Belilah Novel Aku!!!!

Friday, April 22, 2011

Malaysia & Barang Yang Mahal

No more hateness.

Semalam aku ada terbaca satu artikel di MSN News tentang harga barang di Malaysia yang mahal dan kuasa membeli rakyat Malaysia yang rendah.

Memang tak dinafikan harga barangan di Malaysia agak mahal jika dibandingkan dengan harga di luar negara. Berikut ialah harga broadband di Malaysia dan luar negara yang dikeluarkan oleh berita tersebut.

Harga broadband Kuala Lumpur, Malaysia dengan pakej 5Mbps ialah RM149 (Kalau tak salah, ini harga pakej Maxis).

Harga broadband di London, England pula hanya GBP13.50, dan ini ialah untuk pakej 10Mbps.

Manakala, harga broadband di New York, Amerika pula ialah USD41.95, untuk pakej 7Mbps. Ternyata harga broadband di Malaysia lebih mahal dari sesetengah negara maju.

"Hek eleh. Menggelabah kau ni, Mirul. Itu harga duit antarabangsa. Cuba kau convert kan harga Pound & US Dollar tu kepada RM. Mesti jadi lagi mahal."

Ok. Memang betul. Nilai Great Britain Pound (GBP) lebih besar dari Ringgit Malaysia (RM). GBP 1 bersamaan dengan RM 4.97.

Manakala nilai US Dollar (USD) pula bersamaan USD 1 bersamaan RM 3.01.

(Nilai tukaran wang di atas telah aku bundarkan kepada nilai hampir)

Jika diubah harga broadband di London dan New York kepada nilai RM, maka harga broadband tersebut ialah RM67.10 untuk harga London, manakala RM126.27 untuk harga di New York. 

Eh? Masih murah dari harga di Malaysia lah!

Inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh rakyat Malaysia. Apabila ingin membezakan harga di negara asing, kita pasti ingin mengubah nilai tersebut kepada nilai RM. Sebenarnya, tak perlu bezakan dengan mengubah nilai tersebut kepada RM, tapi bezakan dengan nilai gaji yang diterima.

Sebagai contoh, Osman bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Gaji yang diterima ialah RM 1,800. Osman pun melanggan pakej broadband yang bernilai RM 149.

Dengan itu, baki gaji Osman selepas membayar bil broadband ialah RM 1,800 - RM 149 = RM 1,651.

Randy bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat di London. Gaji yang diterima ialah GBP 1,800. Randy pun melanggan pakej broadband yang bernilai GBP 13.50.

Dengan itu, baki gaji Randy selepas membayar bil broadband ialah GBP 1,800 - GBP 13.50 = GBP 1,786.50.

Siapa yang mempunyai baki gaji lebih banyak selepas membayar bil broadband?

Ok. Kita tambah lagi. Kali ini, kita kira tentang pakaian pula. 

Osman merupakan peminat setia Liverpool FC. Sebagai peminat setia, Osman bertekad untuk membeli jersi original Liverpool di butik Adidas. Harga jersi Liverpool yang original di Kuala Lumpur ialah RM 239.

Randy juga merupakan peminat setia Liverpool FC. Sebagai peminat setia, Randy bertekad untuk membeli jersi original Liverpool di butik Adidas. Harga jersi Liverpool yang original di London ialah GBP 42, boleh semak di sini

Harga jersi original Liverpool di London lebih murah dari harga jersi cap siam yang dijual di uptown, yang biasanya bernilai RM 45, paling murah. Tak perlulah aku buat kira-kira baki gaji Osman dan Randy selepas mebeli jersi original tersebut. Kamu pasti boleh lakukan sendiri.

Bagaimana pula dengan harga kereta? Jika Osman ingin membeli kereta Honda Civic, harga kereta tersebut di Kuala Lumpur ialah RM 115,000.

Osman perlu membayar sejumlah duit muka untuk kereta tersebut sebelum membayar ansuran bulanan yang pasti mencecah lebih dari RM 500 setiap bulan. Ansuran perlu dibayar sehingga 8-10 tahun.

Jika Randy ingin membeli kereta Honda Civic, harga kereta tersebut di London ialah GBP 19,000. Lebih murah dari harga VIVA (lebih kurang RM25,000 - RM28,000).

