Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, April 6, 2011

Persamaan dan Perbezaan: Wrestler & Ahli Politik

Rasanya semua orang tahu siapa itu wrestler dan siapa pula ahli politik.

Semalam, ada seorang kawan aku yang ber-Tweet tentang wrestler (ahli gusti). Ayat terakhir yang ditulis oleh beliau tentang wrestler ialah, "Wrestler sekarang ni sama je macam ahli politik.. Microphone Abuser!"

Dari ayat tersebut, aku terus mendapat idea untuk menulis tentang persamaan dan perbezaan dua profession ini.

Wrestler bermaksud ahli gusti dalam Bahasa Malaysia. Rasanya kamu mesti kenal beberapa wrestler yang mempunyai nama besar seperti The Rock, Stone Cold dan Undertaker (sekadar menyebut beberapa nama).

Kamu mesti tahu apa maksud ahli politik kan? Sekumpulan orang yang selalu kuat bergebang untuk memancing undi rakyat dengan mengeji pihak lawan, mengeluarkan janji manis yang biasanya tak ditunaikan sampailah pilihan raya umum yang akan datang dan macam-macam lagi.

Cakap banyak tak guna, jom kita lihat persamaan dan perbezaaan dua profession ini.

Persamaan antara wrestler dan ahli politik


1. Microphone abuser & catchphrase

Semenjak Stone Cold Steve Austin memenangi pertandingan King of The Ring pada tahun 1996 dan memperkenalkan istilah Austin 3:16, WWE (ketika itu masih dikenali sebagai WWF) telah melangkah ke era baru yang di gelarkan The Attitude Era.

The Attitude Era memerlukan semua wrestler supaya lebih microphone friendly ataupun lebih pandai bercakap melalui microphone, bukan setakat tahu berlawan sahaja.

Oleh kerana itu, segmen untuk wrestler bercakap diwujudkan dalam WWE. Dan apabila wrestler sudah pandai bercakap, maka wujudlah catchphrase seperti "If you smell what The Rock is cookin", "Give me a Hell Yeah!", "I am The Game. And I am that damn good", It's true. It's damn true", "Welcome to Raw is Jericho" dan bermacam-macam lagi.

Bagi ahli politik pula, mereka juga suka dan pandai bercakap. Apabila disuakan microphone, mereka mesti akan bercakap secara panjang berjela walaupun soalan yang diberikan hanya memerlukan jawapan yang pendek.

Kadang-kadang, apa yang mereka katakan akhirnya menjadi catchphrase yang selalu diajuk oleh rakyat jelata seperti "Polis kata jangan!", "Dah lama dah", "Kita jumpa, kita lawan", "Saya sangat berbesar hati kerana para pemudi sudi menderma dara, tapi saya sedih hingga menitikkan air mata apabila para pemuda asyik menghisap dada", "Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!", "Saya gembira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Al-Arqam" dan lain-lain lagi.

Ok. Banyak pula catchphrase dari Sammy Vellu yang aku letak.


2. Suka mengeji pihak lawan/konfrontasi

Pergaduhan antara dua wrestler memang tidak sah jika tidak disertakan dengan sessi keji-mengeji pihak lawan.

Antara sebab kenapa wrestler perlu mempelajari kemahiran bercakap melalui microphone ialah kerana ia akan digunakan untuk mengeji dan mengkonfrontasi pihak lawan.

John Cena memanggil The Rock sebagai 'washed up has been', manakala The Rock pula memanggil John Cena 'Fruity pebbles and baby GAP'

Tak kurang juga dengan ahli politik apabila Datuk Seri 1Malaysia akan menggelarkan Nuar Berahim sebagai 'peliwat' manakala si Nuar Berahim pula akan menggelarkan Datuk Seri 1Malaysia sebagai 'ikut telunjuk bini'.


3. Disukai dan dibenci oleh peminat/rakyat

Setiap wrestler yang memegang watak face (watak baik) ataupun heel (watak jahat) mempunyai penyokong dan pembenci yang tersendiri.

The Rock dan John Cena memegang watak face, tetapi dibenci dan diminati oleh orang ramai. Peminat The Rock akan memuja The Rock dan membenci John Cena, begitulah juga vise versa-nya.

Tak jauh berbeza dengan ahli politik. Mereka juga disanjung bagaikan wira oleh sebelah pihak, tetapi dimaki sepenuh jiwa dari sebelah pihak yang lain.

Perlukan aku memberikan contoh? Rasanya kamu semua sudah pasti tahu bukan?



4. Bergerak dalam gabungan atau kumpulan

Tak semua wrestler mempunyai telur untuk bergerak secara solo. Jadi, untuk mengelakkan mereka dipukul secara berseorangan dan lebih mudah untuk memukul pihak lawan jika bergerak secara beramai-ramai.

CM Punk, David Otunga, Mason Ryan, Michael McGillicutty dan Husky Harris bergabung dan membentuk sebuah kumpulan atau gabungan yang bernama The Nexus.

Wade Barrett, Justin Gabriel, Heath Slater dan Ezekiel Jackson pula bergabung dan membentuk sebuah gabungan bergelar The Corre.

