Nirvana, Muse, Lifehouse, Limp Bizkit.

Cukup sampai di sini sahaja. Adik-adik jangan nakal. Kalau tidak, kita gaduh lagi ya?

===Tamat===

Bab 2: Tukang Komen yang annoying

Bab 2 ini aku baru tambah. Kali ini aku nak bercerita tentang tukang komen yang annoying.

Aku baca satu blog milik Karim (bukan nama sebenar). Karim menulis entri yang mengkritik kerajaan. Aku pun meninggalkan komen di blog Karim. Komen aku menyokong apa yang ditulis oleh Karim.

Kemudian, datang Farid (juga bukan nama dalam I/C). Farid Pro Kerajaan. Dia tidak puas hati dengan entri ini. Farid terus menghentam entri Karim. Tidak cukup dengan itu, Farid pergi ke setiap blog oang yang meninggalkan komen menyokong entri si Karim dan meninggalkan komen pada blog orang-orang tersebut.

Dalam kes ini, Farid telah datang ke blog aku dan meninggalkan komen yang tiada kena mengena dengan entri yang aku tulis.

Adakah aku approve komen itu? Tidak! Kenapa? Kerana komen itu tiada kena mengena dengan entri yang aku tulis. Itu adalah pertauran asas blog aku.

Macam inilah encik yang suka drop komen yang tiada kena-mengena tersebut. Kalau kau tak puas hati dengan komen aku, kau komen sajalah pada blog si Karim. Kenapa nak komen pada blog aku pula?

Jangan risau, aku sentiasa melawat blog si Karim itu untuk melihat respon terhadap komen aku. Kita boleh berdebat di blog dia. Kita boleh berdebat dengan semua orang yang memberikan komen di blog Karim itu. Kenapa kau tinggalkan komen di blog aku sahaja?

Untuk pengetahuan encik yang suka drop komen itu, aku sebenarnya suka troll entri politk. Kalau entri tersebut menyokong pembangkang, aku akan beri komen aku sokong pembangkang. Kalau entri tersebut menyokong kerajaan, aku akan bagi komen menyokong kerajaan.

Kenapa aku buat demikian? Sebab aku mahu troll orang. Aku nak tengok orang naik marah dan jadi fanatik secara tiba-tiba kerana komen aku.

Ya, orang fanatik politik biasanya mempunyai otak yang lembab dan cepat naik marah. Seronok tahu dapat tengok kamu merentan tak tentu pasal sebab terlampau taksub politik. Orang fanatik politik kadang-kadang tak boleh nak membezakan komen yang ikhlas, komen berniat sarcasm dan komen yang double meaning.

Ya! Aku seronok melihat kamu tiba-tiba semangat berkobar-kobar nak maki orang sampai kadang-kadang bagi komen yang tak masuk akal dan kelakar. Yes! Orang taksub politik adalah bahan hiburan paling menarik di internet.

Tak payah nak taksub sangat dengan ahli politik Malaysia. Mereka pun manusia yang buat kesilapan macam kita. Relax sudah! Kita manusia punya pendangan tersendiri terhadap dunia politik di Malaysia. Jadi, tak payah cuba nak bergaduh bagai.

Kalau rakyat bergaduh, rakyat yang susah dan ahli politik kita cuma akan gelakkan kita semua.

==========

Cukuplah aku menulis entri penuh dengan sifat kebencian dan kemarahan. Lepas ini aku tulis entri happy balik. Sebagai contoh, entri kutuk Justin Bieber. Kah kah kah!

Monday, April 18, 2011

Haters and Annoying Blog Part 1

Semenjak aku menulis entri mengutuk Justin Bieber (walaupun point sebenar entri tersebut ialah syarikat rakaman yang cuba mengeksploitasi mereka), blog aku telah menjadi bahan makian oleh beberapa orang bloggers. 

Kalau tak salah aku, 2 daripada blogger ini ialah pasangan kekasih. Yang lain-lain tu aku tak berapa pasti. Tapi yang lain semuanya lelaki. Tapi aku rasa mereka ini semuanya sekutu dan saling kenal mengenali sebab setiap entri yang mereka tulis, orang-orang dari kumpulan mereka ini juga yang komen entri mereka.

