Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, May 11, 2011

Kisah di Hospital Sultan Ismail

Hospital 1

Sepanjang sebulan yang lepas, kehidupan aku, mama dan kawan aku, Fauzi, adalah berkisar di Hospital Sultan Ismail (HSI)

Mama menjalani rawatan susulan di HSI kerana Hospital Besar Batu Pahat tidak menyediakan Rawatan Radioterapi.

Setiap pagi, kami akan bangun di awal pagi untuk memulakan perjalanan dari Batu Pahat ke Johor Bahru. Boleh sahaja kalau kami meninggalkan mama di dalam wad, tapi kasihan pula dengan mama yang terpaksa tinggal bersendirian di sana. Hati kami pun rasa kurang senang juga meninggalkan mama seorang diri di Johor Bahru.

Maka kami mengambil keputusan untuk berulang. terima kasih kepada Fauzi kerana sudi membawa kami sekeluarga ke Johor Bahru. 

Abah aku hanya turut serta dalam sessi menghantar mama pada awal-awal sahaja kerana kemudian abah disahkan keletihan sehingga sakit. Dan pada hari Ahad yang lepas, abah aku dilangar kereta. Bahunya patah. Tolong doakan Encik Abu Bakar cepat sembuh ya, kawan-kawan sekalian.

Tiada apa yang menarik di HSI. Ya lah. Nama pun hospital. Penuh dengan bau ubat. Sepatutnya aku menjadi manusia yang sihat kerana terbau bau ubat setiap hari.

Semasa aku dirawat di Hospital Batu Pahat akibat Pembedahan Hernia, aku ternampak ramai jururawat pelatih yang comel-comel belaka. Tapi di HSI, tiada jururawat yang pelatih yang comel-comel pun.

Tapi ada yang lebih menarik iaitu doktor pelatih. Melihat doktor pelatih yang comel memegang stetoskop dan mengenakan jubah putih memang menarik.

Tapi kalau mahu tackle doktor pelatih, perlu ada modal besar. Dan melihat diri aku yang sekarang ini... Aku batalkan sahajalah niat tersebut.


Hospital 2

Semasa aku dan mama menunggu untuk menjalani rawatan radioterapi, kami akan menunggu di ruang menunggu sebelum dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan. Hanya mama aku sahaja yang masuk ke dalam bilik rawatan. Aku tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut.

Semasa menunggu di bilik menunggu, aku berkenalan dengan pesakit-pesakit lain yang juga sedang menunggu giliran.

Salah seorangnya ialah seorang cikgu berbangsa India yang menghidap kanser tekak. Sebagai seorang cikgu, dia sangat fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Malahan, pakaiannya juga sangat kemas, mengenakan seluar slack dan baju kemeja ketika peri menjalani rawatan.

Dia sering membawa surat khabar yang disediakan di ruang menunggu tersebut. Satu hari, dia mencapai Harian Metro. Kemudian, dia pun bertanya kepada aku:

"Mana wartawan Harian Metro ini boleh dapat semua tajuk berita yang pelik-pelik ni? Suami kelar isteri... . Datuk saudara rogol cucu..... Tikam mertua kerana hilang sabar... Mana mereka dapat sumber berita yang pelik-pelik ini?"

Sambil tersenyum, aku menjawab, "Berita yang pelik, memang senang nak dapat. Tapi berita yang betul dan benar, bukan mudah nak dapat. Lagi-lagi dekat negara yang bernama Malaysia ni."

Cikgu India tersebut terus tergelak dan beberapa orang lain disekeliling kami tersenyum kecil.


Hospital 3

Sebenarnya, ada 2 ruang menunggu bagi sesiapa yang sedang menunggu giliran untuk menjalani rawatan radioterapi. Ruang yang pertama ialah yang paling hampir dengan bilik radioterapi. Bilik dimana aku dan cikgu India berbual dalam kisah di atas.

Ruang yang kedua berada di luar sedikit dari bilik rawatan. Kelebihan ruang kedua ialah ia mempunyai TV dan mempunyai rak buku yang dipenuhi dengan majalah Reader's Digest, Cleo dan Female.

Ya! Akhirnya, aku boleh membaca majalah Cleo tanpa dipandang serong oleh orang lain seperti di Popular atau MPH.

Aku ada terjumpa gambar Intan Ladyana pakai skirt pendek (sangat pendek) dalam Cleo. Hot gila!

Walaupun aku ada membawa buku untuk dibaca semasa menunggu mama menjalani rawatan, kadang-kadang aku baca juga Majalah Reader's Digest, Cleo dan Female itu. Bukan apa, majalah tersebut bukan aku beli tiap-tiap bulan. Jadi baik aku baca majalah tersebut.

