Belilah Novel Aku!!!!

Monday, April 4, 2011

Kita Adalah Diktator Di Blog Kita Sendiri

Semalam, aku ada baca blog Una Berry. Beliau ada menulis ayat ini di dalam blognya:

"aku ada satu persoalan yang bermain di fikiran ketika ini. bolehkah kita luahkan apa yang terbuku di hati sesuka hati di sini? ya, ini memang blog aku tapi kadang-kadang aku fikir kalau emo-emosi di blog pun tak berapa bagus juga. yalah, blog ini kan untuk tatapan umum. tapi kadang-kadang aku rasa aku perlukan pendapat orang lain. bingung."

Semasa di awal pembabitan aku dalam dunia blogging, aku ada terfikir benda yang sama dengan apa yang saudari Una Berry ini fikirkan.

Aku selalu terfikir, "Apa yang jadi kalau aku terlampau emosi di dalam blog aku?", "Apa jadi kalau aku menghasilkan entri yang tidak sehaluan dengan kebiasaan orang lain?", "Bagaimana jika entri aku penulisan aku terlampau bersifat peribadi?", "Bagaimana jika penulisan aku akan membangkitkan perasaan marah pembaca aku?", "Bagaimana jika orang lain tidak suka dengan penulisan aku?" dan bermacam lagi benda.

Dan soalan yang paling menakutkan, "Nak ke orang baca penulisan aku kalau aku asyik nak menulis tentang pendapat aku, lagi-lagi kalau pendapat aku ini bertentangan dengan orang lain?"

Tapi aku kemudian berfikir lagi, "Ini blog aku ke, blog diorang? Kenapa aku perlu risau jika ada yang tidak suka dengan blog aku?"

Blog adalah hak peribadi. Kita berhak untuk menulis apa sahaja yang terlintas difikiran. Kita menulis secara percuma, bukannya dibayar oleh pembaca blog kita. Jika kita dibayar oleh para pembaca, barulah kita kena menulis apa yang ingin mereka baca.

Tidak semestinya kita kena menulis tajuk yang semua orang ingin baca. Sebagai contoh, tak kan aku kena menulis entri memuji-muji Justin Bieber, walaupun aku tidak suka akan dia, kerana dia menjadi pujaan orang ramai sekarang?

Jika kamu rasa kamu perlu menulis entri yang mengikut citarasa umum dan takut meluahkan pendapat anda yang bertentangan dengan pendapat orang ramai, maka kamu hanyalah penulis blog yang mahu mengejar trafik semata-mata dan bukannya menulis kerana hati.

Semenjak tahun 2009, jumlah blog di Malaysia meningkat dengan banyak. Ada kemungkinan kerana pengaruh TV Series popular 8TV, Blogger Boy lakonan Chi, Nas-T dan amoi hot Julie Woon.

Blog-blog yang wujud kebanyakannya lebih banyak bercerita tentang perkara yang disukai ramai, kisah Justin Bieber, Lady Gaga, cerita keluar dating dengan pakwe siang tadi atau pun entri yang penuh dengan gambar camwhore di dalam tandas awam ataupun bilik tidur disusuli dengan komen dari para pembaca lelaki, "You ni cumel nyew!!", "Cute sangat!", "I follow blog you, you follow blog I eh?", "Muka you ni saling tak tumpah macam arwah awek I. Agak-agak bila kita boleh couple?" dan macam-amcam lagi.

Blog sepatutnya menjadi kita meluahkan pendapatan peribadi kita tanpa ada sekatan. Kenapa kita perlu takut jika pendapat kita bertentangan dengan orang lain? Memang normallah manusia punya pendapat masing-masing. Mana mungkin manusia punya citarasa dan pendapat yang sama.

Tetang hal peribadi dan takut terlampau emosi dalam blog, aku rasa itu bukanlah satu masalah. Jika kita tak berani menulis semua itu, apa guna kita membuat blog? Blog bagaikan diari hidup kita. Bezanya, orang lain boleh membaca dan meluahkan pendapat tentang luahan peribadi kita.

Blog lebih berguna daripada diari kerana luahan hati kita mungkin akan dijawab oleh pembaca kita dan mungkin jawapan mereka boleh membantu kita menyelesaikan masalah kita. Kalau tulis di dalam diari, tiada siapa yang mampu menjawab luahan kita itu. Dan jika luahan hati kita dijawab oleh diari tersebut, itu tandanya diari tersebut berhantu. Silalah buang diari anda itu.

