Belilah Novel Aku!!!!

Friday, June 17, 2011

Childhood Memories: Rancangan Yang Aku Tonton Ketika Aku Kanak-Kanak Part 2

Ini adalah sambungan dari entri part 1.

Malas aku mahu intro panjang-panjang. Mari kita sambung dengan rancangan lain yang aku pernah tonton sewaktu aku masih kecil, muda, belum mumayiz, suci hati dan sewaktu dengannya. Kali ini lebih banyak dari entri part 1.


Teenage Mutant Ninja Turtle


Ini opening sequence versi pendek. Untuk opening sequence versi panjang yang selalu aku tegok, sila tengok di sini.

Tanpa segan silu aku ingin membuat pengakuan, Ninja Turtle adalah kumpulan adiwira pertama yang berjaya mencuri hati aku.

Empat ekor kura-kura, terkena sisa toksik dan menjadi mutant, dibela oleh seorang manusia yang terkena sumpahan hingga menyebabkan beliau berubah rupanya menjadi seperti seekor tikus. Malah diajar ilmu mempertahankan diri kepada 4 ekor kura-kura itu.

Jalan cerita yang tak masuk akal tetapi menjadi kegilaan kepada semua kanak-kanak ketika itu. Leonardo (yang memakai kain balut biru dan mempunyai pedang) adalah hero kegemaran aku.

Di Amerika, cerita ini ditayangkan pada tahun 1987 sehingga 1996. Di Malaysia, aku mula menonton kartun ini pada tahun 1990 (umur 6 tahun).

Malah, filem pertama yang aku tonton di wayang ialah filem live action Ninja Turtle. Yang itu aku cerita lain kali.


Ultraman Ace


Percaya atau tidak, Ultraman Ace ditayangkan di Jepun pada tahun 1972 hingga 1973. Dan aku hanya menontonnya pada tahun 1992-1993, setiap hari Sabtu pukul 12:30 tengahari.

Pada asalnya, Ultraman Ace terdiri daripada 2 orang, Hakuto dan Minami. Mereka akan melagakan cincin yang mereka pakai dan berubah menjadi Ultraman.

Di pertengahan cerita, mereka semua mengetahui yang Minami sebenarnya ialah keturunan Puteri Bulan dan Minami perlu pulang ke Bulan. Minami menyerahkan Cincin Ultra kepada Hakuto, maka jadilah Hakoto Ultraman Ace seorang diri.

Ultraman Ace merupakan Ultraman yang pertama aku tonton di kaca TV. Walaupun kemudiannya TV 3 ada menyiarkan Ultraman, Ultraman Taro dan Ultra Seven, aku tetap setia dengan Ultraman Ace.

Hakuto! Minami!


M.A.S.K.


M.A.S.K. bukanlah cerita The Mask lakonan Jim Carrey itu. Tetapi M.A.S.K. membawa maksud Mobile Armored Strike Kommand

Kisah animasi ini mengisahkan tentang sebuah pasukan yang bernama M.A.S.K. yang diketuai oleh Matt Trakker menentang musuh mereka yang bernama V.E.N.O.M (Vicious Evil Network Of Mayhem) yang diketuai oleh Miles Mayhem.

Mereka bertempur menggunakan kenderaan mereka yang menyerupai kenderaan biasa. Tetapi apabila waktu bertempur, kenderaan mereka boleh berubah menjadi kenderaan yang penuh dengan senjata. Mereka juga akan memakai helmet yang mempunyai kuasa yang mereka gelarkan masks apabila bertempur dengan pihak musuh. 

Setiap masks mempunyai nama dan kuasa yang berlainan. Ada masks yang boleh menembak laser, ada masks yang membolehkan si pemakai terbang, ada masks yang membolehkan mewujudkan imej holograms dan lain-lain.

Kartun animasi ini disiarkan pada sekitar tahun 1989 sehinggalah 1994 di RTM.

Aku merupakan pengumpul permainan M.A.S.K. satu masa dahulu. Kamu boleh rujuk pada entri ini.


Spiral Zone



Spiral Zone ialah siri animasi yang di tayangkan di Amerika pada tahun 1987 sehingga 1988. Siri animasi ini dibuat berdasarkan toy line keluaran Bandai.

Jalan cerita Spiral Zone bermula apabila saintis tentera, Dr. James Bent, telah berpaling tadah dan mencipta satu Zone Generators diseluruh dunia. Sesiapa yang terperangkap dalam lingkungan generator tersebut akan menjadi zombie dan digunakan Dr. James (kini bergelar Overload) sebagai pengikutnya.