Ini pertama kali aku ada haters. Walaupun cuma 4-5 orang, tetapi aku teruja. Ok. Aku memang jakun. Baru ada 4-5 hater. Obefiend sama Nami sudah ada beribu haters.

Penuh juga entri dalam blog mereka mempertahankan Justin Bieber mereka. Tapi baguslah. Sekurang-kurangnya generasi Malaysia akan datang tahu berdebat dengan lebih baik.

Tapi tak cukup dengan itu, selepas itu mereka menjadi haters kepada blog aku. Setiap entri yang aku tulis selepas entri mengutuk Justin Bieber akan menjadi bahan kutukan di blog mereka.

Bila aku tulis entri tentang air dan botol plastik, mereka akan kondem di blog mereka, "Biarlah orang nak minum dalam botol plastik, itu pun nak kecoh."

Bila aku tulis entri tentang kisah zaman remaja aku yang bergelumang dengan kaset dan walkman, mereka akan kondem, "Zaman walkman dah berlalu. Itu pun nak tulis jugak ke? Sekarang orang pakai MP3 lah."

Bila aku tulis entri tentang definasi kahwin antara lelaki dan perempuan, mereka akan kondem, "Eleh. Diri sendiri tak kahwin, pandai-pandai nak tulis pasal kahwin."

Bila aku tulis entri tentang filem lama A Trip To The Moon, mereka akan kondem, "Apa benda cerita pasal filem zaman dulu-dulu. Dah la tak de dialog."

Bila aku tulis tentang rancangan realiti yang patut ada di Malaysia, mereka akan kondem, "Konon nak tunujk pandai la. Konon pandai sangat buat rancangan realiti la."

(Dialog yang aku tulis di atas telah diubah suai dari tulisan asal kerana mereka menggunakan bahasa manusia cacat seperti sukew nyew, I baik-baik jew, comel nyew)

Aku gelak bila aku baca mereka kondem penulisan aku. Kenapa? Entah. Tapi aku rasa sangat kelakar. Sebenarnya aku malas mahu layan. Mereka semua berusia bawah 21 tahun. Bagi aku, umur antara lepas SPM sehingga 21 tahun adalah di mana manusia rasa mereka dah matang tetapi sebenarnya mereka sesat.

Mereka tidak meletakkan link blog aku pada setiap entri aku yang mereka kutuk. Mereka cuma letak gambar print screen blog aku atau copy paste entri aku dan letak di dalam entri mereka.

Kenapa mereka tak letak link blog aku? Kerana menurut mereka, "I tak nak diew dapat traffic free dari blog I. Orang macam diew nie tak layak dapat traffic banyak-banyak. Tau nak kutuk Justin Bieber je. Nak tarik traffic le tew."

Ok. terasa bangsat menulis menggunakan bahasa manusia cacat ni.

Macam mana aku boleh tahu mereka kutuk aku kalau mereka tak letak link blog aku? Mudah sahaja. Cuba tengok sidebar blog aku. Ada di sebelah kanan kamu. Tengok bawah sekali pada sidebar itu.

Ya, Copyscape akan detect mana-mana blog yang copy paste entri blog aku. Walaupun aku sudah tahu lama mereka buat kerja ini, aku biarkan sahaja dahulu.

Mungkin mereka ingat aku tak tahu yang mereka sedang seronok mengutuk aku. Mereka silap.

Cuma aku sudah buat satu kesilapan. Aku boleh komen entri mereka yang asyik mengutuk blog aku. Aku siap ugut kerana mereka copy paste entri aku tanpa meletakkan link blog aku, kerana aku ada mendaftar blog aku dengan copyright creative commons (juga boleh dilihat di bahagian bawah sidebar aku itu). Oleh kerana mereka meletakkan iklan Nuffnang, pembayaran Nuffnang mereka boleh dibatalkan kerana melakukan aktiviti copy paste tanpa meletakkan link back.

