Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, May 18, 2011

Apa Yang Aku Belajar & Tahu Dari Televisyen

Setiap rumah pasti ada kotak hitam (kadang-kadang warna kelabu, silver, chrome etc) yang bernama televisyen atau mudah disebut dengan singkatan nama TV.

OK. Tak semua rumah ada TV, terutamanya rumah student yang terpaksa menyewa rumah kerana tidak cukup duit untuk membeli TV.

Setiap hari kita menonton TV. TV mendapat gelaran "The idiot box" kerana ia dianggap melalaikan seseorang daripada tanggunjawab dan juga memaparkan hiburan yang tidak baik untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Ramai orang kata TV tidak memberikan sebarang kebaikan kepada si penonton. This is not true! Sebenarnya banyak benda yang kita dapat belajar daripada TV.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang cinta terhalang akan berakhir dengan kebahagiaan. Tak kiralah ia terhalang dari segi darjat, dari segi si cantik dan si buruk rupa, terhalang kerana kemunculan sepupu yang sudah ditunangkan semenjak kecil, pasti akhirnya cinta akan bersatu.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang jika hero dikepung oleh sekumpulan penjahat, jangan risau. Penjahat tidak akan masuk menyerang secara serentak. Mereka akan menyerang seorang demi seorang. Ini memberikan hero peluang untuk pukul seorang demi seorang, sehinggalah semua penjahat ditewaskan oleh hero.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang sekumpulan perempuan yang berkerja dikilang, tapi mampu menyewa rumah sewa 2 tingkat yang besar dan dilengkapi dengan TV 40 inci, sofa dan segala kelengkapan mewah dalam rumah.

Dari pada TV, aku dapat belajar & tahu yang hero tidak akan mati walaupun terperangkap dalam bas yang dipenuhi dengan bahan letupan. Kalau hero mati sekalipun, kematiannya akan memberikan impak kepada orang yang hidup (Perjuangan hero akan diteruskan oleh watak lain). Manakala penjahat pula kalau mati, terus mati katak.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang kalau hero kena tembak dengan 20 orang sekali pun, peluru tersebut tak kan mengenai sasaran. Malahan, hero yang seorang itu mampu membunuh kesemua penjahat tanpa sebarang kecederaan atau ditembak walaupun sekali.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang tugas CSI bukan setakat mencari punca kematian seseorang, malahan mereka juga mempunyai kuasa untuk turun menangkap pesalah bersama pihak polis.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang orang yang pewatakan baik (hero) semuanya kacak, jambu dan good looking. Manakala orang yang berpewatakan jahat semuanya bermuka hodoh, bengis, muka macam tayar lori, muka pecah rumah, muka rumah tak siap dan sewaktu dengannya.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang Polis Malaysia adalah antara polis terbaik di dunia. Bagilah apa saja kes pun, pasti dapat diselesaikan dengan mudah. Tapi kenyataannya... Hhhmm...

OK. Sampai di sini sahaja buat masa ini. Mood menulis tiba-tiba terbantut. Kalau ada mood, aku sambung lagi senarai ini.

2 comments:

Mimie Cikonett :) said...

hahaha lagi2 kes kejar mengejar dgn kereta polis -,- pfftt

Amirul (aremierulez) said...

Tu la pasal.
Itu la pengajaran dari TV

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...