Belilah Novel Aku!!!!

Monday, May 16, 2011

Selamat Pengantin Baru, Cendol!!!

Pemberitahuan:
Istilah "Cendol" dan "ABC" dalam entri ini adalah nickname kawan-kawan aku. Bukannya nama ais parut yang dicampur dengan bahan pemanis untuk dimakan sewaktu panas. Harap maklum!

=======

Sepatutnya aku taip entri ini pada Jumaat yang lepas. tetapi oleh kerana server Blogger.com down dan aku tidak boleh mengupdate blog ketika itu. Hujung minggu aku pula penuh dengan aktiviti, jadi aku tak berkesempatan nak mengupdate blog.

Pada 7 Mei yang lepas, Cendol telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan yang dikenalinya sewaktu zaman persekolahan, Ziana.


Seperti apa yang ABC kata dalam blog dia, selepas Cendol berkahwin, dia bakal kehilangan seorang kawan.

Ada betul juga apa yang ABC tulis. Selepas Cendol kahwin, mungkin dia sudah tiada masa lagi untuk melepak dengan kawan-kawan lagi. Kalau dia balik ke Batu Pahat, pasti dia tidak akan keluar melepak dengan aku lagi.

Mujur aku sempat juga melepak dengan dia semasa dia pulang ke Batu Pahat selepas dia bernikah. Sempat jugalah aku layan wayang cerita Thor dengan dia.

Tapi itulah kehidupan. Kehidupan semasa bujang dan kahwin memang jauh berbeza. Masa lepak bersama kawan-kawan mungkin bakal berubah menjadi waktu meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

Kehidupan mula berkisar kepada anak yang sedang membesar. Kalau mengabaikan anak, takut lain pula jadinya pada anak-anak nanti.

Kawan-kawan yang masih bujang pasti bosan kerana setiap kali pelawaan untuk lepak bersama akan ditolak oleh kawan yang sudah mendirikan rumah tangga. Kawan-kawan yang masih bujang pasti merungut. "Susah betul nak jumpa dia semenjak dia dah kahwin ni."

Jangan salahkan kawan tersebut. Mereka sudah berkahwin. Mereka sudah punya komitmen. Memang agak sukar untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan.

Oleh kerana aku bakal berkahwin dalam usia yang agak lewat (aku sudah berumur 27 tahun. Mungkin kahwin umur 30 tahun) dan kebanyakan kawan-kawan kini sudah mula berkahwin, aku sudah mula merasai kehilangan seorang demi seorang kawan-kawan.

Kalau dahulu, meja makan tempat kami melepak punyalah panjang. Cantum 3-4 meja baru semua boleh dapat tempat duduk. 

Sekarang? Nak dapat satu meja penuh pun sudah payah. Kadang-kadang melepak berdua saja.

Tapi satu hari nanti, aku juga bakal berkahwin. Bakal punya isteri dan anak. Tak mustahil aku akan meninggalkan kehidupan bujang dan berumah tangga. Mungkin pada masa itu, aku pula yang susah mahu melepak dengan kawan-kawan... Melainkan kalau aku orang terakhir yang berkahwin dari kelompok kawan-kawan.

"Bila kau nak kahwin?"

Satu soalan yang maha berat untuk dijawab. Biasanya soalan tersebut akan aku jawab dengan satu senyuman paling sweet yang boleh aku lakukan atau 2 jawapan tipikal, "Lama lagi.." ataupun "Aku belum ada awek la. Macam mana nak kahwin."

Tapi tulah kenyataannya, aku memang belum ada kekasih buat masa ini. Kali terakhir aku terlibat dalam hubungan serius ialah hampir 4 tahun yang lepas.

Selepas tamat hubungan tersebut, aku lebih suka berkawan atau date dengan perempuan secara suka-suka sebelum akhirnya kami hanya menjadi kawan sahaja.

Melihat dari keadaan aku dan kawan-kawan aku, memang tak mustahil aku bakal menjadi orang yang terakhir berkahwin.

Ah! peduli apa aku. Pertama kahwin ke, terakhir kahwin ke.. Janji aku kahwin juga satu hari nanti. Baut apa mahu pecah kepala fikirkan benda yang tak pasti ini kan?

Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan ku, Norazman Bin Saniran (Cendol) dan pasangannya Noorziana Bte Yoof (maaf kalau salah ejaan nama). Semoga kamu berdua bahagia sehingga ke akhir hayat.

Nampaknya Cendol sudah move on dalam kehidupannya. Dari bujang kini sudah berkahwin. Mungkin sudah sampai waktunya untuk aku pula move on dalam kehidupan aku.

Bukan mahu kahwin, tapi move on yang lain.

4 comments:

Fairuz said...

Yeahhh.. Mari move on ke KL..haha

Amirul (aremierulez) said...

Begitulah nampak gayanya. Tapi aku ke shah alam

Joey said...

owh. dulu blog dia nama azman kan?

lama x nampak


tahniah aku ucapkan

Amirul (aremierulez) said...

yup. dia lah tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...