Belilah Novel Aku!!!!

Monday, June 20, 2011

Teksi! Teksi! Teksi!

Ketika berada di Shah Alam, aku sering menggunakan teksi sebagai pengangkutan rasmi aku. Dengan satu panggilan telefon, teksi akan sampai tercegat di depan pondok guard.

Sepanjang aku menggunakan perkhidmatan teksi di Shah Alam, ada satu perkataan yang aku boleh simpulkan terhadap sikap pemandu teksi di Shah Alam, peramah. Kadang-kadang peramah sangat.

Aku tak tahu lah kalau kamu terdapat pemandu teksi yang pendiam atau sombong, tapi semua teksi yang aku naik, semuanya peramah. Bukan peramah biasa, tapi super peramah.

Umur pemandu teksi kebanyakannya sudah cukup tua untuk aku panggil pak cik. Cuma sekali sahaja aku dapat pemandu teksi yang muda, lebih kurang umur abang aku.

Sebaik aku masuk ke dalam perut teksi, pemandu pasti dengan segera membuka mulut memulakan perbualan.

Antara topik yang sering menjadi perbualan ialah sukan, politik, isu semasa, cerita peribadi, dan pelbagai lagi.

Suatu hari, aku menaiki teksi yang mana pemandu tersebut berumur 50'an. Mengikut alamat beliau, pemandu tersebut ialah anak watan Shah Alam.

"Nak ke mana ni, nak?" Tanya si pemandu.

"Bawak saya ke Seksyen 18." Jawab aku ringkas.

"Seksyen 18? Cari apa ke sana?"

"Saya nak ke Maybank." Jawab aku ringkas sambil tersenyum Senyum itu sedekah.

Pemandu yang aku panggil dengan gelaran 'pak cik' itu memandu kereta dengan tenang. Sambil berbual dari soalan "Anak ni ke sana nak buat apa?" sampailah soalan "Apa petua Salih Yaakob kahwin lebih ya? Dia tekan 'ayat' ke?"

Tiba-tiba ada seorang pendatang berbangsa Indonesia melintas ikut suka hati dia tanpa memandang kiri dan kanan. Nasib baik pak cik teksi mempunyai tindakan refleksi ala-ala ninja, sempat jugalah dia menekan brek. Kalau tidak, sudah pasti ibubapa terpaksa buat kenduri. Kenduri arwah.

"Hish! Indon ni! Melintas tak tengok kiri kanan. Nasib baik aku tak langgar. Menyusahkan aku betul."

Bermula dari rungutan si pemandu teksi, maka tajuk perbualan tersebut terus bertukar menjadi kisah pendatang asing.

"Orang Indonesia ni, kalau datang nak mencari rezeki tu, aku tak kisah sangat. Ini yang jenis merompak, meragut.. Tak berkenan betul aku." Pak cik teksi memulakan topik baru dengan penuh emosi.

"Itu lah. Saya paling geram yang kes hari tu. Dah lah dia merompak rumah orang tu, siap dirogolnya bini dia. Perompak tu rogol perempuan tu depan suami dengan anak dia pulak tu." Aku 'tambah lauk'.

"Itu la. Kalau datang sini nak cari rezeki, carilah rezeki betul-betul. Ini dia buat jenayah pulak. Nanti kalau kita tangkap, pukul diorang ni, dah nanti orang-orang kat negara diorang tu kata rakyat kita ni tak layan orang dia baik-baik pulak." Pak cik teksi masih meluap-luap.

"Bangla pun sama jugak. Yang jenis gatal-gatal tu. Hari tu kawan saya kata, housemate dia kena raba dengan Bangla. Kurang ajar betul."

Pak cik teksi tak 'tambah lauk' selepas rangkap ayat yang aku katakan tadi. Tak apa. Aku tambah lagi.

"Kes perempuan Malaysia kena raba dengan Bangla ni bukan kes baru. Dah banyak kali kena dah. melampau betul lah Bangla-Bangla ni."

Pak cik teksi masih diam. Tiada 'tambah lauk' dari beliau. Aku mula rasa pelik. Aku pun mendiamkan diri juga.

Tiba-tiba pak cik teksi tersebut bersuara.

"Tak semua Bangla jahat, nak. Macam Bangla yang kahwin dengan anak pak cik tu... Baik orangnya." Kata pak cik teksi dengan nada yang lembut dan sedikit sedih.

Alamak! Sekali ini pak cik teksi sudah touching sama aku sebab aku kutuk Bangla da. Manalah aku tahu yang anak dia kahwin dengan Bangla.

Aku harap aku tak naik teksi pak cik ni di masa akan datang.

P/S: Aku dan semua rakyat Malaysia tak marah kalau pendatang yang datang ini betul-betul datang Malaysia nak cari makan. Aku tak nafikan ada sesetengah pendatang yang datang, baik orangnya. Tapi kalau yang jenis datang sini, lepas itu buat hal, memang mendapatlah kau.

10 comments:

MDS said...

memang tak semua bangla tu jahat.
melayu pon tak semua baik. kekeke...

puteri ain said...

betul2 . kalau datang malaysia ni nk keje betul2 xpe . kalau nak buat huru hara tu jadi masalah tu

Amirul (aremierulez) said...

MDS:
Kalau Melayu buat perangai mcam diorang ni, wajib saja di sula semuanya.

Puteri ain:
tu la. Kalau diorang kerja je, aku pun tak de hal. Jangan sampai buat hal la...

May Maisarah said...

Setuju2... Memang tak semuanya jahat tapi biasalah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Semua pendatang dah dicop jahat. Aih....

Amirul (aremierulez) said...

May Maisarah:
Tu la...
Apa nak buat. Memang macam tu sifat manusia..

una berry said...

HAHAHAHA!
pak cik tu touching rupanya
rindu plak nak naik teksi kenari kat shah alam. dulu zaman2 asasi selalu la naik

sebut pasal bangla, aku tak boleh la kena ngorat dgn dorang. semcm gila. dah tu selalu lak kena. adakah muka aku ni selayaknya dingorat oleh mereka je? isk~

Hujan Malam said...

sekali menantu bangla da..hehe

Amirul (aremierulez) said...

una berry:
muka kau ada seri tu. Tak kira bangla atau melayu, pasti jatuh cinta selepas menatap wajah kau. chewah! hahaha...

Hujan malam:
Tu la pasal. Tak sangka pulak. Hahaha..

Fairuz said...

Sekarang pun dah ada melayu duduk satu rumah dengan bangla. Susah sangat nak carik penyewa melayu, ada bangla yang nak masuk, terima je..haha..

Tapi bukan aku la.

Amirul (aremierulez) said...

Jangan kena raba dengan bangla pulak lepas ni. LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...