Ada seorang amoi yang selalu ada di situ. Dia lebih muda dari aku. Muka boleh tahan cute. Amoi tersebut suka membaca novel fiksyen berbahasa Inggeris. Novel seakan-akan novel Twilight. Tapi amoi tersebut sama juga seperti aku, kadang-kadang dia juga membaca majalah yang berada di rak buku tersebut.

Satu hari, aku ternampak amoi tersebut membaca Reader's Digest yang memaparkan senarai 50 orang yang dipercayai di Malaysia. Datuk Nicol David mendapat kedudukan pertama dalam senarai tersebut.

Tiba-tiba amoi itu bertanya kepada aku, "Excuse me. Can I ask you something?"

"Yes. What is it?"

"I love you. Can you be my boyfriend?"

Ok. Aku menipu. Ini soalan yang amoi tersebut mahu tanya: "Who is Azwan Ali?"

Aku terkejut dengan soalan amoi tersebut. "Why you wanna know about him?"

"I just curious. I didn't know who is he. But he's in this list.."

Amoi tersebut menunjukkan senarai 50 orang yang dipercayai di Malaysia. Untuk pengetahuan kamu, Azwan Ali berada di tangga ke-50.

Memang aku terkejut juga. Bagaimana rakyat Malaysia tergamak mengundi beliau sebagai "orang yang boleh dipercayai".

Azwan Ali? Percaya? Ppfffttt.... Ramai lagi orang lain yang sepatutnya boleh berada dalam senarai tersebut. Bagaimana Azwan Ali boleh berada dalam senarai tersebut?

Apa yang aku jawab pada amoi tersebut? Aku cuma jawab Azwan Ali seoramg pengacara terkenal di RTM. Itu sahaja.

Tak kan lah aku mahu jawab, "Dia ni seorang pengacara yang selalu mencarut dekat blog dan twitter. Perkataan 'hanjeng', 'propa', 'setan' adalah mainan beliau dalam blog dan twitter."

Ok Malaysian, I am very ashamed on you. Tergamak kamu undi Azwan Ali sebagai orang yang dipercayai. Targamak kamu semua....

6 comments:

una berry said...

boleh caya ke Azwan Ali tu?
katanya nak berubah, selamat tinggal dunia pondan la apa lah,
perangai dok tang tu gak
huhu~

hope ur parents will be alright :)

Amirul (aremierulez) said...

Tu la pasal.
Aku pun pelik macam mana ada orang Malaysia boleh terdetik hati nak vote dia.

Thanks for the wish

Joey said...

i guess sebab dia macam tu. Memang keluar semua perangai buruk dia kan???? Semua dihamburkan laser secara direct.

Orang mcm ni nampak terbuka. Dan sebab tu boleh dipercayai. (kot).Daripada orang yang perwatakan baik dan sopan santun ala2 Nur Amina, tapi rupanya suka tikam belakang, busuk hati dan berdendam.

I guess people are tired of so called nice people.

p/s Eh. ko memanglah. citer pasal hospital. Yang si azwan ali ni plak jadi klimaks ko. Hampeh.

p/s/s sila kirim salam dengan amoi itu..wakakaka

Amirul (aremierulez) said...

memang betul lah azwan ali tu menjadi seorang yang jujur, tak nak berpura-pura. tak nak menjadi orang lain.

Tapi dengan mulutnya yang becok tu, boleh ke kita percaya dengan dia. karang bagitahu rahsia dekat dia, mampus dia sebarkan kat satu malaysia ni... fffuuu...

punchdrunk lovesick said...

mulakan dari bawah..mula2 ngurat makcik cleaner dulu!!!wa rs yg nie pon belun tentu lu leps..hahah...coz lu xhensem!!!!

Joey said...

yer betul. tapi kalau ko dah tau dia sebarkan rahsia, so buat apa ko bagi tau dia??

you get what I mean? Maksudnya kita dah tau dia orang mcm tu. So kita memang tau consequencesnya kalau kita bagi tau rahsia kita pada orang macam ni kan. Tak perlu pening kepala. Kita boleh elakkan. Orang macam ni senang kita tau sebab dia terbuka dan lazer kan???


then kita nampak kawan kita sorang ni. baik pendiam, pandai simpan rahsia. Tapi, bila kita dah bergaduh, bermusuh, kita tak tahu apa yang mungkin dia buat.Orang mcm ni susah tau nak kesan.

So I guess, maybe sebab because kita tau apa akan Jadi kalau kita bagi tau cerita kita kat Azwan Ali, makes him believable, sebab kita bleh predict what he can do.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...