Siri ini ditayangkan sebanyak 65 episod. Masa kecik dulu, aku geram bila melihat mainan Spiral Zone. Serius aku katakan, memang cantik mainannya. Tapi mahal gila. Jadi, aku pendam sahaja hajat untuk memiliki mainan tersebut.


Saber Rider and The Star Sheriff



Saber Rider and The Star Sheriff (SRATSS) ialah rancangan animasi yang berasal dari Jepun (Star Musketeer Bismarck), dan dialihsuara menjadi SRATSS.

SRATSS ditayangkan di Amerika pada tahun 1987 sehingga 1988. Ada beberapa jalan cerita telah diubah dalam versi Jepun dan jersi Amerika. Dalam versi Amerika, hero dalam siri ini ialah Saber Rider (warna hitam naik kuda) manakala versi Jepun pula, heronya ialah Firebolt (warna merah naik kereta).

SRATSS juga adalah siri animasi pertama yang mana watak utama iaitu hero dan heroin (Saber Rider & April Eagle) tidak bersatu, sebaliknya April Eagle bercinta dengan Firebolt. Saber Rider pula bercinta dengan seorang perempuan yang hanya menjadi watak tambahan dalam cerita ini.


Are You Afraid of The Dark?



Mungkin tak ramai yang pernanh menonton Are You Afraid of The Dark?, tapi rancangan ini adalah antara kegemaran aku.

Are You Afraid of The Dark? (AYAOTD) adalah rancangan yang menisahkan sekumpulan kanak-kanak yang menggelarkan diri mereka The Midnight Society berkumpul didepan ungun api dan bercerita tentang cerita hantu.

Cerita hantu yang diceritakan boleh tahan seramnya (untuk budak sekolah rendah) tapi kebiasaannya akan berakhir dengan happy ending. Tapi ada juga kalanya cerita tersebut berakhir dengan watak utama dalam cerita tersebut mati dibunuh oleh hantu.

AYAOTD ditayangkan di TV Singapura, jadi kemungkinan besar ramai kamu yang tidak pernah menontonnya. Aku rasa nak hantar e-mel pada Nickelodeon supaya menayangkan kembali cerita ini.


X-Men


Siri animasi X-Men ini merupakan titik permulaan perkenalan aku kepada salah sebuah kumpulan adiwira paling unik dan terkenal di seluruh dunia, X-Men.

Di Amerika, X-Men disiarkan pada tahun 1992 hingga 1997. Di Malaysia, ia ditayangkan pada tahun 1994 sehingga 1998. X-Men mempunyai 76 episod dan aku bersyukur kerana RTM menyiarkan kesemua episod X-Men, dari episod 1 sehinggalah episod terakhir.

Rancangan animasi ini telah memulakan minat aku kepada X-Men. Aku kemudiannya mula mencari komik-komik X-Men, tapi aku bukan peminat filem-filem X-Men.

Episod terakhir siri animasi ini, Professor X meninggalkan X-Mansion dan menyerahkan kuasa menjaga Cyclops. Professor X pergi ke planet tempat tinggal kaum Shi'Ar, mengikut Liandra. Ya, Professor X tinggalkan Bumi untuk mengikut aweknya.


Genesis Climber Mospeada


Macam pernah ku dengar lagu ini, tapi di mana ya? Ya, inilah lagu yang kumpulan Hujan pernah gunakan dahulu untuk lagu mereka, Lonely Soldier Boy.

Genesis Climber Mospeada, or simply Mospeada, adalah rancangan animasi 25 episod dari Jepun. Animasi ini ditayangkan pada tahun 1983 sehingga 1984 di Jepun. Di Malaysia, ia ditayangkan sekitar tahun 1992.

Secara yang bergenre robot seperti ini memang senang menjadi ikutan budak-budak lelaki (seperti aku), cuma aku agak tidak puas hati kerana cerita ini terlampau pendek. 25 episod? Really? Really?

Tapi sebelum aku menonton Mospeada, ada satu lagi animasi Jepun yang berasakan robot yang aku minat iaitu.....


Macross


Macross (atau nama penuhnya The Super Dimension Fortress Macross) adalah sebuah siri animasi yang juga bergenrekan robot yang ditayangkan di Jepun pada tahun 1982 sehingga 1983. Animasi ini mempunyai 36 episod.

