Belilah Novel Aku!!!!

Monday, April 11, 2011

Twitter Hashtag #3: Mari Belajar #englishmalay

Masa untuk Twitter Hashtag!!!

Sesiapa yang masih tak faham apa itu Twitter Hashtag, sila baca di sini.

#englishmalay tidak sama dengan Kamus English-Malay yang akan menterjemahkan perkataan Inggeris ke perkataan Bahasa Malaysia (Contoh: Eat - Makan).

#englishmalay lebih kepada menterjemahkan satu perkataan Inggeris ke maksud dalam Bahasa Malaysia,   yang berkaitan dengan isu semasa atau apa-apa yang sedang menjadi trend ketika ini.

Tak faham? Tak mengapa, baca dulu dibawah, kelak kamu akan faham juga.

==========

Download - Cara paling mudah untuk menonton filem barat yang tidak ditapis atau dipotong adegan melampaunya oleh LPF

Observation - Proses student senior lelaki mencari 'pucuk muda' yang baru dari kalangan pelajar perempuan junior yang baru masuk

Astro B.yond - Perkhidmatan yang menjanjikan gambar dalam Definisi Tinggi (HD) namun tetap kalah dengan hujan

Malaysian Super League - Liga bola sepak yang bukan menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Prosperity Burger - Burger khas untuk Tahun Baru Cina tapi Melayu jugak yang banyak makan burger ini

No comment - Alasan yang diberikan oleh artis bila dikaitkan dengan perkara negatif

Shuffle - Sejenis tarian yang mana popularitinya hanya mampu bertahan selama 6 bulan di Malaysia

Indie - Artis yang mengaku mereka mampu popular tanpa bantuan media, tapi akhirnya bergambar juga untuk Mangga dan URTV

Racist Speech - Senjata ahli politik Malaysia untuk memancing undi rakyat

Study - Tidak berkesan dan hilang mood jika skrin PC atau laptop sudah terpapar website Facebook dan Twitter

Annoying - Semua filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen

Porn - cara menenangkan fikiran selepas tamat ujian akhir semester

Astro - TV satelit yang dipenuhi dengan rancangan ulangan

Assignment - sesuatu yang boleh di copy paste dari wikipedia ataupun dari tugasan senior yang pernah buat tajuk yang sama

Piracy - Lanun yang hanya duduk di darat dan hanya bersenjatakan CD, DVD dan Blue Ray

Illuminati & Freemason - Kesimpulan mudah apabila melihat simbol yang pelik dan sukar difahami 

Strange - Bawak Skyline, tapi dengar Sinar FM

Breakfast - Hidangan makanan yang selalu dilupakan oleh rakyat Malaysia kerana sibuk merempuh kesesakan jalan raya

Rain - Di Malaysia, terdiri dari sekumpulan anak muda yang menyanyikan lagu irama Indie. Di Korea, penyanyi solo bermuka jambu

Revolution - Hanya ada di hati rakyat Malaysia. Suruh buat betul-bertul, haram semua tak berani 

Politic - Satu-satunya alasan yang membolehkan seseorang itu menyimpan dan menanyangkan video lucah kepada umum

Reality TV Show - Cara terakhir untuk merealisasikan cita-cita menjadi penyanyi setelah demo tape ditolak oleh semua syarikat rakaman

Blogger - Cara terakhir untuk menjadi popular selepas gagal menyertai Reality TV show. LOL!

==========

Sekian sessi pembelajaran #englishmalay untuk kali ini. Kita sambung lain kali pula.

4 comments:

Joey said...

err..ni macam baru bagi aku. Kalau aku buat sendiri macam ni boleh tak?

KFC - Fast Food di mana semua orang nak minta layanan 5 bintang.


Mangga- Playboy/Playgirl Malaysia dengan tagline berenang untuk kesihatan.

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Hahahaha!

Menarik jugak yang kau buat ni. Apa kata kau pun buat jugak. Kau ada Twitter tak?

Joey said...

takde. sebab aku tak reti dan tak faham @lah, #lah, RT lah...

konfius aku.

p/s tambahan.

metrosexual - rupa kau gay sangat unless ko boleh prove ko ada girlfriend.


opss... aku rasa yang komen ini tak perlulah disiarkan. Menyentuh sensitiviti. :)

Amirul (aremierulez) said...

Hahaha..
Ok apa yang kau tulis ni. Menarik beb.

Main twitter ni memang kena guna bahasa kiasan yang jenis makan dalam. tak de hal punye. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...