Itu belum kira harga barangan harian lagi. Kawan aku yang pernah pergi melancong ataupun sudah bekerja di London berkata yang harga barang harian di sana juga agak murah berbanding di Malaysia. Patutlah ramai graduan luar negara tidak mahu pulang dan terus kerja di sana.

Mungkin sudah sampai masa untuk kerajaan menaikkan tangga gaji pekerja di Malaysia untuk kemudahan rakyat. Sudah sampai masanya rakyat boleh berbelanja tanpa perlu menghiraukan harga barangan yang mahal.

Jangan ingat kenaikan gaji pekerja akan membebankan kerajaan. Jika gaji pekerja Malaysia di naikkan, rakyat akan lebih berbelanja. Jika rakyat banyak berbelanja, ini juga akan menjana ekonomi negara. Ia juga menggalakkan syarikat pengeluar untuk menghasilkan lebih banyak produk di pasaran. Kerajaan boleh mendapat keuntungan dari cukai yang dikenakan kepada syarikat pengeluar. 

Malahan, jika graf perbelanjaan rakyat Malaysia semakin meningkat, ia juga akan menggalakkan kemasukan produk import ke Malaysia. Kerajaan boleh mendapatkan keuntungan dari duti import.

Menaikkan gaji pekerja Malaysia sebenarnya ialah win-win situation. Aku mungkin bukan pakar ekonomi untuk bercerita tentang ini. Tetapi dengan logik akal, ini ialah cadangan yang perlu pihak kerajaan timbangkan dengan baik.

Daripada membazirkan duit dengan e-mel 1Malaysia, baiklah gunakan wang tersebut dengan lebih bijak. Berikan sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia.

Negara yang maju diukur dari kesenangan rakyatnya. Diukur melalui kuasa membeli rakyat. Diukur dengan tahap pengangguran yang rendah. Diukur dengan jumlah buta huruf yang rendah di kalangan rakyat.

Negara maju bukan diukur semata-mata dengan bangunan tinggi 100 tingkat.

9 comments:

alien said...

sesetengah benda jadi mahal sebab berlaku monopoli
sesetengah jadi mahal sebab katanya bayaran cukai
sesetengah jadi mahal sebab kurangnya pilihan di pasaran

hadoi..
camne..

Amirul (aremierulez) said...

Alien:
Macam harga kereta import yang mahal, ia dikenakan cukai yang tinggi sebab nak melindungi Proton.

Itu lah sebabnya aku rasa, elok naikkan saja tangga gaji pekerja Malaysia. mesti semua rasa happy dan tak main MLM

Faris Adli said...

aku kurang setuju dengan apa yang kau tulis..bukan overall..tapi bab perbandingan..bandingkan dengan negara2 membangun..bukan negara maju..sebab maybe kat New York, London, kos untuk sediakan perkhidmatan internet lebih murah

Amirul (aremierulez) said...

Sebab Malaysia nak jadi negara maju, so kena bandingkan dengan negara maju.

Tapi kalau compare kan dengan negara yang sama level, contoh: singapore, perbelanjaan mereka still murah dari Malaysia

ashikin said...

yeahh aku setuju. keperluan harian pon dah mahal gila babi. baru keperluan tak kira kehendak lagi. lama lama nanti orang malaysia botak. semua nak naik harga. gaji seciput kerja penat.

ashikin said...

nak belajar pun mahal. free education please! semua ada hak nak belajar at least sampai degree. pastu kecoh kecoh maju 2020 kepala bapak dia!


kita apa free. air karat pon bayar.

emotional betul aku ni. haha

Amirul (aremierulez) said...

Ashikin:
Amboi. Marah benor kau ni. Sabar cik adik. Sabar! hehehehe!

Rasanya kalau nak dapat free education, lama lagilah. sekarang ni masuk toilet pun kena bayar, inikan pulak nak dapatkan free education.

Yes! pasal air aku setuju sangat. air tu keperluan asas. apa pasal karat sangat eh?

BON said...

ALA KORANG X YAH SUSA-SUSA PIKIR.
HARGA BARANG MEMANG XKAN TURUN DAN PROBLEM-PROBLEM TU XKAN ADA ORNG NAK SETELKAN.HA2.THANKS.

Amirul (aremierulez) said...

BON:
KAu bagi jawapan paling jujur. Tahniah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...