Jika dibandingkan dengan Mospeada, Macross menampilkan lebih banyak robot dan babak pergaduhan robotnya lebih epik.

Dan untuk pertama kalinya, aku terpaksa menerima hakikat yang kartun juga boleh mati. Dalam Macross, ada beberapa scene yang menunjukkan babak beberapa watak utama dalam siri animasi ini mati dalam perjuangan mereka.

What a sad moment....


Mighty Morphin Power Rangers


Untuk semua opening sequence Power Rangers yang aku tonton, sila lihat di sini

Tak dinafikan, Power Rangers adalah siri Super Sentai yang popular pada masa dulu. Power Rangers adalah adaptasi dari siri Super Sentai dari Jepun, Kyōryū Sentai Zyuranger.

Kalau ikutkan, sampai sekarang pun Power Rangers masih ditayangkan di TV. Tapi sudah berubah pelakonnya. Aku hanya menonton 3 musim pertama Power Rangers, yang mana pada masa itu masih mengekalkan pelakon-pelakon asal.

Pada asalnya, Power Rangers mempunyai 5 ahli: merah, hitam, biru, merah jambu dan kuning. Kemudian muncul Power Rangers jahat, Green Rangers, yang mana kemudian menjadi baik, dan juga merupakan kegemaran aku.

Green Rangers kemudian bertukar menjadi White Rangers yang jauh lebih awesome tak lama kemudian. Malah sehingga kini, pelakon yang memegang watak Green Rangers dan White Rangers ini, Jason David Frank, masih membuat penampilan istimewa sebagai pelakon undangan dalam rancangan ini. Beliau sekarang seorang mixed martial art fighter.


Video di atas menunjukkan semua cara Power Rangers berubah, dari musim pertama sehingga musim ketiga.

Di Amerika, siri ini ditayangkan sebanyak 145 episod. Aku rasa di Malaysia banyak potong. Nasib baik saluran TV Singapura, TV5, menyiarkan episod lengkap.

Oh ya. Pelakon yang memegang watak Power Rangers Kuning, Thuy Trang, sudah meninggal dunia pada 3 September 2001, akibat kemalangan jalan raya. Dia berumur 27 tahun ketika itu.


Dash! Yonkuro


Ini satu lagi rancangan animasi yang berjaya menjadi trend dan kegilaan kanak-kanak ketika itu. Siapa yang tak tengok Dash! Yonkuro, memang out-dated lah.

Dash! Yonkuro ialah kisah mengenai perlumbaan yang menggunakan Tamiya Mini 4WD. Setiap pasukan mempunyai 5 orang ahli dan masing-masing mempunyai model Mini 4WD yang tersendiri.

Watak utama dalam kartun ini ialah Yonkuro Hinomaru, iatu ketua kumpulan bagi Dash Warrior dan merupakan pemilik kereta Dash 1: Emperor dan kemudian menggunakan Dash 01: Super Emperor.

Siri animasi ini menjadi kegilaan kanak-kanak sehingga semua membeli model Tamiya Mini 4WD. Malah, pertandingan juga sering diadakan untuk mereka berlawan kereta siapa yang paling laju. Kira kalau menang rasa macam jadi Yonkuro lah.

Aku juga memiliki koleksi Tamiya Mini 4WD. Untuk melihat koleksi aku, sila klik di sini.


Gaban (Polis Angkasa Gaban)


Gaban atau tajuknya dalam Bahasa jepun, Uchuu Keiji Gavan, adalah Metal Hero Series pertama di Jepun. Metal Hero Series bermaksud watak hero yang memakai suit metal dan mempunyai perwatakan seperti pembela keadilan, menyerupai polis dan sheriff.

Polis Angkasa Gaban (Space Sheriff Gavan) ditayangkan pada tahun 1982 sehingga 1983, sebanyak 44 episod. Di Malaysia, cerita ini ditayangkan sekita tahun 1992 sehingga 1993.

Gaban adalah antara siri popular ketika itu. Aku tak pernah miss cerita Gaban. Kalau tak salah aku, Gaban ditayangkan pada waktu petang pada pukul 4:30 petang.

Antara dialog dalam cerita Gaban yang akan peminat pasti akan ingat ialah: "Dalam masa 0.07 saat, Gaban telah berjaya menukarkan bajunya menjadi Polis Angkasa Gaban", "Gaban Z belah 3!" dan "Gaban telah disedut ke Ruang Angkasa Setan".