Aku pernah menulis entri yang bertentangan dengan pendapat orang lain. Sebagai contoh, penulisan tentang politik. Begitu juga tentang hal-hal orang Melayu. Dan yang paling baru tentang Justin Bieber, walaupun sebenarnya kau tulis tentang syarikat rakaman yang mempergunakan mereka, tapi ramai pula peminat Justin Bieber butthurt sampai maki-maki aku di Twitter.

Aku pernah menulis hal peribadi aku seperti bagaimana aku putus cinta, atau cinta aku yang tidak kesampaian dulu. Kisah aku dan amoi semasa aku belajar di pusat tuition dan perasaan sediah aku apabila ayah aku terpaksa berhenti meniaga kerana emak aku yang jatuh sakit.

Malahan, Nami TTGB dan Obefiend adalah 2 blogger yang  selalu menulis hal peribadi mereka dan pendapat mereka dengan terbuka. Mereka tidak kisah jika mereka dihentam atau digelakkan kerana membaca kisah peribadi mereka. Lagipun, itulah tujuan blog dicipta. Sebagai diari di alam maya.

Bak kata kawan aku dulu (tapi aku lupa siapa): "Kalau kau takut nak menulis sesuatu yang bersifat peribadi, baik kau jangan tulis blog. Mohon saja jadi penulis di Majalah Mangga."

Jadi, pedulikan jika ada orang tidak bersetuju dengan luahan minda kita di blog. Jika selama ini kamu ada seorang pembaca blog yang membaca blog anda selama bertahun-tahun dan berhenti membaca blog kamu  semata-mata kerana tidak sependapat dengan 1 entri anda, he/she don't deserve to be your reader. Ramai lagi pembaca yang boleh menjadi pembaca blog kamu di luar sana.

Tapi perlu diingat juga. Meluahkan pendapatn boleh tapi janganlah sehingga menyentuh hal sensitiviti seperti hal agama, perkauman dan sewaktu dengannya. Itu sahajalah batasan yang perlu di jaga. Yang lain, kamu boleh langgar sahaja.

Jadi, jangan takut meluahkan perasaan dan pendapat di blog. Persetankan ketakutan anda. Jadilah blogger yang jujur dengan diri sendiri, bukannya menulis kerana takut kehilangan pembaca dan follower.

Kita adalah diktator di blog kita sendiri.

14 comments:

una berry said...

wooooooooo..I like that :D
but there's got to be some limitation kan?
kalau emo gila penuh dgn aura negatif pun tak best juga
well, I better hold to this principle,
if u don't have anything better to say, just don't say anything at all.
thanks for ur POV :D

**sebenarnya jadi takut lepas kejadian yg hangat di blogosphere satu ketika dahulu -_-"

Joey said...

Syabas bette! Opss..silap..wakakaka

Terus tepuk tangan sambil berdiri membaca pernyataan diktator ko.

P/S Sekarang aku cam meluat tengok pengomen2 yang kunun sekelas dengan pemikiran penulis blogger.

Contoh : Bila penulis yang ko suka kunjung si Inchek Obefiend tu buat lawak Zooey Deschanel. Fuh, kesian yang tak faham. Terutama aku. Yang jujur tak faham tu takpela, Ini ala2 macam dia faham sangat. Gelak gelak kat komen tapi explaination nan ado!

Ala,setiap kali dia tulis pun ramai pengomen kunun2 memaham bagi komen mcam setaraf fikiran la..

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Limitation ni terpulang pada masing2 la. Tapi, kalau ada benda nak luahkan (terutamanya pendapat) baik luahkan aje.

maybe kalau ada orang komen balik, kita boleh belajar sesuatu dari para komentar itu

Joey:
Oh.. i see. Obefiend selalu buat lawak Zoey Deschanel, Emma Bunton & apa benda ntah satu lagi.

Dia nak troll pembaca dia tu. Dan ramai yang tak faham dengan troll tu dan konon2 buat2 faham. Hahahaha!

Joey said...

yea. itu maksud aku


entah2 dia pun lebih kurang paris hilton macam aku ...wakakaka

Fairuz said...

Aku rasa aku dah semakin kehilangan follower di blog.