Tapi di situlah kesilapan aku. Aku sepatutnya print screen dahulu entri mereka yang mengutuk blog aku sebelum komen mengugut mereka. Akhirnya, mereka ada yang sudah mendelete segala entri kutukan kepada aku. Ada juga yang terus privatekan blog mereka.

Silap! Silap! Silap! Bodoh betul aku tak sempat print screen semua tu. Tak mengapalah. Learn from mistake. Kalau ada yang buat lagi pada masa hadapan, aku sudah tahu apa yang perlu aku lakukan.

Oh ya. Ada antara mereka menulis tentang ciri-ciri blog aku yang sangat annoying. Wow! This is interesting sebab selama ini belum ada yang memberikan pandangan negatif terhadap blog aku. Ini kali pertama. Mungkin aku boleh ambil ikhtibar dari penulisan mereka.

Walaupun aku tak sempat mahu print screen entri tersebut, tapi aku ada ingat apa yang mereka tulis. Antaranya penggunaan bahasa baku yang agak skema, meletakkan gambar Hannah Tan sebagai header blog, entri aku semuanya membosankan, suka cerita tentang perkara yang ramai orang tak faham (lagu Aerosmith, kaset, walkman, wrestling), suka kutuk artis kegemaran mereka seperti Justin Bieber (Ini alasan yang paling lame ass), suka tulis sesuatu yang tak up-to-date, suka tulis tentang list yang tak kelakar (Warmness on The Soul Top 10 List), suka mencarut dalam entri (In my defense, aku dah banyak jumpa blog yang mencarut lebih banyak dari blog aku) dan banyak lagi yang aku tidak ingat.

Terima kasih atas kritikan kamu. Biar aku balas sikit. Aku tahu kamu masih akan datang ke blog aku untuk stalking kan?


Penggunaan bahasa yang agak skema
Oleh lebih rela menulis dalam bahasa yang lebih skema dari menulis dengan bahasa orang cacat comel kew, sikit jew, comel nyew, sayang awak jew. Jew, jew, jew.. Jew tu Yahudi lah bangang! Konon anti Yahudi, tapi asyik tulis jew, jew, jew.


Hannah Tan sebagai header blog
Kau letak gambar artis Korea yang aku tak kenal tak tak ambil peduli tu, boleh pulak?


Entri aku yang membosankan
Adakah aku dibayar untuk menulis di blog ini seperti kamu membayar tiket wayang untuk menonton filem? Kalau kau bayar aku, memang aku perlu menulis untuk puaskan hati kau. Tapi aku tulis untuk diri aku sahaja.


Suka cerita tentang perkara yang ramai orang tak faham
Kalau kau tak tahu siapa Aerosmith, apa itu wrestling dan tak tahu tentang filem A Trip To The Moon, kau ak pandai ke nak Google sendiri? Kau ada talian internet untuk masuk ke blog aku, aku yakin kau boleh cari semua itu di Wikipedia. Jangan jadi samdol yang harap nak disuapkan dengan maklumat sahaja. Pergi buat research sendiri.


Suka kutuk artis kegemaran mereka seperti Justin Bieber
So? Whats the problem? Citarasa kita berbeza. Kenapa nak merentan? Kutuklah pula artis kegemaran aku: Avenged Sevenfold, Bullet For My Valentine, Butterfingers, Aerosmith, Green Day, Linkin Park, Foo Fighters, Nirvana, Muse..... Apa lagi? Kutuk semua. Aku peduli pula kalau kau kutuk.


Suka tulis sesuatu yang tak up-to-date, suka tulis tentang list yang tak kelakar (Warmness on The Soul Top 10 List), suka mencarut dalam entri
Rasanya mesti kamu ada baca entri aku yang bertajuk Kita Adalah Diktator Di Blog Kita Sendiri. Yes! Aku adalah diktator kepada blog aku. Suka hati akulah apa aku nak tulis. Bukan kamu bayar aku untuk menulis.


Ok. Oleh kerana kamu semua galak mengutuk blog aku, sampai buat senarai Kenapa Blog Warmness On The Soul sangat annoying?, aku juga akan membalas kembali.

