Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, June 15, 2011

Childhood Memories: Rancangan Yang Aku Tonton Ketika Aku Kanak-Kanak Part 1

Oleh kerana aku malas mahu cari tajuk untuk aku tulis dalam blog aku, baik aku teruskan sahaja flow entri childhood memories. 

Kali ini, aku tak mahu sebut pasal sekolah lagi. Kali ini aku mahu bercerita tentang rancangan kartun yang pernah aku tonton semasa zaman persekolahan aku dahulu.

Melihat anak saudara aku, Aatif Naufal, yang tergila-gilakan Ultraman dan Ben 10 membuatkan aku teringat tentang kisah aku semasa kecil dahulu. Kisah hidup aku juga dipenuhi dengan kartun-kartun dari Jepun. So, let's check it out.

Flashman

Opening sequence

Alternate opening sequence

Flashman ialah sebuah siri Super Sentai yang popular dan ditayangkan di Jepun pada tahun 1986-87. Super Sentai ialah gelaran yang diberikan kepada cerita yang mengandungi sekumpulan superhero yang berlawan menentang raksasa yang ingin menakluk bumi.

Flashman ditayangkan pada tahun 1993-1994, semasa aku belajar di darjah 3. Aku tak berapa ingat hari apa Flashman ditayangkan tapi ia ditayangkan di saluran RTM2.

Mereka terdiri dari 5 orang manusia yang diculik oleh makhluk asing. Mereka telah dilatih di planet di sistem solar secara berasingan dan pulang ke bumi untuk melawan makhluk asing yang cuba menawan bumi.

Mereka berlima memakai sut yang mempunyai warna yang berlainan iaitu merah, biru, hijau, kuning dan merah jambu.

Flashman ditayangkan pada hari yang sama dengan sebuah lagi rancangan Super Sentai popular yang aku tonton juga semasa itu, Maskman.

Episod terakhir Flashman yang aku ingat, mereka semua perlu balik ke planet tempat mereka berlatuh kerana atmosfera di bumi boleh membunuh mereka. Mereka semua gagal mencari ibubapa mereka yan gsebanr, kecuali Flashman Kuning sahaja yang dapat berjumpa dengan ibubapanya. Sad-happy ending.


Maskman


Maskman ialah satu lagi rancangan Super Sentai dari Jepun. Rancangan ini ditayangkan pada tahun 1987-88, selepas Flashman habis ditayangkan. 

Di Malaysia, Maskman ditayangkan selepas Flashman. Maskman mengisahkan 5 orang pemuda-pemudi dipilih untuk menewaskan sekumpulan raksasa yang ingin menakluk dunia. Mereka mendalami ilmu chi dan aura dan selepas mengusai dua benda tersebut, mereka pun boleh berubah menjadi Maskman. Cliche.

Aku langsung tak ingat apa ending Maskman. Maafkan aku.


Cyber Cop


Satu lagi rancangan Super Sentai dan aku rasa ini adalah satu-satunya rancangan Super Sentai yang ditayangkan di TV3. Cyber Cop ditayangngkan pada setiap Sabtu pukul 12 tengahari. Satu-satunya Super Sentai yang tidak mempunyai perempuan dalam kumpulan mereka. Perempuan yang ada hanyalah menjadi penolong mereka dan tidak mempunyai sut.

Aku tak berapa ingat jalan cerita Cyber Cop kerana aku tidak berapa minat dengan rancangan ini. Apa yang aku ingat, kalau mereka ingin mengambil senjata, mereka perlu masukkan kad ditempat yang disediakan (biasanya ada ditepi jalan macam public phone) maka senjata itu akan keluar dari sebuah lubang yang wujud di tengah jalan.

Kalau tak salah aku, Cyber Cop yang merah tu sebenarnya dari dari masa depan dan sebenarnya orang jahat. Entah macam mana pula dia boleh jadi baik, aku sudah lupa. Pada episod akhir, Cyber Cop Merah kembali ke masa depan dengan perempuan yang jadi penolong Cyber Cop itu.


Kickers


Apa yang kamu dengar di atas adalah dalam bahasa Jerman. Aku tak dapat nak embed intro yang dalam Bahasa Jepun. Untuk mendengar lagu Kickers dalam Bahasa jerman yang lebih comel, sila klik di sini. Ya. lagu tema Kickers memang comel.

Kickers adalah rancangan anime Jepun yang berteraskan bola sepak. Semua budak lelaki pada masa itu wajib menonton Kickers supaya tidak rasa ketinggalan apabila kawan-kawan semua sibuk bercerita tentang Kickers pada keesokkan harinya di sekolah.

Walaupun Kickers popular di Malaysia dan juga dinegara Eropah lain (terutamanya Jerman. Ya! Jerman meruapakan negara penggemar anime Jepun yang paling tegar), Kickers tidak mendapat sambutan yang hangat di Jepun. 

Ini kerana semasa Kickers ditayangkan di TV Jepun, rancangan ini juga ditayangkan serentak dengan satu lagi anime Jepun yang juga berteraskan bola sepak dan sudah popular melauli komik, Captain Tsubasa.

Aku tidak berapa ingat ending kepada Kickers tapi kalau tidak salah aku, pasukan Kickers tewas 2-1 pada perlawanan akhir. Not a happy ending.


Moero Attack!


Asyik cerita pasal kartun, apa kata kita tengok drama Jepun pula. Moero Attack! adalah drama yang Jepun yang dialih suara dan ditayangkan di TV1 pada tahun 1991 pada setiap hari Sabtu.. Atau Ahad. Aku sudah lupa.

Di Jepun drama ini disiarkan pada dari 5 Januari 1979 hingga 11 Julai 1980, menjelang temasya Olimpik Moscow 1980. Drama ini sangar popular dan berpengaruh di Jepun sehingga ia diulang tayang beberapa kali sehingga memberikan semangat kepada pasukan bola tampar wanita China untuk memenangi Kejohanan Piala Dunia Bola Tampar 1981. True story!

Sehingga sekarang, Moero Attack! masih popular dikalangan penduduk China. Malahan, setiap 2-3 tahun sekali, pelakon dalam drama ini dijemput ke China untuk diraikan, dan segala perbelanjaan ditanggung kerajaan China.

Aku tidak ingat apa penamat drama ini. Tapi yang aku ingat, gerakan maut dalam cerita ini, summersault berputar. Tonton video di bawah. Tengok pada bahagian akhir video ini.


==========

Ok. Sampai di sini sahaja buat masa ini. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi aku simpan untuk entri bahagian kedua nanti. Lagipun aku malas mahu taip panjang-panjang. Sekian.

8 comments:

Hujan Malam said...

cite bola tampar tu memang best..hehe

Amirul (aremierulez) said...

yes! Tak ramai yang ingat cerita bola tampar ni...

Joey said...

Gaban..gaban...


gaban kena masuk list ni...wakakakaka

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Kau tunggu entri part 2 punya. hehehe

Fairuz said...

Demmm...

Lama gila sial tak tengok sumer citer ni...haha.. klasik.

Amirul (aremierulez) said...

yup... memang klasik...

haper said...

kickers ending - kalah dengan team paling hebat masa tu. (team tu awal2 episod nak amik kakero masa tu baru pindah kat bandar tu). adik kapten team menang tu awek kepada kakero, adik kakero couple dengan goalkeeper team Kickers.

Amirul (aremierulez) said...

Haper:
Yup. Kuat lagi memori kamu. Syabas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...