Belilah Novel Aku!!!!

Friday, July 15, 2011

Kalau Nak Break-Up Sebab Dah Ada Calon Lain, Sila Gunakan Ayat Yang Lebih Elok

Situasi 1

"Kenapa awak nak tinggalkan saya?"

"Sebab saya dah tak suka kan awak."

"Tak suka kan saya? Kenapa tiba-tiba tak suka kan saya? Dah 8 tahun kita bercinta. Dari zaman sekolah lagi. Kenapa awak nak putuskan hubungan kita?"

"Sebab awak tu tak handsome. And one more thing. Awak tu jual burger je."

"Salah ke saya jual burger? Jual burger tu haram ke?"

"Bukan la haram. Tapi awak boleh tanggung saya dengan anak-anak ke kalau awak masih jual burger macam ni?"

"Saya akan usahakan. InsyaAllah. Saya pun dah plan nak buat kedai makan lepas ni.."

"Sudah la. Awak punya plan nak bukak kedai makan ni, dari 3 tahun lepas I dah dengar. Tapi awak tak buat-buat jugak."

"Sabar la. saya tengah kumpul modal ni."

"Sudah la. Penat saya tunggu. Lagipun saya dah jumpa pakwe yang lebih handsom & kaya dari awak."

"Sampai hati awak tinggalkan saya."

"Saya ni cantik. Saya habiskan banyak duit untuk beli kosmetik kecantikan. Hari-hari saya jogging nak dapatkan bentuk badan yang cantik ni. Saya berhak memilih lelaki yang sesuai dengan saya. Saya berhak memilih pakwe yang mempunyai rupa paras yang lagi handsome dan kaya dari awak"


Situasi 2

2 tahun kemudian.

"Kenapa you nak tinggalkan I?"

"Sebab I dah tak suka kan you."

"Tak suka kan I? Kenapa tiba-tiba tak suka kan I? Dah 2 tahun kita bercinta. Kenapa you nak putuskan hubungan kita?"

"Sebab I dah muak tengok muka you. I dah jumpa calon lain yang lagi lawa dari you."

"Itu je sebab you nak tinggalkan you?" Sampai hati awak tinggalkan saya."

"Saya ni handsome. Kaya pulak tu. Saya berkerja lintang pukang sebab nak kaya. Saya pergi gym tiap-tiap petang sebab nak dapat body tough macam ni. Saya berhak memilih perempuan yang sesuai dengan saya. Saya berhak memilih makwe yang mempunyai rupa paras yang lagi cantik dari awak"

============

Kalau nak break-up sebab dah ada calon lain, sila gunakan ayat yang lebih elok. Takut ayat tu melantun balik pada kita nanti.

P/S: Kisah di atas digarap dari kisah separuh benar, dan separuh lagi rekaan

10 comments:

alien said...

adeh..
ayat makan tuan

una berry said...

tau2
ada kisah mamat jual burger yg kesian kat X.fm tu
hurm, selalu tak sampai hati nak buat macam tu

AJLAA said...

what goes around comes around .

amirulspurs said...

lebih baik jujur pada diri :)
hehe.

Joey said...

hiks

aku rasa situasi satu tu mcm pernah dengar jer kat hot fm.


Masa tu aku rasa pompuan tu betul. Dan mcm ****!! LoL

puteri ain said...

habis madu sepah dibuang . hehe

Acik said...

kata omputeh, what comes around, goes around ... gitu ler lebih kurang, kan!

Amirul (aremierulez) said...

Cerita yang aku tulis ni adalah gabungan dari kisah yang pernah keluar dekat Hot.FM (aku rasa rekaan) & separuh lagi tu part yang betul.

Part pompuan kena tinggal tu kisah betul..

Shareeza said...

satu lg situasi:-

lelaki: awak,sy lepaskan awak.. lepas ni kita dh xde ape2

perempuan: tp kenapa? dh 4 tahun kita bersama?

lelaki: sy xcukup bagus utk awk,awk layak dpt lg baik dr sy

perempuan: tp sy xkisah.. 4 tahun sy terima awk seadanya

lelaki: sy doakan awk dpt insan lg BAIK dr sy

[dijadikan cerita,xsmpai 2 minggu break,dh ade insan lain]

*** seyes aku xpaham***

boleh tolong jelaskan kenapa si lelaki bertindak sedemikian?

Amirul (aremierulez) said...

Shareeza:
Bila keluar ayat "Saya tak cukup bagus untuk awak", itu bermaksud dia dah ada orang lain.

Serius! Kalau dengar ayat tu dari lelaki (kalau bagi pihak lelaki, dalam mulut perempuan) memang confirm dia dah ada orang lain la tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...