Aku tak ingat apa pengakhiran cerita ini tetapi kalau tak salah aku Gaban ada melamar penolongnya, Mimi (baju pink), menjadi isterinya. Kalau tak salah aku lah.

Kalau Gaban ditayangkan pada pukul 4:30 petang, pukul 4 petang pula ada satu lagi rancangan kegemaran aku. Rancangan kegemaran aku itu ialah...


Suria Perkasa Hitam (Kamen Rider Black & Kamen Rider RX)


Suria Perkasa Hitam (kadangkala dirujuk sebagai Satria Baja Hitam) adalah siri satu TV series yang dalam siri Kamen Rider.

Kamen Rider Black ditayangkan di Jepun pada tahun 1987 sehingga 1988. Di Malaysia, ia ditayangkan pada hari yang sama dengan Gaban.

Kisah ini bermula apabila Kitaro Minami dan abang angkatnya, Nobuhiko Akizuki, diculik oleh Gorgom dan diubahsuai menjadi cyborg. Kitaro berjaya melarikan diri sebelum di brainwash (proses terakhir dalam pengubahsuaian tersebut) dengan pertolongan abang angkatnya. Namun abang angkatnya ditahan dan di brainwash lalu menjadi musuh kepada Kamen Rider.

Siri Kamen Rider ditayangkan sebanyak 51 episod. Selepas taman siri Kamen Rider Black, producer mengambil keputusan untuk meneruskan siri ini dengan menggunakan pelakon yang sama. Maka timbul pula Kamen Rider RX.

Kamen Rider RX bermula 6 bulan selepas jalan cerita Kamen Rider Black tamat. Kali ini, Kamen Rider RX bertempur dengan pasukan Crisis Empire pula. Rancangan ini ditayangkan sebanyak 44 episod. Tapi aku rasa, Kamen Rider RX tidak ditayangkan di TV Malaysia. Aku menonton rancangan ini di TV Singapura.

Kenderaan Kamen Rider ialah sebuah motor yang bernama Belalang Tempur! Cool! Aku ingat lagi masa aku darjah 2 dulu, aku buat topeng Kamen Rider masa Pendidikan Seni. Cool dowh!

============

Cukup sampai di sini dahulu buat masa sekarang. Sebenarnya ada banyak lag kartun yang aku nak konsikan seperti Biker Mice From Mars, Captain Planet, Transformers, G.I. Joe, Voltron, Thunder Cats dan lain-lain lagi.

Tengoklah. Kalau aku rajin, aku buat part 3. Kalau tak... Ini sajalah penamatnya...

6 comments:

MDS said...

Empat ekor kura-kura, terkena sisa toksik dan menjadi mutant, dibela oleh seorang manusia yang terkena sumpahan hingga menyebabkan beliau berubah rupanya menjadi seperti seekor tikus. Malah diajar ilmu mempertahankan diri kepada 4 ekor kura-kura itu.

Bukan ke tikus tu dibela oleh seorang pakar seni mempertahankan diri yang seguru dengan Shredder? Lepas tu si pakar seni mempertahankan diri ni mati kena bunuh dengan shredder, tikus tu lari pastu kena bahan kimia yang sama dengan turtles tu? Bukan macam tu ke?

Amirul (aremierulez) said...

Actually, kalau dalam versi komik, tikus tu memang dibela oleh Hamato Yoshi.

Hamato Yoshi mati dibunuh oleh Shredder, tikus tu lari & kena toksi terus jadi mutant dan jadi tok guru Ninja Turtle.

Tapi dalam versi TV, dia ubah sikit. Hamato Yoshi yang kena sumpahan (ke kena toksik) terus jadi mutant tikus.

Dalam TV, tak boleh tunjuk elemen kena bunuh untuk tontonan kanak-kanak. Nanti kena complaint pulak

una berry said...

sebab kau lelaki,
semua yang kau suka rancangan lawan2
hoho
tapi aku suka mighty morphin power rangers and aku suka yg nama kimberly ke pe tah

tapi aku suka sailormoon, dulu kini dan selamanya

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Aiseh. Aku suka jugak tengok Sailor Moon. Lupa pulak nak tulis

Fairuz said...

Cerita untuk lingkungan umur macam kita ni sama je aku rasa. Unless orang tu memang tak layan tv masa kecik.

Aku suka dua entry kau ni..hehe..

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
Yup... Zaman dulu syok je layan kartun2 ni.. Teringin pulak aku nak tengok balik cerita2 ni balik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...