Yes! Jangan ingat kamu sudah delete entri mengutuk blog aku, aku akan lepaskan kamu begitu sahaja. Aku ini seorang yang pendendam. Dendam perlu di balas.

Tapi aku tidak akan menulis dalam entri ini. Aku akan sambung dalam bahagian ke-2 entri ini sebab aku sudah mula rasa penat menaip.

Kamu semua yang mengutuk aku pun mesti nak tahu apa ciri-ciri blog kamu yang sangat annoying di mata aku kan?

Baik. Sila tunggu pada entri akan datang! Adios!

Friday, April 15, 2011

Rancangan Realiti Yang Patut Dibuat Di Malaysia

Rasanya, pasti sudah ramai tahu yang Akademi Fantasia Musim ke-9 (AF9) yang sedang berlangsung sekarang merupakan musim terakhir yang akan diadakan.

Malah, ada ura-ura yang mengatakan yang Raja Lawak Musim ke-5 yang dimenangi oleh Man juga merupakan Raja Lawak musim terakhir (sebab itu ada Maharaja Lawak sekarang).

Media Prima juga sudah menghentikan One In A Million dan Gangstar. Banyak rancangan realiti sudah pun diberhentikan.

Punyalah banyak rancangan realiti sudah ditamatkan, tak kan tiada rancangan yang nak menggantikannya?

Di sini, aku ingin memberikan cadangan kepada mana-mana stesen TV untuk membuat rancangan realiti yang aku cadangkan di bawah. Di harap ada stesen TV yang berminat untuk membuat rancangan realiti cadangan aku ini:


Bengkel Rempit

What is this?
Pertandingan realiti mencari Mat Rempit paling kental di Malaysia

Contestant?
Semua Mat Rempit di seluruh Malaysia. Tidak mengira negeri asal, bangsa dan jenis motor yang digunakan.

How it work?
Antara cabaran yang perlu dilakukan oleh peserta ialah berlumba di lebuh raya dalam laluan menetang arus, menunggang motor dengan membuat aksi Superman selama setengah jam, membuat willy atau wikang paling jauh, melarikan diri dari dikejar polis melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, mengangkut Bohsia tanpa memberhentikan motor dan banyak lagi.

How to determine the winner?
Peserta akan diadili oleh juri professional untuk menentukan siapa yang perlu disingkirkan setiap minggu.

Special feature?
Ahli Prlimen Rembau, Khairy Jammaluddin sebagai pengetua Bengkel Rempit.

What winner gets?
Pemenang akan memenangi sebuah motor baru, wang tunai RM 1,000, 2 orang Bohsia dengan body mantap, baucer rawatan percuma selama 5 tahun jika berlaku kemalangan di masa akan datang, pakej kain kapan percuma dan mendapat gelaran 'Mat Cemerlang'.

Good idea or Bad idea?
Satu idea menarik. Apa? Kamu fikir tiada orang yang mahu menonton rancangan ini? Tipu! Setiap kali ada filem bergenre Mat Rempit, pasti wayang akan penuh. Jadi, Bengkel Rempit bakal mendapat sambutan yang baik.

==========

So You Think You Can Do Traditional Dance?

What is this?
Rancangan realiti tarian. Kali ini, peserta perlu menari tarian tradisional tetapi menggunakan lagu-lagu moden.

Contestant?
Sesiapa sahaja. Janji boleh menari. Kalau pernah bekerja untuk persatuan kebudayaan negeri masing-masing, sila bawa sijil semasa audition untuk mendapat kelayakan automatik ke pusingan ke-2.

How it work?
Peserta perlu menari tarian tradisional tetapi menggunakan lagu-lagu moden seperti lagu dari kumpulan Hujan, Bunkface, Yuna, Justin Bieber dan lain-lain. Peserta perlu menari menggunakan pakaian tradisional dan pakaian menyerupai Lady Gaga adalah dilarang sama sekali.

How to determine the winner?
100% SMS.

