Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, June 1, 2011

Dulu & Sekarang: Pandangan & Pemikiran

Kidal

Dulu, seseorang yang kidal iaitu pengguna tangan kiri atau dalam bahasa penjajah left handed akan dipandang serong oleh masyarakat umum.

Credit: Blog Serius

Di luar negara, budaya pemikiran menggunakan tangan kiri ialah salah dan salah satu amalan yang jahat dan berunsur dengan kegiatan syaitan sudah wujud semenjak dari zaman dulu lagi.

Begitu juga di Malaysia. Aku ingat lagi kawan aku pernah dimarahi oleh ustazah di sekolah agama dahulu. Kata ustazah aku, "Tangan kiri tu tangan tak baik. Tangan cebok. Lagipun ingat, kanan tu pahala, kiri tu dosa."

Malahan, peristiwa ini juga pernah terjadi kepada rakan blogger aku, Nami TTGB, yang juga seorang pengguna tangan kiri.

Oleh kerana masa itu aku masih kecil, belum mumayiz, masih suci tanpa dosa dan masih innocent, aku menerima pandangan tersebut. Bila sudah masuk sekolah menengah, aku teringat kembali peristiwa tersebut dan aku facepalm.

Memanglah betul, kanan itu pahala dan kiri itu dosa. Tapi, tak kan lah kita mahu kata orang yang bertangan kidal itu semuanya orang yang berdosa kerana menggunakan tangan kiri sebagai tangan utama mereka kan?

Orang yang bertangan kidal ini pun dijadikan atas kehendak Allah, bukannya syaitan yang hasut mereka jadi pengguna tangan kiri. Jadi, kalau kita umat Islam percaya setiap kejadian yang dijadikan Allah itu punya sebabnya, kenapa kita mempersoalkan pula yang kononya pengguna kidal ini berdosa dan salah?

Sekarang, aku lihat kebanyakan masyarakat sudah mula menerima kehadiran masyarakat kidal. Walaupun masih ada yang masih berfikiran kuno, tapi sudah banyak yang menganggap kidal adalah sesuatu yang terjadi atas kehendak semulajadi. Bukan kerana hasutan syaitan, atau lain-lain.


Pad

Kamu tahu apa itu pad? Bukan. Bukan iPad. Pad juga terkenal dengan nama gelaran modes.Ok. Senang cerita, pad ialah tuala wanita.

Dulu, pad bagaikan satu taboo dalam masyarakat. Kalau mahu beli pad, pad tersebut mestilah dibalut dengan surat khabar supaya semua orang tak tahu apa yang kita beli.

Tak percaya? Cuba tanya mak kamu tentang benda ini. Pasti mereka akan menceritakan benda yang sama.

Langkah paling selamat untuk seseorang ibu membeli pas ialah menyuruh anak membelikannya di kedai runcit. Yes! Membeli pad bagaikan satu benda maksiat dulu. Segan kalau orang tahu kita beli pad.

Sekarang, beli pad bukan lagi masalah. Pad kini dijual dengan lebih terbuka. Siap susun sampai bentuk jadi piramid pun aku pernah nampak.

Kalau mahu beli pad, memang tak perlu mahu sorok-sorok lagi. Tak perlu balut dengan surat khabar. Malahan, ada teman wanita yang selamba menyuruh teman lelakinya membelikan pad untuknya.

Malah, iklan pad juga kini keluar di kaca TV dengan selambanya. Seperti iklan terbaru pad jenama apa entah yang menggunakan Diana Danielle sebagai modelnya, "Warna putih je. Tak menarik. Kita tambah warna, baru menarik."

Sebenarnya aku tak kisah sangat tentang hal pad ini. Tapi masih ada orang menentang iklan pad ditayangkan di TV. Seingat aku, aku pernah belajar subjek Advertising dahulu dan salah satu syarat pengiklanan ialah pad adalah salah satu produk yang tidak boleh diiklankan di TV.

Tapi mungkin kerana perubahan pemikiran orang sekarang, syarat itu telah dihapuskan.


Janda

Zaman dulu, perempuan yang mendapat gelaran janda akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Kononnya, janda adalah jenis perempuan yang tak bermaruah, murahan, pembawa sial dan lain-lain lagi.

Hinaan lebih kepada janda yang diceraikan oleh suaminya. Kononnya dia diceraikan kerana tidak mampu melayan suami dengan baik, dari segi fizikal dan batin, tak mampu menjaga anak dengan baik dan sebagainya lah.