Begitu juga dengan ahli politik, mereka perlu bergabung untuk melawan pihak musuh. Hanya ahli politik bebas sahaja yang bergerak secara solo dan biasanya ahli politik bebas adalah golongan yang perasan mereka ini best sangat, konon-kononnya sedang menunggu salah satu pihak, kerajaan atau pembangkang, membuat tawaran untuk menyertai gabungan mereka.

UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, PRS dan SPDP bergabung untuk membentuk gabungan yang diberi nama National Front ataupun Barisan Nasional.

PKR, PAS, DAP dan SNAP pula bergabung untuk membentuk gabungan yang digelar People's Alliance ataupun Pakatan Rakyat.


5. Selalu claim/anggap mereka merupakan juara di hati peminat/rakyat

Setiap wrestler akan menganggap mereka adalah kegemaran peminat. Mereka sering mendapat sokongan dari semua peminat. Mereka adalah juara di hati rakyat.

The Rock sering memanggil peminat beliau sebagai Team Bring It dan menggelarkan diri beliau sebagai The People's Champion.

John Cena pula sering memanggil peminat beliau sebagai The Chain Gang dan mengganggap peminat semua meminati beliau.

Tak jauh berbeza dengan ahli politik. Mereka selalu menganggap yang beliau ialah pilihan rakyat. Ada pihak yang membuat catchphrase "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dan juga "Jangan bekerja untuk saya, tapi bekerja bersama-sama saya.".

Ada pula yang terus menamakan gabungan mereka sebagai Pakatan Rakyat.

==========

Perbezaan antara wrestler dan ahli politik


1. Keberanian

Kalau ada 2 wrestler yang tidak puas hati antara satu sama lain, mereka akan memaki hamun pihak lawan melalui microphone, dan kemudian bergaduh dengan lawan yang mereka benci itu.

Mereka semuanya berani. Mereka akan bertembung dengan lawan mereka secara face-to-face untuk menundukkan lawan mereka.

Berbeza dengan ahli politik, mereka hanya akan memaki hamun lawan mereka melalui microphone sahaja. Jumpa face-to-face? Jauh sekali.

Seriously, bila kali terakhir kita melihat Najib dan Anwar ada di tempat atau di dalam gambar yang sama?


2. Cara menentukan kalah-menang

Hanya ada satu cara untuk menentukan kalah-menang dalam dunia gusti, iaitu masuk ke dalam gelanggang dan bergusti.

Bagi mereka, pemenang akan ditentukan melalui satu perlawanan dan pihak yang lebih gagah dan kuat akan diangkat sebagai pemenang.

Darah, peluh dan tubuh badan menjadi pertaruhan dalam perlawanan tersebut.

Hanya ada satu cara untuk menentukan kalah-menang dalam dunia politik, iaitu pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Ok, itu dah jadi 2 cara sebenarnya.

Bagi mereka, pemenang akan ditentukan melalui satu pilihanraya dan pihak yang mendapat undian tertinggi akan diangkat sebagai pemenang.

Banner, poster dan sessi berkempen menjadi pertaruhan dalam pilihanraya tersebut.

Oh! Jangan lupa pengundi hantu juga.


3. Taktik untuk menjatuhkan pihak lawan

Hanya ada satu cara untuk menjatuhkan pihak lawan dalam dunia gusti, iaitu dengan mengalahkan mereka dalam perlawanan. Mereka akan dianggap hilang maruah apabila mereka tewas dalam perlawanan.

Pihak yang menang boleh menganjing pihak yang kalah kerana pihak yang kalah sudah kehilangan modal untuk bersuara dan mereka terpaksa mengaku yang mereka memang seorang sore loser

Manakala taktik menjatuhkan pihak lawan ialah dengan mengutarkan fitnah, mengeji pihak lawan, mengutuk selagi ada modal untuk mengutuk pihak lawan dan yang paling baru, menyebarkan video seks.

==========

OK. Cukuplah sampai di sini sahaja.

7 comments:

Fairuz said...

Apa akan jadi kalau wrestler jadi ahli politik dan ahli politik jadi wrestler...?

Cuba bayangkan kalau mereka diberi mic...

Dan first lady pun turut serta dalam wrestling..apa akan berlaku..?

Hahahaha...

ashikin said...

haha. betul betul. especially part 'keberanian' semua penakut main balas balas kat paper, berita je.

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
Kalau Bik Mama jadi wrestler, aku dah dapat bayangkan apa watak yang dia akan jadi.

Vickie Guerrero. Pompuan gemuk yang tau membebel dalam WWE.

Hahahahaha!

Kalau wrestler jadi ahli politik, hari2 gaduh dekat parlimen

Ashikin:
Tu la. Cuba buat macam kat USA, jumpa dan berdebat tiap2 beberapa bulan. baru la real

puteri ain said...

politik ? tak tahu sgt..

but my opinion,bia menang secara adil..dan kalau dah menang tak boleh riak n nk jatuhkan yang kalah..

syarih said...

The Rock is comming back. Suka aksi the rock. Tak lama lagi dia masuk wresling balik la..lawan john cena.

Amirul (aremierulez) said...

Puteri Ain:
Yup. tapi sekarang ni politik keji-mengeji dan fitnah-memfitnah dekat malaysia ni

syarih:
Rock vs Cena wrestlemania 28, tahun depan

malikundang said...

tapi yang pastinya perlawanan gusti hanyalah hiburan.menang kalah sudah ditentukan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...