Special feature?
Juri atau pengkritik tetap ialah Linda Jasmine, Apek Senario dan peserta AF yang paling hebat menari, Mawi.

What winner gets?
Dapat sijil penyertaan yang boleh dilampirkan ketika ingin memohon pekerja sebagai penari latar Stacy dan Adam (AF).

Good idea or Bad idea?
So You Think You Dance, dapat sambutan. Sehati berdansa, dapat sambutan. Mari Menari, dapat sambutan. Perlukah aku komen tentang rancangan ini pula?

==========

Adakah Anda Lebih Bijak Dari Budak Darjah 6?

What is this?
Rancangan kuiz pendidikan. Merupakan spin-off dari rancangan Are You Smarter That The Fifth Grader?

Contestant?
Sesiapa sahaja boleh menyertainya asalkan boleh mengeja nama sendiri dengan betul. Ulat buku dan bimbo amat digalakkan untuk menyertai rancangan ini.

How it work?
Peserta akan disoal dengan soalan yang diambil dari buku teks pelajar darjah 1 sehingga darjah 6 sekolah di Malaysia. Peserta diberi 3 talian hayat untuk membantu mereka menang.

How to determine the winner?
Peserta yang mampu menjawab semua soalan dengan betul, dia yang akan memenangi hadiah.

Special feature?
Johan dan Zizan sebagai pengacara.

What winner gets?
RM 1 juta kepada pelajar yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul. Yang salah balik dengan tangan kosong dengan maruah yang tercalar.

Good idea or Bad idea?
Tak banyak rancangan di Malaysia yang mampu menjana minda. Jadi, pasti dapat sambutan.

Penonton mempunyai peluang melihat peserta lulusan PHD pulang dengan tangan kosong apabila tersilap jawab soalan darjah 3. Ini akan membuatkan beliau malu dan tidak bongkak dengan ilmu yang mereka ada.

==========

Malaysian Most Top Gold Digger

What is this?
Rancangan mencari gold digger atau "pisau cukur" paling hebat di Malaysia.

Contestant?
Semua perempuan yang hot, sexy, foxy dan mempunyai kebolehan menggoda Dato', Tan Sri dan suami orang lain.

How it work?
12 peserta perempuan diberikan tugas untuk menggoda 12 orang kaya berpangkat Dato' dan Tan Sri yang  kesemuanya sudah berkahwin.

How to determine the winner?
Peserta yang berjaya mengikis harta pasangan mereka paling banyak bakal menjadi juara. Juga jika mereka berjaya membuatkan Dato' atau Tan Sri itu bercerai dengan isteri mereka, mereka akan mendapat markah bonus.

Special feature?
Fasha Sandha bakal menjadi mentor untuk setiap peserta.

What winner gets?
Semua harta yang berjaya dikikis oleh pemenang bakal menjadi milik mereka. Peserta yang kalah perlu memulangkan kembali semua harta yang dikikis.

Jika pemenang berjaya membuatkan dato' atau tan sri itu bercerai dengan isterinya, mereka mempunyai pilihan untuk berkahwin dengan dato' atau tan sri tersebut.

Good idea or Bad idea?
Sexy & Hot women + duit & pangkat + aksi ghairah ketika menggoda = good TV rating.

==========

Celebrity Fight

What is this?
Rancangan realiti yang menampilkan 2 selebriti Malaysia yang sering bertelagah dan bergaduh, bertarung di dalam gelanggang untuk menentukan kalah-menang secara muktamad.

Contestant?
Semua selebriti di Malaysia yang mempunyai pertelagahan dengan selebriti yang lain. Selebriti perempuan yang paling digalakkan bertanding.

How it work?
Dua selebriti yang bertelagah akan diletakkan di dalam gelanggang. Perlawanan dimulakan dengan 10 minit sessi perang mulut. Kemudian, baru perlawanan secara fizikal dimulakan. Selebriti boleh menggunakan apa sahaja teknik ilmu pertahankan diri dalam pergaduhan.

How to determine the winner?
Selebriti yang mampu menumbangkan lawannya sehingga lawannya tidak mampu bangun dalam kiraan 10, akan memenangi perlawanan.