Memang agak sukar janda tersebut untuk berkahwin semula. Ini kerana mereka dianggap perempuan yang bukan baik untuk dijadikan isteri.

Yang pelik, perempuan yang mendapat gelaran janda kerana kematian suami juga dipandang hina. Kononnya pembawa sial sehingga menyebabkan si suami mati. Mengarut betul. Ajal mati itu kan ketentuan Allah, kenapa  si isteri pula yang disalahkan?

Tapi itu dahulu. Sekarang, semuanya berbeza. Tiada lagi pandangan hina kepada janda, walaupun masih ada minoriti yang masih berfikiran demikian.

Malahan, ada sesetengah orang kini menganggap yang harga janda lebih 'mahal' dari anak dara. Salah satu sebabnya ialah janda 'lebih berpengalaman dan tahu cara melayan suami". Pengalaman apa? Layan apa? Itu sendiri fahamlah ya?

Selain itu, janda zaman sekarang juga lebih mudah mendapat pengganti. Kadang-kadang, janda yang bercerai akan berjaya kahwin baru sebelum adiknya yang masih berstatus anak dara bertemu jodoh.

Sebagai contoh mudah, Rozita Che wan. Berapa banyak lelaki bujang yang tergila-gilakan beliau. She's a hot MILF. Sekranag pun Rozita Che Wan sedang hangat digosipkan dengan seorang artis bujang, Shahir AF8.

==========

Masa bergerak dengan pantas sehingga kadang-kadang tidak kita sedari. Perubahan masa juga akan mengubah cara sesuatu masyarakat atau kaum berfikir.

Samada perubahan cara kita berfikir itu semakin bagus atau tidak, itu kita yang tentukan sendiri. Kita punya pandangan dan pendapat masing-masing.

Perubahan dari segi pemikiran manusia perlu untuk kemajuan manusia sendiri. Terpulanglah kepada kita untuk mengawal bagaimana cara kita berfikir.

13 comments:

Mcjust.lol said...

aku pun kidal weh.. tapi ramai org puji kata org kidal berseni..haha.

tu pun sbb aku pandai melukis..

Amirul (aremierulez) said...

Zaman sekarang, orang dah tak kisah dah.

Dulu je. Zaman aku sekolah pun masih taboo lagi pasal kidal ni

una berry said...

aku rasa tang janda tu tabu tu masih kuat lagilah
serius

alien said...

zaman skang ni byk perkara yg tidak dibolehkan jadi boleh
entah kenapa tah

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Betul. Tapi aku rasa dah kurang sikitlah. Tak de lah sampai dituduh pembawak sial macam dulu lah.

Seakarang orang macam dah boleh consider sikit lah

Alien:
Ada sesetengah benda aku rasa bagus. Contoh macam orang tangan kidal. Apa dosa orang tangan kidal sampai kena kutuk. kan ke tu ciptaan tuhan.

Yang pasal pad tu... Aku malas nak komen. hahahaha!

una berry said...

sama je..cuma lebih senyap..tak reti aku nak explain kat ko..hehe

aku tak faham apsal pad nak kaler2
nanti buang gak
pape tah

Amirul (aremierulez) said...

Ha.. Memang secara senyap la.

tapi bagus la.. Kalau dah senyap, nanti lama-lama hilang lah.

PAd warna tu? Hahaha... Aku pernanh tanya Diana Danielle kat Twitter dulu, dia tak nak jawab pulak. Hahaha..

Joey said...

wow...dulu akak aku pernah suruh beli pad tu. dia kata beli roti M. nasib baik tokei kedai faham..hihihi.

Amirul (aremierulez) said...

Ya betul, Joey. Aku lupa pulak nak letak istilah "roti" tu.

Lylee said...

i'm left-handed! haha.

Amirul (aremierulez) said...

Lyle:

Really?

Nasib tak hidup zaman dulu, kalau tak kena macam dalam kartun tu la. LOL!

Fairuz said...

KIDAL - aku tak pernah lagi jumpa orang yang pandai tulis guna dua-dua tangan. kalau ada awek yang macam tu, aku nak ushar la..

Amirul (aremierulez) said...

Kalau laki boleh tulis dua2 belah tangan, aku dah pernanh jumpa.

kalau pompuan... belum lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...