Belilah Novel Aku!!!!

Monday, July 18, 2011

Antara Kerja, Keluarga dan Diri Sendiri

Aman seorang pekerja di sebuah syarikat. Dia berpangkat senior eksekutif. Bergaji RM 3,000.00 sebulan. Aman tinggal di sebuah bandar happening bernama Kuala Lumpur. Dia merupakan peminat bola sepak dan merupakan pernyokong kuat Chelsea FC.

Tujuan utama Aman bekerja di Kuala Lumpur ialah supaya dia boleh berlaga bahu dengan artis kegemarannya, Hail Amir. Tapi harapannya tidak pernah tercapai kerana penduduk Kuala Lumpur bukannya 1,000 orang seperti di kampungnya.

OK. Aku dah jauh terpesong ini.

Aman sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Satu berumur 4 tahun dan satu lagi baru berusia 6 bulan. Isteri Aman ialah seorang suri rumah sepenuh masa.

Selepas kerja, Aman akan segera pulang ke rumah kerana ingin bermain bersama anak-anaknya. Aman sering bermain dengan anak-anaknya, walaupun sekejap, dan selalu membacakan buku kepada anak-anaknya sebelum mereka tidur.

Selain itu, Aman juga akan mengambil peluang untuk membaca buku kerana membaca buku sememangnya hobi beliau semenjak azali lagi.

Semakin lama, anak-anak Aman semakin membesar. Aman mula sedar yang gaji beliau tidak mampu menampung keluarganya, lebih-lebih lagi mereka tinggal di Kuala Lumpur. Ditambah pula kenaikan harga petrol dan barang-barang harian setiap tahun. Menantikan harga barang-barang turun bagaikan menantikan bulan jatuh ke riba, bagaikan menantikan kucing bertanduk, bagaikan menunggu Lisa Surihani datang meminang aku...

Aman nekad. Dia mahu berkerja keras supaya mendapat kenaikan pangkat dengan segera dan mampu mendapat gaji yang lebih tinggi demi isteri dan anak-anak.

Aman bekerja siang dan malam. Dia tidak lagi pulang rumah awal untuk bermain dengan anak-anaknya. Dia tidak lagi dapat membacakan buku cerita kepada anak-anaknya sebelum tidur. Dia tidak lagi punya masa untuk melakukan hobi kegemarannya iaitu membaca. 

Dia tidak lagi punya masa untuk menonton pasukan kesayangannya, Chelsea FC. Bukan kerana Aman memotong Astro kerana saban tahun pakej sukan dinaikan harga, tapi kerana terlalu sibuk bekerja.

Dalam tempoh 7 tahun, Aman berjaya naik pangkat sebanyak 4 kali kerana kerajinan Aman yang mengalahkan orang Jepun. Orang Jepun pun tak berani melawan tahap kerajinan Aman.

Kalau pangkat sudah naik, sudah pasti gaji aman pun sudah naik juga. Gaji aman kini jauh lebih banyak dari gaji 7 tahun lepas. Aman dan keluarga tidak lagi dihimpit masalah kewangan malahan mampu hidup senang seperti orang kaya.

Oleh kerana Aman bekerja terlalu kuat sehingga mengabaikan keluarganya, hubungan Aman dan anak-anaknya kian renggang. Anak-anaknya tidak lagi mesra dengan Aman. Anak-anaknya lebih rapat dengan isterinya. Anak-anaknya menganggap Aman bagaikan orang asing. Mereka jarang berbual bersama.

Malahan, Aman juga sudah tidak lagi dapat membaca buku. Boleh dikatakan semua buku yang berada di MPH, Kinokuniya, Popular dan segala jenis kedai buku tidak pernah dibacanya. Aman hanya mampu membaca preview yang ditulis di akhbar atau dari mulut-mulut kawan sepejabatnya.

Dia juga sudah lama tidak menonton bola. Kali terakhir beliau menonton pasukan kegemarannya, Chelsea, Jose Mourinho masih menjadi pengurus kelab tersebut.

Walaupun Aman berjaya membawa kesenangan kepada keluarganya, Aman telah hilang anak-anaknya dan tidak lagi mampu membuat perkara-perkara kegemarannya.

Aman mahukan anak-anak beliau mendapat kesenangan. Mahu menyediakan yang terbaik untuk anak dan isterinya. Aman bekerja keras untuk anak-anak tapi akhirnya beliau kehilangan anak-anaknya. Ironi bukan?

Dalam proses cuba membahagiakan keluarga, kita mungkin bakal terlepas perkara-perkara yang kita pegang selama ini. Dihimpit dengan taraf gaya hidup yang semakin meninggi, adakah manusia satu hari nanti akan hilang nilai kekeluargaan?

Apa pendapat korang?

P/S: Kisah ini digarap dari kisah benar juga. Tapi aku sudah olah sebaik yang mungkin.