Peserta yang mampu membuat hinaan yang paling menyakitkan hati lawan mereka dalam sessi perang mulut juga bakal mendapat anugerah khas.

Special feature?
Sapok Biki, pemenang pingat emas acara tinju di Sukan Komanwel 1998 bakal menjadi pengadil perlawanan.

Azwan Ali bakal menjadi juri dalam menentukan pemenang sessi perang mulut.

What winner gets?
Pemenang mendapat kebenaran untuk menghina pihak yang kalah selama sebulan di akhbar dan majalah hiburan. Yang kalah tidak boleh membalas kembali hinaan tersebut.

Good idea or Bad idea?
Inilah peluang untuk kita melihat Fasha Sandha dan Nora Danish melunaskan hutang dan dendam masing-masing. Tentulah satu idea yang baik. Game on!

==========

Survivor: Mulut Laser

What is this?
Pertandingan untuk mencari peserta paling mulut laser di Malaysia. Merupakan spin-off dari rancangan realiti terkenal dari Amerika, Survivor.

Contestant?
Semua artis yang bermulut laser seperti Azwan Ali, Ogy Ahmad Daud, Shiela Rusly, Adlin Aman Ramlie dan juga semua wartawan hiburan di akhbar seperti Zubir, Mama Juwie, Siti Jarum dan juga wartawan-wartawan Melodi iaitu Nas Ahmad, Michelle, Kakak Rock dan lain-lain.

How it work?
Peserta akan diletakkan di sebuah pulau terpencil dan tidak berpenghuni dan tidak mempunyai sebarang kemudahan asas. Mereka perlu tinggal bersama di pulau tersebut.

How to determine the winner?
Peserta perlu membebel dan memaki hamun antara satu sama lain. Tujuan memaki hamun adalah untuk meruntuhkan emosi dan mengoyakkan minda para lawan.

Peserta yang sudah tidak ditahan boleh menyerah diri. Peserta terakhir yang paling bermulut laser dan beretelinga kuali menahan hinaan dari peserta lain, akan menjadi pemenang.

Special feature?
Ingatkah anda akan seorang yang bernama Mat Kepoh yang pernah muncul dalam rancangan Melodi sekitar tahun 90'an dulu? Ya, beliau bakal menjadi pengacara.

What winner gets?
Mendapat anugerah mulut kepoh dan menjadi ikon mulut laser di Malaysia.

Good idea or Bad idea?
Bergantung kepada usaha peserta (terutamanya Azwan Ali) yang bakal menjadi tarikan penonton untuk menonton.

==========

Survivor: Malaysian Politician

What is this?
Pertandingan untuk mencari ahli politik yang mampu survive dalam dunia politik di Malaysia yang semakin hangat. Merupakan spin-off dari rancangan realiti terkenal dari Amerika, Survivor dan juga Survivor: Mulut Murai.

Contestant?
Ahli politik di Malaysia, BN ataupun PR. Ahli politik yang wajib masuk ialah Najib, Muhyiddin Yasin, Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir, Hishammuddin Hussein, Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Azmin Ali, Lim Guan Eng dan Zaid Ibrahim.

Rosmah Mansor dan Wan Azizah juga adalah peserta yang perlu masuk untuk menambahkan rencah pertandingan.

How it work?
Peserta akan diletakkan di sebuah pulau terpencil dan tidak berpenghuni dan tidak mempunyai sebarang kemudahan asas. Mereka perlu tinggal bersama di pulau tersebut.

How to determine the winner?
Mereka perlu keji mengeji, fitnah-memfitnah dan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan pihak lawan. Bantuan video seks adalah amat digalakkan. Jam Omega perlu disorokkan.

Special feature?
Tun Mahathir sebagai pengacara. Raja Petra Kamarudin akan membuat penampilan khas dalam rancangan ini.

What winner gets?
Menjadi Perdana Menteri selama 1 penggal.

