Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, June 22, 2011

Lelaki, Perempuan dan Nisbah

"Apabila perempuan 37:1 lelaki..."

Tagline cerita 3,2,1 Cinta mengingatkan aku kepada satu perbualan aku dengan kawan aku, lebih kurang 3 tahun lepas, berkaitan dengan lelaki, perempuan dan nisbah.

"Aku ada terbaca satu artikel. Berkemungkinan, tahun 2015 nanti, nisbah perempuan dengan lelaki boleh jadi 9:1" kata kawan aku membuka bicara.

"Kau bayangkan, kita ada 9 pilihan perempuan untuk dijadikan isteri. Fuh! Syok nya!!!" Sambung kawan aku penuh excited.

Dari kata-kata kawan aku, aku dapat rasakan yang beliau ada potensi untuk berpoligami satu hari nanti.

"Kau jangan berangan sangat nak ada banyak pilihan. Kau jangan ingat kau ada 9 calon la." Kata aku cuba membunuh rasa teruja kawan aku.

"Apahal pulak? Betul la beb. Kita sekarang dah ada 9 pilihan." Kata kawan aku, tidak puas hati dengan kenyataan aku.

"Ok. Memang la nisbah tu 9:1, so lelaki ada 9 pilihan. Tapi meh sini aku ceritakan 9 kategori perempuan tu dalam nisbah 9:1 kau tu."

"Hah? 9 kategori? Apa maksud kau ni?" Kawan kau masih belum berpuas hati.

"Macam ni. Macam kau cakap, lelaki ada 9 pilihan perempuan. Tapi tak semua tu kena dengan kau. kau kata 9 nisbah satu kan? Meh sini aku ceritakan satu-satu kategori tui."


1. Ahli Keluarga

Dalam kategori pertama, perempuan yang datang dari ahli keluarga kau sendiri. Mak, nenek, mak cik, kakak, adik... Itu semua perempuan yang kau tak boleh kahwin.


2. Perempuan yang tak berkenan dengan engkau

Ini jenis perempuan yang memang tak berkenan dengan kau. Kau buatlah apa saja, bagi bunga seratus kuntum, kau berenang lautan api, kau petik bintang-bintang di langit, pun dia tak kan terima kau. Dah nama pun tak berkenan kan?


3. Perempuan yang engkau tak berkenan

Yang ini terbalik dari yang atas. Tak kiralah apa yang perempuan tersebut buat pada kamu, sanggup dimadukan, sanggup dikulikan oleh engkau, tapi kau tetap tak berkenan dengan kau


4. Pengkid & Lesbian

Perlukah aku terangkan secara panjang lebar pasal mereka?


5. Perempuan yang sudah tidak percayakan lelaki

Perempuan yang sudah 6 kali putus cinta, perempuan yang ditinggalkan pada hari perkahwinan, janda yang baru bebas dari suami yang jenis kaki pukul bini dan anak... Ini contoh perempuan yang memang dah tak percayakan lelaki lagi. Jangan mimpi nak tackle perempuan jenis ini.


6. Perempuan yang mementingkan kerjaya

Zaman sekarang, perempuan yang berkerjaya bukan lagi satu benda yang pelik. Kadangkala, perempuan yang mementingkan kerjaya lebih senang kalau tidak berkahwin. Lebih mudah bergerak secara solo, tiada suami yang mengongkong dan tiada komitmen kepada anak.


7. Perempuan yang sudah berpunya

Perempuan yang sudah berpunya membawa maksud, perempuan yang sudah berkahwin. Sudah jadi emak orang. Orang lain dah chop dulu. Lupakan sahaja.


8. Perempuan yang sudah bermadu

Ini kawan baik kepada kategori nombor 7, iaitu perempuan yang berkahwin. Ok, mungkin boleh jadi musuh. Lelaki ini dah berkahwin, tapi oleh kerana bernafsu kuda.. Maaf kan aku.. Berkemampuan, maka dia pun berpoligami.

Bila berpoligami, dia akan ambil perempuan dari quota orang lain. Sebagai contoh, Salih Yaakob. Dia kahwin dengan budak universiti. Bermaksud, dia dah rampas quota untuk lelaki yang umur awal 20'an.

==========

"Aku dah terangkan 8 jenis perempuan kan? Tinggal satu lagi jenis. Itulah bakal isteri kau. Jadi, nisbah 9:1 tadi pun jadilah 1:1 balik. Ada faham?"

Kawan aku gelak dalam kebingungan. Aku pulak gelak tanpa sebab. Mungkin aku gelak sebab aku berjaya mencipta semua point tersebut secara singkat dan spontan.

Otak aku memang hebat kalau fikir pasal benda tiada faedah.

11 comments:

una berry said...

haha, but it make sense

puteri ain said...

hmm isu ni ..xtau nk ckp ape . tp yg pasti. mintak jauh la dr bermadu . hehe

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Yup. Macam ada benarnya. Kalau kita cerita tang lelaki pulak, macam mana ya?

Puteri Ain:
Semoga selamat dan tidak bermadu. hehehe..

zool said...

hahahha.. memang terbaik entri ni.. aku pun tgh cari yang satu tu. tak jumpa2 lagi

Amirul (aremierulez) said...

Zool:
pelan-pelan kayuh. nanti jumpa la

Joey said...

hahaha..aku rasa perempuan ler patut risau

persaingan semakin banyak yer.. bukan sahaja dari kaum sejenis, malah juga kaum bukan sejenis dan kaum yang setengah sejenis..hiks :P

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Tu la. Dah la masing2 tak rela nak bermadu. LOL!

Rs Ida said...

suka entri ni...=)

Amirul (aremierulez) said...

RS ida:
TQ

AJLAA said...

erm .
*ternganga kerana terlalu kagum .
tawu pasal tuu .
tapi ta terfiki pulak ada ketegori ..

Amirul (aremierulez) said...

AJLAA:
jangan nganga lama2. Nanti lalat masuk pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...