Tapi takdehal la. Bukan itu tujuan asal aku berblog. Pada aku, blog ni tempat aku untuk bermuhasabah. Bila tengok entri lama-lama, memang aku akan gelak sendiri sebab macam tak percaya aku pernah buat tu semua.

Blog pada definisi aku adalah untuk mematangkan pemikiran. Sebab entri yang ditulis menggambarkan emosi dan intelektualiti seseorang penulis.

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Ok. Kali ni, aku pulak yang tak paham apa yang kau cuba maksudkan.

ce cite.. ce cite..

Fairuz:
Yup. bukan setakat muhasabah diri, tapi juga untuk meningkatkan skill penulisan dan mengasah minda. (Chewah!)

Sebab tu kita kena berani meluahkan pendapat dekat blog, baru boleh matang. kalau kita simpan je, macam mana nak berkongsi pandangan dengan orang lain.

Kalau aku tengok balik entri aku yang lama2, memang aku tergelak. Macam celaka entri aku dulu2. Nasib baik sekarang dah lebih elok sikit dari dulu. sikit aje lah

Joey said...

maksud aku berlagak cool ala2 Johnny Depp.

Atau ala2 Leonardo Di Caprio dalam Inception.

Rupa-rupanya lebih kurang aku jer. Tidak faham apa2. Macam Paris Hilton dulu. Dia tau pakai seksi jer.

p/s Semua orang nak nampak cool. Get it?

not_so_silent reader said...

aku rasa buat blog ni kena betul niat. kalau setakat nk kejar trafik tu, ghentikan la. kalau betul content tu bagus xpe gak. ni promote kaw2. content ntah ape2. aku pun pelik cmne boleh blog sampah cmtu ramai follower. malas la pulak nk bg tau blog ape kn. nk2 yg promote cara busuk parking link kt blog org lain, ayat nk daring2 utk org tertarik nk klik. content? buduh sampah. analogue nyer boleh la kata mcm muvi dari malaysia. cerita hantu ngarut tapi ramai yg tgk.

kt youtube pun ade gak attention whore cmni. kt malaysia belum lg la kot. kt US ade byk. bagi PS3 la, X BOX la semata mata nk suruh org 'favourite' video dia. MysteryGuitarMan + freddiew la yg anti benda2 cmni. diorg kata klau nk bagi hadiah tu biar ikhlas. org yg view pun sepatutnya 'like' pasal mmg jujur nk 'like'. bukan psl disogok hadiah2 cmtu.

aku pun pernah gak rasa nk tulis blog. tapi pasal malas nak maintain dan agak segan mengekspresi diri di internet yg 1 dunia boleh baca, aku tak jadi buat. baik aku tweet je. ringkas, cepat dan x pyh pening2.

aku x buat blog tapi aku nyebok kt comment blog org lain. tgk ni ha, pnjg gila komen aku. haha. sori la ye mirul.

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
hahaha! aku pun bukannya cool sangat. akuni blogger yang tak cool dan selalu buat pembaca annoying. haha!

not so silent reader:
walaupun aku tak kenal sape kau, tapi ada betul jugak apa yang kau tulis ni.

Dan kau bagi aku idea pasal blog2 yang annoying ni

Nanti2 aku ada banyak masa, boleh tulis pasal ni

puteri ain said...

sokong ayat anda yang ini..

Meluahkan pendapatn boleh tapi janganlah sehingga menyentuh hal sensitiviti seperti hal agama, perkauman dan sewaktu dengannya

Khuzrin Kamarudin said...

betol bro..

pelik bila ada blogger yg gunakan kecantikan untuk naikkan trafik dengan post gambar yg di tangkap sejauh 3 inci jarak muka dan kamera..

ahhh..

blog aku, aku punya suka ar.. hahhaha...

Amirul (aremierulez) said...

Puteri Ain:
Yes!

Khuzrin:
Kata kawan aku, kalau buat blog untuk letak gambar cam whore je, baik main Tumblr

Joey said...

hahahaha

gambar chumel tu la penyumbang traffik!!!!

laki ker, perempuan ker, semua nak bajet chumel...

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Kau ada Facebook?
Kalau ada cuba search benda alah ni:

Pencarian Lelaki Sweet dan Awek bertudung

Lepas tu, bsedia untuk gelak ketawa & facepalm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...