Good idea or Bad idea?
Melihat ahli politik bertelagah adalah sesuatu yang diidamkan oleh rakyat. Lagipun, pertelagahan mereka memang sentiasa disiarkan di berita setiap pukul 8 malam sebelum ini.

Pertelagahan bukan setakat terjadi antara lawan, juga bakal terjadi sesama pihak sendiri. Cuma seorang pemenang dikira dan menjadi perdana menteri. Ini bukan macam pilihan raya di mana pemenang ditentukan secara berkumpulan.

Yang lebih menarik ialah berkemungkinan Rosmah Mansur menang dan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Wow!

==========

Akademi Fantasia Ultimatum

What is this?
Pertandingan realiti nyanyian. Kesinambungan kepada Akademi Fantasia. Kira macam Maharaja Lawak lah.

Contestant?
Semua pemenang, naib johan dan tempat ketiga dalam setiap musim Akademi Fantasia wajib menyertai pertandingan ini.


9 musim AF bersamaan 27 peserta. Maka, Astro boleh untung SMS secara besar-besaran.

How it work?
Sama seperti format Akademi Fantasia. Mereka akan dikurung disebuah banglo dan akan menyertai kelas vokal, tarian dan lain-lain lagi.

How to determine the winner?
100% SMS dari peminat.

Special feature?
Juri tetap untuk pertandingan ini ialah Kudsia Kahar, Adlin Aman Ramlie, dan Ogy Ahmad Daud. Ambik kau. Semua mulut laser.

What winner gets?
Mendapat gelaran "Raja SMS Ultimatum".

Good idea or Bad idea?
Sudah semestinya idea yang baik. Bayangkan berapa banyak keuntungan yang mampu dikaut oleh Astro melalui SMS.

Paling menarik ialah jika Mawi tersingkir pada minggu pertama. Tapi jangan risau. Ada undian AFMASUK untuk menyelamatkan beliau. Malahan, undian AFMASUK kali ini akan dibuat sebanyak 3 kali sepanjang pertandingan ini.
==========

Kepada stesen TV yang berminat untuk membuat salah satu rancangan realiti di atas, sila hubungi aku. Aku mahu jadi penerbit eksklusif rancangan yang kamu ingin terbitkan.

Oh, ya. Aku mahu royalti juga.

Wednesday, April 13, 2011

Tips Percintaan - Tips Asas Percintaan Part 1

Sudah agak lama aku tidak menulis tentang Tips Percintaan.

Sebagai seorang yang sudah single selama lebih dari 3 tahun (genap 4 tahun bulan Oktober ini), tips percintaan aku sering menjadi keraguan dikalangan pembaca. Tapi aku peduli apa. Aku mahu tulis juga tentang tips percintaan.

Kali ini, aku ingin menyentuh tentang asas percintaan. Ya lah, kalau perkara asa pun dah terbarai, macam mana pula kamu mahu membina satu institusi percintaan yang sejati kan? Chewah!

Berikut adalah tips asas dalam percintaan yang kamu perlu fahami supaya perhubungan cinta kamu dan pasangan kamu terus berkembang dengan mekar.

Ok. Lahanat sungguh ayat-ayat di perangan atas. Jiwang tak memasal.


1. "Awaklah satu-satunya..."

Sentiasa beritahu pasangan anda bahawa dialah satu-satunya insan yang kamu cintai. Tiada yang ke-2 dalam hidup kamu.

Tapi perlu berhati-hati ketika melafazkan ayat ini. Perlu diingat bahawa "Syurga berada di telapak kaki ibu". Kalau kamu kata kekasih kamu satu-satunya cinta hati kamu, ada kemungkinan juga kamu dikira menderhakai ibu kamu kerana ucapan tersebut telah membelakangkan ibu kamu. Kalau mati nanti masuk neraka kerana menderhaka kepada ibu, aku tak tanggung.

Dan pastikan kamu sebut nama girlfriend kamu dengan bertul semasa meluahkan perasaan kamu itu. Kalau namanya Melah, maka ucapkanlah, "Aku cinta pada mu, Melah. Kamulah satu-satunya cinta hati ku. Tiada yang kedua."

