Belilah Novel Aku!!!!

Friday, July 1, 2011

Couple Dengan Adik Beradik

Sebenarnya aku pernah menulis benda ini dalam entri 2 tahun lepas. Tapi aku saja mahu kupas balik isu ini.

Bercouple dengan adik-beradik ini biasanya boleh menjadi isu yang besar juga.

Seorang lelaki, mempunyai seorang kawan yang betul-betul baik. Bukan yang jenis sekadar kawan. Ini memang jenis kawan sehidup semati. Kawan sama ketawa dan sama menangis. Dialah kawan yang paling baik yang pernah ada sepanjang dia hidup.

Tiba-tiba si kawan ini bercouple dengan adik perempuannya. Pasti situasi akan berubah.

Sebagai contoh dalam cerita F.R.I.E.N.D.S. Ross dan Chandler berkawan baik, semenjak dari zaman sekolah lagi. Tiba-tiba Chandler bercouple dengan adik Ross, Monica. Pada awalnya, Ross sendiri sukar menerima kenyataan ini. Aku masih ingat lagi ayat "My sister and my best friend?" diulang oleh Ross berulang kali dalam episod tersebut.

Aku pernah dengar cerita dari seseorang (ok. sebenarnya aku dah lupa siapa) tapi menurut beliau, dia ada seorang kawab baik. Tapi semenjak kawan baik dia bercouple dengan adik dia, terus tiba-tiba dia renggang dengan kawan dia. Nak kata bergaduh, tak juga, Tapi terus renggang tiba-tiba.

Tapi ada jugak yang tak kisah. Bagi diorang, lebih senang kalau adik mereka bercouple dengan orang yang mereka percayai.

Jadi, persoalan untuk hari ini:

1. Apa perasaan kamu jika kawan baik kamu bercinta dengan adik perempuan atau kakak kamu? (bagi pembaca wanita, abang atau adik lelaki kamu)

2. Adakah kamu akan menghalang atau membiarkan perhubungan tersebut? Kenapa kamu menghalang atau membiarkan hubungan itu?

3. Kalau kamu menghalang tetapi mereka tetap meneruskan juga perhubungan itu, sanggupkah kamu memutuskan tali persahabatan antara kamu dan kawan kamu?

9 comments:

puteri ain said...

susah sbnrnya situasi ni . tgok jugak macam mana kita nak adapt bnde tu . tapi for me . better xyah . susah . hehe

Paria Perawan said...

janggal giler!
ahahhahah

Zuha said...

tiada masalah jikalau kawan kita itu seorang yang baik dan bagus didikan agama dan moral nya...

pucuk pangkalnya adalah yang terbaik itu kita nk betul??

i follow ur blog already...

come visit n follow mine ya!!

http://mat-jungle.blogspot.com

Amirul (aremierulez) said...

Puteri Ain:
Tu la. Takut nanti hilang kawan & adik sekali nanti

Paria Perawan:
hahaha.. kau macam ada pengalaman je. hehehe

Zuha:
nak mencari yang terbaik untuk diri kita pun payah, macam mana pulak ya nak cari untuk adik kita? mesti lagi susah

Paria Perawan said...

ahahahah
xpnah kwn2 aku nk knalkn adik bradik pompuan dorang
kedekut!
kahkahkaha

Amirul (aremierulez) said...

kau tak menunjukkan perangai yang sopan depan kawan2 kau. Tu yang diorang tak berkenan dengan kau tu.

hahahaha

pRiNCe said...

setiap org ad cre lain2...just tpuk dada tnye selera..mne yg bek..jdikan pilihan..:)

" korang nak rm50 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik rm50 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

berminat ?? klik link di bawah ni..:)

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!
[ Politik ] Nak Topup Pun Kena Cukai 6 % Kew ?

Hujan Malam said...

sy penah mngalami situasi ni dlu..mmg janggal..n rasa gak kwn sy tu mcm xsuka..last2 xjadi pun ngn abg dia..hehe

Amirul (aremierulez) said...

Hujan Malam:
akhirnya, dapat lah Cendol sekarang. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...