14 comments:

alien said...

em..
perlu luangkan masa utk keluarga walau sesibuk mana kita pun..
keluarga tu kan pendorong kepada semngat juang hidup kita..
hargai keluarga sementera mereka ada di depan kita..
begitu kan

pjah said...

antara kemahuan..cita2 dan kebahagian..kata pepatah..yang dikejar tak berciciran yang dikendong tak bertaburan..(kwakwakwa..aku rase pepatah aku ni salah la)=p

pandai2 curi masa untuk sedikit kebahagian keluarga dalam meningkatkan taraf hidup yg makin mencanak tinggi ni..

puteri ain said...

dalam mengejar sesuatu . kita mungkin akan tercicir sesuatu yang mungkin kita tak perasan sebenarnya ianya sgt bernilai :)

una berry said...

macam dalam cerita Devil Wears Prada, bila karier semakin meningkat, kehidupan peribadi akan tertinggal di belakang
adatlah, susah nak juggle between 2 important things

Fairuz said...

Cerita-cerita camni rasanya memang banyak berlaku di KL atau bandar-bandar besar. Setakat kat bandar-bandar kecik, memang takkan ada orang nak keje kuat macam tu skali. Rasanyalah.

Aku rasa, one of the initial solution adalah pergi bercuti.

Mimie Cikonett :) said...

this is what happen to my family like seriously. and my parents end up with divorce -_-

at lasttt :(

Amirul (aremierulez) said...

Alien:
Yup. tapi kadang2 kerja membuatkan seseorang terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga. sedih.

Pjah:
ok. pepatah kau memang berterabur. hahaha

Curi masa? Berdosa mencuri. hehehe


Puteri Ain:
"dalam mengejar sesuatu . kita mungkin akan tercicir sesuatu yang mungkin kita tak perasan sebenarnya ianya sgt bernilai"

Inilah ayat yang cuba aku cari. Tapi tak keluar. Thanks!

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Tak pernah tengok cerita tu. Tapi tu la, nak imbangkan dua benda memang susah.

fairuz:
yup. kalau kat bandar kecik, maybe tak kan terjadi. Tapi kalau kau nak pergi jauh dalam karier, kau kena ke bandar besar jugak akhirnya

Mimie cikonet:
really? i feel sorry for you.

Harap awak tabah ya?

Mimi Dyana 沙美美 said...

memang susah nak tertumpu pada sesuatu benda. tu sebab ada PENGORBANAN. *tercaps lock gitu*

Amy Syaquena said...

setuju dengan alien..

p/s: salam kenal saya follow blog nie.jemput ke blog saya

Joey said...

erm.. apa aku nak ckp ek.

entahlah..

kekeluargaan penting, tapi harta pun penting

giler harta x penting. cuba ko tanya mereka2 yang masuk bersamamu tuh.


In my opinion, harta penting sedikit berbanding kekeluargaan. opss.. materialistik kah?

entahler, memandangkan aku x pernah hidup kaya, so sebab tu aku rasa harta penting. Kalau ko anak orang kaya, hidup pun senang tau.
Kalau tak, takdelah si Syafiq Yusof bleh arah filem dalam usia muda.

lagipun kalau aku anak orang kaya, aku teringin nak masuk majalah remaja posing depan banglo besar ada dua kereta mewah pastu tulis kat dalam tu :-

"walaupun papa dan mama orang kenamaan/berada/ahli perniagaan berjaya tapi mereka sentiasa mengajar saya untuk merendah diri...."

hiks.

p/s malangnya aku x kaya. so aku dapat kekeluargaan. aku still nak kaya.

Amirul (aremierulez) said...

Mimi Dyana:
caps lock tu tanda bersemangat nak menaip tu. hehehe

Amy Syaquena:
Kamu setuju dengan makhluk asing? hehehe..

Joey:
haha.. ayat mu sangat tajam.
Kau ingat kau sorang je nak kaya.

Aku hari2 doa aku jadi kaya beb. serius. sebab family aku pun bukannya family senang. sebab tu nak kaya jugak. hehehe

Joey said...

semua orang nak kaya ler. bila dah kaya, senang sikit nak mengikat hubungan kekeluargaan.

Apa ko ingat anak2 tak bangga ker kalau mak bapak dorang bawak gi bercuti ke Gold Coast?

Kalau ikut cerita novel, anak orang kaya memang hidupnya kucar kacir, Tapi setakat ni aku x pernah lagi tengok secara real anak orang kaya hidupnya hancur. Semua berjaya.

p/s Nasib kita islam. Kalau agama lain, dah lama minta lahir semula sebagai anak orang kaya..hiks.

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
tau tak pe. Kawan aku yang kaya2, elok je moral nya. Novel & drama Melayu semuanya penipu.

Mari kita jadi kaya! Gyeah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...