Kalau kamu tersasul dan tersebut, "Aku cinta pada mu, Rina. Kamulah satu-satunya cinta hati ku. Tiada yang kedua", maka kamu telah kantoi bodoh yang kamu mempunyai teman wanita lain bernama Rina dan Melah bukanlah satu-satunya cinta kamu.


2. Ingat

Setiap saat kamu harus mengingatinya walaupun apa yang sedang kamu lakukan ketika itu. 

Tengah berkerja, maka ingatlah kepada kekasih kamu. Ketika membaca, ingatlah kepada kekasih kamu. Ketika berdoa, maka ingatlah kepada kekasih kamu, maka jadilah istilah "ingat daku dalam doamu." Ketika berak, maka ingatlah.. Eh? Tak kan tengah berak pun ingat awek jugak, bang!

Apabila kamu mengingati kekasih kamu, maka dia juga pasti akan mengingati kamu. Macam dialog cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, "Kalo kite ingat oghe, oghe ingat kite sbb tu lah dia maghi jumpa kite."


3. Berterus-Terang

Ini khas aku tujukan kepada kaum wanita. Jangan selalu menganggap teman lelaki kamu boleh membaca semua yang ada dalam hati kamu. Silalah berterus-terang.

Kami lelaki bukannya mempunyai kelebihan membaca bahasa kiasan yang selalu kamu katakan. Kalau kamu mahukan ais-krim, katalah kepada teman lelaki kamu, "Saya nak ais-krim". Bukannya kata, "Saya nak sesuatu yang sejuk. Yang boleh hilangkan panas." Nanti kalau teman lelaki kamu belikan Air-Cond, kamu juga yang bising.

Jadi silalah berterus terang. Jangan main bahasa kiasan. Aku pernah menulis tentang perihal ini dalam entri ini


4. Telefon

Jangan lupa untuk menelefon kekasih kamu setiap malam untuk mengucapkan selamat malam.

Kamu tak perlu berucap sepanjang yang mungkin atau nak merapu yang bukan-bukan, nak menyanyikan lagu kononnya nak mendodoikan kekasih kamu walhal suara kamu sumbang sehingga membuatkan kekasih kamu mimpi ngeri bila teringatkan suara kamu yang sangarlah sumbang.

Telefon dan ucapkan selamat malam kepada kekasih kamu. Pastikan ia short and sweet. Seminit pun cukuplah kerana seminit kata-kata lebih bermakna dari 1,000 SMS yang kamu hantar kepada dia. Chewah!


5. Jangan Bandingkan

Jangan suka membandingkan kekasih kamu dengan orang lain. Ini sangatlah offensive kepada kekasih kamu.

Apabila kamu selal usangat membandingkan kekasih kamu dengan orang lain, pasti dia akan beranggapan yang kamu suka akan orang yan gselalu dibandingkan dengan diri mereka dan berkemungkinan akan timbul rasa rendah diri dalam hati kekasih kamu.

Dan ini khas buat para wanita. Jangan sesekali bandingkan teman lelaki kamu dengan Justin Bieber. Jangan sesekali kata, "You ni, buatlah rambut macam Justin Bieber. Baru nampak cute" atau "You punya senyuman tak cute macam Justin Bieber lah."

Ingat! Tak semua lelaki Justin Bieber!

Apa perasaan anda kalau teman lelaki kamu bandingkan kamu dengan Rebbeca Black? "Awak punya suara ni tak best la. Tak macam suara Rebecca Black." Walhal semua orang tahu suara Rebbecca Black memanglah sangar jahanam.

Ingat! Jangan bandingkan teman lelaki kamu dengan Justin Bieber kerana sudah pasti teman lelaki kamu tidak akan bandingkan kamu dengan Lady Gaga. Kecuali kalau nama kamu Didie Alias.

"Hi! Sayalah Didie Alias a.k.a. Lady Gaga Malaysia"
Credit: syokblog.com

Cukup setakat ini buat masa sekarang. Kenapa aku cuma bagi 5 tips sahaja? Sebab aku ni pemalas. Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...