Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, July 27, 2011

Lagu Yang Selalu Aku Dengar #4: Lifehouse - Breathing

Seperti biasa, setiap hari Rabu aku akan memperkenalkan kepada kamu semua lagu-lagu yang aku minat dan selalu aku dengar di laptop aku melalui Winamp ataupun melalui iPod.


Bagi yang baru membaca blog ini, segmen 'Lagu yang selalu aku dengar' ini segmen dimana aku akan memperkenalkan lagu-lagu dari era 80'an, 90'an dan awal era 2000'an (lingkungan tahun 2000 sehingga 2005) kepada generasi baru (Generasi Indie) yang aku rasa tidak pernah mendegar lagu-lagu ini.

Atau mungkin juga aku akan letak lagu-lagu baru, tetapi lagu-lagu ini jarang (atau tidak pernah langsung) diputarkan di radio-radio yang kamu dengar saban hari.

Selain itu, segment ini juga akan memberikan sedikit info tentang lagu yang dipilih seperti erti lirik lagu tersebut, bagaimana lagu tersebut dihasilkan, fakta menarik tentang lagu tersebut dan lain-lain.

Kali ini, aku ingin memperkenalkan sebuah lagu dari sebuah band rock Amerika, Lifehouse.


Lifehouse - Breathing

Lifehouse adalah salah satu band kegemaran aku. Lifehouse memainkan muzik bergenre alternative rock, american rock & ballad rock (slow rock).

Lagu Breathing di-release-kan pada 5 November 2001. Seingat aku, semasa aku sedang mengambil SPM. Pertama kali aku mendengar lagu ini adalah ketika aku sedang sibuk study untuk SPM (studay last minute. Esok paper, hari ini baru nak study. Adik-adik jangan tiru tabiat ini kalau ingat jadi insan yang berjaya masuk ke universiti tanpa memerlukan "orang dalam").

Selepas penat aku menelaah buku (sebenarnya lebih banyak termenung dari membaca buku), aku pun membuka radio. Ketika itu, aku sahaja mengubah siaran radio aku yang biasanya aku setkan kepada Hitz.FM. 

Sedang aku mencari-cari, tiba-tiba pencarian aku terberhenti pada saluran Radio 4 RTM, yang kini digelar Traxx FM. Ketika itu, lagu Breathing berkumandang dan aku pun mendengar lagu ini buat kali pertama.

Aku agak terkejut apabila DJ tersebut menyatakan yang lagu ini merupakan lagu Lifehouse kerana 2 lagu Lifehouse sebelum ini, Hanging By A Moment & Sick Cycle Carousel lebih keras berbanding lagu ini.



I'm finding my way back to sanity again
Though I don't really know what
I'm going to do when I get there
Take a breath and hold on tight
Spin around one more time
And gracefully fall back to the arms of Grace

I am hanging on every word you say
And even if you don't want to speak tonight
That's alright, alright with me
'Cause I want nothing more than to sit
Outside heaven's door and listen to you breathing
Is where I want to be

I'm looking past the shadows
Of my mind into the truth and
I'm trying to identify
The voices in my head
God, which one's you?
Let me feel one more time
What it feels like to feel
And break these calluses off of me
One more time

'Cause I am hanging on every word you say
And even if you don't want to speak tonight
That's alright, alright with me
'Cause I want nothing more than to sit
Outside your door and listen to you breathing
Is where I want to be

I don't want a thing from you
Bet you're tired of me waiting
For the straps to fall
Off of your table to the ground
I just want to be here now

'Cause I am hanging on every word you say
And even if you don't want to speak tonight
That's alright, alright with me
'Cause I want nothing more than to sit
Outside heaven's door and listen to you breathing
Is where I want to be

I am hanging on every word you say
And even if you don't want to speak tonight
That's alright, alright with me
'Cause I want nothing more than to sit
Outside heaven's door and listen to you breathing
Is where I want to be 


Bagi pendapat aku, lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang berharap berada di sisi wanita yang dicintai, tidak kira di mana beliau berada. Dan wanita tersebut tidak perlu berbuat apa, cukup asalkan dia dapat bersama dan mendengar wanita tersebut bernafas sahaja.

Tetapi aku pernah terbaca dalam satu blog yang mengatakan lagu ini didedikasikan kepada tuhan. Tetapi kenyataan ini pernah disangkal oleh pencipta lagu ini yang juga merupakan penyanyi Lifehouse, Jason Wade. Selain itu, lagu ini tidak menyebut mana-mana nama tuhan ataupun kepercayaan dan ritual keagamaan, jadi tak salah untuk kamu menyanyikan lagu ini. 

Ada juga yang pernah mengatakan yang lagu ini membaca maksud seorang lelaki yang merindui teman wanitanya yang telah mati. Dia berharap dapat mendengar wanita kesayangannya menghelakan nafasnya sekali lagi untuk merindui kerinduannya.

Kenapa aku suka lagu ini? Aku sendiri tidak tahu. Bagi aku, lagu ini sedap untuk didengari. Satu lagu ballad rock yang simple tapi sangat melekat dalam jiwa aku.

Dengarkan lagu ini. Jika kamu suka, kamu boleh curi dengan mendownloadnya di internet. Macam tak biasa pulak lah kan?

Enjoy the song.

3 comments:

pjah said...

post wajib hari rabu..kalo rng lain sibuk post wordless wednesday..ko plak post lagu..lain dr biasa bro..=p

p/s:aku xley layan lgu ni plak..bodban dihujung nyawa..3bulan xbayar..lalala

puteri ain said...

lyric dia awesome :)

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:
Aiseh. Pergi bayar broadband dengan segera. hehehe

Ini kira wordless wednesday la ni. Tu yang aku post lagu je. hehehe..

Dulu masa belum kerja, aku suka post benda panjang-panjang. Semenjak kerja ni, memang agak terhad la entri aku

Puteri ain:
yup. Lirik awesome + muzik dia pun best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...